Pages

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Saturday, July 23, 2016

Status Terkini?

3 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamu'alaikum w.b.t.

Salam sejahtera semuanya~!

Rasanya berabad dah aku tinggalkan blog aku begitu saja. So, ni nak update sikit je laa, tak banyak mane pon.

Alhamdulillah, masih bernafas dengan sihat kat muka bumi nih. Masih aktif macam dulu, cuma dah kurang sikit laa.

Sekarang aku sibuk ngan dunia farmasi, praktikal masuk semester yang kedua. In shaa Allah semester depan merupakan semester akhir aku. Doakan yang terbaik buat aku ye, semoga lancar je perjalanan aku untuk menghabiskan pengajian ni dengan cemerlang.

Banyak benda dah berubah sekarang, terlalu banyak. Susah nak diluahkan satu persatu, tapi bak kata sahabat, "sampai bila kau nak rahsiakan?" Hahaha.. Kann, sampai bila? Ntah, aku pun tak tau. Mesti korang blur kan, tak tau mende yang aku merepek ni. Hahaha, kesian~

Jujur aku rindu nak blogging lagi macam dulu-dulu, tapi zaman dah berubah. Sekarang semua benda pun tak selamat. Kau salah taip sikit pun terus kena kecam ngan rakyat jelata. Bak kata sir kat tempat aku praktikal, "bila kita supply ubat kepada patients, kita kena pastikan there is zero error.."

Begitulah jugak diibaratnya dengan dunia siber sekarang ni, "ZERO ERROR". Kalo dulu, kita belajar dari kesilapan. Kita buat silap, kita belajar. Tapi sekarang, kita mengelak untuk melakukan kesilapan, sebab kalo buat silap walau sikit pun, kita bukan setakat belajar, tapi dapat bonus malu sebab kena kecam. So, sekarang istilah lain. Semua nak selamat, taknak dapat malu, tak berani nak buat silap. Bukan nak kata kau kena buat silap, tak. Maksud aku, kau kena berani dan kebal kalo nak hidup dalam zaman kecam mengecam sekarang nih. Sebab banyak mata sedang memerhati untuk mencari kesilapan kau.

Makanya, jangan takut kalo nak belajar dan maju ke hadapan. Hahaha, tapi jangan kau main redah je, naya nanti. Harap korang faham laa dengan apa yang aku cuba nak sampaikan. Maklumlaa, dah lama tak berceloteh, agak terabur je ayat. Hahahaha.

Oo, banyak kenangan dalam blog aku ni yang dah takleh pakai. Kat facebook aku dah delete semua. Kat sini terasa nak delete bagi mengelakkan salah faham, tapi macam kesian pulak. Hahaha. Takpe laa, biar aku simpan je dulu buat kenangan. Sampai masa nanti aku buang la mana yang patut.

Perkara ni masih bermain-main kat kepala aku. Korang rasa patut ke aku bagitau je kat orang tentang diri aku? Hahaha, apa-apa je laa. Macam la orang peduli, kah!

Terasa seronok pulak dapat kembali bermonolog dalam blog ni. It's been a while. Hope aku kembali lagi dalam masa yang terdekat memandangkan aku sekarang dah free.

Oh ya, raya kan sebulan. So, dalam kesempatan ni aku memohon maaf kepada semua atas segala salah dan silap aku dalam sedar atau tak. Halalkan segalanya yang pernah korang bagi dan yang aku ambik atau terambik ye. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, ikhlas dari aku dan Yuwais (minime).

Okay, semoga korang terhibur ngan entri terbaru aku ni, sebab sis mudah terhibur, hehehe.

Terima kasih!

Sekian, wassalam.

Mama Yuwais,

Nimo Taiga 🐯

*walkaway*

Saturday, July 11, 2015

Permulaan Yang Baru

3 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamu'alaikum w.b.t.!

Salam Sejahtera!

Apa khabar kalian semua? Puasa tak arini? Alhamdulillah, kita sekarang masih berada di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Rasanya masih sempat lagi kalo saya nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat sekalian alam. Harapan agar kita dapat memperbaiki diri dengan sebaiknya pada Ramadhan kali ini dan jadikan ianya sebagai permulaan untuk kita sentiasa maju ke hadapan dalam memperbaiki iman kita ke arah yang lebih baik dan mantop!

Sedar tak sedar, minggu depan kita dah nak masuk ke dalam bulan Syawal. Terlalu pantas masa berlalu, tak sempat kita nak mengejarnya. Diharap agar kalian lebih bijak dalam mengatur perbelanjaan kali ini memandangkan tak lame lagi nak raya, mesti banyak benda kalian nak beli untuk persiapan raya kan?? Dengan set pakaiannya.. dengan kasutnya.. dengan begnya.. dengan kuih muihnya.. dengan set perabotnya.. dengan langsirnya.. dengan itu, dengan ini.. amboi, banyaknye la barang kalian, duit raya jangan lupa simpan untuk saya ye, hehehe. Tapi kena ingat! Jangan lepas raya nanti ikat perut sebab dah banyak kuarkan duit, haaa. In syaa Allah, tahun ni sambut secara bersederhana sahaja, duit raya pun takdek, jangan mintak nanti ye, hahaha!

Berkenaan dengan diri nih, Alhamdulillah, sekarang dah masuk semester yang baru. Tinggal lagi 2 tahun nak abiskan perjalanan kat tempat orang. Harapan agar semester ni jaoh lebih baik dari semester lepas. Kalo sem lepas saya dah jatuh menjunam dengan teruknya, biarlah sem nih saya bangkit semula dengan gahnya hingga tamat latihan kat sini! Jangan bagi saya kuih bangkit, yang tu saya taknak, hahaha. Berbalik dengan diri saya tadi, sem ni sangat mencabar bagi saya, semoga saya kuat dan terus naik ke atas. Tapi kalo dah naik sampai ke atas sana, biarlah saya naik dengan iman yang penuh di dada.

Permulaan yang baru bagi saya nih, biarlah saya simpan isinya untuk diri sendiri. Tak perlu ase saya nak terangkan semua kat sini. Doakan semoga semuanya baik-baik sahaja. Saya seorang yang kuat! Saya boleh harunginya! Saya seorang yang berjiwa kental! Okay, cukup dah merapu meraban nih. Selamat tinggal semua! Puasa, jangan tak puasa. Puasa, jangan puasa yang sia-sia (harap faham). Kalo ada puasa yang tertinggal, gantilah dengan segera nanti ye. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin in advance buat semua ye! Harap dimaafkan semua kesalahan saya, dihalalkan semua hutang dan apa jua yang telah saya amik, pakai, pinjam atau apa-apa je lah! 0-0 

Seriously, no duit raya this year kay, saya mintak maaf siap-siap, huhuhu. Kalo nak kuih raya, jemput datang ke rumah ye, hehehe.

Sekian, wassalam.

Maaf zahir & batin,
Ezadnimo =)


Friday, January 2, 2015

Salam Jumaat, Salam 2015

6 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamu'alaikum w.b.t

Salam Sejahtera~!


Kehadapan semua yang mengenali diri ini, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin diucapkan.. ehhh, bukan ehh? Salah ye? Ooo, tahun baru rupanyaaa, hahaha. Maafkan saya, maaf di atas segala kesalahan saya ini. Maklumlah, baru tersedar dari mimpi setelah setahun lebih tidur agaknya.

Selamat pagi semuanya, Salam Jumaat Mubarak. Dengan ini, sekembalinya saya ke alam maya ini mungkin untuk seketika atau untuk jangka masa yang agak lama kali ini. Setelah setahun lebih menyepi, saya kembali dengan gaya yang agak berlainan sedikit berbanding sebelum ini. Mungkin agak sopan dari segi saya membahasakan diri ini dari "aku" kepada "saya" ye dok? Ye laa, usia pun dah mencecah 25 tahun sekarang, bukannya 19 tahun lagi, hehehe.

Sekembalinya saya ini hanya nak update sikit mengenai diri saya sekarang. Kemana saya menghilang? Kenapa senyap je? Apa yang saya buat selama ni? Korang percaya tak semua ni? Hahaha, maaf, tak lawak pun (buat muka ketat sikit). Lama saya menghilang ni, macam dah banyak je virus-virus masuk kat page saya, menyampah I.

Tak banyak pun saya nak update, cuma nak bagitau, saya sekarang dah jadi seorang pelatih di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, Perak (KSKBSAS) dalam bidang Farmasi. Saya sekarang dah masuk semester 2, Alhamdulillah. 12 Januari nanti baru kami start kelas atas sebab banjir yang melanda Pantai Timur sekarang (#prayforpantaitimur), kejadian alam yang tidak dapat kita elakkan, ada hikmah disebaliknya.

Hmmm, apa lagi nak tulis? Bila dah start menaip nih, rasa taknak berenti pulak, seronok, tapi takde idea dah, hahaha. Baiklah, elok ler kalo saya berhenti kat sini je dulu ye. In shaa Allah, panjang umur kita berjumpa lagi. Ye la, saya kan macam chipsmore, now u see, now u don't, hehehe.

Sekian, wassalam.

P/s: Jaga diri elok-elok semuanya, musim hujan ni jangan main air ye. =)

Yang menaip,
Ezad Nimo

Saturday, October 26, 2013

Gigi Oh Gigi!

6 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh~!

Salam Sejahtera~!


Selamat berhujung minggu rakan-rakan sekalian~! Harap korang cukup rehat hari ni, esok dan hari-hari seterusnya, hehe.


Mood aku hari ni tak berapa nak elok sangat sebab gusi tengah kembang, gigi hujung ni tumbuh tak habis, terbantut untuk berbulan-bulan lamanya. Baru setengah je tumbuh, setengah lagi masih tak nampak, sebab tu gusi kembang. Sakit lerrr, nak telan air liur pun sakit, berdenyut-denyut rasanya. Patut la baby baru tumbuh gigi meleleh-leleh je air liur, macam tok rasanya paduhal~ huhuhuhu...

Kes aku macam yang Partial Eruption kot sebab nampak sebelah je, sebelah lg masih dalam gusi menyebabkan gusi aku kembang.
Tadi aku makan mi goreng pun takde rasa sangat sebab terpaksa main telan, tak dapat nak kunyah sangat (walaupun sakit, sebungkus mi goreng special abis aku bedal, hahaha). Sekarang ni pun aku rasa macam nak demam jek. Syukur la keja tak banyak sangat hari ni dan aku dapat balik awal, dapat rehat puas-puas. Tapi esok pagi kena awal la bersiap sebab nak g register untuk amik lesen driving, hohoho.


Ngantok nya la mata aku ni, rasa nak tido kejap. Anak aku (Yuwais) pun dah tido, so rasanya tak salah kalo aku merehatkan mata kejap kan. Dengan harapan bila dah bangun nanti pulih segala kesakitan d gusiku ini, huhuhu~



Okey lah, aku nak rehat kejap. Selamat berehat semua!

Wassalam!

P/S: Jangan lupa tengok bola malam ni, Sarawak vs Pahang okeh~!!!

