Monkey Winks Don't be shy~ I'm not gonna eat you~ hahaha! Unless, you didn't say anything to me. Ehehehe~ Monkey Icons

Nak tau lagi? Meh klik :)

Sunday, February 26, 2012

Menghitung Minggu

6 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamualaikum w.b.t.

Salam sejahtera buat semua warga pembaca! Dah lama tak sapu billik ni, berdebu dah. Sawang dan labah-labah pun banyak dalam bilik ni, hohoho. Ni nak kemas sikit-sikit ja la, sian nengok terbiar macam tu ja.

Nak bagitau, aku sekarang dah hamil 9 bulan (36 minggu), tak lama lagi nak melahirkan. Huhu, tak sabar nak tunggu kedatangan orang baru. Minggu lepas dah scan, tapi doktor masih tak dapat detect jantina anak ni. Bagusnya anak aku, memang pemalu macam ayah dan ibu dia gak, hehehe. Tapi bagus la macam tu, baru surprise bila dia lahir nanti.

Asyraf pegang perut usunya, mok main ngan adiknya dalam perut ya, hehe~

Doktor bagitau berat baby ni lebih kurang dalam 2.5kg camtu, okay la tu kan? Berat aku pun dah naik sampai 13kg dah ni, hohoho~ Geram ja rasa bila baby gerak gerak dalam perut, rasa macam nak tangkap ja kaki / tangan dia ni. Dapat rasa lutut / siku dia yang kecik tu, huhuhu.

Okay la, dah tak tau nak taip apa lagi, nak rehat jap. Doakan semoga semuanya selamat, baby lahir dengan selamat dan sihat, ibu baby selamat dan sihat ja, amin~

Wassalam!

P/s: Anak buah aku (Mohamed Asyraf) baru tumbuh gigi pertama kat bahagian bawah, geramnyaa~

Orang bujang hensem baru tumbuh gigi satu dah pande bergaya, hahaha!

Menghitung hari,
Isz Izzati

Monday, January 2, 2012

Ichi Ritoru No Namida

8 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamualaikum w.b.t.!!

Salam sejahtera semua, diharap kalian sihat-sihat belaka. Dah lama aku tak update, idea banyak tapi line internet yang tak berapa nak elok. Lagipun agak kesuntukan masa nak post entri baru ni.

Tadi aku bukak Facebook abang aku, pastu terjumpa la cerita 1 Litre Of Tears. Lama dah tak tengok cerita tu, memang sedih. Kalo korang belum pernah tengok lagi, boleh la tengok sekarang. Itu pun kalo berminat la.

1 Litre of Tears (Ichi Litre No Namida)

Cerita ni memang sedih, ia di amik dari kisah benar pasal sorang budak pompuan (Ikeuchi Aya) ni yang ada penyakit yang tak dapat disembuhkan. Dia start kena penyakit ni masa umo 15 tahun, pastu dia teruskan hidup sampai umo 25 tahun. Kira 10 tahun la dia dapat bertahan, tu pun memang sedih kalo tengok kisah dia.

Ni la wajah sebenar dia, Aya Kito

Dalam tempoh dia sakit tu, mak dia ngan sorang doktor yang rawat dia ni soh dia tulis diari. Jadi semua kisah hidup dia ada tercatat dalam diari tu. Kalo korang tengok cerita ni memang banyak la diari dia. Dia ni memang kuat la walaupun tengah sakit teruk, boyfriend dia pun tinggalkan dia bila tau dia sakit. Apa punya jantan la itu orang.

Baiklah, rasanya tu ja untuk kali ni. Nanti la update lagi, satu cukup~ :)

Zutto Ikite!
Isz Izzati

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433 H

2 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamualaikum w.b.t.!

Salam Maal Hijrah 1433 H :)

Salam Maal Hijrah 1433 H kepada semua umat Islam seantero dunia~!

Dah agak terlalu lama la jugak aku tak update blog ni, penuh dengan habuk dan sawang serta followers yang tidak diundang (spam) pulak tu, huhuhu.

Aku pun dah jarang-jarang sekali nak online sekarang, masa online pun terhad, sebab tu aku abaikan dulu blog ni. Sian kau kan blog? Hehe.

Jadi, aku cuma nak kongsi sikit cerita jak la untuk entri kali ni. Semalam aku g tengok wayang dengan suami aku, kami tengok cerita Happy Feet 2 3D. Hahaha, aku tak pernah lagi tengok cerita Happy Feet sebelum ni, jadi suka-suka nak tengok 3D, tu yang layan jak semalam. Lagipun cerita tu jak yang ada semalam dalam waktu terdekat. Memang best jugak la cerita tu, 3D dia pun best gak, hehehe.

Happy Feet 2 3D!

Aku suka tengok penguin kecik yang nama dia Erik tu, comel sangat, rasa macam nak bawak balik jak, hahaha! Pastu udang kecik tu memang nampak real, rasa macam nak tangkap jak, hehehehe. Time dorang menari-nari tu, aku rasa macam nak ikut jak, comel laa.

Erik yang comel, bermata biru, hehehe :D

Baiklah, taknak cerita panjang pasal movie tu, korang tengok la sendiri kalo berminat, hehehe. Oh ya, kandungan aku sekarang dah nak masuk 6 bulan minggu depan, perut aku pun dah makin membesar. Baby dalam perut ni aktif sangat, kuat ja dia gerak-gerak dalam perut aku. Best nya rasa nak jadi ibu ni, hehehe.

Ada g, lupa nak kasi update. Aku dah dapat anak buah baru, anak abang aku ngan kakak ipar aku Cik Puan Azima. Nama dia Mohamed Asyraf, dia lahir 30 September 2011, (Jumaat) ari tu. Dah nak masuk 2 bulan dah, besar anak buah aku, hehehehe. Asyraf yang comel, rindu nak main ngan dia, haha.

Comel kan anak buah baru aku, Mohamed Asyraf! <3

Okay la, tu jak yang aku nak kongsi. Lain kali kalo aku ada kerajinan nak update lagi, aku post la entri baru. Harap korang bersabar menanti ya~ Thanks sebab masih sudi berkunjung kat sini, jangan lupa klik iklan Nuffnang aku tu, lama dah iklan tak jalan, income pun tak masuk lagi, huhuhu.

Wassalam!

Happy Feet,
Isz Izzati
:)

Sunday, September 18, 2011

Hujan Di Hari Ahad

7 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamualaikum w.b.t.!!!

"Hujan turun di pagi Ahad, memang sejuk sepanjang hari, sedapnya kalo dapat tido nih! Sampaikan ada kereta yang kemalangan tadi, sebab jalan licin. So, berhati-hati di jalan raya!"

Selamat hari ahad semuanya, apa khabar? Sihat? Dah makan belum? Dah mandi? Hehe, lama dah aku tak update blog nih. Lepas aku baca entry baru kat blog abang aku (APA YA?), teringin jugak aku nak update blog nih.


(Oh ya, aku suka layan lagu Incubus kat blog abang aku tu. Aku start minat pun dari abang aku jugak~ :P).

Okay, perkara pertama aku nak taip kat sini~ aku dah resign dari tempat kerja aku aritu. Jap, pernah ka aku mention aku kerja kat mana? Haha, lupa dah~ :P Aritu aku kerja kat PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) kat area Kuching ni ja (takyah la nak sebut nama PBT tu :D). Sebenarnya tu bukan la keja tetap pun, aku cuma attached kat situ sebagai peserta Program Latihan Keupayaan Siswazah (LPKS) / Capacity Building for Graduates (CBG) yang aku join bulan Januari dulu. Aku penah mention pasal ni dalam entri yang lepas, malas nak bagi link, korang tengok la sendiri~ X_X

Jadi, aku sekarang dah "pencen muda" dan dah jadi surirumah sepenuh masa, hehehe. Sambil menunggu keja baru, aku dok kat umah jak la, buat apa yang patut la kan. Hujung-hujung minggu camni ja la aku leh online, sebab ikut laki aku g standby kat opis dia. Haha, sukati aku jak nak g opis dia ni~ :P Bukan pa, time tu ja la aku dapat nak chatting ngan family aku nun  jauh di sana, terutama ibunda tercinta. Anak buah aku, Amirul yang comel tu pun selalu dah chat ngan aku sekarang, hehe.

Hurm, dah tak tau nak tambah apa lagi kat sini. Cuma nak bagitau, aritu buat check up untuk kandungan aku. Result dia, berat aku makin berkurang, pastu darah pun kurang jugak. Akak misi (Nurse) tu injection aku kat lengan kiri, pastu g amik darah g kat lengan kanan. Adoi, penat dah kedua belah tangan aku. Yang kena injek sebelah kiri tu memang sakit n penat untuk beberapa ari. Mana tak kurang berat aku, makan milih sangat. Selera makan makin kurang, kalo makanan tak cun dengan tekak, nanti muntah balik. Risau, risau~ X_X

Haha, yes! Rasanya cukup la panjang entri aku kali ni. Baiklah, insyaAllah lain kali aku update lagi ngan korang. Berbanyak sorry ya kalo aku dah makin kurang mengupdate blog ni, huhu. Makin buruk dah blog aku ni, berpuaka dah, hahaha! XP

Okay lah kalian, aku mengundur diri dulu.

Sekian, wasalam~!

Truth,
Isz Izzati

Sunday, August 7, 2011

Aku = Ibu = Coming Soon

6 speaker(s)
www.tips-fb.com
Baby, baby, baby~~~
Assalamualaikum w.b.t.!!

Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam seantero dunia! Dah masuk 8 ari kita berpuasa, jadi aku ada berita baik sikit untuk semua :)

Kalo baca title entri aku, agak-agak paham tak apa maksud aku? Huhuhu, kalo tak paham aku tolong jelaskan. Aku sekarang tengah mabuk-mabuk, mual-mual, pening kepala, muntah-muntah, dan sewaktu dengannya. Haha, korang jangan gelak k, sian aku, huhuhu.

Okay, aku gitau direct je la. Aku sekarang disahkan "berbadan dua", dan sekarang dah masuk 2 bulan. Alhamdulillah, akhirnya ada jugak. So, keadaan aku sekarang agak kurang menyenangkan sebab selera makan pun dah kurang. Risau la jugak sebab tak dapat nak makan sebarang je, nanti mesti termuntah. Macam sekarang pun dah tak sedap badan je, huhu.

Sangat comel!!! Hahaha!

Kalo korang ada nasihat atau ada cadangan apa yang elok di makan semasa hamil, sila la kongsi ngan aku ye. Biasala, saya bakal ibu muda yang baru pertama kali melalui pengalaman sebegini. =D

Oh ya, doakan semoga semuanya elok-elok ja k. Semoga kami dikurniakan dengan cahaya mata yang baik-baik belaka, amin~! =D

Sekian, wasallam!

Aku Ibu Dia Ayah,
Isz Izzati =)

*Love~Love*

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers