Pages

Showing posts with label kelakar. Show all posts
Showing posts with label kelakar. Show all posts

Friday, July 17, 2015

Salam Aidilfitri

1 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamu'alaikum w.b.t.!!!

Salam Sejahtera!!!

Apa khabar semua?? Alhamdulillah, semoga sihat selalu. Sekarang kita dah masuk ke bulan Syawal, kerana bulan Ramadhan telah meninggalkan kita. Harapan agar kita dapat bertemu kembali dengan bulan Ramadhan yang mulia itu. Semoga diterima segala amalan yang telah kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan yang lalu.

Nah, owner blog nak posing jugak!

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN" kepada semua yang mengenali diri ini. Saya juga ingin memohon ampun dan maaf atas segalanya serta halalkanlah semuanya, KOSONG-KOSONG!! =D


Jom tengok video ni kejap, Ucapan Raya khas dari kami, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2015 Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah (KSKB SAS), Ulu Kinta kepada anda semua khususnya kepada warga KSKB SAS, keluarga, rakan-rakan dan sesiapa jua yang mengenali kami, dengan pesanan, berhati-hati ketika memandu dan walau di mana jua anda berada, semoga selamat kembali ke kolej ye kawan-kawan! KLIK VIDEO KAT SINI atau tengok je yang kat bawah nih.. huhuhu~


Majlis Iftar Perdana.. YDP baru abis syif, pakai uniform lagi tu, kesian~

Iftar MPP

Keluarga Tok Abah!!!

Semoga kalian semua bergembira di samping keluarga yang tersayang. Kepada sesiapa yang sedang berkhidmat di hari raya ini, semoga anda tabah mengharunginya! 

Sekian, wassalam.


Maaf dipinta,
Nur Izzati Binti Mohamed Omar
Serta Keluarga =)

Monday, October 7, 2013

Aku Bukan Penganggur

2 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamualaikum w.b.t.!!!

Salam Sejahtera!!!

Salam Oktober semuanya~!!!! Apa khabar wahai blogersreaders sekalian?? Lama dah aku tak tanya korang soalan yang sebegini kan?? Hehehe~

Okeh, sempena bermulanya Oktober yang sangat dinanti-nantikan nih, aku berazam untuk menjadi seorang yang rajin, berdedikasi, jujur, amanah, bertanggungjawab dan sewaktu dengannya. Ya la, sekarang aku dah cukup sebulan bergelar seorang ibu muda yang bekerjaya, hehehe (seronok rasanya bila dah dapat bekerja).

Berbalik kepada topik asal, aku nak cer-cer sikit kat korang pasal kejadian yang berlaku malam semalam semasa aku tengah tido. Cerita dia takde la panjang sangat, pendek je. Ni pun mak aku yang baru stoly molly kat aku tadi sebelum dia tido, hahaha.

Kisah ni bermula semasa aku tengah nyenyak tido selepas mendodoi anakku semalam. Malam tu anak aku nangis nak menyusu, jadi aku tak dengar sangat sebab dah keletihan seharian bekerja. Mak aku pun tolong la gerakkan aku, dan dengan slumber aku menjawab, "Orang nak ngira barang lok tok". Dalam nada yang agak marah mak aku berkata, "Barang apa gik nak di kira kau?? Malam dah ari tok, di rumah dah kau ya, bukan di opis gik. Anak kau nangis nak nyusu tok." Lalu dalam nada berbisik aku berkata, "Orang nak ngira barang pun sik boleh". Pastu aku pun bangun dan tak sedar langsung yang aku ada berkata-kata seperti yang di atas. Kalo aku dah letih sangat aku memang mudah nak ngigau sikit, hehe.

Hakikatnya, aku langsung tak sedar akan semua kejadian ni. So, mak bapak aku cakap nanti dorang rekod video aku supaya aku percaya dengan adanya bukti! (Dorang gurau je pun, takde la sampai nak amik video kan, hehehe). Oh ya! Lagi satu sebelum aku terlupa, jangan lupa klik-klik iklan kat page aku nih kalo korang ternampak k?? Trimas!!!

Okay lah, sampai sini je cerita kita untuk bulan ni. InsyaAllah bulan depan kita jumpa lagi, hahahaha!!

P/s: Kalau korang nak tau, dah seminggu aku buat draft ni, tapi baru hari ni aku sempat nak siapkan and publish post nih. Sebab tu aku rasa macam tergantung je cerita aku, mungkin sebab idea aritu dah lari kot? Kesian, kesian, kesian~

Sincerely,
Nimo :)

Tuesday, July 24, 2012

Another History Channel

26 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamu'alaikum w.b.t.~!

Salam ari puasa! Salam, salam jabat tangan, salam mesra alam, salam senyum selalu. Okay, jom sambung kisah Sejarah semalam. Hari ni nak story pasal kelas sejarah lagi, sambungan semalam la hoh~


Kisah dia macam ni. Macam semalam jugak, cikgu syok mengajar, kami buat macam biasa jak, bukan bising-bising atau diam-diam macam semalam, kali ni nampak neutral sikit. Budak kelas aku yang sorang tu, Shahnizam Doming nama di beri (sorry, aku terpaksa dedah nama ko rah sitok shah), ada seutas jam tangan di tangan kiri (aku tau sebab cuma ada 2 orang jak budak kelas aku yang guna jam sebelah kanan, malas nak mention nama diorang, hahaha). Shah ni ada rancangan dia sendiri, kitorang cuba ikut jak. Dia dah set jam pukul berapa loceng berbunyi sebab dah buat kajian awal-awal lagi, hahaha. Dah la memang tepat jam yang dia set, hebat kamu!

Jadi seperti biasa cikgu masuk kelas, ajar, soal jawab, ntah apa-apa lagi, tiada masalah sangat, kelas berjalan dengan lancar (walaupun aku selalu buat kacau dalam kelas ni, haha). Kemudian, terjadi la satu kejadian yang telah terjadi masa kat kelas ni (saja nak belit-belit lidah korang). Masa cikgu ni tengah bercakap, Shah tetiba sebut, "10, 9, 8.." pastu kitorang sama-sama countdown ngan dia, "7, 6, 5.." Cikgu pun jadi serba tak kena, terkejut kami tiba-tiba countdown.


Kalo korang dengar orang countdown tiba-tiba, apa korang buat? Aku geli hati tengok cikgu kitorang ni, dia tetiba cakap, "Kenapa ni? Apa dah jadi?" lepas tu terus tutup dua-dua telinga dan berlari dekat ngan pintu kelas (kalo tak silap aku). Kitorang teruskan, "4, 3, 2, 1" lepas tu... "Kringgggggg", loceng pun berbunyi. Hahaha, sakit ati cikgu tadi. Mesti dia ingat kitorang nak buat surprise kat dia, nak tikam tepung ka, telo ka atau mungkinkah ada bom dalam kelas?? Ya la, kalo dah muka panik sampai macam tu sekali, mana tak lawaknya, ahahha!

Tapi kan, aku memang suka tengok reaksi cikgu ni bila kami countdown, sangat memberi respon yang baik kat plan kitorang, hahaha. Terima kasih cikgu sebab ajar kami sejarah, rindu la dengan kelas dulu. Ada lagi cerita, tapi buat entri baru jak la, baru la banyak post aku, tak la padat sangat entri ni nanti.

Okay, selamat berpuasa dan selamat beramal!

Wassalam.

P/s: Aku konpius sebab ada macam-macam hal yang kami buat kat cikgu ni, jadi macam dah tercampur dengan kejadian yang lain je.

Budak sejarah,
Izzati

Monday, July 23, 2012

Diam, Jangan Bising!

5 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamu'alaikum w.b.t.~!

Salam sejahtera semua~!! Dah 3 ari kita berpuasa, tak terasa sangat walaupun cuaca panas kat sini. Cuma terasa nak tido jak, huhuhu.


Aku ada sikit cerita nak kongsi ngan korang. Ini cerita zaman persekolahan aku masa form 5 dulu, hahaha (belum cerita dah gelak, mesti tak best nanti, hehehe). Kisahnya berlaku waktu kelas sejarah yang sangat digemari oleh kami sekelas. Boleh dikatakan macam-macam peristiwa berlaku waktu kelas sejarah ni, kelas lain ada jugak, tapi yang ni lain sikit.

Kitorang student macam biasa la, memang suka buat bising dalam kelas kan. Jadi masa cikgu ni tengah mengajar kat depan, kami buat bising la. Tu yang dia marah (siap bawak rotan yang kecik tu, bukan macam budak sekarang, tak boleh kasar sikit) suruh kami diam, jadi kami pun secara otomatiknya mendiamkan diri tanpa ada berkata walau sepatah pun. (Time ni korang boleh imagine macam anime, ada burung gagak lalu, budak-budak dalam kelas diam je, dapat dengar bunyi gagak td je).



Cikgu ni pun seronok la mengajar dengan suasana yang sunyi sepi. Bila dia tanya, sorang pun tak jawab. Pastu dia tak peduli lagi, sambung mengajar. Dah tu dia tanya lagi, pun kami tak jawab. Cikgu kami pun dengan muka pelik dan kehairanan tanya, "kenapa kamu semua diam saja?". Tapi persoalan tu tetap tak berjawab. Dia dah jadi tak tentu, apa yang di ajar tadi hilang entah ke mana, yang menjadi persoalan sekarang kenapa kami semua menyepi. Yang aku pelik jugak, kenapa kami semua boleh jak sepakat mendiamkan diri, sorang tengok sorang, macam tengah transfer data melalui bluetooth / infrared jak.


Cikgu tadi dah jadik makin heran, dia tanya lagi budak baik dalam kelas kami, "kenapa kamu semua diam? Cakap la sesuatu." Budak tadi diam jak. Diam pun tanya lagi ketua kelas yang baik, "Vera, kenapa diam saja? Apahal kamu semua??" Budak tadi cuma mampu geleng-geleng kepala sambil menahan muka merah nak ketawa. Cikgu tanya lagi, "Kelas, kenapa kamu semua diam saja?? Cakap la sesuatu, ada apa ini??" kami cuma jawab, "........." Hahaha, memang bengang la kalo korang kat tempat cikgu tadi.


Kalo tak silap aku, kami semua serentak bising-bising bila dah dekat nak bunyi loceng. Kami cuma cakap, "Itu la cikgu, kami bising cikgu suruh diam. Bila kami diam cikgu suruh bising lagi." Hahaha, agak kejam dan kureng jugak la perbuatan kami ni kan?? (Adik-adik, jangan tiru aksi ini). Bila dah semua bising, loceng pun berbunyi, jadi kelas pun tamat. Cikgu bengang, kami happy sebab tak payah jawab soalan, hahahaha.


Buat kawan-kawan kelas 5 Sains 1 SMKL '06, harap-harap korang ingat gik la cerita tok ooo. Sorry kalo ada jalan cerita yang sik betul, sebab ada yang dah lupak, saja polah nya jadi menarik (janji hakikatnya perkara tok memang betol, haha). Oh ya, sorry aa sik selawak yang aku katakan awal-awal tadi, hehehe. :P

Ada lagi cerita dalam kelas sejarah, tapi lain kali jak la story mory, kita simpan dulu~

Jangan marah, kita berbincang.

Sekian, Wassalam.

Budak baik,
Ezad Nimo

Wednesday, December 29, 2010

3 Idiots SUPERB!!!

10 speaker(s)
www.tips-fb.com
3 Idiots

Assalamualaikum w.b.t.

Holaho!! Wassup all?? Don't worry, all is well. Hahaha, "all is well". Tu la yang Rancho cakap kat member dia. Rancho tu sapa?? Hahaha, meh sini aku cerita sikit. =D


All is well!


Aku baru je lepas menonton cerita 3 Idiots kat astro fiesta channel 110 tadi. Actually aku ada movie ni kat dalam lappy aku, tapi aritu tengok kejap je, pastu takde mood sangat. Ni dah tengok kat astro, baru layan giler. Hahaha.


hohoh~


Frankly speaking, 3 idiots SUPERB!!! Memang best cerita ni, aku tak tipu korang. Cerita dia banyak bagi inspirasi kat orang. Ada gak bab yang memang sedih giler laa. Dorang nyer persahabatan nih memang awesome! Aku suka sangat cerita ni, memang layannn!!


Best la skuter tok


Kalo korang tak tengok g, tengok la kat astro fiesta channel 110. Kalo takde, g la beli dvd kat kedai. Kalo taknak, download la senang. Kalo tak dapat, mintak kat kawan. Kalo tak boleh jugak, baca sikit-sikit kat sini. Aku tengah paksa korang nih, hahaha!!


Raju, Rancho & Farhan


Dorang ni 3 sahabat (nama pun 3 idiots); Farhan, Raju ngan Rancho ni tadi. Kalo korang tengok dari awal, korang akan tau Farhan nih sederhana orangnya (taraf hidup). Raju lak hidup susah, ayah dia sakit. Rancho ni je yang datang dari family yang memang kaya giler. Tu tengok dari awal, last dia macamana?? Haa, tu yang korang kena tengok sendiri. Kalo aku cerita kat sini, mesti tak syok sebab korang dah tau dah. Huhuhu.


Berjaya sudah


Nama cerita ni 3 idiots, tapi yang sebenarnya 2 je yang idiots. Rancho ni budak yang pintar, selalu dapat nombor 1, dia pelajar cemerlang. Tapi dia tak sombong, dia sahabat yang baik, dia banyak bagi inspirasi kat kawan-kawan dia, dia banyak tolong kawan dia, dia sayang kawan dia. Yang Raju ngan Farhan lak selalu dapat nombor last dalam kelas, hahaha. Dorang ni buka idiots, tapi ada masalah.


Engineering is not my choice =P


Rancho dia memang minat sangat belajar, tu yang pintar. Raju lak dia penakut, sebab tu dia jadi camtu. As for Farhan, engineer is not his choice. Ayah dia yang suruh dia jadi engineer. Oo, lupa lak nak intro pasal engineer. Dorang 3 ni study kat ICE, Imperial College of Engineering. Rancho memang minat nak jadi engineer, Raju pun sama. Tapi Farhan dia sebenarnya nak jadi Photographer, ayah dia yang nak sangat dia jadi engineer.


Speech yang sangat mantap!


Kat kelas dorang ni ada sorang budak pandai yang tak senonoh. Nama dia Chandur, dorang panggil dia Silencer, hahaha. Dia ni suka kentut, tu yang aku cakap dia tak senonoh. Dia ni macam loser je aku tengok, nerd plak tu (hahaha, jahat lak aku! =P). Kalo korang tengok cerita ni baru korang paham. Chandur ni pelik sikit. Watak dia dalam cerita ni kira saingan yang tak sengit tapi "idiot" buat Rancho, hahaha!


ViruS


Orang kuat ICE ni lak nama dia Professor Viru Sahastrabudhhe, tapi Rancho and the gang panggil dia Virus. Dia ni seorang yang sangat berkuasa, sebab ICE tu dia yang punya. Dia ada anak pompuan cun, nama dia Pia. Pia ni sorang doktor, dia la kekasih Rancho. Hohoho. Seronok plak aku cerita kat sini. Eh, eh! Lupa nak bagitau. Aku suka lagu Zoobi Doobi dalam cerita ni, sedap!


Pia~


Dah, dah! Taknak cerita panjang-panjang g. Elok korang tengok sendiri. Tak best kalo aku cerita, tak syok! Kalo korang tengok, korang tau la. Aku sampai nangis lak tengok, sedih oo. Huhuhu T_T. Cerita ni memang menyentuh perasaan. Mesej yang cuba disampaikan memang sampai kat kita (aku la, korang aku tak tau =P).


Rancho dengan ViruS

Okay la readers! Korang layan je la k? Jangan lupa klik Mr. Nuffnang aku (lama dah tak mention pasal ni, hehehe). Aku nak tengok cerita Brother Bear kat Disney Channel dulu, hohoho. Layannnnn~ Ehh, tengok setengah je. Sekarang ngah tengok final bola sepak, Malaysia vs Indonesia. Go Malaysia!!!

