Nak tau lagi? Meh klik :)

Sunday, November 7, 2010

Contest My Bestfriend Cik Bulat :D

www.tips-fb.com
Salam!

Aku nak join My Bestfriend Contest by Cik Bulat!! Hehehe. Bagi sapa-sapa yang nak join jugak tu, amat dialu-alukan. Jujum!! =D





SYARAT DAN PERATURAN :
  1. Terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur dan jantina.
  2. Gambar tidak terlalu seksi dan ganas.
  3. Tidak kisah berapa orang pun dalam gambar tapi make sure mereka ialah bestfriend korang.
  4. Persahabatan berlainan jantina diterima. (Jangan pula hantar gambar korang dengan couple / isteri / suami) hehe.
  5. Pastikan banner di atas diletakkan dalam post entri korang tentang penyertaan korang.
  6. Maklumkan pada Cik Bulat tentang penyertaan korang dalam comment entri Contest My Bestfriend Cik Bulat beserta URL blog korang.
  7. Hantarkan satu gambar yang korang rasakan terbaik. SATU ONLY.
  8. Explain tentang gambar dan ceritakan tentang bestfriend korang :)


TARIKH TUTUP PENYERTAAN :
 

  • 12 NOVEMBER 2010



HADIAH BAGI PEMENANG : 

  • Korang dan bestfriend korang akan menerima hadiah :)



 

Ni la bestfriend aku, Yummy @ Yummies! Nama sebenar beliau Mariam Mohd. Salleh. Kitorang dah lame kawan, sejak dari form 1 lagi. Dia la bestfriend aku sejak dari itu. Aku sayang sangat kat dia, dah macam adik beradik dah. Dia adik la walaupun dia tinggi dari aku, sebab dia muda 2 minggu dari aku, hehehe. Kitorang sama budak Oktober tao! Dulu masa form 1 kami sama tinggi, lebih kurang je ketot, hahahha. Tapi sekarang dia dah makin tinggi woo~! Tapi yang penting, hati kami masing-masing tak pernah berubah. =)

Sejak dari form 4 kami 2 terpisah, tak sama kelas. Tapi kami tetap geng, tetap jumpa gak bila ada kesempatan. Pastu abis high school, dia sambung form 6. Aku lak 3 minggu je form 6, pastu dapat kat UiTM. Makin jauh la terpisah, sedih~ huhuuhu. Setiap kali raya, aku mesti g umah dia. Kalo ada peluang, aku bawak dia g umah aku terus. 

Family kitorang dah memang kenal. Lagipon ayah dia dulu kawan ayah aku, arwah atok dia pon kawan arwah atok aku. Kiranya kitorang nih bestfriend generasi yang ketiga la, sejak turun temurun g. Mungkin kitorang memang dah d takdirkan untuk menjadi sahabat karib selamanya, atau mungkin menjadi keluarga sebenar suatu hari kelak? Siapa tahu kan kalo dah jodoh? Hehehe. Jangan salah paham, bukan aku dengan dia la. Maybe kami jadi ipar ke, biras ke, hehehhe. (Saya suka ini statement!! =P)

Sejak raya tahun 2008, kami dah tak berpeluang nak jumpa. Sebab ayah bawak kami sekeluarga g merantau ke tempat lain sampai sekarang. Dah hampir 2 tahun tak jumpa, tapi kitorang tetap gak berhubung. Tak kan pernah terputus hubungan. Walau sibuk bagaimanapun kami masing-masing, kami sentiasa ingat antara satu sama lain. Sampaikan kami menggelarkan diri Patrick the Star (Yummy) dan Spongebob Squarepants (aku), hehehehe. Kami ceria macam Patrick dan Spongebob. 

Yummy seorang pendengar yang sangat baik. Sejak dari pertama kali kami berkawan, sampaikan sekarang. Dia la kawan yang paling aku percaya, yang sentiasa disampingku. Kalo dia ada masalah pon, aku akan cuba membantu. Kami adalah sahabat dunia akhirat, susah senang sentiasa bersama, takkan ada pengganti bagi dia dan aku. Kalau ada pon, cuma kawan kami yang bertambah. Aku tak nak cari pengganti Yummy. Bagi aku, dia adalah dia, takkan sama dengan yang lain. =)

Setelah hampir 2 tahun tak jumpa tadi kan, akhirnya kami bertemu jugak 15 Oktober 2010 (Jumaat) yang lalu. Aku nak temankan dia g interview kat Kuching (kami tinggal kat Miri ye, memang jauh sangat dari Kuching), sebab kesian dia g sorang-sorang je. Dah la ni first time dia jejakkan kaki ke Kuching, naik bas pulak tu. Sangat bahaya, aku sanggup temankan. Syukurlah ayah aku izinkan (sebab kami saling mengenali dah), lagipon aku dulu 3 tahun study kat sana, hehehe. 

Macam ni la caranya kami bertemu kembali. Kami berjumpa d terminal bas di Miri. 16 jam perjalanan kami dari Miri ke Kuching. Seminggu kami di sana. Kebetulan birthday dia 21 Oktober, kami sempat sambut di sana. Kiranya percutian bersama ni adalah hadiah aku yang paling berharga untuk dia (ye ke?). Atau adakah ini sebenarnya adalah hadiah buat aku? Hahahha. Apa-apa pon, aku sangat gumbira hendaknya. Hehehe. =D

Kalo korang nak tao, gambar nih kitorang amik kat dalam bas. Time ni kitorang dalam perjalanan nak balik Miri dari Kuching. Ni pon kami baru bangun, muke masih busuk lagi, hahahha. Budak-budak busuk yang suka bergambar. Memang banyak la kenangan. Happy sangat dapat luang masa bersama seminggu tu, walaupun dah agak lama tak jumpe. Syukurlah dia tak berubah (cuma bertambah tinggi je, hehehhe). Dia pon cakap aku tak berubah, syukur sangat. Rasa macam nak cuti lama lagi je, tak puas seminggu. Huhuhuhu. =(

Pasni kalo ada peluang g, aku nak bawak dia g bercuti sama-sama g. Rindu sangat-sangat la!! Huhuhu. Rasanya ni je la cerita pendek dari aku untuk kalian semua tentang sahabatku, Yummy Patrick the Star. Aku harap Yummy baca entri ni nanti, hehehhe. Love u! Miss u!! Can't wait to see u again Patty! (Saya rindu awak) =D

Semua nih ikhlas dari hati saya yang kecik. Hanya Yummy yang tahu segalanya, thanks! =) (Saya pon tahu jugak segalanya, lalalalla~).

Sekian, trimas kerana ada untuk saya! =D

SpongebobSquarepants,
EzadNimo

2 comments:

Unknown said...

beso gambar dia..x muat laptop apik..hahaha

eZad niMo said...

hahaha, besar sgt ye? tu la, laptop apik kecik sgt. hahahhaa!