Cepat sembuh,
Ezad_Nimo

Monday, October 14, 2013

Salam Aidil Adha 1434 Hijrah

9 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamualaikum w.b.t.~!

Salam Sejahtera semua!


Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua umat seisi alam. Semoga kita mendapat rahmat dan hidayah dari Allah yang Maha Esa, dan semoga mendapat berkat dan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Bagi mereka yang mengerjakan haji pada musim ini, semoga dipermudahkan segala urusan mereka di tanah suci & semoga mendapat haji yang mabrur, amin! Bagi kita yang belum berkesempatan untuk mengerjakannya, semoga mendapat peluang di musim yang akan datang, amin~!

Okai, aku harap korang dapat menjalankan ibadah qurban kali ni dengan penuh keikhlasan dan penuh makna. Baiklah, ni just update ringkas bersempena dengan Aidil Adha, lain kali aku update lagi kalo berkesempatan.

Wassalam~!

P/s: Ingat! Jika melakukan sesuatu amal kenalah ikhlas! Jangan harapkan apa-apa balasan tau! Niat pun kenalah betul k, jangan menyimpang!

BerQurban,
Nur Izzati

Tuesday, October 8, 2013

Oh My Day~

2 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamualaikum w.b.t.~!!!

Salam sejahtera semua!!!

Aku datang lagi, tak sampai sebulan pun aku dah update entry baru, yeay~! Hahaha, mode kanak-kanak riang ria ribenna hari ini. Hari ini hari apa? Hari ini hari selasa. Hari ini berapa haribulan? Hari ini 8 haribulan. Makanya hari ini ialah hari............?

Haha, kesiannya tengok intro aku kat atas ni, tah apa-apa ntah. Hari ini aku cuma nak kongsi sikit je la ngan korang pasal tarikh 8 Oktober. Kalo korang nak tauk, tanggal 8 Oktober telah lahirnya seorang tokoh yang amat dikagumi ke dunia yang sementara ini. Haaa, siapakah tokoh yang dimaksudkan itu??

Cuba korang cek kat google sekarang (aku pun nak cek google jap). Alamakkk, tak boleh pakai la google ni, dorang terlupa ada sorang tokoh ni, dia seorang wanita yang belum lagi mencecah usia 30 tahun. Hahaha, dah la, malas aku nak buat karangan merapu meraban reban ayam aku ni.

Long story short, hari ni hari jadi aku, hari jadi sorang rakan sepejabat aku, hari jadi anak buah aku, hari jadi senior aku, dan hari jadi korang yang jatuh pada 8 Oktober, yeayy~!!!

Nak dijadikan cerita, malam tadi abang aku, Encik Mael kol aku dalam pukul 11 lebih, dekat pukul 12 jugak lah. Masa tu aku dah nyenyak tido sebab semalam ujan, jadi cuaca agak sejok dan aku pun keletihan jugak. Ditambah lagi dengan anak aku kat sebelah ni yang uwekkk uwekkk sikit kalo dia belum lena tido.

Bila abang aku kol tu, handphone aku berbunyi dengan kuat dan agak mengejutkan (sebab hampir semua orang dah tido dan suasana tengah sunyi sepi), aku pun cepat-cepat angkat kol abang dan dengan serta merta tanpa berfikir panjang aku terus jawab, "Kenak abang kol malam-malam gitok? Pukul berapa dah jam tok?" Masa tu aku agak mamai sikit dan macam orang mengigau jugak, ditambah lagi anak aku tetiba nangis dengar bunyi ringtone handphone aku yang agak nyaring. Lepas tu abang terus letak panggilan. Yang sempat aku dengar masa tu abang macam tengah nyanyi dan berhenti sekerat sebab aku dah bising.

Sejak dari tu, aku jadi kebingongan dan rasa serba salah sebab aku macam tetiba marah abang tak tentu pasal. Aku pun berfikir sejenak, "Alamak, apa aku dah buat ngan abang tok. Mesti abang tengah kecik ati sebab aku cakap kasar tadi". Sampai la aku tetido, dan bila bangun lagi ni, aku masih memikirkan kejadian malam tadi. Kesian abang =(

Memandangkan sekarang masih awal, tunggu jam pukul 5 pagi nanti aku nak kol abang balik, mesti abang dah tido time ni. Sebenarnya kan, aku lupa yang ari ni birthday aku, jadi abang selalunya akan jadi orang pertama yang kol dan nyanyi birthday untuk aku, jahatnya aku~ =((

Okaylah, aku nak sambung berehat kejap (mata dah merajuk taknak tido balik, haishhh~). Doakan semoga abang aku tak kecik ati k? Aaminnn~ =)

Sekian, terima kasih.

Wassalam!

P/s: Jangan lupa klik nuffnang / iklan kat page aku sebagai adiah birthday k?? Trimas!!! =D

Aku yang bersalah,
Ezad Nimo =(

Monday, October 7, 2013

Aku Bukan Penganggur

2 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamualaikum w.b.t.!!!

Salam Sejahtera!!!

Salam Oktober semuanya~!!!! Apa khabar wahai blogersreaders sekalian?? Lama dah aku tak tanya korang soalan yang sebegini kan?? Hehehe~

Okeh, sempena bermulanya Oktober yang sangat dinanti-nantikan nih, aku berazam untuk menjadi seorang yang rajin, berdedikasi, jujur, amanah, bertanggungjawab dan sewaktu dengannya. Ya la, sekarang aku dah cukup sebulan bergelar seorang ibu muda yang bekerjaya, hehehe (seronok rasanya bila dah dapat bekerja).

Berbalik kepada topik asal, aku nak cer-cer sikit kat korang pasal kejadian yang berlaku malam semalam semasa aku tengah tido. Cerita dia takde la panjang sangat, pendek je. Ni pun mak aku yang baru stoly molly kat aku tadi sebelum dia tido, hahaha.

Kisah ni bermula semasa aku tengah nyenyak tido selepas mendodoi anakku semalam. Malam tu anak aku nangis nak menyusu, jadi aku tak dengar sangat sebab dah keletihan seharian bekerja. Mak aku pun tolong la gerakkan aku, dan dengan slumber aku menjawab, "Orang nak ngira barang lok tok". Dalam nada yang agak marah mak aku berkata, "Barang apa gik nak di kira kau?? Malam dah ari tok, di rumah dah kau ya, bukan di opis gik. Anak kau nangis nak nyusu tok." Lalu dalam nada berbisik aku berkata, "Orang nak ngira barang pun sik boleh". Pastu aku pun bangun dan tak sedar langsung yang aku ada berkata-kata seperti yang di atas. Kalo aku dah letih sangat aku memang mudah nak ngigau sikit, hehe.

Hakikatnya, aku langsung tak sedar akan semua kejadian ni. So, mak bapak aku cakap nanti dorang rekod video aku supaya aku percaya dengan adanya bukti! (Dorang gurau je pun, takde la sampai nak amik video kan, hehehe). Oh ya! Lagi satu sebelum aku terlupa, jangan lupa klik-klik iklan kat page aku nih kalo korang ternampak k?? Trimas!!!

Okay lah, sampai sini je cerita kita untuk bulan ni. InsyaAllah bulan depan kita jumpa lagi, hahahaha!!

P/s: Kalau korang nak tau, dah seminggu aku buat draft ni, tapi baru hari ni aku sempat nak siapkan and publish post nih. Sebab tu aku rasa macam tergantung je cerita aku, mungkin sebab idea aritu dah lari kot? Kesian, kesian, kesian~

Sincerely,
Nimo :)

Wednesday, September 4, 2013

Alamakkk!!!!

4 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamualaikum w.b.t.~ dan salam sejahtera semua~!!!

Hai, hai, hai~! Dah berkurun aku tak update blog nih, sebab tu title post ni Alamakk!!! (menjerit sambil kedua tangan di muka).

Hehe, rindu rasanya nak berblogging, tapi apakan daya masa mencemburui diriku ini. Maklum lah dah ada anak kecik sorang kan, fokus lebih kat anak ler, lagipun sekarang dah start kerja, so dapat bahagi masa sikit-sikit je larr.

Ni pun aku tak dapat nak taip panjang sangat sebab tengah tunggu abang aku balik dari sekolah, dia anta anak buah kitorang g sekolah pastu datang balik anta aku g keja ler~ hohoho. So, di kesempatan nih aku harap korang datang la selalu lawat aku kat sini, insyaAllah aku akan rajin update blog yang dah bersawang dan usang nih, hehehe.

Salam September semua~!!

Wasallam!

P/s: Thanks to Aisah Ahamad sebab ingatkan aku untuk update blog nih. K, bye~!

Peace,
Nimo!


Monday, January 2, 2012

Ichi Ritoru No Namida

8 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamualaikum w.b.t.!!

Salam sejahtera semua, diharap kalian sihat-sihat belaka. Dah lama aku tak update, idea banyak tapi line internet yang tak berapa nak elok. Lagipun agak kesuntukan masa nak post entri baru ni.

Tadi aku bukak Facebook abang aku, pastu terjumpa la cerita 1 Litre Of Tears. Lama dah tak tengok cerita tu, memang sedih. Kalo korang belum pernah tengok lagi, boleh la tengok sekarang. Itu pun kalo berminat la.

1 Litre of Tears (Ichi Litre No Namida)

Cerita ni memang sedih, ia di amik dari kisah benar pasal sorang budak pompuan (Ikeuchi Aya) ni yang ada penyakit yang tak dapat disembuhkan. Dia start kena penyakit ni masa umo 15 tahun, pastu dia teruskan hidup sampai umo 25 tahun. Kira 10 tahun la dia dapat bertahan, tu pun memang sedih kalo tengok kisah dia.

Ni la wajah sebenar dia, Aya Kito

Dalam tempoh dia sakit tu, mak dia ngan sorang doktor yang rawat dia ni soh dia tulis diari. Jadi semua kisah hidup dia ada tercatat dalam diari tu. Kalo korang tengok cerita ni memang banyak la diari dia. Dia ni memang kuat la walaupun tengah sakit teruk, boyfriend dia pun tinggalkan dia bila tau dia sakit. Apa punya jantan la itu orang.

Baiklah, rasanya tu ja untuk kali ni. Nanti la update lagi, satu cukup~ :)

Zutto Ikite!
Nur Izzati

Sunday, June 12, 2011

Apa Ya?

6 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamualaikum w.b.t.!

I'm back! I'm back! Long story short, abang aku dah ada blog sendiri. Nama blog dia APA YA? Korang terjah la ramai-ramai, tapi kena paham cakap Sarawak la sebab abang aku guna bahasa Sarawak sebagai medium penulisan dia, hehehe.

Ni ha tuan punya blog APA YA? tu!

Jangan lupa follow blog dia keh, dia masih baru lagi. Biasa la, orang tengah cuti panjang, banyak masa terluang untuk blog (macam aku dulu-dulu jugak :P). Bak kata Encik Salleh Yakub, "i follow", hehehe.

Sekian, wassalam!

Adik sayang abang,
Nur Izzati :)

Saturday, June 4, 2011

She's Back!!

