Salam!
Hari ni aku nak join contest
cik Cikin la pulak, hehehe.
Syarat penyertaan boleh la rujuk kat
SINI k.
Tarikh tutup pada
25 DISEMBER 2010
Sebarang pertanyaan, boleh komen kat
cik Cikin. =)
Selamat maju jaya!
|
Sila klik gambar ni kalo nak tengok dengan jelas, TQ~ =) |
Hohoho, banyak sangat gambar, tak tahu nak pilih yang mana. Last-last, edit je la. Tu pun amik secara rawak je, tak reti la nak pilih. Hahaha. =P
Mesti korang nak tau pasal gambar ni kan?? Haha~ suma ni gambar time aku praktikal Semester 5 dan 6 kat PKD Bau dulu
(7 July 2009 - 1 May 2010).
(Sila rujuk SINI, SINI dan SINI. Oh, SINI pun ada! Dan BANYAK lagi~ =P). Belum lama g, masih baru gamba ni suma. ada 14 gambar sumanya. Aku citer satu-satu ikut nombor k? Hohoho~
1. Tu aku ngan classmate / housemate aku, kak Anis. Masa tu kat opis, dan nak balik. Sementara tunggu masa nak balik, kitorang amik la gamba gilo-gilo sikit. Haha, kami memang GG (gila gamba) =P.
2. Masa kat umah sewa, dah takde keje nak buat. Hahaha, buruk la gamba ni! Malu saye~ *blushing*.
3. Ni kat depan opis. Kalo tak silap, time ni kitorang nak g fogging kat kampung. Sempat posing ngan kucing Pak Mat (security PKD). Sama tak muka aku ngan kucing tu??
4. Oh, ni masa kat epot Kuching. Kitorang ngah tunggu Kak Anis. Dia balik umah dia kat Terengganu. So, time ni kami nak amik dia, baru balik dari Terengganu. Orang ganu, tapi saya masik dop buleh g nak cakap ganu. (Sebarang je aku, hahaha!!!).
5 & 14. Gambar tu diambil pada masa yang sama, kat dalam keta Gong. Kitorang g jalan-jalan kot? Oo, baru ingat. Time tu nak g beli kek dan adiah besday kak Anis. Pastu ternampak bantal comel, aku beli untuk diri sendiri. Wahahaha!!!
6. Comel kan? Keanak-anakan sungguh! Anak sapa la tu? Haha, perasan lak aku =P. Ni gambar kat Kem PLKN Tondong, Bau. Kami g buat audit kat sana, cek keselamatan dan macam-macam g. Tengah buat keja pun sempat g nak bergamba, haha. Dalam gamba tu aku ngah berlari, pastu kawan "snap" gambar. Tak sangka, jadi jugak gambar tu. Clear plak tu, haha.
7. Aku masih ingat g yang ni. Tarikh 21 Oktober 2009, kitorang buat parti perpisahan chief PKD merangkap preseptor kitorang, Mr. Tay Geok Min. Dia naik pangkat dari U32 ke U36, so kena transfer ke Sibu. Mr. Henry Nobor ganti dia jadi preseptor kitorang. Pastu Mr. Henry naik pangkat n transfer gak. Last skali, preseptor yang ketiga merangkap chief baru PKD, Mr. Gendang Pol jadi pengganti sampai sekarang. Sekarang tu untuk junior kitorang la, hehe.
8. Masa ni aku dalam penjara, seorang penjenayah yang paling dikehendaki. Haha, takde la. Tu kat tangga PKB Kuching, kitorang ada keja kat situ. Opis lama PKB tu tak digunakan lagi. Opis baru dorang kat bawah tu je, hehe.
9. Aku suka waktu ni, sebab dapat melancong free, hahaha! Time ni kami g buat operasi Kuching-Bau-Lundu untuk check food product kat kedai runcit, pasaraya, dan sewaktu dengannya. Kitorang stay kat Lundu 3 hari 2 malam kalo tak silap, lupa dah. Tapi memang best la time ni. Kami g buat operasi kat Sematan. Dah habis keja, kitorang g jalan-jalan jap kat Sematan. 3 buah keta time tu. Sir Eric yang leader kitorang bawak g Muzium ikan ke apa namanya, lupa lak. Muzium ni baru buka, best oo. Sepatutnya bayar, tapi kami masuk free je sebab owner tu kawan sir Eric kalo tak silap. Memang untung la, dapat buku free lagi. Haha, seronok sangat! (Time operasi ni la aku mula-mula kenal ngan boifren aku nyer adik, dia keja kat PKB Kuching, hahaha).
10. Gambar besar yang bermuka ganas n kejam terhadap budak kecik tu masa kami kat depan umah sewa. Budak tu anak jiran, pinjam kejap sementara tunggu member datang amik nak g keje kan. Haha. Lawak la, dah macam Mr. Bean plak muka aku =P. Perghh, memang kejam la muka aku, macam ada niat jahat je ngan budak tu, hahaha. *Saya perasan*. =P
11. Hehe, aku tengah fogging kat Kampung Pisa (Kampung hot-spot dengue). Dah la tak pakai protection langsung, selamba je aku fog macam tu, hahahha. Oo, mesin tu takde la berat sangat. Tapi memang seronok la main fogging-fogging ni, aku suka. Best oo, rugi korang tak cuba. Aku dah fog banyak kali, time awal pagi waktu subuh pun dah gak. Hehe.
12. Ini bukan Jason Mraz (sebab ada yang cakap aku tiru dia, mana da =P), ini budak nimo. Haha. Ni on the way nak balik umah, baru balik keja. Boy (staff) yang anta kitorang. Topi dan spek tu senior aku nyer (abang Paan), dia bercuti datang lawat kitorang n family angkat dia kat Bau tu. Aku amik pastu tinggalkan kat keta Boy, haha. Aku memang jahat, huahuahua!! *Evil laugh*.
13. Kenangan masa aku jadi dracula / vampire suatu ketika dulu, sekarang aku dah kembali menjadi manusia normal, jangan takut ye~ =). Haha, keje gila kat umah sewa. Aku makan buah raja, pastu buat macam darah. hujung minggu, takde keje, dok kat umah je, tu la jadinya. Haha, budak-budak~ =P.
Fuhh!!!~ Abis jugak citer aku, memang panjang lebar. Mesti korang boring kan? Haha. Alamak, terlupa lak yang entri ni untuk contest mimik muka menarik. Takpe la, aku memang suka bercerita panjang lebar, hohoho. Sebenarnya aku rindu waktu-waktu kami semua bersama ni, banyak sangat kenangan walaupun sekejap je bersama. *Sedih* ='(
Dah la, kang aku merepek plak kat entri ni, huhu. Kepada sapa-sapa yang nak join contest cik Cikin ni, silakan la ye. Lagi ramai, lagi seronok. Hehehe.
Oo, aku kena tag 3 orang member atau lebih. Hmm, tak tahu nak tag sapa. Tag je la, hehehe. Aku nak tag:
(Kalo rajin, sila la buat ye~ hehehe)
Sekian, tu je dari aku. Majulah contest untuk blogger!
Wassalam!
Aku,
Nimo