Pages

Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Saturday, July 23, 2016

Status Terkini?

3 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamu'alaikum w.b.t.

Salam sejahtera semuanya~!

Rasanya berabad dah aku tinggalkan blog aku begitu saja. So, ni nak update sikit je laa, tak banyak mane pon.

Alhamdulillah, masih bernafas dengan sihat kat muka bumi nih. Masih aktif macam dulu, cuma dah kurang sikit laa.

Sekarang aku sibuk ngan dunia farmasi, praktikal masuk semester yang kedua. In shaa Allah semester depan merupakan semester akhir aku. Doakan yang terbaik buat aku ye, semoga lancar je perjalanan aku untuk menghabiskan pengajian ni dengan cemerlang.

Banyak benda dah berubah sekarang, terlalu banyak. Susah nak diluahkan satu persatu, tapi bak kata sahabat, "sampai bila kau nak rahsiakan?" Hahaha.. Kann, sampai bila? Ntah, aku pun tak tau. Mesti korang blur kan, tak tau mende yang aku merepek ni. Hahaha, kesian~

Jujur aku rindu nak blogging lagi macam dulu-dulu, tapi zaman dah berubah. Sekarang semua benda pun tak selamat. Kau salah taip sikit pun terus kena kecam ngan rakyat jelata. Bak kata sir kat tempat aku praktikal, "bila kita supply ubat kepada patients, kita kena pastikan there is zero error.."

Begitulah jugak diibaratnya dengan dunia siber sekarang ni, "ZERO ERROR". Kalo dulu, kita belajar dari kesilapan. Kita buat silap, kita belajar. Tapi sekarang, kita mengelak untuk melakukan kesilapan, sebab kalo buat silap walau sikit pun, kita bukan setakat belajar, tapi dapat bonus malu sebab kena kecam. So, sekarang istilah lain. Semua nak selamat, taknak dapat malu, tak berani nak buat silap. Bukan nak kata kau kena buat silap, tak. Maksud aku, kau kena berani dan kebal kalo nak hidup dalam zaman kecam mengecam sekarang nih. Sebab banyak mata sedang memerhati untuk mencari kesilapan kau.

Makanya, jangan takut kalo nak belajar dan maju ke hadapan. Hahaha, tapi jangan kau main redah je, naya nanti. Harap korang faham laa dengan apa yang aku cuba nak sampaikan. Maklumlaa, dah lama tak berceloteh, agak terabur je ayat. Hahahaha.

Oo, banyak kenangan dalam blog aku ni yang dah takleh pakai. Kat facebook aku dah delete semua. Kat sini terasa nak delete bagi mengelakkan salah faham, tapi macam kesian pulak. Hahaha. Takpe laa, biar aku simpan je dulu buat kenangan. Sampai masa nanti aku buang la mana yang patut.

Perkara ni masih bermain-main kat kepala aku. Korang rasa patut ke aku bagitau je kat orang tentang diri aku? Hahaha, apa-apa je laa. Macam la orang peduli, kah!

Terasa seronok pulak dapat kembali bermonolog dalam blog ni. It's been a while. Hope aku kembali lagi dalam masa yang terdekat memandangkan aku sekarang dah free.

Oh ya, raya kan sebulan. So, dalam kesempatan ni aku memohon maaf kepada semua atas segala salah dan silap aku dalam sedar atau tak. Halalkan segalanya yang pernah korang bagi dan yang aku ambik atau terambik ye. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, ikhlas dari aku dan Yuwais (minime).

Okay, semoga korang terhibur ngan entri terbaru aku ni, sebab sis mudah terhibur, hehehe.

Terima kasih!

Sekian, wassalam.

Mama Yuwais,

Nimo Taiga 🐯

*walkaway*

Friday, July 17, 2015

Salam Aidilfitri

1 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamu'alaikum w.b.t.!!!

Salam Sejahtera!!!

Apa khabar semua?? Alhamdulillah, semoga sihat selalu. Sekarang kita dah masuk ke bulan Syawal, kerana bulan Ramadhan telah meninggalkan kita. Harapan agar kita dapat bertemu kembali dengan bulan Ramadhan yang mulia itu. Semoga diterima segala amalan yang telah kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan yang lalu.

Nah, owner blog nak posing jugak!

