Pages

Showing posts with label intro. Show all posts
Showing posts with label intro. Show all posts

Saturday, August 2, 2025

I'M BACK!

2 speaker(s)
www.tips-fb.com

 Assalamu'alaikum


Salam Sejahtera~


    Sudah 16 tahun blog aku ni wujud, terasa sayang pula nak delete. Terlalu banyak kenangan dalam ni yang aku simpan rapi untuk pembacaan aku dan sesiapa sahaja yang sudi membacanya.


Setelah diteliti, post terakhir aku dalam ni pun dah mencecah usia 9 tahun. Aduhai, hampir 10 tahun (1 dekad) aku tidak menulis di dalam ini. Mungkin kerana zaman sekarang orang sudah tidak memandang blog seperti ini sebagai satu platform bacaan yang menarik. Dalam komen pun bukan orang yang sebenar, ntah ler labu. Kebanyakan blog sekarang pun kalau dibuka penuh dengan iklan hampir satu skrin sampaikan nak membaca isi kandungan pun jadi terganggu.


Anggap saja la ini sebagai satu platform untuk aku menaip dan terus menaip selagi aku terdaya. Agak-agak kawan-kawan aku masih melawat tak aku di sini? Jika ya, komen la sikit. Taknak la spam ke apa yang komen kat sini. Aku nak block pun tak reti, nak setting pun kena belajar semula ni.


Seronok rasa dapat menaip random macam ni, semoga aku lebih bersemangat untuk terus random lagi di kemudian hari, hahaha. Tapi tu la, aku nak letak chat box kat tepi ni pun tak reti dah. Entah macamana aku boleh pandai buat semua ni dulu ye. Kalau ada yang sudi membantu, nanti komen la kat sini, ajarkan aku cara nak pasang semula chatbox aku ni. Senang sikit nak menyembang. Kot la ada yang sudi melawat aku kan.


Aku sekarang pun agak sibuk menguruskan keluarga, kerja dan sibuk jugak dengan game kadang-kadang. Yela, main game kekadang best jugak, nak-nak lagi bila power dah tinggi, sayang rasa nak quit. Hahahaha. Korang ada yang main game tak? Ce komen game apa yang korang main sekarang, kot la sama ngan aku, hehehe.


Okay la, cukup la setakat ni untuk intro aku kali ni. Semoga aku muncul kembali dalam masa yang terdekat, bukan 1 dekad macam sebelum ni. LOL.


Ceria-ceria selalu~


Always,

Nimo =)

Friday, January 2, 2015

Salam Jumaat, Salam 2015

6 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamu'alaikum w.b.t

Salam Sejahtera~!


Kehadapan semua yang mengenali diri ini, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin diucapkan.. ehhh, bukan ehh? Salah ye? Ooo, tahun baru rupanyaaa, hahaha. Maafkan saya, maaf di atas segala kesalahan saya ini. Maklumlah, baru tersedar dari mimpi setelah setahun lebih tidur agaknya.

Selamat pagi semuanya, Salam Jumaat Mubarak. Dengan ini, sekembalinya saya ke alam maya ini mungkin untuk seketika atau untuk jangka masa yang agak lama kali ini. Setelah setahun lebih menyepi, saya kembali dengan gaya yang agak berlainan sedikit berbanding sebelum ini. Mungkin agak sopan dari segi saya membahasakan diri ini dari "aku" kepada "saya" ye dok? Ye laa, usia pun dah mencecah 25 tahun sekarang, bukannya 19 tahun lagi, hehehe.

Sekembalinya saya ini hanya nak update sikit mengenai diri saya sekarang. Kemana saya menghilang? Kenapa senyap je? Apa yang saya buat selama ni? Korang percaya tak semua ni? Hahaha, maaf, tak lawak pun (buat muka ketat sikit). Lama saya menghilang ni, macam dah banyak je virus-virus masuk kat page saya, menyampah I.

Tak banyak pun saya nak update, cuma nak bagitau, saya sekarang dah jadi seorang pelatih di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, Perak (KSKBSAS) dalam bidang Farmasi. Saya sekarang dah masuk semester 2, Alhamdulillah. 12 Januari nanti baru kami start kelas atas sebab banjir yang melanda Pantai Timur sekarang (#prayforpantaitimur), kejadian alam yang tidak dapat kita elakkan, ada hikmah disebaliknya.

Hmmm, apa lagi nak tulis? Bila dah start menaip nih, rasa taknak berenti pulak, seronok, tapi takde idea dah, hahaha. Baiklah, elok ler kalo saya berhenti kat sini je dulu ye. In shaa Allah, panjang umur kita berjumpa lagi. Ye la, saya kan macam chipsmore, now u see, now u don't, hehehe.

Sekian, wassalam.

P/s: Jaga diri elok-elok semuanya, musim hujan ni jangan main air ye. =)

Yang menaip,
Ezad Nimo

Wednesday, September 4, 2013

Alamakkk!!!!

4 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamualaikum w.b.t.~ dan salam sejahtera semua~!!!

Hai, hai, hai~! Dah berkurun aku tak update blog nih, sebab tu title post ni Alamakk!!! (menjerit sambil kedua tangan di muka).

Hehe, rindu rasanya nak berblogging, tapi apakan daya masa mencemburui diriku ini. Maklum lah dah ada anak kecik sorang kan, fokus lebih kat anak ler, lagipun sekarang dah start kerja, so dapat bahagi masa sikit-sikit je larr.

Ni pun aku tak dapat nak taip panjang sangat sebab tengah tunggu abang aku balik dari sekolah, dia anta anak buah kitorang g sekolah pastu datang balik anta aku g keja ler~ hohoho. So, di kesempatan nih aku harap korang datang la selalu lawat aku kat sini, insyaAllah aku akan rajin update blog yang dah bersawang dan usang nih, hehehe.

Salam September semua~!!

Wasallam!

P/s: Thanks to Aisah Ahamad sebab ingatkan aku untuk update blog nih. K, bye~!

Peace,
Nimo!


Sunday, June 12, 2011

Apa Ya?

6 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamualaikum w.b.t.!

I'm back! I'm back! Long story short, abang aku dah ada blog sendiri. Nama blog dia APA YA? Korang terjah la ramai-ramai, tapi kena paham cakap Sarawak la sebab abang aku guna bahasa Sarawak sebagai medium penulisan dia, hehehe.

Ni ha tuan punya blog APA YA? tu!

Jangan lupa follow blog dia keh, dia masih baru lagi. Biasa la, orang tengah cuti panjang, banyak masa terluang untuk blog (macam aku dulu-dulu jugak :P). Bak kata Encik Salleh Yakub, "i follow", hehehe.

Sekian, wassalam!

Adik sayang abang,
Nur Izzati :)

Wednesday, December 29, 2010

3 Idiots SUPERB!!!

10 speaker(s)
www.tips-fb.com
3 Idiots

Assalamualaikum w.b.t.

Holaho!! Wassup all?? Don't worry, all is well. Hahaha, "all is well". Tu la yang Rancho cakap kat member dia. Rancho tu sapa?? Hahaha, meh sini aku cerita sikit. =D


All is well!


Aku baru je lepas menonton cerita 3 Idiots kat astro fiesta channel 110 tadi. Actually aku ada movie ni kat dalam lappy aku, tapi aritu tengok kejap je, pastu takde mood sangat. Ni dah tengok kat astro, baru layan giler. Hahaha.


hohoh~


Frankly speaking, 3 idiots SUPERB!!! Memang best cerita ni, aku tak tipu korang. Cerita dia banyak bagi inspirasi kat orang. Ada gak bab yang memang sedih giler laa. Dorang nyer persahabatan nih memang awesome! Aku suka sangat cerita ni, memang layannn!!


Best la skuter tok


Kalo korang tak tengok g, tengok la kat astro fiesta channel 110. Kalo takde, g la beli dvd kat kedai. Kalo taknak, download la senang. Kalo tak dapat, mintak kat kawan. Kalo tak boleh jugak, baca sikit-sikit kat sini. Aku tengah paksa korang nih, hahaha!!


Raju, Rancho & Farhan


Dorang ni 3 sahabat (nama pun 3 idiots); Farhan, Raju ngan Rancho ni tadi. Kalo korang tengok dari awal, korang akan tau Farhan nih sederhana orangnya (taraf hidup). Raju lak hidup susah, ayah dia sakit. Rancho ni je yang datang dari family yang memang kaya giler. Tu tengok dari awal, last dia macamana?? Haa, tu yang korang kena tengok sendiri. Kalo aku cerita kat sini, mesti tak syok sebab korang dah tau dah. Huhuhu.