Thanks, wasallam!


Ragging freshy woii!!



Zoobi Doobi: Zoobi doobi zoobi doobi pum paara~ zoobi doobi param pum~


All is well,
Ezad Nimo

Sunday, December 19, 2010

Hujung Minggu Yang Mancal!

18 speaker(s)
www.tips-fb.com
Si harimau hitam yang ganas lagi buas dan comel sangat. ~.^
Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar semua? Lama aku tak post entry macam ni, huhu. Oh ya, selamat berhujung minggu semua. Selamat bercuti dan beristirehat, hehe.

Aku sekarang dah tak aktif sangat macam dulu lagi. Nak update blog pun jarang sekali. Idea ada, banyak je. Tapi tak tau naper tak terupdate. Malas nak update kot? Sekarang pun aku rasa macam malas nak online sangat. Dah tak seronok sangat nak online, tu la pasal. Hehe.

Berkenaan ngan hujung minggu yang mancal seperti yang ternyata kat title post ni, aku just nak crita apa yang aku buat tadi. Haha. Oo, mancal tu bahasa iban, maksudnya nakal. Lebih kurang camtu la, hehehe (tolong betolkan kalo aku tersilap). Tadi aku main-main ngan harimau hitam (kucing aku) yang buas dan ganas tu. Dia mancal and comel sangat, geram aku.

Tengok la harimau hitam yang ganas ni, nak gigit orang je keja. =P

Si hitam tu dah la ganas sangat. Dia suka tangkap kaki orang, pastu gigit-gigit. Kalo kita main sembunyi-sembunyi, t dia melompat kat kita macam nak lawan. Ekor dia jadi kembang macam ekor tupai. Dia pun hendap-hendap kita, pastu kejar kita. Lompat-lompat nak tangkap kita. Macam la orang nak lawan ngan dia. Geram aku, comel sangat.

Tadi aku main ngan si hitam. Aku sembunyi la di sebalik dinding bilik abang aku, si hitam dalam bilik, aku kat luar. Aku lari sana sini panggil-panggil nama dia. Dia tengok aku, pastu terhendap-hendap dah. Dia kejar aku, aku pun lari la. Terus eksiden terlanggar tangga lipat yang ayah aku guna untuk keja. Tu la, pandang kiri kanan dulu, haha. Tu masih ok g, takde apa pun.

Kali kedua, aku buat benda yang sama gak. Aku tunggu dia tangkap aku. Haha, tergelak dulu, sorry. Err, si hitam dah tengok semacam kat aku. Pastu dia melompat kat aku, aku pun lari kiri kanan dengan laju. Last-last aku melompat sekali, hahaha! Sengal je, pesal la aku melompat tadi =P. Time melompat tu aku eksiden g. 

Lutut kanan aku terlanggar bucu dinding bilik abang aku. Terjatuh barang abang aku yang kat dinding tu. Adoii~~ sakit oo. Aku stop, tahan dulu. Abang aku dah tergelak, dia cakap padan muka. Ayah aku pun tergelak gak, dia ada kat situ. Haha. Si hitam pun ngengada kat aku. Dia duduk atas kerusi tengok aku terduduk kat lantai. Dia cakap "meowww" kat aku, maksudnya "padan muka". Haha, kurang asam si hitam.

Dah kutip balik barang-barang yang jatuh tadi, aku g bilik mak aku. Si hitam ada kat situ, tengah melompat-melompat, mencakar-mencakar, sembunyi-sembunyi tak tentu pasal. Lincah giler, buas dan ganas plak tu. Huhuhu, memang dasar harimau. Aku lalu je pun dia tangkap dan gigit kaki aku.

Tadi aku cek lutut aku. Haha, padan muka aku. Biru oh lutut aku. Tapi sikit je la. Lebam macam kena gigit nyamuk je, hahaha. Tunggu dia, pasni aku nak main ngan dia g. Malas aku nak online. Korang layan je la apa yang patut kat sini ye?

Thanks for reading!

Meooowwww~ kata si hitam.

Si hitam tido ngan abang aku. Hahaha, comel je kumpulan hitam ni =P

Nota si hitam: Kuku dia ni tajam oo, panjang plak tu. Gigi pun tajam, best je. Hehehe. =P


Mancal,
Nimo

Tuesday, November 23, 2010

Window 7 & Peraturan Gila!!

16 speaker(s)
www.tips-fb.com
Salam!


Wohoo~ aku baru je tukar laptop ni dari Window XP ke Window 7. Baru je pun, so memang sakai (jakun) la aku ni. Wahahha. (Malu aku). Uitt, best owh pakai Window 7 ni. Hohoho~ ada g masalah aku. Aku tak tahu la nak install software apa kat lappy ni. Software yg bguna la, yang selalu aku pakai. Aku dah lupa dah, adoi. Saya blur~ (+_+)a

Owh, aku baru perasan. Agak berat jugak Window 7 ni ek? Lappy aku jadi slow plak, tapi tak la berat sangat. Then, online pun jadi slow, adakah? Hmm, lantak la. Yang penting sekarang aku tengah syok pakai Window 7 ni. Hahaha! =P

Erm, dah takdak idea lagi nak buat entri ni. Aku bagi korang baca citer je la k? Hehehe, selamat membaca! Hope korang enjoy~ =D


******** *********

Staff sekalian,

Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2011, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-

a. PENGANGKUTAN:

Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kereta nasional contohnya proton, perodua dan lain-lain, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.

b. CUTI TAHUNAN:

Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.

c. WAKTU LUNCH:

1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.

2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.

3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.

d. CUTI SAKIT:

Mulai 2011 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari doktor (MC). Ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.

e. PENGGUNAAN TANDAS:

Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2011, setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit, secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kamera akan menyala.

Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampalkan gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'.

f. PEMBEDAHAN:

Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.

g. PENGGUNAAN INTERNET:

Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM3.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.

Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka.

Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yg tbaik. Sebarang pertanyaan, komen, pendapat, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.

Sekian, terima kasih.

******** *********

Hahaha! Amacam? Ok ke tak cerita ni? Huhuhu. Dah takde idea ni sebenarnya. Ok la, tu je untuk kali ni. InsyaAllah, len kali aku try update g k? Selamat membaca dan mengKLIK apa yang patut. (Klik la NUFFNANG tu ye? Ehehehe~).

Oraite, trimas!

Wasalam!

Akulah,
Ezad nimo

Saturday, November 13, 2010

Every Little Thing You Do *That makes me fall in love with you =)*

0 speaker(s)
www.tips-fb.com
Salam!

I'm back! Hehehe, cepat kan?? Hohoho~ Kali ni aku nak post entry pasal tag. Encik G Pengetua Skoloh dah tag aku tadi. Tag ni cambez je, so aku dengan rela ati nak buat. Hehehe. Thanks Encik G! 



******** *********

Put your music library on shuffle. For each question, press the next button to get your answer. You must write that song title as the answer to the question, no matter how silly it sounds! Most of the time they seem to work though, strangely enough. Ok, go! When you're done, tag people in this note, and make sure to tag the person who sent you this. The answer to #20 is the Title of your note.


1. If someone says, “Is this okay?” you say
Jenny - The Click Five
(Jenny~ what's the problem?) 

2. How would you describe yourself?
 Just Dance - Lady Gaga feat Akon
(Fuh~ baru ku tau)

3. What do you like in a guy / girl?
Don't Call Me - Unknown *laki yang nyanyi*
(Don't sms me~ don't call me again~ don't sms me~ never call me again~!)

4. How do you feel today?
Mama - My Chemical Romance
(Mama? Hehe, aku je paham =P)

5. What is your life’s purpose?
Supernova - TETRA-FANG (OST Kamen Rider Kiva)
(Henshin! Jadi hero! Wahahaha~)

6. What's your motto?
Kotak hati - Hujan
(Terang-terang bersama rasa sayang~)

7. What do your friends think of you?
Savin' Me - Nickelback
(All I need from you~)

8. What do you think of your parents?
Lagu Bintang - The Times
(Semalam ku terjatuh, kau datang walau berdegup~ thanks for being my parents! Love them so much!)

9. What do you think about very often?
Tell Me - P.Diddy ft. Christina Aguilera
(Boy I got my eyes on u!~ Boy I need to know your name~)

10. What is 2 + 2?
The Best Damn Thing - Avril Lavigne
(Wow~! Baru ku tahu jawapan yang sebenarnya~ 2 + 2 is the best damn thing! =D)

11. What do you think of your best friend(s)?
Love Like This - Natasha Bedingfield
(You're the only one that knows me~ yup! =D)

12. What do you think of the person you like?
Beautiful Liar - Beyonce ft. Shakira
(Nobody likes being played. Haha, tidak suka saya~)

13. What is your life story?
Eh, Eh (Nothing Else I Can Say) (Electric Piano & Human Beat Box Version) - Lady Gaga
(There's nothing else I can say~ eh, eh~)

14. What do you want to be when you grow up?
Bring It On Back - Jet
(Like the morning with the sun on the rise~ yeahh!)

15. What do you think of when you see the person you like?
Doa Taubat - Madrasah Aljunied
(Bertaubat gik deng~! Huhuhu~)

16. What will you dance to at your wedding?
If U Come Back - Blue
(I'll be there 'til the end of time~ I'll keep u right by my side~)

17. What will they play at your funeral?
Twinkle - Brainstewz
(Jauh mindaku melayang, terkenangkan dirimu sayang, kau pergi, ku sendiri, kini kau kembali~)

18. What is your biggest fear?
Sugar - Flo-Rida ft. Wynter
(Kurangkan gula dalam minuman~ pesanan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia)

19. What is your biggest secret?
Dari Sinar Mata - BPR
(Sudah pasti, ada sebaliknya, satu rahsia~ sudah pasti, ada jawapannya, kemungkinan itu~ =P)

20. What will you post this as? 
Every Little Thing You Do - Westlife
(It's every little thing you do, that makes me fall in love with you~ sweet!)

Orang yang aku nak tag ialah:

Dan sapa-sapa ja yang nak buat tag ni, silakan. Tak tau g nak tag sapa, banyak sangat. Hehehe =P.


Tag,
Nimo

Wednesday, November 10, 2010

Sedihnya

6 speaker(s)
www.tips-fb.com
Salam!


Ni ada satu cerita yang agak sedih la jugak. aku taknak la citer panjang, elok korang baca sendiri. 