8 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalam!!

Hahaha, she's back!! Tau tak sape?? Ni la aku nak cerita (tak panjang, pendek ja).

Ingat lagi tak aku penah post entri pasal Pengomen Tegar dalam entri yang lepas-lepas? Kalo tak ingat atau tak tau rujuk semula kat SINI. Haa, dapat dah?? Tu la kawan aku, Aisya namanya, hahaha. Dia ni pengomen tegar kat blog aku, pastu aritu dia dah delete blog dia. Sekarang dia dah kembali semula dengan wajah baru, jom tengok!

Blog baru si pengomen tegarku :P

Ni la wajah baru dia, dulu sorang-sorang je kat header, sekarang dah berdua dah, ahhaha, maju kawan! Kalo korang nak g kat page dia, klik kat SINI atau klik je kat gambar header dia tu ataupun korang klik je kat title entri ni (aku promote blog kau tok sah, bait nak? Hahaha).

Walaupun aku dah tak aktif lagi macam dulu dah sekarang ni, tapi dia tetap nak komen jugak, tu la tegarrrr namanya, hehe. Apa pun, thanks sebab dah kembali semula. Oh ya, kim salam ngan orang sebelah ya k? Hehehe.

Tu je la untuk ari ni, papai!!

Mok header baru juak eh,
Ezad Nimo

Sunday, January 9, 2011

Facebook Akan Ditutup Pada 15 March 2011

18 speaker(s)
www.tips-fb.com
Mark Zuckerberg

Assalamualaikum w.b.t.

UPDATED : Ada sumber yang gitau berita ni sebenarnya palsu. Kalo nak tau, baca SINI. Aku pun tak pasti. Tapi kalo betol la nak tutup, aku lagi suka. Hehe, jangan marah aku hanya kerana aku sokong Facebook kena tutup. Memang betol laman sosial ni sekarang dah bawak banyak masalah. Walaupun kita guna elok je, tapi disebabkan apa yang orang lain dah buat, benda ni jadi tak elok dah. Bak kata pepatah orang tua dulu-dulu, "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga". Renung-renungkan dan selamat beramal! =D

Hoho, tadi aku ternampak topik HANGAT: Facebook bakal ditamatkan & FACEBOOK WILL END IN MARCH 15TH! kat blog Encik Suratan Kebetolan. Satu topik yang sangat menarik perhatian aku. Buat encik SK, sori kalo saya amik topik ni, saja nak share ngan member kat sini, hehe. Papepon, thanks for the info! =D

PALO ALTO, CA –Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.


“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”


Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.


“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”


Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset.


“I personally don’t think it’s a big deal,” he said in a private phone interview. “And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.”


Some Facebook users were furious upon hearing the shocking news.


“What am I going to do without Facebook?” said Denise Bradshaw, a high school student from Indiana. “My life revolves around it. I’m on Facebook at least 10 hours a day. Now what am I going to do with all that free time?”


However, parents across the country have been experiencing a long anticipated sense of relief.


“I’m glad the Facebook nightmare is over,” said Jon Guttari, a single parent from Detroit. “Now my teenager’s face won’t be glued to a computer screen all day. Maybe I can even have a conversation with her.”


Those in the financial circuit are criticizing Zuckerberg for walking away from a multibillion dollar franchise. Facebook is currently ranked as one of the wealthiest businesses in the world, with economists estimating its value at around 7.9 billion.


But Zuckerberg remains unruffled by these accusations. He says he will stand by his decision to give Facebook the axe.


“I don’t care about the money,” said Zuckerberg. “I just want my old life back.”


The Facebook Corporation suggests that users remove all of their personal information from the website before March 15th. After that date, all photos, notes, links, and videos will be permanently erased. - SOURCE : Weekly World News


Aku sokong tindakan Mark Zuckerberg (Pengasas Facebook - sila rujuk cerita The Social Network bagi sesapa yang tak kenal lagi sepa dia). Bagusla kalo camni, takyah main Facebook g, hahaha! Aku okay je, korang la kesian =P.

Oh, aku nyer account Friendster, Myspace, Tagged, Miak Sarawak Comunnity semua aku dah delete. Twitter lak aku memang tak buat langsung, haha. Pasni nanti boleh la main blog je (kalo dapat la), hehe.

Selamat menikmati saat-saat terakhir korang dengan Facebook ye~ hehe.

Wassalam!


Happy,
Nimo

Wednesday, December 29, 2010

3 Idiots SUPERB!!!

10 speaker(s)
www.tips-fb.com
3 Idiots

Assalamualaikum w.b.t.

Holaho!! Wassup all?? Don't worry, all is well. Hahaha, "all is well". Tu la yang Rancho cakap kat member dia. Rancho tu sapa?? Hahaha, meh sini aku cerita sikit. =D


All is well!


Aku baru je lepas menonton cerita 3 Idiots kat astro fiesta channel 110 tadi. Actually aku ada movie ni kat dalam lappy aku, tapi aritu tengok kejap je, pastu takde mood sangat. Ni dah tengok kat astro, baru layan giler. Hahaha.


hohoh~


Frankly speaking, 3 idiots SUPERB!!! Memang best cerita ni, aku tak tipu korang. Cerita dia banyak bagi inspirasi kat orang. Ada gak bab yang memang sedih giler laa. Dorang nyer persahabatan nih memang awesome! Aku suka sangat cerita ni, memang layannn!!


Best la skuter tok


Kalo korang tak tengok g, tengok la kat astro fiesta channel 110. Kalo takde, g la beli dvd kat kedai. Kalo taknak, download la senang. Kalo tak dapat, mintak kat kawan. Kalo tak boleh jugak, baca sikit-sikit kat sini. Aku tengah paksa korang nih, hahaha!!


Raju, Rancho & Farhan


Dorang ni 3 sahabat (nama pun 3 idiots); Farhan, Raju ngan Rancho ni tadi. Kalo korang tengok dari awal, korang akan tau Farhan nih sederhana orangnya (taraf hidup). Raju lak hidup susah, ayah dia sakit. Rancho ni je yang datang dari family yang memang kaya giler. Tu tengok dari awal, last dia macamana?? Haa, tu yang korang kena tengok sendiri. Kalo aku cerita kat sini, mesti tak syok sebab korang dah tau dah. Huhuhu.


Berjaya sudah


Nama cerita ni 3 idiots, tapi yang sebenarnya 2 je yang idiots. Rancho ni budak yang pintar, selalu dapat nombor 1, dia pelajar cemerlang. Tapi dia tak sombong, dia sahabat yang baik, dia banyak bagi inspirasi kat kawan-kawan dia, dia banyak tolong kawan dia, dia sayang kawan dia. Yang Raju ngan Farhan lak selalu dapat nombor last dalam kelas, hahaha. Dorang ni buka idiots, tapi ada masalah.


Engineering is not my choice =P


Rancho dia memang minat sangat belajar, tu yang pintar. Raju lak dia penakut, sebab tu dia jadi camtu. As for Farhan, engineer is not his choice. Ayah dia yang suruh dia jadi engineer. Oo, lupa lak nak intro pasal engineer. Dorang 3 ni study kat ICE, Imperial College of Engineering. Rancho memang minat nak jadi engineer, Raju pun sama. Tapi Farhan dia sebenarnya nak jadi Photographer, ayah dia yang nak sangat dia jadi engineer.


Speech yang sangat mantap!


Kat kelas dorang ni ada sorang budak pandai yang tak senonoh. Nama dia Chandur, dorang panggil dia Silencer, hahaha. Dia ni suka kentut, tu yang aku cakap dia tak senonoh. Dia ni macam loser je aku tengok, nerd plak tu (hahaha, jahat lak aku! =P). Kalo korang tengok cerita ni baru korang paham. Chandur ni pelik sikit. Watak dia dalam cerita ni kira saingan yang tak sengit tapi "idiot" buat Rancho, hahaha!


ViruS


Orang kuat ICE ni lak nama dia Professor Viru Sahastrabudhhe, tapi Rancho and the gang panggil dia Virus. Dia ni seorang yang sangat berkuasa, sebab ICE tu dia yang punya. Dia ada anak pompuan cun, nama dia Pia. Pia ni sorang doktor, dia la kekasih Rancho. Hohoho. Seronok plak aku cerita kat sini. Eh, eh! Lupa nak bagitau. Aku suka lagu Zoobi Doobi dalam cerita ni, sedap!


Pia~


Dah, dah! Taknak cerita panjang-panjang g. Elok korang tengok sendiri. Tak best kalo aku cerita, tak syok! Kalo korang tengok, korang tau la. Aku sampai nangis lak tengok, sedih oo. Huhuhu T_T. Cerita ni memang menyentuh perasaan. Mesej yang cuba disampaikan memang sampai kat kita (aku la, korang aku tak tau =P).


Rancho dengan ViruS

Okay la readers! Korang layan je la k? Jangan lupa klik Mr. Nuffnang aku (lama dah tak mention pasal ni, hehehe). Aku nak tengok cerita Brother Bear kat Disney Channel dulu, hohoho. Layannnnn~ Ehh, tengok setengah je. Sekarang ngah tengok final bola sepak, Malaysia vs Indonesia. Go Malaysia!!!

Thanks, wasallam!


Ragging freshy woii!!



Zoobi Doobi: Zoobi doobi zoobi doobi pum paara~ zoobi doobi param pum~


All is well,
Ezad Nimo

Saturday, December 25, 2010

Kehidupan Ini Semuanya Meletihkan

4 speaker(s)
www.tips-fb.com

Assalamualaikum w.b.t.

Jangan bersedih dengan kekeruhan hidup, sebab memang demikianlah kehidupan itu diciptakan.

Pada dasarnya kehidupan ini memang meletihkan dan menyusahkan. Kegembiraan yang ada padanya merupakan hal yang bersifat sementara; begitu pula dengan kegembiraannya merupakan sesuatu yang jarang terjadi. Anda merasakan manisnya hidup di dunia ini, namun Allah tidak redha untuk menjadikannya sebagai tempat tinggal bagi wali-waliNya.

Seandainya dunia ini bukan tempat ujian, pastilah di dalamnya tidak ada sakit dan kesusahan hidup. Dan, para nabi serta orang-orang terpilih tidak akan tertekan dalam kehidupan yang sengsara. Nabi Adam 'Alaihissalam terus didera ujian selama hidupnya hingga meninggal dunia. Nabi Nuh 'Alaihissalam didustakan dan diejek oleh kaumnya. Nabi Ibrahim 'Alaihissalam diuji dengan api dan dengan perintah menyembelih anaknya. Nabi Ya'qub 'Alaihissalam menangis hingga matanya buta. Nabi Musa 'Alaihissalam harus menghadapi kekejaman Fir'aun dan menerima ujian berat dari kaumnya sendiri. Nabi Isa bin Maryam 'Alaihissalam hidup dalam kesusahan dan kemiskinan. Dan Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam harus bersabar dengan kemiskinan yang dia alami. Bapa saudaranya, Hamzah, terbunuh padahal dia adalah salah sebuah keluarga dekatnya yang paling ia cintai. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam juga diusir oleh kaumnya. Dan masih banyak lagi cerita menyedihkan yang dialami oleh nabi-nabi yang lain, yang tidak mungkin disebutkan satu persatu di sini. Dan kalau pun dunia ini diciptakan untuk kelazatan, maka orang mu'min tidak berhak mendapatkan kelazatan itu. Sebab Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:

Dunia adalah penjara orang mu'min dan syurga bagi orang kafir.

