Pages

Saturday, August 2, 2025

I'M BACK!

www.tips-fb.com

 Assalamu'alaikum


Salam Sejahtera~


    Sudah 16 tahun blog aku ni wujud, terasa sayang pula nak delete. Terlalu banyak kenangan dalam ni yang aku simpan rapi untuk pembacaan aku dan sesiapa sahaja yang sudi membacanya.


Setelah diteliti, post terakhir aku dalam ni pun dah mencecah usia 9 tahun. Aduhai, hampir 10 tahun (1 dekad) aku tidak menulis di dalam ini. Mungkin kerana zaman sekarang orang sudah tidak memandang blog seperti ini sebagai satu platform bacaan yang menarik. Dalam komen pun bukan orang yang sebenar, ntah ler labu. Kebanyakan blog sekarang pun kalau dibuka penuh dengan iklan hampir satu skrin sampaikan nak membaca isi kandungan pun jadi terganggu.


Anggap saja la ini sebagai satu platform untuk aku menaip dan terus menaip selagi aku terdaya. Agak-agak kawan-kawan aku masih melawat tak aku di sini? Jika ya, komen la sikit. Taknak la spam ke apa yang komen kat sini. Aku nak block pun tak reti, nak setting pun kena belajar semula ni.


Seronok rasa dapat menaip random macam ni, semoga aku lebih bersemangat untuk terus random lagi di kemudian hari, hahaha. Tapi tu la, aku nak letak chat box kat tepi ni pun tak reti dah. Entah macamana aku boleh pandai buat semua ni dulu ye. Kalau ada yang sudi membantu, nanti komen la kat sini, ajarkan aku cara nak pasang semula chatbox aku ni. Senang sikit nak menyembang. Kot la ada yang sudi melawat aku kan.


Aku sekarang pun agak sibuk menguruskan keluarga, kerja dan sibuk jugak dengan game kadang-kadang. Yela, main game kekadang best jugak, nak-nak lagi bila power dah tinggi, sayang rasa nak quit. Hahahaha. Korang ada yang main game tak? Ce komen game apa yang korang main sekarang, kot la sama ngan aku, hehehe.


Okay la, cukup la setakat ni untuk intro aku kali ni. Semoga aku muncul kembali dalam masa yang terdekat, bukan 1 dekad macam sebelum ni. LOL.


Ceria-ceria selalu~


Always,

Nimo =)

No comments: