Pages

Showing posts with label suka-suka. Show all posts
Showing posts with label suka-suka. Show all posts

Saturday, August 2, 2025

I'M BACK!

2 speaker(s)
www.tips-fb.com

 Assalamu'alaikum


Salam Sejahtera~


    Sudah 16 tahun blog aku ni wujud, terasa sayang pula nak delete. Terlalu banyak kenangan dalam ni yang aku simpan rapi untuk pembacaan aku dan sesiapa sahaja yang sudi membacanya.


Setelah diteliti, post terakhir aku dalam ni pun dah mencecah usia 9 tahun. Aduhai, hampir 10 tahun (1 dekad) aku tidak menulis di dalam ini. Mungkin kerana zaman sekarang orang sudah tidak memandang blog seperti ini sebagai satu platform bacaan yang menarik. Dalam komen pun bukan orang yang sebenar, ntah ler labu. Kebanyakan blog sekarang pun kalau dibuka penuh dengan iklan hampir satu skrin sampaikan nak membaca isi kandungan pun jadi terganggu.


Anggap saja la ini sebagai satu platform untuk aku menaip dan terus menaip selagi aku terdaya. Agak-agak kawan-kawan aku masih melawat tak aku di sini? Jika ya, komen la sikit. Taknak la spam ke apa yang komen kat sini. Aku nak block pun tak reti, nak setting pun kena belajar semula ni.


Seronok rasa dapat menaip random macam ni, semoga aku lebih bersemangat untuk terus random lagi di kemudian hari, hahaha. Tapi tu la, aku nak letak chat box kat tepi ni pun tak reti dah. Entah macamana aku boleh pandai buat semua ni dulu ye. Kalau ada yang sudi membantu, nanti komen la kat sini, ajarkan aku cara nak pasang semula chatbox aku ni. Senang sikit nak menyembang. Kot la ada yang sudi melawat aku kan.


Aku sekarang pun agak sibuk menguruskan keluarga, kerja dan sibuk jugak dengan game kadang-kadang. Yela, main game kekadang best jugak, nak-nak lagi bila power dah tinggi, sayang rasa nak quit. Hahahaha. Korang ada yang main game tak? Ce komen game apa yang korang main sekarang, kot la sama ngan aku, hehehe.


Okay la, cukup la setakat ni untuk intro aku kali ni. Semoga aku muncul kembali dalam masa yang terdekat, bukan 1 dekad macam sebelum ni. LOL.


Ceria-ceria selalu~


Always,

Nimo =)

Tuesday, July 24, 2012

Another History Channel

26 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamu'alaikum w.b.t.~!

Salam ari puasa! Salam, salam jabat tangan, salam mesra alam, salam senyum selalu. Okay, jom sambung kisah Sejarah semalam. Hari ni nak story pasal kelas sejarah lagi, sambungan semalam la hoh~


Kisah dia macam ni. Macam semalam jugak, cikgu syok mengajar, kami buat macam biasa jak, bukan bising-bising atau diam-diam macam semalam, kali ni nampak neutral sikit. Budak kelas aku yang sorang tu, Shahnizam Doming nama di beri (sorry, aku terpaksa dedah nama ko rah sitok shah), ada seutas jam tangan di tangan kiri (aku tau sebab cuma ada 2 orang jak budak kelas aku yang guna jam sebelah kanan, malas nak mention nama diorang, hahaha). Shah ni ada rancangan dia sendiri, kitorang cuba ikut jak. Dia dah set jam pukul berapa loceng berbunyi sebab dah buat kajian awal-awal lagi, hahaha. Dah la memang tepat jam yang dia set, hebat kamu!

Jadi seperti biasa cikgu masuk kelas, ajar, soal jawab, ntah apa-apa lagi, tiada masalah sangat, kelas berjalan dengan lancar (walaupun aku selalu buat kacau dalam kelas ni, haha). Kemudian, terjadi la satu kejadian yang telah terjadi masa kat kelas ni (saja nak belit-belit lidah korang). Masa cikgu ni tengah bercakap, Shah tetiba sebut, "10, 9, 8.." pastu kitorang sama-sama countdown ngan dia, "7, 6, 5.." Cikgu pun jadi serba tak kena, terkejut kami tiba-tiba countdown.


Kalo korang dengar orang countdown tiba-tiba, apa korang buat? Aku geli hati tengok cikgu kitorang ni, dia tetiba cakap, "Kenapa ni? Apa dah jadi?" lepas tu terus tutup dua-dua telinga dan berlari dekat ngan pintu kelas (kalo tak silap aku). Kitorang teruskan, "4, 3, 2, 1" lepas tu... "Kringgggggg", loceng pun berbunyi. Hahaha, sakit ati cikgu tadi. Mesti dia ingat kitorang nak buat surprise kat dia, nak tikam tepung ka, telo ka atau mungkinkah ada bom dalam kelas?? Ya la, kalo dah muka panik sampai macam tu sekali, mana tak lawaknya, ahahha!