Berjaya sudah


Nama cerita ni 3 idiots, tapi yang sebenarnya 2 je yang idiots. Rancho ni budak yang pintar, selalu dapat nombor 1, dia pelajar cemerlang. Tapi dia tak sombong, dia sahabat yang baik, dia banyak bagi inspirasi kat kawan-kawan dia, dia banyak tolong kawan dia, dia sayang kawan dia. Yang Raju ngan Farhan lak selalu dapat nombor last dalam kelas, hahaha. Dorang ni buka idiots, tapi ada masalah.


Engineering is not my choice =P


Rancho dia memang minat sangat belajar, tu yang pintar. Raju lak dia penakut, sebab tu dia jadi camtu. As for Farhan, engineer is not his choice. Ayah dia yang suruh dia jadi engineer. Oo, lupa lak nak intro pasal engineer. Dorang 3 ni study kat ICE, Imperial College of Engineering. Rancho memang minat nak jadi engineer, Raju pun sama. Tapi Farhan dia sebenarnya nak jadi Photographer, ayah dia yang nak sangat dia jadi engineer.


Speech yang sangat mantap!


Kat kelas dorang ni ada sorang budak pandai yang tak senonoh. Nama dia Chandur, dorang panggil dia Silencer, hahaha. Dia ni suka kentut, tu yang aku cakap dia tak senonoh. Dia ni macam loser je aku tengok, nerd plak tu (hahaha, jahat lak aku! =P). Kalo korang tengok cerita ni baru korang paham. Chandur ni pelik sikit. Watak dia dalam cerita ni kira saingan yang tak sengit tapi "idiot" buat Rancho, hahaha!


ViruS


Orang kuat ICE ni lak nama dia Professor Viru Sahastrabudhhe, tapi Rancho and the gang panggil dia Virus. Dia ni seorang yang sangat berkuasa, sebab ICE tu dia yang punya. Dia ada anak pompuan cun, nama dia Pia. Pia ni sorang doktor, dia la kekasih Rancho. Hohoho. Seronok plak aku cerita kat sini. Eh, eh! Lupa nak bagitau. Aku suka lagu Zoobi Doobi dalam cerita ni, sedap!


Pia~


Dah, dah! Taknak cerita panjang-panjang g. Elok korang tengok sendiri. Tak best kalo aku cerita, tak syok! Kalo korang tengok, korang tau la. Aku sampai nangis lak tengok, sedih oo. Huhuhu T_T. Cerita ni memang menyentuh perasaan. Mesej yang cuba disampaikan memang sampai kat kita (aku la, korang aku tak tau =P).


Rancho dengan ViruS

Okay la readers! Korang layan je la k? Jangan lupa klik Mr. Nuffnang aku (lama dah tak mention pasal ni, hehehe). Aku nak tengok cerita Brother Bear kat Disney Channel dulu, hohoho. Layannnnn~ Ehh, tengok setengah je. Sekarang ngah tengok final bola sepak, Malaysia vs Indonesia. Go Malaysia!!!

Thanks, wasallam!


Ragging freshy woii!!



Zoobi Doobi: Zoobi doobi zoobi doobi pum paara~ zoobi doobi param pum~


All is well,
Ezad Nimo

Friday, November 26, 2010

Thanks Blogger Hasrul Hassan [Bangku Kosong]

11 speaker(s)
www.tips-fb.com
Salam!

Halo, i'm back! Hehe, kan dah gtau tadi, japg aku post entri baru. Betul kan?? Aku tak tipu kan?? Hehehe. =P

Sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih kepada saudara HH *[Bangku Kosong] blogger hasrulhassan* yang dah bagi surprise dan adiah TopUp sebab aku dah selamat jadi follower dia yang ke-250, entri ini telah pun diwujudkan.




Ni header blog saudara HH, korang boleh la jenguk-jenguk ye? Oh ya, pasal surprise and hadiah tadi. HH ada buat satu entri pasal ni, korang boleh la baca. First time dapat adiah dari rakan blogger, happy nyer. Macam nak lagi je, hahaha! =P




Hoho, memang tak ku duga suma ini akan berlaku. Aku g balas kunjungan HH tadi, pastu terbaca entri dia pasal GA dan Contest. Pastu terasa macam best jugak, terus aku follow. Beberapa minit pastu, HH gtau ada hadiah menarik menanti aku. Aku pun g la cek jap. Wahhh~ memang terkejut den. Tak sangka dapat adiah, haha. Rezeki di pagi Jumaat, alhamdulillah syukur~! Trimas HH, insyaAllah saya datang lagi. Hehehe.




Ni banner HH. Sorry, aku tak reti la nak letak kod dia macamana. Huhuhu. Takpe, korang boleh nampak banner ni kat sidebar blog aku. First time gak aku promote blog org sampai letak banner ni (GA and contest tak termasuk dalam kes ni ye). Ni sebagai tanda penghargaan n trimas dari aku, hehe. Jom ramai-ramai g terjah blog HH!

Tu je aku nak kongsi untuk kali ni. Selamat berblogging para blogger sekalian dan selamat membaca para readers sekalian! Hehehe.

Ja mata~


Arigatou,
Nimo~desu

Sunday, November 7, 2010

Contest My Bestfriend Cik Bulat :D

2 speaker(s)
www.tips-fb.com
Salam!

Aku nak join My Bestfriend Contest by Cik Bulat!! Hehehe. Bagi sapa-sapa yang nak join jugak tu, amat dialu-alukan. Jujum!! =D





SYARAT DAN PERATURAN :
  1. Terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur dan jantina.
  2. Gambar tidak terlalu seksi dan ganas.
  3. Tidak kisah berapa orang pun dalam gambar tapi make sure mereka ialah bestfriend korang.
  4. Persahabatan berlainan jantina diterima. (Jangan pula hantar gambar korang dengan couple / isteri / suami) hehe.
  5. Pastikan banner di atas diletakkan dalam post entri korang tentang penyertaan korang.
  6. Maklumkan pada Cik Bulat tentang penyertaan korang dalam comment entri Contest My Bestfriend Cik Bulat beserta URL blog korang.
  7. Hantarkan satu gambar yang korang rasakan terbaik. SATU ONLY.
  8. Explain tentang gambar dan ceritakan tentang bestfriend korang :)


TARIKH TUTUP PENYERTAAN :
 

  • 12 NOVEMBER 2010



HADIAH BAGI PEMENANG : 

  • Korang dan bestfriend korang akan menerima hadiah :)



 

Ni la bestfriend aku, Yummy @ Yummies! Nama sebenar beliau Mariam Mohd. Salleh. Kitorang dah lame kawan, sejak dari form 1 lagi. Dia la bestfriend aku sejak dari itu. Aku sayang sangat kat dia, dah macam adik beradik dah. Dia adik la walaupun dia tinggi dari aku, sebab dia muda 2 minggu dari aku, hehehe. Kitorang sama budak Oktober tao! Dulu masa form 1 kami sama tinggi, lebih kurang je ketot, hahahha. Tapi sekarang dia dah makin tinggi woo~! Tapi yang penting, hati kami masing-masing tak pernah berubah. =)

Sejak dari form 4 kami 2 terpisah, tak sama kelas. Tapi kami tetap geng, tetap jumpa gak bila ada kesempatan. Pastu abis high school, dia sambung form 6. Aku lak 3 minggu je form 6, pastu dapat kat UiTM. Makin jauh la terpisah, sedih~ huhuuhu. Setiap kali raya, aku mesti g umah dia. Kalo ada peluang, aku bawak dia g umah aku terus. 

Family kitorang dah memang kenal. Lagipon ayah dia dulu kawan ayah aku, arwah atok dia pon kawan arwah atok aku. Kiranya kitorang nih bestfriend generasi yang ketiga la, sejak turun temurun g. Mungkin kitorang memang dah d takdirkan untuk menjadi sahabat karib selamanya, atau mungkin menjadi keluarga sebenar suatu hari kelak? Siapa tahu kan kalo dah jodoh? Hehehe. Jangan salah paham, bukan aku dengan dia la. Maybe kami jadi ipar ke, biras ke, hehehhe. (Saya suka ini statement!! =P)

Sejak raya tahun 2008, kami dah tak berpeluang nak jumpa. Sebab ayah bawak kami sekeluarga g merantau ke tempat lain sampai sekarang. Dah hampir 2 tahun tak jumpa, tapi kitorang tetap gak berhubung. Tak kan pernah terputus hubungan. Walau sibuk bagaimanapun kami masing-masing, kami sentiasa ingat antara satu sama lain. Sampaikan kami menggelarkan diri Patrick the Star (Yummy) dan Spongebob Squarepants (aku), hehehehe. Kami ceria macam Patrick dan Spongebob. 

Yummy seorang pendengar yang sangat baik. Sejak dari pertama kali kami berkawan, sampaikan sekarang. Dia la kawan yang paling aku percaya, yang sentiasa disampingku. Kalo dia ada masalah pon, aku akan cuba membantu. Kami adalah sahabat dunia akhirat, susah senang sentiasa bersama, takkan ada pengganti bagi dia dan aku. Kalau ada pon, cuma kawan kami yang bertambah. Aku tak nak cari pengganti Yummy. Bagi aku, dia adalah dia, takkan sama dengan yang lain. =)

Setelah hampir 2 tahun tak jumpa tadi kan, akhirnya kami bertemu jugak 15 Oktober 2010 (Jumaat) yang lalu. Aku nak temankan dia g interview kat Kuching (kami tinggal kat Miri ye, memang jauh sangat dari Kuching), sebab kesian dia g sorang-sorang je. Dah la ni first time dia jejakkan kaki ke Kuching, naik bas pulak tu. Sangat bahaya, aku sanggup temankan. Syukurlah ayah aku izinkan (sebab kami saling mengenali dah), lagipon aku dulu 3 tahun study kat sana, hehehe. 

Macam ni la caranya kami bertemu kembali. Kami berjumpa d terminal bas di Miri. 16 jam perjalanan kami dari Miri ke Kuching. Seminggu kami di sana. Kebetulan birthday dia 21 Oktober, kami sempat sambut di sana. Kiranya percutian bersama ni adalah hadiah aku yang paling berharga untuk dia (ye ke?). Atau adakah ini sebenarnya adalah hadiah buat aku? Hahahha. Apa-apa pon, aku sangat gumbira hendaknya. Hehehe. =D

Kalo korang nak tao, gambar nih kitorang amik kat dalam bas. Time ni kitorang dalam perjalanan nak balik Miri dari Kuching. Ni pon kami baru bangun, muke masih busuk lagi, hahahha. Budak-budak busuk yang suka bergambar. Memang banyak la kenangan. Happy sangat dapat luang masa bersama seminggu tu, walaupun dah agak lama tak jumpe. Syukurlah dia tak berubah (cuma bertambah tinggi je, hehehhe). Dia pon cakap aku tak berubah, syukur sangat. Rasa macam nak cuti lama lagi je, tak puas seminggu. Huhuhuhu. =(

Pasni kalo ada peluang g, aku nak bawak dia g bercuti sama-sama g. Rindu sangat-sangat la!! Huhuhu. Rasanya ni je la cerita pendek dari aku untuk kalian semua tentang sahabatku, Yummy Patrick the Star. Aku harap Yummy baca entri ni nanti, hehehhe. Love u! Miss u!! Can't wait to see u again Patty! (Saya rindu awak) =D

Semua nih ikhlas dari hati saya yang kecik. Hanya Yummy yang tahu segalanya, thanks! =) (Saya pon tahu jugak segalanya, lalalalla~).

Sekian, trimas kerana ada untuk saya! =D

SpongebobSquarepants,
EzadNimo

Saturday, January 23, 2010

Perkembangan terbaru :)

8 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamualaikum & Salam sejahtera wat suma~!

Yeah, korang tengok arr. Camni la aku kalo dah dapat online. Belum sampai sehari g aku nyer citer yang terakhir tadi, aku dah publish baru g. Tengok, tengok!! Haa, ni menandakan yang aku memang rajin nak update blog. It's just that, keadaan yang tak mengizinkan. Takpe, jangan bersedih.

Terasa seronok plak nak sentiasa bercerita kat blog ni ek? Hehe, suke! Suke! :P Emmm... Rasanya kali nih aku nak citer sikit pasal perkembangan terbaru pembelajaran aku yang sekarang dah masuk semester akhir kat UiTM Sarawak nih.

Seperti yang korang sumer dah sedia maklum (kalo tak maklum g, meh cni aku maklumkan. Hahaha...), aku amik kos Diploma Kesihatan Persekitaran / Environmental Health (HS113) kat UiTM Sarawak (Kota Samarahan). Kos nih masih baru lagi kat UiTM Sarawak nih dan kami merupakan 2nd batch kat cni. Senior kitorang dah grade dah. Sekarang ni kebanyakan dorang ngah sambung degree, majoriti d UiTM Puncak Alam dan ada yang d UPM & tempat lain g. Ada jugak yang dapat kerja sebagai Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP / AEHO) kat council. Tahniah wat suma senior ekk. Hope korang baek-baek je kayh! Rindu korang sebenarnya, hehehe...

Haa...yang tu tadi intro je. Sekarang nak habaq pasal kami nyer batch sekarang yang merupakan super senior kat cni sekarang. Ohoho, cambez jak bunyinya. Super Senior. Lalala~ :P Hahaha!! Ok, ok, berbalik pada topik kita tadi. Aku sekarang ngah praktikal kat Pejabat Kesihatan Daerah Bau (PKD Bau) bersama dengan 3 orang g classmates aku. Aritu aku ada citer pasal dorang, yang budak kecik sorang tu kurung aku dalam toilet, hahaha! Dorang la teman serumah aku selama 10 bulan (2 semester) kami berpraktikal nih. Pahit, manis, masam, tawar & masin, suma kami rasa bersama, hahaha! Dah la kitorang takder cuti sem, direct je 10 bulan tu. Cuti pon ikut orang yang dah keja, public holiday ja kot~ Tapi takper la, seronok la jugak kat tempat aku tu, hehehe... G pon time nih la kita dapat amik lots of experience aite??? Haa~

Sekarang nih kitorang sumer ngah busy ngan projek akhir tahun (FYP), yang sememangnya patut diambil serius oleh kami! Sangatlah serius! :-| Hahaha... Tapi memang betol la, mende nih penting untuk menentukan grade kami nanti. Waa, neves arr. Selain tu, kami akan ada exam jugak, macam setiap sem gak. Tapi exam kali ni berkaitan dengan makanan. Kami kena wat food premise inspection (Report), food sampling (Hands-on) & exam bertulis sket. Fuh! Agak menebeskan la jugak, takut tak tercapai akalmu je, lalala~

Untuk FYP, sekarang nih ngah dalam proses persediaan je. Kitorang dah dapat persetujuan dari kedua belah pihak, just menunggu something je lagi. Sori lar, aku taknak la mention pasal topik kitorang n detail pasal FYP aku nih. Biarlah aku abeskan je dulu. InsyaAllah, lepas kitorang nyer presentation aher bulan 4 nanti selesai, aku kasi taw kat korang ekk?? Tu pon kalo aku tak lupe n kalo takde ape masalah lah, tak janji pon. Hehehe... Aku just nak minta berkat n doa dari korang sumer je. Hope projek kitorang berjalan dengan lancar n dapat findings yang agak memuaskan, insyaAllah~~ Aminnn! Uhuhuhu~ Lupe lak... Hope jugak kitorang nyer result sem 6 nih memuaskan lah ye, it is my last chance before i can grade my diploma level. Uhuhuhu. T_T

Ermmm.... Selain tu, aku pon tak taw g nak taip ape sekarang nih. Blur kejap, ahaks! Ayoyo... Haihh... Macam nak mengeluh panjang je, tapi tak elok la pulak, uhuhuk~ Aku rasa macam risau la pulak. Ntah la, tak tao ape yang aku ngah fikirkan sekarang nih. Fikiran dah mula melayang ntah ke mana, tumpuan dah jaoh lari dari pemikiran. Kenapa agaknya aku jadi camni tetiber??? Wahhh..... Kepak eh, bak kata orang sarawak lah kan. Bukan kepak ayam tao, tapi kepak nih bermaksud penat, letih n yang sewaktu dengannya. Ahaha. Jangan tah kamu orang cakap suka ati ja kalo nda tao, nda bulih ba atu. Hehehe :P (Memang betol dah menyimpang arr aku sekarang. Tolong!! Tolong!! Hahaha...).

