Pages

Showing posts with label malas. Show all posts
Showing posts with label malas. Show all posts

Monday, October 7, 2013

Aku Bukan Penganggur

2 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamualaikum w.b.t.!!!

Salam Sejahtera!!!

Salam Oktober semuanya~!!!! Apa khabar wahai blogersreaders sekalian?? Lama dah aku tak tanya korang soalan yang sebegini kan?? Hehehe~

Okeh, sempena bermulanya Oktober yang sangat dinanti-nantikan nih, aku berazam untuk menjadi seorang yang rajin, berdedikasi, jujur, amanah, bertanggungjawab dan sewaktu dengannya. Ya la, sekarang aku dah cukup sebulan bergelar seorang ibu muda yang bekerjaya, hehehe (seronok rasanya bila dah dapat bekerja).

Berbalik kepada topik asal, aku nak cer-cer sikit kat korang pasal kejadian yang berlaku malam semalam semasa aku tengah tido. Cerita dia takde la panjang sangat, pendek je. Ni pun mak aku yang baru stoly molly kat aku tadi sebelum dia tido, hahaha.

Kisah ni bermula semasa aku tengah nyenyak tido selepas mendodoi anakku semalam. Malam tu anak aku nangis nak menyusu, jadi aku tak dengar sangat sebab dah keletihan seharian bekerja. Mak aku pun tolong la gerakkan aku, dan dengan slumber aku menjawab, "Orang nak ngira barang lok tok". Dalam nada yang agak marah mak aku berkata, "Barang apa gik nak di kira kau?? Malam dah ari tok, di rumah dah kau ya, bukan di opis gik. Anak kau nangis nak nyusu tok." Lalu dalam nada berbisik aku berkata, "Orang nak ngira barang pun sik boleh". Pastu aku pun bangun dan tak sedar langsung yang aku ada berkata-kata seperti yang di atas. Kalo aku dah letih sangat aku memang mudah nak ngigau sikit, hehe.

Hakikatnya, aku langsung tak sedar akan semua kejadian ni. So, mak bapak aku cakap nanti dorang rekod video aku supaya aku percaya dengan adanya bukti! (Dorang gurau je pun, takde la sampai nak amik video kan, hehehe). Oh ya! Lagi satu sebelum aku terlupa, jangan lupa klik-klik iklan kat page aku nih kalo korang ternampak k?? Trimas!!!

Okay lah, sampai sini je cerita kita untuk bulan ni. InsyaAllah bulan depan kita jumpa lagi, hahahaha!!

P/s: Kalau korang nak tau, dah seminggu aku buat draft ni, tapi baru hari ni aku sempat nak siapkan and publish post nih. Sebab tu aku rasa macam tergantung je cerita aku, mungkin sebab idea aritu dah lari kot? Kesian, kesian, kesian~

Sincerely,
Nimo :)

Sunday, December 19, 2010

Hujung Minggu Yang Mancal!

18 speaker(s)
www.tips-fb.com
Si harimau hitam yang ganas lagi buas dan comel sangat. ~.^
Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar semua? Lama aku tak post entry macam ni, huhu. Oh ya, selamat berhujung minggu semua. Selamat bercuti dan beristirehat, hehe.

Aku sekarang dah tak aktif sangat macam dulu lagi. Nak update blog pun jarang sekali. Idea ada, banyak je. Tapi tak tau naper tak terupdate. Malas nak update kot? Sekarang pun aku rasa macam malas nak online sangat. Dah tak seronok sangat nak online, tu la pasal. Hehe.

Berkenaan ngan hujung minggu yang mancal seperti yang ternyata kat title post ni, aku just nak crita apa yang aku buat tadi. Haha. Oo, mancal tu bahasa iban, maksudnya nakal. Lebih kurang camtu la, hehehe (tolong betolkan kalo aku tersilap). Tadi aku main-main ngan harimau hitam (kucing aku) yang buas dan ganas tu. Dia mancal and comel sangat, geram aku.

Tengok la harimau hitam yang ganas ni, nak gigit orang je keja. =P

Si hitam tu dah la ganas sangat. Dia suka tangkap kaki orang, pastu gigit-gigit. Kalo kita main sembunyi-sembunyi, t dia melompat kat kita macam nak lawan. Ekor dia jadi kembang macam ekor tupai. Dia pun hendap-hendap kita, pastu kejar kita. Lompat-lompat nak tangkap kita. Macam la orang nak lawan ngan dia. Geram aku, comel sangat.

Tadi aku main ngan si hitam. Aku sembunyi la di sebalik dinding bilik abang aku, si hitam dalam bilik, aku kat luar. Aku lari sana sini panggil-panggil nama dia. Dia tengok aku, pastu terhendap-hendap dah. Dia kejar aku, aku pun lari la. Terus eksiden terlanggar tangga lipat yang ayah aku guna untuk keja. Tu la, pandang kiri kanan dulu, haha. Tu masih ok g, takde apa pun.

Kali kedua, aku buat benda yang sama gak. Aku tunggu dia tangkap aku. Haha, tergelak dulu, sorry. Err, si hitam dah tengok semacam kat aku. Pastu dia melompat kat aku, aku pun lari kiri kanan dengan laju. Last-last aku melompat sekali, hahaha! Sengal je, pesal la aku melompat tadi =P. Time melompat tu aku eksiden g. 

Lutut kanan aku terlanggar bucu dinding bilik abang aku. Terjatuh barang abang aku yang kat dinding tu. Adoii~~ sakit oo. Aku stop, tahan dulu. Abang aku dah tergelak, dia cakap padan muka. Ayah aku pun tergelak gak, dia ada kat situ. Haha. Si hitam pun ngengada kat aku. Dia duduk atas kerusi tengok aku terduduk kat lantai. Dia cakap "meowww" kat aku, maksudnya "padan muka". Haha, kurang asam si hitam.

Dah kutip balik barang-barang yang jatuh tadi, aku g bilik mak aku. Si hitam ada kat situ, tengah melompat-melompat, mencakar-mencakar, sembunyi-sembunyi tak tentu pasal. Lincah giler, buas dan ganas plak tu. Huhuhu, memang dasar harimau. Aku lalu je pun dia tangkap dan gigit kaki aku.

Tadi aku cek lutut aku. Haha, padan muka aku. Biru oh lutut aku. Tapi sikit je la. Lebam macam kena gigit nyamuk je, hahaha. Tunggu dia, pasni aku nak main ngan dia g. Malas aku nak online. Korang layan je la apa yang patut kat sini ye?

Thanks for reading!

Meooowwww~ kata si hitam.

Si hitam tido ngan abang aku. Hahaha, comel je kumpulan hitam ni =P

Nota si hitam: Kuku dia ni tajam oo, panjang plak tu. Gigi pun tajam, best je. Hehehe. =P


Mancal,
Nimo

Saturday, November 27, 2010

Nadai Pengawak~ (+_+)

37 speaker(s)
www.tips-fb.com
Salam!

Aku masa kecik-kecik lok

Haloo. Huhu, sehat? Selamat bercuti, bekerja, belajar dan bermacam-macam lagi di hujung minggu. Jangan macam-macam jak udah la oo? Huhu. (Adoh, terkuar bahasa dikpun dah tok. Haha, layan jak la).

Entri kali ni pendek je, sebab aku takde idea. Terasa malas nak online hari ni. Esok-esok je la k? Korang suma datang la sini, baca entri-entri yang ada dalam blog aku ni. Ini bukan paksaan, ini bagitau saja. Huhu.

Dapat nombor 3, ok la daripada sekda. Muka dah sunburn ehh

Oo, aku baru perasan. Aku nyer entri sekarang ni dah tak macam dulu sangat. Tak tau la nak kongsi pe ngan korang. Korang nak aku buat entri macamana ekk? Kalo ada cadangan, sila salurkan ke komen aku k? Kalo korang bosan, maaf la ye. Aku kebuntuan yang amat sangat dah sekarang, huhu. *Dalam mode layan lagu westlife - more than words kat blog chokeLy*.


"It's more than words it's more than what you say, it's the thing you do, oo yeah"


Hurmmm, aku dalam keadaan kebuntuan yang amat sangat. Dah la mak, ayah, abang n pakcik aku g Brunei arini tadi. Mak ajak, tapi aku malas la nak g sana. Saya malas mau jalan, tapi saya bosan duduk rumah saja, apa mau bikin lorr?? Online pun bosan sudah maa, mau tengok cerita saja ni. Malas betul sudah saya, uhuh!


"What would you do, if my heart was torn in two?"


Minggu depan dah nak konvo. Rabu ni nanti nak g Kuching dah. Maknanya lama la aku tak update blog nanti. Sunyi la blog aku nanti, takde orang nak datang berkunjung. Aku pun tak dapat nak online. Tak tahu g bila balik umah. Entah-entah dah tak balik lagi agaknya, sape tau? Huhu.


"What would you say, if I took those words away?"


Bila dah balik nanti mesti blog aku banyak sawang, berdebu, dah macam tempat puaka dah. Orang pun tak berani nak datang berkunjung. Toksah cakap berkunjung, pandang pun tak ndak. Uhuhu, ape nak jadi. Sudah nasib badan, takdak pa yang mampu untuk ku lakukan lagi. Lalalala~

1st time aku konvo, huhu

Tak sangka kan? Walaupun aku takde idea, tapi panjang gak isi kandungan entri ni. Memang boleh tahan. Panjang, padat, penuh dengan kemerepekan yang selalu aku taip. Huhu. Apuu, sigik nadai pengawak ku sarituk waii~ ngai ku translate tok, awak ke ktk ndak nemu nama te jaku aku. Orang kitai jak nemu, haha. Parai, parai~ Ah toh kuii~!!! (+_+)

Yabihh, mena boring da jak ujong minggu tok ehh. Nakpa la aku rasa malas gilak tok oo? Adoii, nak dara panama ka kedak tok? Hurmm. Dah la sik lamak gik nak g Kuching nun, p barang-barang belom juak d peking. Sekda prepare pa gilak tok, pemalas na aku tok ehh. Lamak gilak dah sik exercise kali, ya aku jadi si lemah tok. Teyyy~ si kui jam nehh! Doik kuk puan tih.

Bah, bah. Torang layan jak la pa nok ada rah sitok. Sekda idea gik ku tok. Idea merepek banyak la. P klak torang juak sik suka, ya ku malas. Tok paham ka sik paham ka, tandah torang jak la sia. Kepak nyawa ku!

K, chalo!

Huhuk, rindu mirul :(


Aku lah tok,
eZad niMo

Sunday, November 14, 2010

Jawatan Kosong

4 speaker(s)
www.tips-fb.com
Salam!

Yeay~ abang aku dah balik dah.  Baru sampai pagi tadi. Flight dari KL jam 7.15am tadi, sampai Miri jam 9.30am. Sekarang abang tengah tido. Letih la tu, kesian.  Rindu abang, huhuhu. Oo, cuaca kat sini lak ujan. November rain

Pasal jawatan kosong ni. Dah 6 bulan camtu la agaknya aku jadi seorang penganggur  yang berjaya dan berdedikasi, haha. Aku nak kerja, letih lak tak buat apa-apa ni, huhuhu.  Apply sana, apply sini je sekarang, tapi secara online lar. Pemalas kan??  

Abang aku ada gtau pasal kursus safety officer yang PPKS buat.  Tapi aku tak dapat nak join dulu, sebab aku belum ada sijil diploma g.  Tu yang abang aku cakap, kena tunggu lepas aku konvo bulan depan. Huhu, sedihnya~ 

Oh, nak tanya korang la. Emmm~ takpe la, tak jadi lak. Hehehe. 

Orait, tu je untuk kali ni. Ja mata! 

EzadNimo

Thursday, November 11, 2010

Hari Ini Yang Malas

8 speaker(s)
www.tips-fb.com
Salam!


Haloha~! Korang watpe sekarang? Mesti korang tengah baca entri aku ni sekarang kan? Tak kisah la baca sikit ke, banyak ke, yang penting korang memang ada baca. Kalo tak, takde la korang baca semua yang aku taip ni. Hahaha. Arigatou!! (Maaf kalo saya ada mengong sikit kali ni, hohoho).


Dari title entry ni je pun korang mungkin dapat tau dah apa isi yang tersirat dan tersurat dalam warkahku ini. Hehehe. Maaf la, arini aku terlalu malas sangat. Nak buat blogwalking pun malas. Takde semangat lak aku arini, hehehe. Dah la terasa bosan yang amat sangat, uhuhu. Nak buat entry ni pun malas gak sebenarnya, tapi macam terpaksa. Oh, kemanakah menghilangnya semangatku yang memuncak semalam??


Ni pun aku baru abis layan anime The Law of Ueki dari episode 30 sampai final, 51 (sambungan minggu lepas kot? Tak ingat bila last tengok, haha). Nampak sangat la aku tengah bosan tahap malas (takde idea =P). Nak online pun takde semangat, huhuhu. Bantulah aku, aku rindu dia~! (mode sedih dan tak bermaya dah masuk).


Takyah la korang baca entry ni. Tapi kalo korang dah terbaca, maafkan aku sebab buat korang baca sampai abis.


K, wasalam.


Malas, sedih, bosan,
Nimo

*Short Update*

4 speaker(s)
www.tips-fb.com


I'm not in a good mood right now. I'm so tired and bored.
Maybe it's because I haven't sleep yet since last night. Pttfff~ 
Really need enough sleep thou. My lappy also feels the same as me.
So, I'm gonna take a break for a while.
Don't miss me! Anyway, thanks! If you do miss me. Heh. See u guys soon.
Bah, chalo. Angol dah palak ku merepak rah ctok.
Ja mata~!



Unpredictable,
Nimo

Saturday, November 6, 2010

Oh~ Makin Kurus!

0 speaker(s)
www.tips-fb.com

Salam!

Halo~ how are you? Ni hao ma? Apa khabar? Nama berita? Oni abar mu'u? Pa kaba tek? Inoe dengah? Khaifa haluka / haluki? Genkidesu ka? Eotteohge dangsin-i issseubnida? Apa lagi ho? Ntah la, janji korang paham. Hahaha.

Letih la sejak kebelakangan nih. Bukan ada buat apa-apa pon, dok kat umah ja. Maybe sebab tak buat apa-apa tu la jadi lemah ni kot? Dah macam Patrick the Star plak rasanya sekarang. Dalam "to-do list" die, ada "nothing" je. Hahahaha. Erk~ terlebih sudah. :P

Wakaka! He completed it!
Biasanya kalo orang dok kat umah je mesti gemok kan? Tak pon berat badan mesti naik. Ye lar, die bukan ada buat apa pon. Kerja takde, keluar umah pon jarang sekali (depend ngan individu tu sendiri laa). Kat umah tu apa je la yang dibuat selain makan, tido, online, etc.. Senaman pon dah jarang atau takde terus dah, haih. Betol ke semua nih?? Ini kebiasaannya je la kan? Ikut individu tu sendiri, macamana dia uruskan diri kat umah. Tak semua orang akan jadi macam ni nanti, hehehe.

Bagi orang yang rajin macam aku nih, susah sikit badan nak naik. Makin lama aku kat umah tanpa kerja, makin sehat la aku jadinya. Dah 6 bulan aku dok goyang kaki ja kat umah, badan aku pon makin kecut. Bukan tu je, tulang klavikel ni pon dah timbul dah. Haa, sedih tao! My~man pon dah marah dah sebab aku nih malas sangat. Nak makan pon malas, biar perut lapo. Mak aih, anak dara jenis apa la aku nih?? Hahhaha, melampau kan?? :P

Malasnyaa~
So, sekarang aku ada tempoh kurang dari sebulan g nak naikkan balik berat badan aku. Nih, tulang klavikel nih, nak soh sembunyi balik kat dalam lemak. Taknak nampak sangat kurus, hahahha. Kalo tak kena marah lagi la aku nampaknya, adoii~ Mak pon dah bising dah, kesian mak. Anak dara dia nih payah betol larr. Apuuu dehhh~ Ada lagi nak tambah. Cincin dan gelang yang aku pakai pon dah longgar. Asyik tercabut je. Sedihnya, aku dah jadi "c budak kurus yang lemah". Oh, aku tak g training softball g dah. Takde transport. Dah tak aktif sekarang. Betol-betol dah jadi "c budak kurus yang lemah". Abang aku la suka panggil camtu. 14hb nih abang aku balik. Dia suka panggil aku "c lemah". Huhuhuhuu~ T_T

Hmmm, nak sambung apa lagi ek? Aku dah takde idea lagi nih. Baiklah sekiranya aku mengundurkan diri. Senang-senang t aku post entri baru ye. Hope korang layan je la apa yang ada! Hehehhe. :P

Sekian, wasalam.

C kurus,
Ezad Nimo