Pages

Showing posts with label jangan bersedih. Show all posts
Showing posts with label jangan bersedih. Show all posts

Thursday, April 9, 2015

Warkah Tak Bertajuk

2 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamu'alaikum w.b.t.

Salam sejahtera, salam perpaduan dan salam sihat semuanya!!

Apa khabar wahai dikau sekalian alam?? Hehehe... Lama dah tak menaip, agak kebosanan malam ni, so saya decide nak memblogging jer laa.. Agak lama tak bukak blog ni, rindu ler pulak...

Emmm, sekarang kita dah masuk ke bulan April, ada lebih kurang dua (2) bulan je lagi nak masuk bulan Ramadhan. Pejam celik, pejam celik, pejam tak celik celik, dah empat (4) bulan kita dalam tahun 2015 yang penuh dengan dugaan dan cabaran ni.

Saya kat sini dah abes exam midsem dan exam amali, sekarang tengah menunggu keputusan je lagi. Semoga result terbaik lah yer, huhuhu. Final exam pun tak lama je lagi, bulan depan kot, 18 Mei start. Persediaan tak buat lagi ni, tak boleh nak fokus, fikiran lari entah ke mana. Sesiapa yang nampak semangat saya, sila kembalikan kepada saya dengan kadar yang segera, terima kasih, huhuhu...

Ooo, nak dijadikan cerita... Haritu saya buat pemeriksaan kesihatan kat kolej ni. Umur saya yang sebenar ialah 26 tahun, pastu based on pemeriksaan tu, body age saya 19 tahun, hohoho... Mungkin sebab saya aktif sangat kat kolej ni kot, tu yang nampak muda sikit, hehehehe... Maaf ler, syok sendiri kejap. =P

Lagi nak cerita, dua (2) hari lepas saya tengok cerita Warkah Terakhir Rosli Dhoby. Waima dah tengok banyak kali cerita tu, tetap jugak air mata ni menitis, sebak dan sayu apabila melihat perjuangannya. Emmm, satu pengorbanan yang kecik, perubahan yang besar. Macam saya ni, ape je laa pengorbanan yang saya dah buat. Agaknya apa yang saya sedang lakukan sekarang ialah pengorbanan bagi diri saya untuk membaiki diri dan keluarga kerana terpaksa berjauhan dengan mereka untuk satu tempoh yang agak lama. Paling memeritkan apabila terpaksa berjauhan dengan anakanda yang tercinta, iaitu Yuwais. Sesungguhnya mama amat merindui dirimu setiap masa dan ketika. Bersabarlah wahai hati, inilah perjuangan dan pengorbanan hidupku.

Maaf ler, teremosi seketika. Baiklah, sebelum semuanya menjadi di luar kawalan, elok ler rasanya saya mengundurkan diri sekarang. In shaa Allah, jika diperkenankan oleh-Nya, dapat ler kita bersua lagi di laman ini di masa yang akan datang. Sebelum itu, elok rasanya sekiranya saya menyusun sepuluh (10) jari menadah tangan memohon kemaafan kepada semua yang mengenali atau tidak diri ini sekiranya saya ada membuat salah dan silap. Maaf, maaf dan maaf saya pohonkan.

Sekian, wassalam.

Maafkan saya,
Nur Izzati binti Mohamed Omar
~ peace no war~

Tuesday, October 8, 2013

Oh My Day~

2 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamualaikum w.b.t.~!!!

Salam sejahtera semua!!!

Aku datang lagi, tak sampai sebulan pun aku dah update entry baru, yeay~! Hahaha, mode kanak-kanak riang ria ribenna hari ini. Hari ini hari apa? Hari ini hari selasa. Hari ini berapa haribulan? Hari ini 8 haribulan. Makanya hari ini ialah hari............?

Haha, kesiannya tengok intro aku kat atas ni, tah apa-apa ntah. Hari ini aku cuma nak kongsi sikit je la ngan korang pasal tarikh 8 Oktober. Kalo korang nak tauk, tanggal 8 Oktober telah lahirnya seorang tokoh yang amat dikagumi ke dunia yang sementara ini. Haaa, siapakah tokoh yang dimaksudkan itu??

Cuba korang cek kat google sekarang (aku pun nak cek google jap). Alamakkk, tak boleh pakai la google ni, dorang terlupa ada sorang tokoh ni, dia seorang wanita yang belum lagi mencecah usia 30 tahun. Hahaha, dah la, malas aku nak buat karangan merapu meraban reban ayam aku ni.

Long story short, hari ni hari jadi aku, hari jadi sorang rakan sepejabat aku, hari jadi anak buah aku, hari jadi senior aku, dan hari jadi korang yang jatuh pada 8 Oktober, yeayy~!!!

Nak dijadikan cerita, malam tadi abang aku, Encik Mael kol aku dalam pukul 11 lebih, dekat pukul 12 jugak lah. Masa tu aku dah nyenyak tido sebab semalam ujan, jadi cuaca agak sejok dan aku pun keletihan jugak. Ditambah lagi dengan anak aku kat sebelah ni yang uwekkk uwekkk sikit kalo dia belum lena tido.

Bila abang aku kol tu, handphone aku berbunyi dengan kuat dan agak mengejutkan (sebab hampir semua orang dah tido dan suasana tengah sunyi sepi), aku pun cepat-cepat angkat kol abang dan dengan serta merta tanpa berfikir panjang aku terus jawab, "Kenak abang kol malam-malam gitok? Pukul berapa dah jam tok?" Masa tu aku agak mamai sikit dan macam orang mengigau jugak, ditambah lagi anak aku tetiba nangis dengar bunyi ringtone handphone aku yang agak nyaring. Lepas tu abang terus letak panggilan. Yang sempat aku dengar masa tu abang macam tengah nyanyi dan berhenti sekerat sebab aku dah bising.

Sejak dari tu, aku jadi kebingongan dan rasa serba salah sebab aku macam tetiba marah abang tak tentu pasal. Aku pun berfikir sejenak, "Alamak, apa aku dah buat ngan abang tok. Mesti abang tengah kecik ati sebab aku cakap kasar tadi". Sampai la aku tetido, dan bila bangun lagi ni, aku masih memikirkan kejadian malam tadi. Kesian abang =(

Memandangkan sekarang masih awal, tunggu jam pukul 5 pagi nanti aku nak kol abang balik, mesti abang dah tido time ni. Sebenarnya kan, aku lupa yang ari ni birthday aku, jadi abang selalunya akan jadi orang pertama yang kol dan nyanyi birthday untuk aku, jahatnya aku~ =((

Okaylah, aku nak sambung berehat kejap (mata dah merajuk taknak tido balik, haishhh~). Doakan semoga abang aku tak kecik ati k? Aaminnn~ =)

Sekian, terima kasih.

Wassalam!

P/s: Jangan lupa klik nuffnang / iklan kat page aku sebagai adiah birthday k?? Trimas!!! =D

Aku yang bersalah,
Ezad Nimo =(

Saturday, December 25, 2010

Kehidupan Ini Semuanya Meletihkan

4 speaker(s)
www.tips-fb.com

Assalamualaikum w.b.t.

Jangan bersedih dengan kekeruhan hidup, sebab memang demikianlah kehidupan itu diciptakan.

Pada dasarnya kehidupan ini memang meletihkan dan menyusahkan. Kegembiraan yang ada padanya merupakan hal yang bersifat sementara; begitu pula dengan kegembiraannya merupakan sesuatu yang jarang terjadi. Anda merasakan manisnya hidup di dunia ini, namun Allah tidak redha untuk menjadikannya sebagai tempat tinggal bagi wali-waliNya.

Seandainya dunia ini bukan tempat ujian, pastilah di dalamnya tidak ada sakit dan kesusahan hidup. Dan, para nabi serta orang-orang terpilih tidak akan tertekan dalam kehidupan yang sengsara. Nabi Adam 'Alaihissalam terus didera ujian selama hidupnya hingga meninggal dunia. Nabi Nuh 'Alaihissalam didustakan dan diejek oleh kaumnya. Nabi Ibrahim 'Alaihissalam diuji dengan api dan dengan perintah menyembelih anaknya. Nabi Ya'qub 'Alaihissalam menangis hingga matanya buta. Nabi Musa 'Alaihissalam harus menghadapi kekejaman Fir'aun dan menerima ujian berat dari kaumnya sendiri. Nabi Isa bin Maryam 'Alaihissalam hidup dalam kesusahan dan kemiskinan. Dan Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam harus bersabar dengan kemiskinan yang dia alami. Bapa saudaranya, Hamzah, terbunuh padahal dia adalah salah sebuah keluarga dekatnya yang paling ia cintai. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam juga diusir oleh kaumnya. Dan masih banyak lagi cerita menyedihkan yang dialami oleh nabi-nabi yang lain, yang tidak mungkin disebutkan satu persatu di sini. Dan kalau pun dunia ini diciptakan untuk kelazatan, maka orang mu'min tidak berhak mendapatkan kelazatan itu. Sebab Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:

Dunia adalah penjara orang mu'min dan syurga bagi orang kafir.

Di dunia inilah orang-orang soleh dipenjarakan, para ulama mendapat ujian dan cubaan, para wali-wali disengsarakan dan minuman-minuman para shadiqin dikeruhkan.


Petikan dari La Tahzan | Jangan Bersedih | Don't Be Sad (Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan), Buku Tiga (3).






Nimo