Nak tau lagi? Meh klik :)

Friday, July 17, 2015

Salam Aidilfitri

1 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamu'alaikum w.b.t.!!!

Salam Sejahtera!!!

Apa khabar semua?? Alhamdulillah, semoga sihat selalu. Sekarang kita dah masuk ke bulan Syawal, kerana bulan Ramadhan telah meninggalkan kita. Harapan agar kita dapat bertemu kembali dengan bulan Ramadhan yang mulia itu. Semoga diterima segala amalan yang telah kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan yang lalu.

Nah, owner blog nak posing jugak!

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN" kepada semua yang mengenali diri ini. Saya juga ingin memohon ampun dan maaf atas segalanya serta halalkanlah semuanya, KOSONG-KOSONG!! =D


Jom tengok video ni kejap, Ucapan Raya khas dari kami, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2015 Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah (KSKB SAS), Ulu Kinta kepada anda semua khususnya kepada warga KSKB SAS, keluarga, rakan-rakan dan sesiapa jua yang mengenali kami, dengan pesanan, berhati-hati ketika memandu dan walau di mana jua anda berada, semoga selamat kembali ke kolej ye kawan-kawan! KLIK VIDEO KAT SINI atau tengok je yang kat bawah nih.. huhuhu~


Majlis Iftar Perdana.. YDP baru abis syif, pakai uniform lagi tu, kesian~

Iftar MPP

Keluarga Tok Abah!!!

Semoga kalian semua bergembira di samping keluarga yang tersayang. Kepada sesiapa yang sedang berkhidmat di hari raya ini, semoga anda tabah mengharunginya! 

Sekian, wassalam.


Maaf dipinta,
Nur Izzati Binti Mohamed Omar
Serta Keluarga =)

Saturday, July 11, 2015

Permulaan Yang Baru

3 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamu'alaikum w.b.t.!

Salam Sejahtera!

Apa khabar kalian semua? Puasa tak arini? Alhamdulillah, kita sekarang masih berada di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Rasanya masih sempat lagi kalo saya nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat sekalian alam. Harapan agar kita dapat memperbaiki diri dengan sebaiknya pada Ramadhan kali ini dan jadikan ianya sebagai permulaan untuk kita sentiasa maju ke hadapan dalam memperbaiki iman kita ke arah yang lebih baik dan mantop!

Sedar tak sedar, minggu depan kita dah nak masuk ke dalam bulan Syawal. Terlalu pantas masa berlalu, tak sempat kita nak mengejarnya. Diharap agar kalian lebih bijak dalam mengatur perbelanjaan kali ini memandangkan tak lame lagi nak raya, mesti banyak benda kalian nak beli untuk persiapan raya kan?? Dengan set pakaiannya.. dengan kasutnya.. dengan begnya.. dengan kuih muihnya.. dengan set perabotnya.. dengan langsirnya.. dengan itu, dengan ini.. amboi, banyaknye la barang kalian, duit raya jangan lupa simpan untuk saya ye, hehehe. Tapi kena ingat! Jangan lepas raya nanti ikat perut sebab dah banyak kuarkan duit, haaa. In syaa Allah, tahun ni sambut secara bersederhana sahaja, duit raya pun takdek, jangan mintak nanti ye, hahaha!

Berkenaan dengan diri nih, Alhamdulillah, sekarang dah masuk semester yang baru. Tinggal lagi 2 tahun nak abiskan perjalanan kat tempat orang. Harapan agar semester ni jaoh lebih baik dari semester lepas. Kalo sem lepas saya dah jatuh menjunam dengan teruknya, biarlah sem nih saya bangkit semula dengan gahnya hingga tamat latihan kat sini! Jangan bagi saya kuih bangkit, yang tu saya taknak, hahaha. Berbalik dengan diri saya tadi, sem ni sangat mencabar bagi saya, semoga saya kuat dan terus naik ke atas. Tapi kalo dah naik sampai ke atas sana, biarlah saya naik dengan iman yang penuh di dada.

Permulaan yang baru bagi saya nih, biarlah saya simpan isinya untuk diri sendiri. Tak perlu ase saya nak terangkan semua kat sini. Doakan semoga semuanya baik-baik sahaja. Saya seorang yang kuat! Saya boleh harunginya! Saya seorang yang berjiwa kental! Okay, cukup dah merapu meraban nih. Selamat tinggal semua! Puasa, jangan tak puasa. Puasa, jangan puasa yang sia-sia (harap faham). Kalo ada puasa yang tertinggal, gantilah dengan segera nanti ye. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin in advance buat semua ye! Harap dimaafkan semua kesalahan saya, dihalalkan semua hutang dan apa jua yang telah saya amik, pakai, pinjam atau apa-apa je lah! 0-0 

Seriously, no duit raya this year kay, saya mintak maaf siap-siap, huhuhu. Kalo nak kuih raya, jemput datang ke rumah ye, hehehe.

Sekian, wassalam.

Maaf zahir & batin,
Ezadnimo =)