Tapi kan, aku memang suka tengok reaksi cikgu ni bila kami countdown, sangat memberi respon yang baik kat plan kitorang, hahaha. Terima kasih cikgu sebab ajar kami sejarah, rindu la dengan kelas dulu. Ada lagi cerita, tapi buat entri baru jak la, baru la banyak post aku, tak la padat sangat entri ni nanti.

Okay, selamat berpuasa dan selamat beramal!

Wassalam.

P/s: Aku konpius sebab ada macam-macam hal yang kami buat kat cikgu ni, jadi macam dah tercampur dengan kejadian yang lain je.

Budak sejarah,
Izzati

Monday, July 23, 2012

Diam, Jangan Bising!

5 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamu'alaikum w.b.t.~!

Salam sejahtera semua~!! Dah 3 ari kita berpuasa, tak terasa sangat walaupun cuaca panas kat sini. Cuma terasa nak tido jak, huhuhu.


Aku ada sikit cerita nak kongsi ngan korang. Ini cerita zaman persekolahan aku masa form 5 dulu, hahaha (belum cerita dah gelak, mesti tak best nanti, hehehe). Kisahnya berlaku waktu kelas sejarah yang sangat digemari oleh kami sekelas. Boleh dikatakan macam-macam peristiwa berlaku waktu kelas sejarah ni, kelas lain ada jugak, tapi yang ni lain sikit.

Kitorang student macam biasa la, memang suka buat bising dalam kelas kan. Jadi masa cikgu ni tengah mengajar kat depan, kami buat bising la. Tu yang dia marah (siap bawak rotan yang kecik tu, bukan macam budak sekarang, tak boleh kasar sikit) suruh kami diam, jadi kami pun secara otomatiknya mendiamkan diri tanpa ada berkata walau sepatah pun. (Time ni korang boleh imagine macam anime, ada burung gagak lalu, budak-budak dalam kelas diam je, dapat dengar bunyi gagak td je).



Cikgu ni pun seronok la mengajar dengan suasana yang sunyi sepi. Bila dia tanya, sorang pun tak jawab. Pastu dia tak peduli lagi, sambung mengajar. Dah tu dia tanya lagi, pun kami tak jawab. Cikgu kami pun dengan muka pelik dan kehairanan tanya, "kenapa kamu semua diam saja?". Tapi persoalan tu tetap tak berjawab. Dia dah jadi tak tentu, apa yang di ajar tadi hilang entah ke mana, yang menjadi persoalan sekarang kenapa kami semua menyepi. Yang aku pelik jugak, kenapa kami semua boleh jak sepakat mendiamkan diri, sorang tengok sorang, macam tengah transfer data melalui bluetooth / infrared jak.


Cikgu tadi dah jadik makin heran, dia tanya lagi budak baik dalam kelas kami, "kenapa kamu semua diam? Cakap la sesuatu." Budak tadi diam jak. Diam pun tanya lagi ketua kelas yang baik, "Vera, kenapa diam saja? Apahal kamu semua??" Budak tadi cuma mampu geleng-geleng kepala sambil menahan muka merah nak ketawa. Cikgu tanya lagi, "Kelas, kenapa kamu semua diam saja?? Cakap la sesuatu, ada apa ini??" kami cuma jawab, "........." Hahaha, memang bengang la kalo korang kat tempat cikgu tadi.


Kalo tak silap aku, kami semua serentak bising-bising bila dah dekat nak bunyi loceng. Kami cuma cakap, "Itu la cikgu, kami bising cikgu suruh diam. Bila kami diam cikgu suruh bising lagi." Hahaha, agak kejam dan kureng jugak la perbuatan kami ni kan?? (Adik-adik, jangan tiru aksi ini). Bila dah semua bising, loceng pun berbunyi, jadi kelas pun tamat. Cikgu bengang, kami happy sebab tak payah jawab soalan, hahahaha.


Buat kawan-kawan kelas 5 Sains 1 SMKL '06, harap-harap korang ingat gik la cerita tok ooo. Sorry kalo ada jalan cerita yang sik betul, sebab ada yang dah lupak, saja polah nya jadi menarik (janji hakikatnya perkara tok memang betol, haha). Oh ya, sorry aa sik selawak yang aku katakan awal-awal tadi, hehehe. :P

Ada lagi cerita dalam kelas sejarah, tapi lain kali jak la story mory, kita simpan dulu~

Jangan marah, kita berbincang.

