Pages

Showing posts with label good luck. Show all posts
Showing posts with label good luck. Show all posts

Saturday, July 23, 2016

Status Terkini?

3 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamu'alaikum w.b.t.

Salam sejahtera semuanya~!

Rasanya berabad dah aku tinggalkan blog aku begitu saja. So, ni nak update sikit je laa, tak banyak mane pon.

Alhamdulillah, masih bernafas dengan sihat kat muka bumi nih. Masih aktif macam dulu, cuma dah kurang sikit laa.

Sekarang aku sibuk ngan dunia farmasi, praktikal masuk semester yang kedua. In shaa Allah semester depan merupakan semester akhir aku. Doakan yang terbaik buat aku ye, semoga lancar je perjalanan aku untuk menghabiskan pengajian ni dengan cemerlang.

Banyak benda dah berubah sekarang, terlalu banyak. Susah nak diluahkan satu persatu, tapi bak kata sahabat, "sampai bila kau nak rahsiakan?" Hahaha.. Kann, sampai bila? Ntah, aku pun tak tau. Mesti korang blur kan, tak tau mende yang aku merepek ni. Hahaha, kesian~

Jujur aku rindu nak blogging lagi macam dulu-dulu, tapi zaman dah berubah. Sekarang semua benda pun tak selamat. Kau salah taip sikit pun terus kena kecam ngan rakyat jelata. Bak kata sir kat tempat aku praktikal, "bila kita supply ubat kepada patients, kita kena pastikan there is zero error.."

Begitulah jugak diibaratnya dengan dunia siber sekarang ni, "ZERO ERROR". Kalo dulu, kita belajar dari kesilapan. Kita buat silap, kita belajar. Tapi sekarang, kita mengelak untuk melakukan kesilapan, sebab kalo buat silap walau sikit pun, kita bukan setakat belajar, tapi dapat bonus malu sebab kena kecam. So, sekarang istilah lain. Semua nak selamat, taknak dapat malu, tak berani nak buat silap. Bukan nak kata kau kena buat silap, tak. Maksud aku, kau kena berani dan kebal kalo nak hidup dalam zaman kecam mengecam sekarang nih. Sebab banyak mata sedang memerhati untuk mencari kesilapan kau.

Makanya, jangan takut kalo nak belajar dan maju ke hadapan. Hahaha, tapi jangan kau main redah je, naya nanti. Harap korang faham laa dengan apa yang aku cuba nak sampaikan. Maklumlaa, dah lama tak berceloteh, agak terabur je ayat. Hahahaha.

Oo, banyak kenangan dalam blog aku ni yang dah takleh pakai. Kat facebook aku dah delete semua. Kat sini terasa nak delete bagi mengelakkan salah faham, tapi macam kesian pulak. Hahaha. Takpe laa, biar aku simpan je dulu buat kenangan. Sampai masa nanti aku buang la mana yang patut.

Perkara ni masih bermain-main kat kepala aku. Korang rasa patut ke aku bagitau je kat orang tentang diri aku? Hahaha, apa-apa je laa. Macam la orang peduli, kah!

Terasa seronok pulak dapat kembali bermonolog dalam blog ni. It's been a while. Hope aku kembali lagi dalam masa yang terdekat memandangkan aku sekarang dah free.

Oh ya, raya kan sebulan. So, dalam kesempatan ni aku memohon maaf kepada semua atas segala salah dan silap aku dalam sedar atau tak. Halalkan segalanya yang pernah korang bagi dan yang aku ambik atau terambik ye. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, ikhlas dari aku dan Yuwais (minime).

Okay, semoga korang terhibur ngan entri terbaru aku ni, sebab sis mudah terhibur, hehehe.

Terima kasih!

Sekian, wassalam.

Mama Yuwais,

Nimo Taiga 🐯

*walkaway*

Saturday, July 11, 2015

Permulaan Yang Baru

3 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamu'alaikum w.b.t.!

Salam Sejahtera!

Apa khabar kalian semua? Puasa tak arini? Alhamdulillah, kita sekarang masih berada di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Rasanya masih sempat lagi kalo saya nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat sekalian alam. Harapan agar kita dapat memperbaiki diri dengan sebaiknya pada Ramadhan kali ini dan jadikan ianya sebagai permulaan untuk kita sentiasa maju ke hadapan dalam memperbaiki iman kita ke arah yang lebih baik dan mantop!

Sedar tak sedar, minggu depan kita dah nak masuk ke dalam bulan Syawal. Terlalu pantas masa berlalu, tak sempat kita nak mengejarnya. Diharap agar kalian lebih bijak dalam mengatur perbelanjaan kali ini memandangkan tak lame lagi nak raya, mesti banyak benda kalian nak beli untuk persiapan raya kan?? Dengan set pakaiannya.. dengan kasutnya.. dengan begnya.. dengan kuih muihnya.. dengan set perabotnya.. dengan langsirnya.. dengan itu, dengan ini.. amboi, banyaknye la barang kalian, duit raya jangan lupa simpan untuk saya ye, hehehe. Tapi kena ingat! Jangan lepas raya nanti ikat perut sebab dah banyak kuarkan duit, haaa. In syaa Allah, tahun ni sambut secara bersederhana sahaja, duit raya pun takdek, jangan mintak nanti ye, hahaha!

Berkenaan dengan diri nih, Alhamdulillah, sekarang dah masuk semester yang baru. Tinggal lagi 2 tahun nak abiskan perjalanan kat tempat orang. Harapan agar semester ni jaoh lebih baik dari semester lepas. Kalo sem lepas saya dah jatuh menjunam dengan teruknya, biarlah sem nih saya bangkit semula dengan gahnya hingga tamat latihan kat sini! Jangan bagi saya kuih bangkit, yang tu saya taknak, hahaha. Berbalik dengan diri saya tadi, sem ni sangat mencabar bagi saya, semoga saya kuat dan terus naik ke atas. Tapi kalo dah naik sampai ke atas sana, biarlah saya naik dengan iman yang penuh di dada.

Permulaan yang baru bagi saya nih, biarlah saya simpan isinya untuk diri sendiri. Tak perlu ase saya nak terangkan semua kat sini. Doakan semoga semuanya baik-baik sahaja. Saya seorang yang kuat! Saya boleh harunginya! Saya seorang yang berjiwa kental! Okay, cukup dah merapu meraban nih. Selamat tinggal semua! Puasa, jangan tak puasa. Puasa, jangan puasa yang sia-sia (harap faham). Kalo ada puasa yang tertinggal, gantilah dengan segera nanti ye. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin in advance buat semua ye! Harap dimaafkan semua kesalahan saya, dihalalkan semua hutang dan apa jua yang telah saya amik, pakai, pinjam atau apa-apa je lah! 0-0 

Seriously, no duit raya this year kay, saya mintak maaf siap-siap, huhuhu. Kalo nak kuih raya, jemput datang ke rumah ye, hehehe.

Sekian, wassalam.

Maaf zahir & batin,
Ezadnimo =)


Thursday, April 9, 2015

Warkah Tak Bertajuk

2 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamu'alaikum w.b.t.

Salam sejahtera, salam perpaduan dan salam sihat semuanya!!

Apa khabar wahai dikau sekalian alam?? Hehehe... Lama dah tak menaip, agak kebosanan malam ni, so saya decide nak memblogging jer laa.. Agak lama tak bukak blog ni, rindu ler pulak...

Emmm, sekarang kita dah masuk ke bulan April, ada lebih kurang dua (2) bulan je lagi nak masuk bulan Ramadhan. Pejam celik, pejam celik, pejam tak celik celik, dah empat (4) bulan kita dalam tahun 2015 yang penuh dengan dugaan dan cabaran ni.

Saya kat sini dah abes exam midsem dan exam amali, sekarang tengah menunggu keputusan je lagi. Semoga result terbaik lah yer, huhuhu. Final exam pun tak lama je lagi, bulan depan kot, 18 Mei start. Persediaan tak buat lagi ni, tak boleh nak fokus, fikiran lari entah ke mana. Sesiapa yang nampak semangat saya, sila kembalikan kepada saya dengan kadar yang segera, terima kasih, huhuhu...

Ooo, nak dijadikan cerita... Haritu saya buat pemeriksaan kesihatan kat kolej ni. Umur saya yang sebenar ialah 26 tahun, pastu based on pemeriksaan tu, body age saya 19 tahun, hohoho... Mungkin sebab saya aktif sangat kat kolej ni kot, tu yang nampak muda sikit, hehehehe... Maaf ler, syok sendiri kejap. =P

Lagi nak cerita, dua (2) hari lepas saya tengok cerita Warkah Terakhir Rosli Dhoby. Waima dah tengok banyak kali cerita tu, tetap jugak air mata ni menitis, sebak dan sayu apabila melihat perjuangannya. Emmm, satu pengorbanan yang kecik, perubahan yang besar. Macam saya ni, ape je laa pengorbanan yang saya dah buat. Agaknya apa yang saya sedang lakukan sekarang ialah pengorbanan bagi diri saya untuk membaiki diri dan keluarga kerana terpaksa berjauhan dengan mereka untuk satu tempoh yang agak lama. Paling memeritkan apabila terpaksa berjauhan dengan anakanda yang tercinta, iaitu Yuwais. Sesungguhnya mama amat merindui dirimu setiap masa dan ketika. Bersabarlah wahai hati, inilah perjuangan dan pengorbanan hidupku.

Maaf ler, teremosi seketika. Baiklah, sebelum semuanya menjadi di luar kawalan, elok ler rasanya saya mengundurkan diri sekarang. In shaa Allah, jika diperkenankan oleh-Nya, dapat ler kita bersua lagi di laman ini di masa yang akan datang. Sebelum itu, elok rasanya sekiranya saya menyusun sepuluh (10) jari menadah tangan memohon kemaafan kepada semua yang mengenali atau tidak diri ini sekiranya saya ada membuat salah dan silap. Maaf, maaf dan maaf saya pohonkan.

Sekian, wassalam.

Maafkan saya,
Nur Izzati binti Mohamed Omar
~ peace no war~

Wednesday, November 24, 2010

Selamat Maju Jaya (SPM & STPM)

2 speaker(s)
www.tips-fb.com
Salam!

Lupe lak nak post pasal SPM & STPM ni, hehehe. Hari ni tadi budak-budak dah stat exam SPM kan? (STPM tak tao plak bile =P). Adik sedara aku arini tadi ada paper BM ngan PS. Tu je aku tau, makcik aku datang kejap tadi, ehehhe.




So, kepada adik-adik yang akan, sedang dan telah menjawab paper untuk exam SPM ni, akak nak ucapkan semoga korang berjaya ye. Haha, akak ke? =P Hehehe~ all the best in whatever you do. Ingat! Sebelum jawab paper tu, baca doa dulu, tawakal banyak-banyak. Hehe. Lagi, amalkan tak tido tengahari dan petang, supaya korang tak tido time jawab paper nanti. Lagi, err~ korang cuba la jawab soalan-soalan kat bank soalan SPM ni atau bank soalan SPM yang ni. Ada skema jawapan gak tu, untung bebudak sekarang kan? Hohoho~




Korang jangan la risau, SPM bukan susah pun (sebab tu aku dapat tak belajar n dapat result "baikkkk" punya, wahahhaha!). Bagi yang STPM tu, korang buat la leklok ye? Aku dulu 3 minggu je form 6, tak sempat nak exam, hahahha. Papepun, aku doakan yang terbaik untuk korang semua. Harap result korang gempak sakan! Hehehe~ =D

Baik lah, tu je. Wasalam!

All the best!
Ezad Nimo