Di dunia inilah orang-orang soleh dipenjarakan, para ulama mendapat ujian dan cubaan, para wali-wali disengsarakan dan minuman-minuman para shadiqin dikeruhkan.


Petikan dari La Tahzan | Jangan Bersedih | Don't Be Sad (Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan), Buku Tiga (3).






Nimo

Monday, December 13, 2010

Jemputan ke Taklimat Program Latihan Pemerkasaan Keupayaan Siswazah (LPKS)

6 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamualaikum w.b.t.

Halo sekalian alam! Aku baru je dapat email dari Secretariat CBG pasal Perjumpaan Ketua Sekretariat Bersama Pemohon Program LPKS di Miri.

Sebelum ni aku da apply mende ni kat e-recruitment 22 September 2010 yang lalu, 3 bulan dah. Ni dorang jemput aku untuk menghadiri perjumpaan bersama ngan Ketua Sekretariat Program LPKS, bagi tujuan membincangkan hal berkaitan penempatan pemohon-pemohon.

Perjumpaan tu ari rabu ni (15 December 2010), jam 9 pagi kat Mega Hotel, Miri. Kena pakai formal lagi. Guna baju kurung la nanti, hoho. Aku sebenarnya tak tahu pasal pa sebenarnya program ni, apply je la. Sekarang ni pon aku bukan ada buat apa, so pegi je la. Lagipun mak aku soh g jugak tadi. Aku ada banyak masa free, so luangkan kat sini je la. Mane la tau program ni sangat berguna dan membantu bagi aku nanti, hehe.

Tu je la aku nak share ngan korang.

K, salam!

Sekretariat,
Program Latihan Pemerkasaan Keupayaan Siswazah,
Tingkat 11, Wisma Bapa Malaysia,
93502 Kuching Sarawak.
Tel: 082-445211 / 311541 / 446212
Faks: 082-311140 / 449490

LPKS,
Nimo =)

Wednesday, November 24, 2010

Selamat Maju Jaya (SPM & STPM)

2 speaker(s)
www.tips-fb.com
Salam!

Lupe lak nak post pasal SPM & STPM ni, hehehe. Hari ni tadi budak-budak dah stat exam SPM kan? (STPM tak tao plak bile =P). Adik sedara aku arini tadi ada paper BM ngan PS. Tu je aku tau, makcik aku datang kejap tadi, ehehhe.




So, kepada adik-adik yang akan, sedang dan telah menjawab paper untuk exam SPM ni, akak nak ucapkan semoga korang berjaya ye. Haha, akak ke? =P Hehehe~ all the best in whatever you do. Ingat! Sebelum jawab paper tu, baca doa dulu, tawakal banyak-banyak. Hehe. Lagi, amalkan tak tido tengahari dan petang, supaya korang tak tido time jawab paper nanti. Lagi, err~ korang cuba la jawab soalan-soalan kat bank soalan SPM ni atau bank soalan SPM yang ni. Ada skema jawapan gak tu, untung bebudak sekarang kan? Hohoho~




Korang jangan la risau, SPM bukan susah pun (sebab tu aku dapat tak belajar n dapat result "baikkkk" punya, wahahhaha!). Bagi yang STPM tu, korang buat la leklok ye? Aku dulu 3 minggu je form 6, tak sempat nak exam, hahahha. Papepun, aku doakan yang terbaik untuk korang semua. Harap result korang gempak sakan! Hehehe~ =D

Baik lah, tu je. Wasalam!

All the best!
Ezad Nimo

Sunday, November 21, 2010

Nuffnang!!

15 speaker(s)
www.tips-fb.com
Salam!

Hehe, lama dah tak update blog ni. Bape ari dah? Last hari raya korban hari tu, hehe. Ni pun update sebab Mr. Nuffnang kita tu, haha. Bukan hal besar pun, biasa-biasa je.

Cerita dia camni. Tadi aku tengah syok layan movie, cerita RED (Retired and Extremely Dangerous) lakonan Bruce Willis tu (betul ke aku eja? Haha). Best oo citer ni, memang layan~ style la, korang tengok la jugak. Hehehe.

Oo, lepas tengok movie tu aku online la kejap, nak check email. Pastu aku tiba-tiba terfikir pasal Nuff nih. Teringin gak nak tengok analytic blog aku yang tak aktif ni. Secara tak sengaja tangan aku tergatai plak g tuju arrow kat earnings. Punya la aku terkejut. Sebab sejak aku join Nuff, earning aku zero (0) je, hahhaa. Ni, tengok-tengok ada dah. Alhamdulillah, terkejut aku. 

Segan plak nak letak pic ni, huhuhu

Walaupun bukan BE macam yang kawan-kawan blogger lain slalu tunjuk, tapi aku hepi gak. Sebab bagi aku, ni permulaan yang baik. Tak pernah kot dapat macam ni. Lebih-lebih g aku tengah tak aktif dah sekarang ni. Hepi je rasa, haha. Trimas all! =D

Hehe, tu je la aku nak kongsi. Tak pernah kot aku post pasal Nuffnang ni, haha. Papepun, saya budak baru belajar. Rajin-rajin la berkunjung kat sini k? Klik-klik la apa yang patut, hehehe. =)

Thanks, wassallam!