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN" kepada semua yang mengenali diri ini. Saya juga ingin memohon ampun dan maaf atas segalanya serta halalkanlah semuanya, KOSONG-KOSONG!! =D


Jom tengok video ni kejap, Ucapan Raya khas dari kami, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2015 Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah (KSKB SAS), Ulu Kinta kepada anda semua khususnya kepada warga KSKB SAS, keluarga, rakan-rakan dan sesiapa jua yang mengenali kami, dengan pesanan, berhati-hati ketika memandu dan walau di mana jua anda berada, semoga selamat kembali ke kolej ye kawan-kawan! KLIK VIDEO KAT SINI atau tengok je yang kat bawah nih.. huhuhu~


Majlis Iftar Perdana.. YDP baru abis syif, pakai uniform lagi tu, kesian~

Iftar MPP

Keluarga Tok Abah!!!

Semoga kalian semua bergembira di samping keluarga yang tersayang. Kepada sesiapa yang sedang berkhidmat di hari raya ini, semoga anda tabah mengharunginya! 

Sekian, wassalam.


Maaf dipinta,
Nur Izzati Binti Mohamed Omar
Serta Keluarga =)

Saturday, July 11, 2015

Permulaan Yang Baru

3 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamu'alaikum w.b.t.!

Salam Sejahtera!

Apa khabar kalian semua? Puasa tak arini? Alhamdulillah, kita sekarang masih berada di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Rasanya masih sempat lagi kalo saya nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat sekalian alam. Harapan agar kita dapat memperbaiki diri dengan sebaiknya pada Ramadhan kali ini dan jadikan ianya sebagai permulaan untuk kita sentiasa maju ke hadapan dalam memperbaiki iman kita ke arah yang lebih baik dan mantop!

Sedar tak sedar, minggu depan kita dah nak masuk ke dalam bulan Syawal. Terlalu pantas masa berlalu, tak sempat kita nak mengejarnya. Diharap agar kalian lebih bijak dalam mengatur perbelanjaan kali ini memandangkan tak lame lagi nak raya, mesti banyak benda kalian nak beli untuk persiapan raya kan?? Dengan set pakaiannya.. dengan kasutnya.. dengan begnya.. dengan kuih muihnya.. dengan set perabotnya.. dengan langsirnya.. dengan itu, dengan ini.. amboi, banyaknye la barang kalian, duit raya jangan lupa simpan untuk saya ye, hehehe. Tapi kena ingat! Jangan lepas raya nanti ikat perut sebab dah banyak kuarkan duit, haaa. In syaa Allah, tahun ni sambut secara bersederhana sahaja, duit raya pun takdek, jangan mintak nanti ye, hahaha!

Berkenaan dengan diri nih, Alhamdulillah, sekarang dah masuk semester yang baru. Tinggal lagi 2 tahun nak abiskan perjalanan kat tempat orang. Harapan agar semester ni jaoh lebih baik dari semester lepas. Kalo sem lepas saya dah jatuh menjunam dengan teruknya, biarlah sem nih saya bangkit semula dengan gahnya hingga tamat latihan kat sini! Jangan bagi saya kuih bangkit, yang tu saya taknak, hahaha. Berbalik dengan diri saya tadi, sem ni sangat mencabar bagi saya, semoga saya kuat dan terus naik ke atas. Tapi kalo dah naik sampai ke atas sana, biarlah saya naik dengan iman yang penuh di dada.

Permulaan yang baru bagi saya nih, biarlah saya simpan isinya untuk diri sendiri. Tak perlu ase saya nak terangkan semua kat sini. Doakan semoga semuanya baik-baik sahaja. Saya seorang yang kuat! Saya boleh harunginya! Saya seorang yang berjiwa kental! Okay, cukup dah merapu meraban nih. Selamat tinggal semua! Puasa, jangan tak puasa. Puasa, jangan puasa yang sia-sia (harap faham). Kalo ada puasa yang tertinggal, gantilah dengan segera nanti ye. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin in advance buat semua ye! Harap dimaafkan semua kesalahan saya, dihalalkan semua hutang dan apa jua yang telah saya amik, pakai, pinjam atau apa-apa je lah! 0-0 

Seriously, no duit raya this year kay, saya mintak maaf siap-siap, huhuhu. Kalo nak kuih raya, jemput datang ke rumah ye, hehehe.

Sekian, wassalam.

Maaf zahir & batin,
Ezadnimo =)


Monday, October 14, 2013

Salam Aidil Adha 1434 Hijrah

9 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamualaikum w.b.t.~!

Salam Sejahtera semua!


Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua umat seisi alam. Semoga kita mendapat rahmat dan hidayah dari Allah yang Maha Esa, dan semoga mendapat berkat dan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Bagi mereka yang mengerjakan haji pada musim ini, semoga dipermudahkan segala urusan mereka di tanah suci & semoga mendapat haji yang mabrur, amin! Bagi kita yang belum berkesempatan untuk mengerjakannya, semoga mendapat peluang di musim yang akan datang, amin~!

Okai, aku harap korang dapat menjalankan ibadah qurban kali ni dengan penuh keikhlasan dan penuh makna. Baiklah, ni just update ringkas bersempena dengan Aidil Adha, lain kali aku update lagi kalo berkesempatan.

Wassalam~!

P/s: Ingat! Jika melakukan sesuatu amal kenalah ikhlas! Jangan harapkan apa-apa balasan tau! Niat pun kenalah betul k, jangan menyimpang!

BerQurban,
Nur Izzati

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidil Adha!

23 speaker(s)
www.tips-fb.com
Salam!

Selamat Hari Raya Aidiladha ana nak ucapkan kepada kalian semua. Maafkan apa-apa salah ana kat kalian k?

Salam Aidiladha! =)


Huhu, tengok la gambar kat atas, anda akan faham. =D


Syukran~ wassalam!


Mohon maaf,
Ezad Nimo

Monday, September 20, 2010

Trip Raya 2010

4 speaker(s)
www.tips-fb.com
Salam kawan-kawan semua!

Aku just nak citer sikit ja mengenai Trip Raya 2010 nih. Tahun nih sama gak macam tahun lepas, kami g merantau kat tempat orang. Open house pon tak buat jugak, tapi ada la jugak yang datang, tapi tak ramai la. Hehehe.


Raya pertama (Jumaat) kitorang masih kat umah g. Petang tu just g beraya kat umah nek mat (ayah nyer pakcik).

Raya kedua (Sabtu) baru la start g merantau. Kitorang g umah adik ayah (makcik) kat lawas (macam tahun lepas jugak). Dalam jam 1 lebih (petang) kitorang start gerak dari umah nek mok (ayah nyer pakcik) kat kuala belait. Lebih kurang jam 6.30 petang camtu kitorang sampai kat umah babok (makcik) di lawas.

Kat umah babok di Lawas

Raya ketiga (Ahad) trip to KK, Sabah (macam tahun lepas jugak). Tapi tahun lepas kami just jalan-jalan (melancong) ja kat KK tu. Tahun ni plak, kami sempat g beraya kat umah cikgu (kak ipar aku penah jaga anak cikgu nih masa kat dalat dulu, kira bos lama dia r nih). Kami beraya kat umah cikgu tu kat pekan Tanjung Aru. Pastu cikgu tadi bawak kami g beraya kat umah pakcik dia kat Likas. Woohoo~ best la jugak, merasa den beraya kat negeri orang. Pakcik cikgu tadi ada gak buat laksa sarawak. Wah, wah! Laksa sarawak kat sabah, hehehe. Ok lar, boleh tahan. Alhamdulillah, memang kenyang lar! :D Time balik tadi memang jem la jalan. Bukan jalan  kami jem, tapi jalan bertentangan. Panjang giler jem, kesian dorang.

Beli minyak kat sipitang
95 km g nak sampai KK, tak jaoh tu
Dalam perjalanan, ternampak kapal pejuang. Wooo~
Dah kat Papar nih kalo tak silap

Lok Kawi
 Kota Kinabalu International Airport (KKIA)
Kita ke Tanjung Aru
Anak cikgu tu
Ke Kampung Likas
:D
Laksa Sarawak di Sabah
Kubur
Jalan Haiwan, hahaha
Start kat sini lar jalan jem
Fuhh~ memang panjang Q~!
Raya keempat (Isnin) kami beraya kat kuala lawas ja, ikut babok g umah sedara dorang. lagipun adik YB Awangku Damit (suami babok nyer pakcik) ada wat open house. Aku dapat duit raya woo, abang-abang dan kak ipar aku tak dapat. ngahahha! Itulah kelebihan insan bertubuh kecil, kuikuikui~ XP. Abis ja beraya dalam jam 1, 2 atau 3 (tak ingat, tengah hari la kot?) tu, aku, mak, abang dan ayah p mancing (tujuan utama dorang r tuh). Aku frust tak dapat apa-apa pon. Mak dapat ikan sembilang besar, abang dapat udang besar, ayah dapat ikan gelama, baong, pastu pe lagi ntah. Takpe la, bukan rezki. Dapat gak tengok pelangi kat depan mata. Subhanallah, cantik woo~!

Jalan-jalan kat kampung
Kaki pancing
Rehat sambil menunggu umpan mengena
Ole!

Ikan kecik!