******** *********



Ada la tiga orang sahabat ni. Nama dorang dorang Akak, Along dan Pendek. Dorang ni tinggal serumah kat sebuah apartment 60 tingkat. Petang tu, lepas je dorang tamat bertugas dorang pun balik la bersama-sama, together-gether macam selalu jugak.



Nak dijadikan citer~ dorang ni pelik la nape ramai orang berkumpul kat depan lif tu. Ada gathering ka? Parti kot?



Hehe. Rupanya bekalan elektrik terpadam. So, lif pun tak dapat nak berfungsi laa. Lorh~


Memandangkan dorang 3 ni tinggal kat tingkat 60 yang kat atas skali tu, dorang pun start la berbincang ape ntah~


Akak : Alamak, macamana ni? Rumah kita tu dah la kat atas sekali. Mampus den!


Along : Aduhhh! Bengong kepala aku, nak naik tangga tu larat ke? Huhuhu~


Pendek : Hmm~ aku rasa elok kita naik je la tangga tu. Ni pun tak tahu lagi bila elektrik nak idop.


Akak : Aku ada satu idea! Apa kata kita naik tangga tu sambil bercerita. Tapi kita kena la citer pasal mende yang sedih je, sebab kalo kita buat cerita lawak nanti semput pulak sebab ketawa banyak sangat. Biar kita serius dengar citer. Hehehe~



Dorang pun bersetuju dengan cadangan Akak tadi. So, dorang mula la melangkah kaki kanan mendaki anak-anak tangga untuk menuju ke tingkat 60 yang sangat la tinggi dan mencabar seperti mendaki Gunung Everest itu. Sedang dorang asyik melawan graviti bumi, Akak pun start dengan cerita beliau.



Akak : Sejarah idop aku kan, masa kecik dulu punya la sedih sangat. Aku membesar tanpa ayah. Ayah aku meninggal masa aku masih dalam kandungan. Dari kecik aku... bla bla bla bla bla... 




Punya la sedih dorang dengar cerita Akak sampai meleleh-leleh air mata tu. Sedar tak sedar dorang dah sampai kat tingkat 20. Dorang berhenti sekejap, bukan sebab penat tapi nak lap air mata tu. Kemudian barulah sambung balik menaiki tangga tadi. Along pun start la ngan citer dia.



Along : Sejarah hidup aku lagi sedih. Masa umur aku 5 tahun, kedua mak ngan ayah aku meninggal dalam kemalangan jalan raya. Aku dibesarkan oleh abang sulung  aku yang masa tu umur dia baru je 15 tahun. Abang sulung aku tak sekolah. Dia terpaksa bekerja sebab nak sara kami 4 orang adik beradik. Bla bla bla bla bla...




Sekali lagi dorang meleleh air mata kesedihan, sampai hingus pun meleleh skali. Punyalah lama cerita Along tadi. Sedar tak sedar je dorang dah sampai kat tingkat 55. Tinggal 5 tingkat je lagi nak sampai ke rumah dorang. Sambil melangkah nak menuju ke tingkat 56, Pendek pun mula la menyampuk.



Pendek : Alaaaaaa~ korang punya citer semua tak sedih langsung. Citer aku ni lagi la sedihhhhh sangat-sangat!


Akak : Kau ada sejarah hidup jugak ke?


Pendek : Emmmm~ mungkin arini dalam sejarah la kot.


Along : Cerita je la, kita dah tinggal 4 tingkat je lagi ni.


Pendek : Uwaaaaaa~!!!! Aku sedih sebab... KUNCI RUMAH KITA! AKU TERTINGGAL KAT DALAM KETA!!! UWAAAA~!!!! 




******** *********


Hahahha, amek kau!



Pendek,
Nimo

Monday, September 20, 2010

Trip Raya 2010

4 speaker(s)
www.tips-fb.com
Salam kawan-kawan semua!

Aku just nak citer sikit ja mengenai Trip Raya 2010 nih. Tahun nih sama gak macam tahun lepas, kami g merantau kat tempat orang. Open house pon tak buat jugak, tapi ada la jugak yang datang, tapi tak ramai la. Hehehe.


Raya pertama (Jumaat) kitorang masih kat umah g. Petang tu just g beraya kat umah nek mat (ayah nyer pakcik).

Raya kedua (Sabtu) baru la start g merantau. Kitorang g umah adik ayah (makcik) kat lawas (macam tahun lepas jugak). Dalam jam 1 lebih (petang) kitorang start gerak dari umah nek mok (ayah nyer pakcik) kat kuala belait. Lebih kurang jam 6.30 petang camtu kitorang sampai kat umah babok (makcik) di lawas.

Kat umah babok di Lawas

Raya ketiga (Ahad) trip to KK, Sabah (macam tahun lepas jugak). Tapi tahun lepas kami just jalan-jalan (melancong) ja kat KK tu. Tahun ni plak, kami sempat g beraya kat umah cikgu (kak ipar aku penah jaga anak cikgu nih masa kat dalat dulu, kira bos lama dia r nih). Kami beraya kat umah cikgu tu kat pekan Tanjung Aru. Pastu cikgu tadi bawak kami g beraya kat umah pakcik dia kat Likas. Woohoo~ best la jugak, merasa den beraya kat negeri orang. Pakcik cikgu tadi ada gak buat laksa sarawak. Wah, wah! Laksa sarawak kat sabah, hehehe. Ok lar, boleh tahan. Alhamdulillah, memang kenyang lar! :D Time balik tadi memang jem la jalan. Bukan jalan  kami jem, tapi jalan bertentangan. Panjang giler jem, kesian dorang.