Sekian, Wassalam.

Budak baik,
Ezad Nimo

Wednesday, June 1, 2011

Malware Detected

12 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalam!

Adoi, semenjak dua menjak tiga menjak nih aku nyer blog dah kena serang ngan banyak virus (sebab aku tak dapat nak bukak page aku, ada kuar malware detected ni), tapi syukur baru arini dapat bukak. Agak-agak suma ni sebab aku dah lama tak bukak blog ke? Huhu, entah la. Tengok kat followers aku pun dah ramai geng-geng virus dengan gambar tak senonoh dah join aku, aduhh!!

Ok la, nak update tu je, haha. Kalau korang ada apa-apa tips untuk mengelakkan semua permasalahan yang dihadapi oleh aku sekarang ni, tolong-tolong la komen sini ye.

Thanks, adios! (dah macam format surat rasmi je :P)

Sincerely,
Nur Izzati

Sunday, January 9, 2011

Facebook Akan Ditutup Pada 15 March 2011

18 speaker(s)
www.tips-fb.com
Mark Zuckerberg

Assalamualaikum w.b.t.

UPDATED : Ada sumber yang gitau berita ni sebenarnya palsu. Kalo nak tau, baca SINI. Aku pun tak pasti. Tapi kalo betol la nak tutup, aku lagi suka. Hehe, jangan marah aku hanya kerana aku sokong Facebook kena tutup. Memang betol laman sosial ni sekarang dah bawak banyak masalah. Walaupun kita guna elok je, tapi disebabkan apa yang orang lain dah buat, benda ni jadi tak elok dah. Bak kata pepatah orang tua dulu-dulu, "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga". Renung-renungkan dan selamat beramal! =D

Hoho, tadi aku ternampak topik HANGAT: Facebook bakal ditamatkan & FACEBOOK WILL END IN MARCH 15TH! kat blog Encik Suratan Kebetolan. Satu topik yang sangat menarik perhatian aku. Buat encik SK, sori kalo saya amik topik ni, saja nak share ngan member kat sini, hehe. Papepon, thanks for the info! =D

PALO ALTO, CA –Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.


“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”


Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.


“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”


Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset.


“I personally don’t think it’s a big deal,” he said in a private phone interview. “And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.”


Some Facebook users were furious upon hearing the shocking news.


“What am I going to do without Facebook?” said Denise Bradshaw, a high school student from Indiana. “My life revolves around it. I’m on Facebook at least 10 hours a day. Now what am I going to do with all that free time?”


However, parents across the country have been experiencing a long anticipated sense of relief.


“I’m glad the Facebook nightmare is over,” said Jon Guttari, a single parent from Detroit. “Now my teenager’s face won’t be glued to a computer screen all day. Maybe I can even have a conversation with her.”


Those in the financial circuit are criticizing Zuckerberg for walking away from a multibillion dollar franchise. Facebook is currently ranked as one of the wealthiest businesses in the world, with economists estimating its value at around 7.9 billion.


But Zuckerberg remains unruffled by these accusations. He says he will stand by his decision to give Facebook the axe.


“I don’t care about the money,” said Zuckerberg. “I just want my old life back.”


The Facebook Corporation suggests that users remove all of their personal information from the website before March 15th. After that date, all photos, notes, links, and videos will be permanently erased. - SOURCE : Weekly World News


Aku sokong tindakan Mark Zuckerberg (Pengasas Facebook - sila rujuk cerita The Social Network bagi sesapa yang tak kenal lagi sepa dia). Bagusla kalo camni, takyah main Facebook g, hahaha! Aku okay je, korang la kesian =P.

Oh, aku nyer account Friendster, Myspace, Tagged, Miak Sarawak Comunnity semua aku dah delete. Twitter lak aku memang tak buat langsung, haha. Pasni nanti boleh la main blog je (kalo dapat la), hehe.

Selamat menikmati saat-saat terakhir korang dengan Facebook ye~ hehe.

Wassalam!


Happy,
Nimo

Wednesday, January 5, 2011

Kisah Pelajar UIA Mimpi Jumpa Rasulullah

1 speaker(s)
www.tips-fb.com


Assalamualaikum w.b.t.

Artikel ni aku amik dari saudari nelly tadi. Selamat membaca =)




Di bawah ini satu article yang amat mengharukan jiwa, salah seorang rakan saya yang juga ahli lembaga pengarah sekolah ilmi telah mengirimkannya kepada saya. Bila membacanya, terasa juga akan keindahan kisahnya, mungkin ia lebih berkesan lagi, kalau dipanjangkan kepada rakan-rakan melalui blog saya ini. Semoga penulis article dan juga teman yang terlibat dengan kisah ini, memberikan saya keizinan menerbitkannya.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Ya Allah, lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yang amat berharga dari seorang insan yang di pilih Allah untuk berjumpa Nabi SallaLahu'alaihiwas allam melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427 H bersamaan 10 August, 2006. 