Me,
Nimo

Monday, November 15, 2010

Monkey Malaria

34 speaker(s)
www.tips-fb.com
Salam!

Monkey Winks

Hoho, ari ni aku nak share sikit pasal spesis major parasit malaria yang ke-5 ("fifth human malaria species").  Monkey Icon  Maybe korang dah tau n aku ketinggalan, tapi aku nak share jugak! Hehehe. Rindu la pulak nak jadi student g, huhuhu. Monkey Emoticons


Masa praktikal dulu sir kitorang penah gtau, Monkey Icon ada spesis parasit malaria yang baru ditemui kat pulau Borneo ni (bahagian Indonesia dan Sarawak! Beware geng~)Monkey Winks Spesis baru ni lebih bahaya g dari 4 spesis yang lama tu (Plasmodium vivax, P. ovale, P. falciparum dan P. malariae)Monkey Icons Pasai pa aku letak tajuk dia "Monkey Malaria"?? Monkey Emoticons Sebab spesis baru ni dia transmit dari monyet ke manusia melalui nyamuk Anopheles betinaMonkey Emoticon Nama dia ialah Plasmodium knowlesi (wah, rasa macam jawab paper CDC en. khamri ngan vector miss Ain je, hahaha!), dia ni jahat! Sangat jahat! Hahaha~ Monkey Wink


Nyamuk betina yang bertanggungjawab ~ liar dan buas, hahha!

Female Anopheles mosquito (comel!!)

Ni sel darah merah yang kena serang dorang

Yang warna ungu tu parasit tadi kat dalam darah, huhuhu~
Pkno008421AAA
Plasmodium knowlesi Purine nucleoside phosphorylase - a homolog of Pfal008421AAA.


Monkey Icons Menurut Malaria Journal (Oktober 30, 2009), 58% kes malaria ni dilaporkan kat Hospital Kapit, Sarawak, yang mencatatkan kawasan terbesar Monkey Winks berlakunya kes malaria yang disebabkan oleh parasit P. knowlesi ni. Monkey Emoticons Tapi tu tahun lepas nyer, sekarang tak tau pulak macamana citer dorang ni. Monkey Emoticons


Monkey Winks Hmm, kalau tak silap aku nama si betina yang menyebarkan parasit ni ialah Anopheles latens (kat Borneo). Dia ni dari kumpulan Anopheles leucosphyrus (betulkan aku kalo silap ye)Monkey Winks Anopheles cracens (Semenanjung Malaysia) lak geng kepada An. latens ni, Monkey Emoticons sama gak join kumpulan An. leucosphyrus tu (sila betulkan g kalo aku tersilap g k?)Monkey Winks Jadi, maknanya nyamuk tu ialah Anopheles leucosphyrus la ye? Monkey Emoticon Maaf, aku pun keliru part ni. Sapa-sapa tolong betulkan dan explain kat aku. Monkey Emoticons


Korang nak tau tak? Monkey Icons Nyamuk betina ni kan, dia suka nak carik mangsa dari jam 6 petang sampai ke malam. Tengah malam tu la dorang ni sangat aktif jadi dracula / vampire. Monkey Emoticon Ayokk~ hati-hati la korang, aku takut ni~ huhuhuhu. Monkey Emoticons Tu pun kalo korang suke nak main-main kat dalam hutan malam-malam la, hehehe. Monkey Emoticon


Long-tailed macaques (Macaca fascicularis)

Huhu, sedihnya aku. Jahat tol parasit tu! =(
Acara terjun bebas dimulakan. Wahaha, aku boleh berlari atas air~

Comel kan anak aku?? Miaw, miaw~

Huahuahua! Nampak tak gambar-gambar kat atas tu?? Monkey Winks Comel kan?? Kucing tu jadi anak angkat dia, kawaii!! Monkey Emoticon Hehehe. Monyet spesis tu la yang bawak parasit-parasit tadi, pastu nyamuk isap darah dia, parasit tadi pun masuk lam badan nyamuk betina tadi, Monkey Icon last-last nyamuk gigit orang, terus kena Monkey Malaria ni. Hehehe, paham tak adik-adik?? Monkey Winks Itulah dia monyet jenis long-tailed macaques, atau nama saintifik dorang ialah Macaca fascicularisMonkey Emoticons Comel la pulak Macaca tu. Fascicularis tu plak dah macam nama flea yang kat rodent Monkey Icons (tikus comel, kawan pinky and the brain)Nosopsyllus fasciatus. Hahaha. Monkey Emoticons Sorry, flea tu takde kaitan dalam cerita ni. Hehehe. Monkey Emoticons


Klik gambar ni kalo nak tengok dengan jelas =)


Emm~ apa lagi yang aku nak kongsi kat sini ye? Monkey Icon Dah takde idea la pulak, huhuhu. Takpe, takpe, korang layan je la dulu cerita aku ni k? Monkey Winks Kalau ada salah dan silap yang aku taip kat sini, harap maaf. Monkey Icon Komen la k, tolong betulkan untuk aku. Monkey Icon Aku ni pun bukannya seorang pengkaji yang bertauliah pun. Monkey Icon

Okai, thanks for reading! Wassalam! Monkey Icon


Rujukan:-
dan dari sumber yang lain.

P/s: Aku terasa macam tengah buat assignment je sekarang ni, huhuhu. Tapi yang ni banyak silap la, harap korang tolong betulkan k?? Uwaaa~~ T_T


Researcher wannabe,
Professor Ezad Nimo