Ish, dah lar. Taknak la aku citer panjang-panjang g, kang makin menyimpang la plak. Tak dapat dah nak meneruskan perjuangan kat cni, aku terpaksa berhenti dan melarikan diri buat seketika waktu yang agak panjang. Ntah bila lagi aku kan kembali ke cni untuk menyambung sisa-sisa hidupku yang akan ku tinggalkan sebentar lagi. Aku harap kalian semua menanti akan kepulangan ku semula dengan penoh kesabaran, kerana aku pon tak tahu bila aku akan kembali lagi. Jangan lah dipaksa kalo dah tak dapat, takut nanti akan musnah berkecai jadinya. Wahahaha!!! Giler ahh! Ntah dari mane larr ayat pelik tadi tu tetiba muncul. Haiya~

Okeh, okeh! Sekalian alam, aku nak chow dulu. Korang jangan nakal-nakal tao! Kalo jatuh dalam longkang, angkat sendiri. Kalo tak dapat, dok je kat ctu senyap-senyap. T kalo ade orang lalu, kalo dia nak tolong, dia tolong larr. Tapi kena la ekhlas! Jangan nak selalu arapkan orang je. Sekali sekala takper arr jugak. Adik-adik, ingat pesan akak tadi tao! Wahahaha!! Dah, dah! Taknak citer banyak g, haih, haih!! (Aku memang camni realitinya, sorang budak yang banyak cakap, tapi tengok keadaan arr).

Yosh! Arigatou neh~! Hope to c u all again :)

Salam.

Yang merepek,
Nimo :)

Friday, June 26, 2009

Transformers - Revenge of the Fallen

26 speaker(s)
www.tips-fb.com
Pheh! Memang best siyot la cter nih. Rugi oh kalo tak tengok, hahaha~

Dalam n3 kali ni aku just nak gtaw je, yang petang td membe aku blanja g tengok wayang. Orang dah blanje, watpe nak tolak. Rezki2~ kui3 ^_^

Sekitar kul 11.15 camtu kitorg g beli tiket, nak tgk citer Transformers nih. Citer tu start kul 11.30, so masih ada masa 15minit g untuk bersiar2 di luar. Dalam masa yg ada tadi, kitorg pon g la beli air pepsi ngan popcorn large nyer size, hahaha. Aku nih pemerhati je, membe aku yg tadi tu yg belikan. Kate blanja kan, so aku dok diam2 je la tgk & terima ape yg d bagi. Wahaha, tak malu sungguh! Hehehe :P

Optimus ngah memandang jaoh ke sana. Terkenangkan nasib diri yang mati dalam usaha menyelamatkan seorang budak kolej. Saje nak wat suspen sket, hehehe~

Pastu ngan penoh ketidaksabarannya kami pon masuk la dalam cinema tu & amik sit masing-masing. Macam biasa la, sebelum start, dorang akan tunjuk iklan-iklan pasal ape-ape je lar. Dahtu, dorang ada tayangkan thriller citer ape ntah, lupe plak. Tapi macam bez je aku tengok citer tu. Hero dia pelakon Fantastic 4, yang pegang watak budak api tu, hahaha.

Ini dia doktor diorang yang kecik tapi ngegeh! Huhuhu. Die ni la yang idupkan balek c Megatron aku tuh, huhuhu

Berbalik pada topik kali ni (malas dah nak membebel panjang-panjang g, ngantok..huhuhu), citer nih lawak la jugak. Mak c Sam nih ade sengal sket, tapi memang lawak, huhu. Pastu korang akan nampak banyak lagi autobots yang baru & ade banyak gak yang kecil-kecil & comel tapi kejam, haha. (dah malas nak describe). Lupe lak, Sam baru je masuk ke kolej, dapat plak rumet sengal, haha. Nanti korang dapat gak tengok Sam macam orang terencat akal sket, lawak gler part nih.

Sam & Mikaela ngah lari-lari kat padang pasir

Ha, lagi mau bagitau, Optimus Prime mati, huhuhu. Dia mati time nak menyelamatkan Sam ni td. Ni sumer angkara pengikut-pengikut Fallen tu, dorang nak attack Sam. Pastu t Sam g jumpe & mintak tlg g ngan pakcik kat kedai makan tu bkenaan ngan kod-kod dalam kepala hotak dier, huhu. Yang lawaknya, agent Simmons (betul ke ejaan nyer?) tu ckp kat dorang,"Don't tell my mom". Hahaha, ape laa.

Hoho. Inilah Fallen, the enemy! Hanya Prime je yang dapat bunuh bangsa dorang nih, huhuhu. Pengecut!

Pastu t dorang jumpe ngan Jetfire kat muzium, transformer yang paling tua setakat nih. Siap pakai tongkat lagi tu, tua sungguh! Hahaha. Jetfire ni lar yang tolong dorang t. Ade 2 ekor autobot nih, dorang kembar. Sekor tu warna ijau, sekor g warna merah. Dorang 2 ekor nih lawak la, slalu gaduh tp sengal. C transformers kecik yang ngan dorang Sam tu nanti akan cakap, autobot ni bodoh. Hahaha, adoi~ C robot kecik nih sengal sungguh.

Look into my eyes. U must watch the show~ hehehe

Wah~! Aku nak citer lebih lanjut g, tapi aku taknak. Aku nak korang tengok sendiri, sebab aku dah malas nak stoly moly kat kolang. Hahaha. :D

Penoh debaran, halangan, dugaan, aksian, lawakan, cabaran, tentangan, gayaan, macam-macaman. Wakaka!!! Cepat-cepat la g tengok, kalo tak mesti korang akan jeles ngan aku. Hahaha.

Tips mudah: Kalo nak jimat, korang mintak la membe yang sponsor. kalo x pon, ajak abang-abang, akak-akak, pakwe-makwe, family, guru-guru, rakan taulan, senak sedara (ahahah!!) & saper-saper je yang korang nak bawak. Tapi pastikan dorang yg blanja, hahaha!! (macam bukan tips je? Merepek je :P)


Okai! Selamat menonton sumernyer!

Pastikan telefon bimbit anda d silence kan terlebih dahulu!

(sbb hp aku b'bunyi time ngah tengok citer tu td, sengal tul!)


Ja~ n_n'
Megatron,
niMo

Friday, March 13, 2009

yoroshiku~

5 speaker(s)
www.tips-fb.com
moshi2~

hai~ mcm yg korg leh baca kat atas skali ya, nama aku ialah nimo...bez + comeyylll kan nama aku?? hahaha...emm...aku asal dr Miri, Sarawak...buat sesapa yg xpnh g miri, mai la cni..bez oo...huhuhu~ memandangkan aku miak miri tek nak, jd aku akan mgunakan bahasa ibunda aku kat dlm blog tok. So, korg paham2 jak la hoh apa yg aku katakan..hehehhe~

Actually aku ngah blur skrg...nothing much to say for now...cuma nak madah, selamat dtg ke blog aku n arigatou bg korg2 yg ada menjenguk blog aku tok..haha...aku biak baru gik, sila2 la bg tunjuk ajar korg kat aku k..

Wah2..mmg payah jwak bg newcomer mcm aku tok..mok taip pa pon xtauk jwak, huhu~ ayat pon tunggang langgang dah tok, haha~

okai.. Tujuan aku polah blog tok sbb suka2 jak. Mula2 mmg xreti & xminat pon, tp ada gak niat nak mpunyai blog kedirik. Lebih2 gik bila tgk kengkawan rame jwak yg ada blog. Mcm bez jak, so aku trus la polah gedung agik da ksempatan tok..haha~ Skrg aku pon dah ada blog..so, perasaan ada la excited kit..hohoho~

Apa2 pon, aku arap aku ada masa la nak slalu men2 kat blog tok. Biasa la, nama pon student. Time2 tok mekorg nang bz glak2 bah, jarang da masa nak on9.

ok la..cukup la pngenalan aku tok..kalo da yg mok tanya apa2 gik, sila2 la tinggalkan komen korg kat blog aku tok k...(msh janggal gik tok, takut2..) hahahha...

ja~ yoroshiku~