Beli minyak kat sipitang
95 km g nak sampai KK, tak jaoh tu
Dalam perjalanan, ternampak kapal pejuang. Wooo~
Dah kat Papar nih kalo tak silap

Lok Kawi
 Kota Kinabalu International Airport (KKIA)
Kita ke Tanjung Aru
Anak cikgu tu
Ke Kampung Likas
:D
Laksa Sarawak di Sabah
Kubur
Jalan Haiwan, hahaha
Start kat sini lar jalan jem
Fuhh~ memang panjang Q~!
Raya keempat (Isnin) kami beraya kat kuala lawas ja, ikut babok g umah sedara dorang. lagipun adik YB Awangku Damit (suami babok nyer pakcik) ada wat open house. Aku dapat duit raya woo, abang-abang dan kak ipar aku tak dapat. ngahahha! Itulah kelebihan insan bertubuh kecil, kuikuikui~ XP. Abis ja beraya dalam jam 1, 2 atau 3 (tak ingat, tengah hari la kot?) tu, aku, mak, abang dan ayah p mancing (tujuan utama dorang r tuh). Aku frust tak dapat apa-apa pon. Mak dapat ikan sembilang besar, abang dapat udang besar, ayah dapat ikan gelama, baong, pastu pe lagi ntah. Takpe la, bukan rezki. Dapat gak tengok pelangi kat depan mata. Subhanallah, cantik woo~!

Jalan-jalan kat kampung
Kaki pancing
Rehat sambil menunggu umpan mengena
Ole!

Ikan kecik!

Penantian
Nampak tak pelangi tu?
Pelangi muncul kat tempat kami ngail
Raya kelima (Selasa) kami nak balik miri dah. Baru kejap jalan kat nak kuar dari lawas, keta ayah dah wat hal. belting (kalo tak silap la, hehehe) keta putus. Syukur la keta abang ada (kami jalan guna 2 buah keta, 6 orang). Aku, ayah dan abang g pasar lawas g beli belting baru. Mak, kakak ipar dan abang sorang g tinggal dalam keta (mak ngah tido, mana sedar), hahaha. Dah siap ato semua baru dapat teruskan perjalanan yang agak jaoh tu (tak la jauh sangat, tapi jalan yang jem, keta banyak). Dari lawas ke tamburong (Brunei) clear ja sebab dah tak pakai feri, jambatan baru dah siap. Yang jem teruk kat feri nak ke limbang la. Punyalah sejam lebih atau mungkin 2 jam kot kami menunggu. Dah la panas terik, ayah awal-awal kuar dari keta. Jalan kaki pi kat depan, abang yang ganti ayah bawak keta. Kesian abang kepanasan, hahaha. Setelah sunburn menunggu, dapat gak kami naik feri untuk ke limbang, syukur~! Dah kat limbang, singgah jap kat balai bomba limbang, nak g jumpa uncle (mak nyer abang ipar). Syukur gak dia ada. Kami pun g makan kejap kat pekan limbang, pastu baru dapat teruskan perjalanan ke brunei. Kat brunei kami sempat singgah semula kat umah nek mok ja, umah nenek yang lain (kat Lumut) tak sempat sebab dah lewat. Alhamdulliah, selamat sampai kat umah malam tu.

Abang jadi drebar sementara time jem
Feri nun jaoh kat depan sana
Panjang Q ke belakang
Dah dalam feri
Baru jumpa uncle
Gambo-gambo kat balai bomba limbang
Editor a.k.a. camerawomen :P
Mak dengan nek mok mpuan :)
Bapak & cali dengan nek mok laki
kat luar rumah

Raya keenam (Rabu) kami g beraya kat umah tunggal ayah kat gerai tepian sungai. Ohohoho, aku dapat duit raya lagi, Alhamdulillah murah rezki! :D Petang tu g umah aisah, lepak-lepak ngan aisah, julia dan alyn sambil beraya (sebab aku belum beraya g kat sana tahun nih).

cali, aku ngan abang
Mak mekorang
Bos besar
Pak din ngan amit (anaknya)
Baju ketat, terpaksa abang tolong
Kek sedap
Makan la, boh di tenung gik
Rokok
Kami tolong promote :P
Gerai Tepian Sungai. Nih tokey merangkap chef. Sedap~ beli, jangan tak beli!
Sedondon bersama :D
Kami rakyat Malaysia. Selamat Hari Malaysia :)
Sarawak kebanggaanku!
Hola!
Pusak jinak

Raya ketujuh (Khamis) aku g tengok wayang ngan aisah, as (adik sah) dan naz (kazen sah). Mula-mula plan nak tengok piranha, last-last nengok cita Resident Evil: Afterlife kol 3 petang. Mula-mula aku kengantokan (g pon macam boring ja), sempat g tido kejap. Hahaha! Pastu start part yang dia sampai kat bandar nak mendarat tu yang aku excited, ilang dah ngantok. Eee, geli siyot nengok zombie tu. Aku dan sah bape kali ntah tkezut, sakit dada aku. Hahaha. Ada part sampai sah tarik lengan baju aku, wakakka! Sengal nyer zombie! XP Abis nengok wayang kami g makan kat iglool! Yippi~ dah lama aku teringin nak makan kat situ, tapi baru nih la beta berkesempatan nak merasa. Hohohoh~ malam tu abang balik g KL, flight malam jam 10.15. Aku nyer hanset nokia 3G tuh aku bagi kat abang, hanset lama dia aku amik. Sian kat abang :)

Makan eskrem kat iglool. chocolate woo, sodapp! =P
Terjumpa ngan kawan skolah lama. Haha, lama tak jumpa dorang nih :P
Raya kelapan (Jumaat) aku g kuar ngan julia dan alyn g men bowling. Mula-mula kami men 1 game ja, pastu tambah g 1 game. Game pertama tu aku menang, yang kedua takleh g dah. Hehehe, best lar, macam nak men g je nih. Abis tu kami g makan cendol dan rojak (buah dan kuih), memang sedap! Sampaikan member sorang tu bertambah g rojak. Yang lawaknya, dia nak makan rojak kuih, tapi confident ja order rojak buah. Aku ngan alyn diam ja, ingatkan dia memang nak makan rojak buah, hahaha! Time orang tu anta kat meja kami, ju tanya aku dan alyn,"Aik? Rojak buah ya ka?" Kami dua jawab, "Nya lah ya, kenak? Betol la kau order tek". Pastu dia tunjuk kat pinggan rojak kuit tadi "Nok ya tek apa?". Tu yang aku jawab, "Ya rojak kuih la, yang nun rojak buah, hahaha!" Aku tergelak, dah tao dah apa masalahnya. Hahahha! Dengan muka sedihnya ju cakap, "Aku salah order la tek, aku mok makan rojak kuih ya". Wahahhaa! Aku dan alyn hanya mampu tergelak besar ja, wakakkaa! Pastu dengan jahatnya aku jawab, "Laa, buah ngan kuih pun dah sik pande nak beza gik ka?? Lawak eh ko tok". Aku memang seorang kawan yang baik :). So, kami makan je la apa yang dah d order, dengan muka yang sedih dan terpaksa kawan sorang tu menelan ja buah tadi. Teehehehhee~

Alyn sedia untuk membaling bolanya. Haahha
Julia dengan aksi lontarannya. Hahaha
A = Alyn, J = Julia, E = Ezad.
Korang nampak tak??? Hehehehe (aku tak terer pon men game nih)
Jagung & Kuda XD
Yummy2, spesel punya~~
Rojak buah & rojak kuih. Korang dapat bezakan buah & kuih kan?? kan, kan kann??? Hahahaha
Pemandu berhemah, kuikuikui~
Raya kesembilan (Sabtu) kami g umah nek mat g, makan hol arwah anak dia (arwah pakcik aku). Malam tu aku bawak abang ngan kak ipar g beraya kat umah sah, esok ari nya sah nak balik KL dah. G pon aritu birthday sah, aku nak bagi adiah yang tak seberapa ja kat dia. Haahha.

anak manok, kiut!

babok2 sekalian, sorang kecik yang berdiri ya anak babok :P

dart time!

yer, abg ngan adiknya

saip kontrol macho!

anak manok mok bgambar, p mak nya soh btapok :P

kakak besar ngan adik kecik, saling sayang menyayang :D

mesyuarat pagar, bkn mesyuarat tingkap!

Raya kesepuluh (Ahad/semalam) kami g brunei lagi, sebab aritu tak sempat nak g umah nenek-nenek yang lain. Kali nih kami g umah nek dayang, nek ngah ngan nek usu. Lama gak kat umah nek dayang, kitorang makan dulu. Pastu lawat umah bok gdah (mak usu) kat sebelah. Then barulah ke umah nek ngah. Sebelum tu singgah jap kat pantai lumut, saja nak tengok pantai tu. Kat umah nek ngah mula-mula memang senyap ja, tak banyak citer. Tak lama pastu anak-anak nek ngah suma datang umah, memang kebetulan sungguh. Dah berbelas tahun tak jumpa dorang. Last jumpa masa aku masih darjah 1 kalo tak silap, tak ingat dah. Memang meriah dan kecoh betul lah! Sempat g kami buat sesi fotografi kejap, hehehe. Reunion la katakan :P. Last skali baru g umah nek usu dan umah mak nek usu kat sebelah.

sempat gik repair aircond :P

cali dgn koleksi pedangnya

mommy & daddy :D

Ema dgn sultannya

Editor dengan biru kesukaannya
 (lain dari yang lain, tema cream :P)

bapak bgambar ngan sultan brunei

apa ini?

basrie dgn koleksi pedangnya
(xmok kalah ngan cali juak)

upin ipin versi mpuan
(anak2 buahku)

kazen kecik, nana!

hello2? xdengar la weyy~

cali pun mok gambar ngan sultan juak

aku pun mok bergambar juak :D

bpk ngan mak love2~ :P

yer~ pengantin baru tek~ :P

nek dayang, nek hassan, bok gdah ngan suaminya

laki2~
(x clear!)

tok ok kit, nampak la juak

bini2~

bergambar ngan family nek ngah

nek usu

mak bapak


disebalik cermin

Umah sedara yang lain tak sempat pegi, lagipun ada yang takda kat umah. So, yang tu ja la yang sempat aku kongsikan untuk sambutan raya tahun nih. Hope korang enjoy baca entri aku kali nih k. Hehhehe.

~sekian~
Bulan 12 t konvo kat Kuching, hehehhe. :P

Sekian, wasalam.

Jom raya!
Nur Izzati