Penantian
Nampak tak pelangi tu?
Pelangi muncul kat tempat kami ngail
Raya kelima (Selasa) kami nak balik miri dah. Baru kejap jalan kat nak kuar dari lawas, keta ayah dah wat hal. belting (kalo tak silap la, hehehe) keta putus. Syukur la keta abang ada (kami jalan guna 2 buah keta, 6 orang). Aku, ayah dan abang g pasar lawas g beli belting baru. Mak, kakak ipar dan abang sorang g tinggal dalam keta (mak ngah tido, mana sedar), hahaha. Dah siap ato semua baru dapat teruskan perjalanan yang agak jaoh tu (tak la jauh sangat, tapi jalan yang jem, keta banyak). Dari lawas ke tamburong (Brunei) clear ja sebab dah tak pakai feri, jambatan baru dah siap. Yang jem teruk kat feri nak ke limbang la. Punyalah sejam lebih atau mungkin 2 jam kot kami menunggu. Dah la panas terik, ayah awal-awal kuar dari keta. Jalan kaki pi kat depan, abang yang ganti ayah bawak keta. Kesian abang kepanasan, hahaha. Setelah sunburn menunggu, dapat gak kami naik feri untuk ke limbang, syukur~! Dah kat limbang, singgah jap kat balai bomba limbang, nak g jumpa uncle (mak nyer abang ipar). Syukur gak dia ada. Kami pun g makan kejap kat pekan limbang, pastu baru dapat teruskan perjalanan ke brunei. Kat brunei kami sempat singgah semula kat umah nek mok ja, umah nenek yang lain (kat Lumut) tak sempat sebab dah lewat. Alhamdulliah, selamat sampai kat umah malam tu.

Abang jadi drebar sementara time jem
Feri nun jaoh kat depan sana
Panjang Q ke belakang
Dah dalam feri
Baru jumpa uncle
Gambo-gambo kat balai bomba limbang
Editor a.k.a. camerawomen :P
Mak dengan nek mok mpuan :)
Bapak & cali dengan nek mok laki
kat luar rumah

Raya keenam (Rabu) kami g beraya kat umah tunggal ayah kat gerai tepian sungai. Ohohoho, aku dapat duit raya lagi, Alhamdulillah murah rezki! :D Petang tu g umah aisah, lepak-lepak ngan aisah, julia dan alyn sambil beraya (sebab aku belum beraya g kat sana tahun nih).

cali, aku ngan abang
Mak mekorang
Bos besar
Pak din ngan amit (anaknya)
Baju ketat, terpaksa abang tolong
Kek sedap
Makan la, boh di tenung gik
Rokok
Kami tolong promote :P
Gerai Tepian Sungai. Nih tokey merangkap chef. Sedap~ beli, jangan tak beli!
Sedondon bersama :D
Kami rakyat Malaysia. Selamat Hari Malaysia :)
Sarawak kebanggaanku!
Hola!
Pusak jinak

Raya ketujuh (Khamis) aku g tengok wayang ngan aisah, as (adik sah) dan naz (kazen sah). Mula-mula plan nak tengok piranha, last-last nengok cita Resident Evil: Afterlife kol 3 petang. Mula-mula aku kengantokan (g pon macam boring ja), sempat g tido kejap. Hahaha! Pastu start part yang dia sampai kat bandar nak mendarat tu yang aku excited, ilang dah ngantok. Eee, geli siyot nengok zombie tu. Aku dan sah bape kali ntah tkezut, sakit dada aku. Hahaha. Ada part sampai sah tarik lengan baju aku, wakakka! Sengal nyer zombie! XP Abis nengok wayang kami g makan kat iglool! Yippi~ dah lama aku teringin nak makan kat situ, tapi baru nih la beta berkesempatan nak merasa. Hohohoh~ malam tu abang balik g KL, flight malam jam 10.15. Aku nyer hanset nokia 3G tuh aku bagi kat abang, hanset lama dia aku amik. Sian kat abang :)