Nama yang dipilih oleh ayah beliau Syamimi yang bermaksud ‘kesayanganku’, gelar Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah SallaLahu’alaihiwas allam. AlhamduliLlah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

AlhamduliLlah, Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas di dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun untuk habis menghafal 30 juzuk KalamuLlah ketika di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri untuk memenuhi harapan ibu ayah beliau yang mengharapkan ada di kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini untuk menjadi contoh kepada adik-adik, SubhanaLlah. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dengan ustaz di sebelah rumahnya di sana. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ana InsyaAllah.

Akak ni memang di uji dengan sakit yang tak tau apa punca sejak lebih setahun yang lalu. Sakitnya rasa seperti di tikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sudah sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu yang tak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tau. Dah lama dia tak daya ke kelas sebab sakitnya membuatkan dia tak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga susut badannya hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu di jaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari-hari yang di laluinya beliau penuhi dengan membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yang terus-terusan menyakitinya. Diceritakan makhluk-makhluk tu akan mengganggunya terutama waktu sebelum subuh, waktu zuhur dan waktu maghrib. Beliau dah banyak berubat di merata tempat, di negeri kelahirannya, berjumpa doktor-doktor pakar, dengan ulama’ yang faqih dalam ilmu perubatan islam sendiri dan akhir sekali dengan sorang lecturer di sini tapi beliau hanya mampu bertahan. Ustaz pesan, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi khamis tu, beliau berniat untuk hadir kuliyah sebab dah lama tak mampu ke kelas. Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi untuk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yang di gagahkan, beliau ke bilik air untuk berwudhu’ dengan memapah dinding dan apa yang mampu membantu beliau berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yang menolak keras dari belakang. Masa tu beliau dah tak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di bahagian depan bilik. Waktu tu, di sebabkan sakit yang mungkin dah tak tanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat daripada RasuluLlah SallaLlahu’alaihiwa sallam sendiri”.

Kemudian beliau pengsan. Sahabat-sahabat sebilik mengangkat beliau ke dalam bilik dan di baringkan di sana. Waktu tu, sahabat-sahabat dah forward message pada kawan-kawan yang lain agar bacakan surah Yasin sebab beliau dah nampak nazak. Semua dah sedia dengan nombor-nombor ahli keluarga beliau untuk di hubungi kiranya apa-apa berlaku dengan izin Allah. Kira-kira jam 11 pagi, beliau tidur dengan tenang dalam waktu qoilulah, dalam tidur beliau, beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dengan tangannya di qiam seperti dalam solat di tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dengan wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira-kira 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah, indah sekali, tak dapat nak di gambarkan. Beliau tertanya-tanya, siapa orang ni, cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dengan hanya melihat wajahnya. Di rasakan seluruh kesengsaraan yang di tanggung selama ini lenyap begitu saja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, “Assalamu’alaikum, Ana RasuluLlah”. SubhanaLlah, baginda Nabi rupanya. Nabi memakai jubah putih dan kain serban Nabi berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dengan jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi”, -’sekarang enti (kamu) berada di masjidku, Masjid Nabawi’-. Allahuakbar.

Kemudian Baginda Nabi SallaLahu’alaihiwas allam berkata: QalAllahuta’ ala; “InnaAllahama’ assobirin”, – sungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar’. Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan KalamuLlah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh ‘alam. SememangNya Baginda sebaik-baik kejadian dan di ciptakan dengan penuh kesempurnaan. Nabi katakan (in lughatul ‘arabiyah, tapi kami terjemahkan), “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dengan sakit yang enti tanggung selama ini, dan dengan berkat Al-Quran yang enti pelihara di dalam hati enti, maka Allah bukakan hijab untuk enti nampak ana”. Ketika Nabi sebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya ‘Ya Allah, Baginda kenal ummat Baginda’. Ya RasuluLlah... Waktu tu, di rasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan, “Sampaikan salamku buat sahabat-sahabat seperjuangan Islam, insyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti”. Lepas tu Nabi kita lafazkan, “Ummati... ummati... ummati…”, dan beliau nampak Nabi menangis dan beberapa titisan airmata Nabi yang suci mengalir untuk ummat Baginda. Kemudian Baginda Nabi pergi. Beliau merintih, “Jangan pergi Ya RasuluLlah”, tapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dengan Nabi kita yang mulia, Baginda kenal kita dan sentiasa ingat akan ummat Baginda. Beliau katakan tak pasti, apakah baginda menangis kerana rindu kepada ummat baginda, atau mungkin saja baginda sedih dengan ummat akhir zaman ini atau… tak taulah, waLlahua’lam...