Makan eskrem kat iglool. chocolate woo, sodapp! =P
Terjumpa ngan kawan skolah lama. Haha, lama tak jumpa dorang nih :P
Raya kelapan (Jumaat) aku g kuar ngan julia dan alyn g men bowling. Mula-mula kami men 1 game ja, pastu tambah g 1 game. Game pertama tu aku menang, yang kedua takleh g dah. Hehehe, best lar, macam nak men g je nih. Abis tu kami g makan cendol dan rojak (buah dan kuih), memang sedap! Sampaikan member sorang tu bertambah g rojak. Yang lawaknya, dia nak makan rojak kuih, tapi confident ja order rojak buah. Aku ngan alyn diam ja, ingatkan dia memang nak makan rojak buah, hahaha! Time orang tu anta kat meja kami, ju tanya aku dan alyn,"Aik? Rojak buah ya ka?" Kami dua jawab, "Nya lah ya, kenak? Betol la kau order tek". Pastu dia tunjuk kat pinggan rojak kuit tadi "Nok ya tek apa?". Tu yang aku jawab, "Ya rojak kuih la, yang nun rojak buah, hahaha!" Aku tergelak, dah tao dah apa masalahnya. Hahahha! Dengan muka sedihnya ju cakap, "Aku salah order la tek, aku mok makan rojak kuih ya". Wahahhaa! Aku dan alyn hanya mampu tergelak besar ja, wakakkaa! Pastu dengan jahatnya aku jawab, "Laa, buah ngan kuih pun dah sik pande nak beza gik ka?? Lawak eh ko tok". Aku memang seorang kawan yang baik :). So, kami makan je la apa yang dah d order, dengan muka yang sedih dan terpaksa kawan sorang tu menelan ja buah tadi. Teehehehhee~

Alyn sedia untuk membaling bolanya. Haahha
Julia dengan aksi lontarannya. Hahaha
A = Alyn, J = Julia, E = Ezad.
Korang nampak tak??? Hehehehe (aku tak terer pon men game nih)
Jagung & Kuda XD
Yummy2, spesel punya~~
Rojak buah & rojak kuih. Korang dapat bezakan buah & kuih kan?? kan, kan kann??? Hahahaha
Pemandu berhemah, kuikuikui~
Raya kesembilan (Sabtu) kami g umah nek mat g, makan hol arwah anak dia (arwah pakcik aku). Malam tu aku bawak abang ngan kak ipar g beraya kat umah sah, esok ari nya sah nak balik KL dah. G pon aritu birthday sah, aku nak bagi adiah yang tak seberapa ja kat dia. Haahha.

anak manok, kiut!

babok2 sekalian, sorang kecik yang berdiri ya anak babok :P

dart time!

yer, abg ngan adiknya

saip kontrol macho!

anak manok mok bgambar, p mak nya soh btapok :P

kakak besar ngan adik kecik, saling sayang menyayang :D

mesyuarat pagar, bkn mesyuarat tingkap!

Raya kesepuluh (Ahad/semalam) kami g brunei lagi, sebab aritu tak sempat nak g umah nenek-nenek yang lain. Kali nih kami g umah nek dayang, nek ngah ngan nek usu. Lama gak kat umah nek dayang, kitorang makan dulu. Pastu lawat umah bok gdah (mak usu) kat sebelah. Then barulah ke umah nek ngah. Sebelum tu singgah jap kat pantai lumut, saja nak tengok pantai tu. Kat umah nek ngah mula-mula memang senyap ja, tak banyak citer. Tak lama pastu anak-anak nek ngah suma datang umah, memang kebetulan sungguh. Dah berbelas tahun tak jumpa dorang. Last jumpa masa aku masih darjah 1 kalo tak silap, tak ingat dah. Memang meriah dan kecoh betul lah! Sempat g kami buat sesi fotografi kejap, hehehe. Reunion la katakan :P. Last skali baru g umah nek usu dan umah mak nek usu kat sebelah.

sempat gik repair aircond :P

cali dgn koleksi pedangnya

mommy & daddy :D

Ema dgn sultannya

Editor dengan biru kesukaannya
 (lain dari yang lain, tema cream :P)

bapak bgambar ngan sultan brunei

apa ini?

basrie dgn koleksi pedangnya
(xmok kalah ngan cali juak)

upin ipin versi mpuan
(anak2 buahku)

kazen kecik, nana!

hello2? xdengar la weyy~

cali pun mok gambar ngan sultan juak

aku pun mok bergambar juak :D

bpk ngan mak love2~ :P

yer~ pengantin baru tek~ :P

nek dayang, nek hassan, bok gdah ngan suaminya

laki2~
(x clear!)

tok ok kit, nampak la juak

bini2~

bergambar ngan family nek ngah

nek usu

mak bapak


disebalik cermin

Umah sedara yang lain tak sempat pegi, lagipun ada yang takda kat umah. So, yang tu ja la yang sempat aku kongsikan untuk sambutan raya tahun nih. Hope korang enjoy baca entri aku kali nih k. Hehhehe.

~sekian~
Bulan 12 t konvo kat Kuching, hehehhe. :P

Sekian, wasalam.

Jom raya!
Nur Izzati