Sedar daripada tidur yang amat indah pengisiannya, beliau di kelilingi oleh kawan-kawan yang terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya RasuluLlah...”. kemudian beliau pun menceritakan kepada para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam RasuluLlah buat ummat Baginda, salam dari Nabi sallaLahu’alaihiwas allam. Semua menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi kerana kita jarang-jarang ingat pada Baginda sedang kita amat terhutang budi pada baginda Nabi. Lebih-lebih lagi kita sedar bahawa syafaat Baginda yang akan kita kejar di akhirat kelak.

Ya Allah, waktu tu, takde kata yang lebih tinggi daripada kalimah AlhamduliLlah untuk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yang begitu besar yang Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dengan ujian yang hanya sedikit berbanding insan-insan yang lebih berat di uji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yang lebih tinggi dari Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yang melimpah ruah. Ketika itu rasa sakit masih menular d tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi untuk kesakitan ini.

Kemudian usai solat Zuhur, rasa sakit yang beliau tanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yang sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa di tikam pada setiap penjuru tubuhnya. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, pada waktu itu beliau pujuk diri untuk tidak menangis. ‘Apa sangatlah sakit yang aku tanggung ni berbanding nikmat yang Allah dah bagi untuk melihat Baginda Nabi SallaLlahu’alaihiwa sallam’.

Kemudian beliau tidur dan terus beliau rasakan berada di tempat tinggi, tempat yang biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yang nak Engkau bagi buat hambamu yang hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…”. Kemudian dengan izin Allah, datang empat orang yang berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan, “Assalamu’alaikum Ya Syamimi, RasuluLlah SallaLahu’alaihiwas sallam sampaikan salam buatmu. Kami utusan RasuluLlah SAW. “Nahnu khulafa’ ar-rasyidin”. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali. SubhanaLlah, Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga-tiga sahabatnya yang mulia. Beliau nampak, Saidina Abu Bakr, amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dengan wajah ketegasan, Saidina Uthman memang cantik sekali dan Saidina ‘Ali yang agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan “Kami di utuskan oleh baginda Nabi untuk membantu enti”. kemudian keempat-empat sahabat nabi membacakan ayat 102 drpd surah Al-Baqarah yang bermaksud:
Dan mereka mengikuti apa yang di baca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yang diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ‘sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir’. Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dengan sihir, sekiranya mereka tahu”.

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. SubhanaLlah, waktu itu terasa seolah-olah tubuhnya yang sakit dahulu di tukarkan Allah dengan tubuh yang baru. Hilang segala kesakitan yang dah lebih setahun di tanggung beliau dengan sabar. Kemudian Saidina Abu Bakr mengatakan, “Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar”. Kemudian, para sahabat Nabi yang mulia pun pergi.

Selesai mimpi indah yang kedua ini, beliau bangun dari tidur dan terus bangun duduk. Kawan-kawan sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun untuk duduk dengan mudah. Kemudian sahabat-sahabat sebilik menyuruh beliau bangun berdiri dan AlhamduliLlah dengan mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh”. Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah Subhanahuata’ ala. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat menjadi hamba-mu yang bersyukur atas ni’mat yang Engkau berikan”.

Beliau katakan pada kami, “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Nabi. Akak yang di beri rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengan Nabi. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yang mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita di atas muka bumi Allah ni, maka hidup mesti di teruskan. Sekarang ni hati akak tenang sangat. Kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan, mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan; “Tak rugi kita bersabar…”




Amik dari: nelly the strange

Wednesday, December 29, 2010

3 Idiots SUPERB!!!

10 speaker(s)
www.tips-fb.com
3 Idiots

Assalamualaikum w.b.t.

Holaho!! Wassup all?? Don't worry, all is well. Hahaha, "all is well". Tu la yang Rancho cakap kat member dia. Rancho tu sapa?? Hahaha, meh sini aku cerita sikit. =D


All is well!


Aku baru je lepas menonton cerita 3 Idiots kat astro fiesta channel 110 tadi. Actually aku ada movie ni kat dalam lappy aku, tapi aritu tengok kejap je, pastu takde mood sangat. Ni dah tengok kat astro, baru layan giler. Hahaha.


hohoh~


Frankly speaking, 3 idiots SUPERB!!! Memang best cerita ni, aku tak tipu korang. Cerita dia banyak bagi inspirasi kat orang. Ada gak bab yang memang sedih giler laa. Dorang nyer persahabatan nih memang awesome! Aku suka sangat cerita ni, memang layannn!!


Best la skuter tok


Kalo korang tak tengok g, tengok la kat astro fiesta channel 110. Kalo takde, g la beli dvd kat kedai. Kalo taknak, download la senang. Kalo tak dapat, mintak kat kawan. Kalo tak boleh jugak, baca sikit-sikit kat sini. Aku tengah paksa korang nih, hahaha!!


Raju, Rancho & Farhan


Dorang ni 3 sahabat (nama pun 3 idiots); Farhan, Raju ngan Rancho ni tadi. Kalo korang tengok dari awal, korang akan tau Farhan nih sederhana orangnya (taraf hidup). Raju lak hidup susah, ayah dia sakit. Rancho ni je yang datang dari family yang memang kaya giler. Tu tengok dari awal, last dia macamana?? Haa, tu yang korang kena tengok sendiri. Kalo aku cerita kat sini, mesti tak syok sebab korang dah tau dah. Huhuhu.


Berjaya sudah


Nama cerita ni 3 idiots, tapi yang sebenarnya 2 je yang idiots. Rancho ni budak yang pintar, selalu dapat nombor 1, dia pelajar cemerlang. Tapi dia tak sombong, dia sahabat yang baik, dia banyak bagi inspirasi kat kawan-kawan dia, dia banyak tolong kawan dia, dia sayang kawan dia. Yang Raju ngan Farhan lak selalu dapat nombor last dalam kelas, hahaha. Dorang ni buka idiots, tapi ada masalah.


Engineering is not my choice =P


Rancho dia memang minat sangat belajar, tu yang pintar. Raju lak dia penakut, sebab tu dia jadi camtu. As for Farhan, engineer is not his choice. Ayah dia yang suruh dia jadi engineer. Oo, lupa lak nak intro pasal engineer. Dorang 3 ni study kat ICE, Imperial College of Engineering. Rancho memang minat nak jadi engineer, Raju pun sama. Tapi Farhan dia sebenarnya nak jadi Photographer, ayah dia yang nak sangat dia jadi engineer.


Speech yang sangat mantap!


Kat kelas dorang ni ada sorang budak pandai yang tak senonoh. Nama dia Chandur, dorang panggil dia Silencer, hahaha. Dia ni suka kentut, tu yang aku cakap dia tak senonoh. Dia ni macam loser je aku tengok, nerd plak tu (hahaha, jahat lak aku! =P). Kalo korang tengok cerita ni baru korang paham. Chandur ni pelik sikit. Watak dia dalam cerita ni kira saingan yang tak sengit tapi "idiot" buat Rancho, hahaha!


ViruS


Orang kuat ICE ni lak nama dia Professor Viru Sahastrabudhhe, tapi Rancho and the gang panggil dia Virus. Dia ni seorang yang sangat berkuasa, sebab ICE tu dia yang punya. Dia ada anak pompuan cun, nama dia Pia. Pia ni sorang doktor, dia la kekasih Rancho. Hohoho. Seronok plak aku cerita kat sini. Eh, eh! Lupa nak bagitau. Aku suka lagu Zoobi Doobi dalam cerita ni, sedap!


Pia~


Dah, dah! Taknak cerita panjang-panjang g. Elok korang tengok sendiri. Tak best kalo aku cerita, tak syok! Kalo korang tengok, korang tau la. Aku sampai nangis lak tengok, sedih oo. Huhuhu T_T. Cerita ni memang menyentuh perasaan. Mesej yang cuba disampaikan memang sampai kat kita (aku la, korang aku tak tau =P).


Rancho dengan ViruS

Okay la readers! Korang layan je la k? Jangan lupa klik Mr. Nuffnang aku (lama dah tak mention pasal ni, hehehe). Aku nak tengok cerita Brother Bear kat Disney Channel dulu, hohoho. Layannnnn~ Ehh, tengok setengah je. Sekarang ngah tengok final bola sepak, Malaysia vs Indonesia. Go Malaysia!!!

Thanks, wasallam!


Ragging freshy woii!!



Zoobi Doobi: Zoobi doobi zoobi doobi pum paara~ zoobi doobi param pum~


All is well,
Ezad Nimo

Tuesday, December 28, 2010

Follower ke-1020

10 speaker(s)
www.tips-fb.com
Dah capai 1k, wow~!

Assalamualaikum w.b.t.

Lama aku tak update blog. Dah nak bersara tak lama lagi, hoho. Ntah la, tapi dalam tahun depan akan kurang mengupdate blog dah, huhuhuhu.

Followers aku dah mencecah 1k, tapi aku dah tak aktif g. Kesian kat korang yang follow aku, tapi aku nak ucapkan bebanyak terima kasih sebab sudi follow blog aku yang tak mantap macam otai-otai lain. Blog aku nih simple je, pastu isi pun takde yang menarik. Tapi korang tetap nak follow. Bagi yang ikhlas n rajin mengikuti perkembangan aku, memang terima kasih banyak-banyak! Terharu aku, huhuhu.

Hari tu aku langsung tak buat entri pasal follower yang 1k ni kan? Teruknya la aku ni, uhuhu. Ni untuk tak menghampakan korang (macam la aku ni hebat sangat =P), aku buat entri ni. Tu pun kebetulan tepat follower yang ke 1020. Anda memang bertuah! Tapi maaf la ye, saya takde adiah nak kasi kat korang. Huhuhu. Aku hanya mampu nak promote blog anda dalam entri ni je.


Klik image ni kalo nak g kat blog dia.


Oo, follower yang ke-1020 yang bertuah tadi jatuh kepada saudari Imakasihdani. Tahniah!! Jom la usha usha blog dia, pastu follow la terus ye? Followers dia pun tak cecah 100 lagi, jom la kita support! Ramai-ramai kita dok pakat follow dia, kan best camtu =D.

Buat anda yang lain, teruskanlah follow saya k? InsyaAllah, saya akan update selagi mampu. Kalo dah tak dapat nanti, saya akan bagitau k? Thanks! =)


TestTest: Best jugak kan kalo dah sampai 1k followers, huhuhu. =P



1K,
Nimo

Saturday, December 25, 2010

The Return Of Kuning

20 speaker(s)
www.tips-fb.com
Kuning kami!!
Assalamualaikum w.b.t.

Kuning is back~! Dia dah balik umah, huhu. Setelah berapa bulan meninggalkan umah, akhirnya kuning kembali ke pangkuan kami, seronoknya. =)

Semalam (Jumaat), ayah dan dua orang abang aku bawak kuning balik umah lepas balik dari solat Jumaat. Mula-mula kuning macam takut je ngan ayah aku, pastu abang aku nak amik dia baru dia berani. Ayah aku cakap dia kurus sangat, dah la kotor n terbiar je. Abang aku lak cakap kuning nangis semalam, sayang-sayang abang n ayah aku. Airmata dia kuar, sedihnya. Tengok, binatang pun ada perasaan gak.


Korang nampak tak apa yang aku nampak??


Bila dah kat umah, dia makan banyak-banyak. Sian kuning, memang dia lapar sangat. Aku happy sebab dia masih tak lupa ngan kami. Dia boleh sayang-sayang kami. Bukan tu je, dia cium kami, huhuhu. Terharu aku. Oo, kebetulan si kuning ni kan jantan, si harimau hitam (singkatan hitam je la) tu plak betina. So, kitorang pun kawenkan dorang dua ni. Huhu, awal lagi hitam kawen dari aku.


Cinta pandang pertama, sweet~


Tadi pagi kuning ngan hitam dah mandi, aku pelok dorang dua tu puas-puas. Aku sayang-sayang dorang, main ngan dorang. Ada gak teman aku bermain kat umah ni, hehehe. Comel je tengok si hitam ngan si kuning baru jatuh cinta. Dorang asyik merenung antara satu sama lain. Rindu kat my fiancee~ huhuk.


Macam arnab je, hehe.


Dorang dua ni baru kenal, so kena makan masa sikit untuk berkawan. Sekarang ni pun hitam asyik lari dari kuning. Pastu kalo kuning dekat ngan dia, dia asyik marah. Pastu buat aksi macam ular nak lawan orang dengan bunyi, "khhhhhhrrrrsssss" (macam "grrr" tapi versi kucing). Ganas la hitam, macam ular je.


Macam dah letih je??


Aku tengok kan, si kuning ni dah macam singa, si hitam lak macam harimau. Patut la macam nak gado je. Tapi singa asyik nak dekat ngan harimau je, huhuk. Anak-anak dorang nanti mesti comel-comel belaka. Macam Simau (Singa + Harimau), hahaha~! =P

Selamat kembali kuning, pasni jangan lari dari umah g k? Semoga korang dua hitam cepat-cepat timang baby, aku nak anak kucing baru yang comel-comel, hehehe. Bestnya~ =)

Sekian, wasallam.


Letih dah, kami nak tido dulu~


Cinta Kucing,
Isz Izzati

Kehidupan Ini Semuanya Meletihkan

4 speaker(s)
www.tips-fb.com

Assalamualaikum w.b.t.

Jangan bersedih dengan kekeruhan hidup, sebab memang demikianlah kehidupan itu diciptakan.

Pada dasarnya kehidupan ini memang meletihkan dan menyusahkan. Kegembiraan yang ada padanya merupakan hal yang bersifat sementara; begitu pula dengan kegembiraannya merupakan sesuatu yang jarang terjadi. Anda merasakan manisnya hidup di dunia ini, namun Allah tidak redha untuk menjadikannya sebagai tempat tinggal bagi wali-waliNya.

Seandainya dunia ini bukan tempat ujian, pastilah di dalamnya tidak ada sakit dan kesusahan hidup. Dan, para nabi serta orang-orang terpilih tidak akan tertekan dalam kehidupan yang sengsara. Nabi Adam 'Alaihissalam terus didera ujian selama hidupnya hingga meninggal dunia. Nabi Nuh 'Alaihissalam didustakan dan diejek oleh kaumnya. Nabi Ibrahim 'Alaihissalam diuji dengan api dan dengan perintah menyembelih anaknya. Nabi Ya'qub 'Alaihissalam menangis hingga matanya buta. Nabi Musa 'Alaihissalam harus menghadapi kekejaman Fir'aun dan menerima ujian berat dari kaumnya sendiri. Nabi Isa bin Maryam 'Alaihissalam hidup dalam kesusahan dan kemiskinan. Dan Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam harus bersabar dengan kemiskinan yang dia alami. Bapa saudaranya, Hamzah, terbunuh padahal dia adalah salah sebuah keluarga dekatnya yang paling ia cintai. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam juga diusir oleh kaumnya. Dan masih banyak lagi cerita menyedihkan yang dialami oleh nabi-nabi yang lain, yang tidak mungkin disebutkan satu persatu di sini. Dan kalau pun dunia ini diciptakan untuk kelazatan, maka orang mu'min tidak berhak mendapatkan kelazatan itu. Sebab Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:

Dunia adalah penjara orang mu'min dan syurga bagi orang kafir.

Di dunia inilah orang-orang soleh dipenjarakan, para ulama mendapat ujian dan cubaan, para wali-wali disengsarakan dan minuman-minuman para shadiqin dikeruhkan.


Petikan dari La Tahzan | Jangan Bersedih | Don't Be Sad (Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan), Buku Tiga (3).






Nimo

Wednesday, December 22, 2010

Agi Idup Agi Ngelaban!!!

2 speaker(s)
www.tips-fb.com
Astana

Gunung Santubong





M.I.X. - Puteri Santubong

[MC WAYNE]
Kami kembali, gegarkan Malaysia kedua kali
Adunan semula disiapkan dalam sehari apa ditunggu lagi
Ku perkenalkan diri kami M.I.X., menjunjung kasih menyembah bumi
Bermacam kaum etnik membuat aku semakin tertarik pelgabai harta pusaka
Puak kumbu pun jadi etnik
Gabungan musik hip hop dan etnik, pertama kali dicuba apakah komen pengkritik
Sarawak terbahgi kepada 9 bahgian, Kuching pergi ke Limbang
Tebedu dekat sempadan, bahasa berlainan
Sungai rajang terpanjang, semangat bujang senang
Bila lagi nak menang? Jangan lupa ha singgah ke Satok,
Beli ikan terubuk, Laksa Sarawak, ABC dan rasalah Mee Kolok,
Dah makan? (Aok)
Dah kenyang? (Aok)
Mun maok, kita jumpa lagi esok.

[..Reff]
Putri Santubong, Putri Sejinjang,
Penjaga gunong negri Sarawak,
Manisnya sik ada dapat di lawan,
Anak dak dewa turun kayangan.

[NOH PROFILE]
Ku jelma keluar dari kabus bersikutkan, deretan,
Cerita dan ritma sakti buatkan bergoyang, di khalayak ramai, di tepi pantai,
Ku bersantai dipetang semalam dibuai mimpi yang indah tidurku lena,
Walaupun tidak se'happening' seberang sana, namun ada saja gemilang yang dirasa,
Indah bukan segalanya
Koordinasi ku tetap, mantap, di bawah bayu pun ada aku,
Iringan sape klasik diatas irama moden cantik, kacak lawa jangan salah faham,
Ada bezanya bahasa, berbagai-bagai bangsa,
Selain India dan Cina,
Ada Iban, Kelabit, Kayan,
'Simple' Wisma San Yan, Piasau hingga ke Tudan
Flow demi flow macam awan berkumpul menjadi taufan
Jangan beri alasan, kan selalu ku pesan ingat,
Agi' idup agi' ngelaban.

[..Reff]
Putri Santubong, Putri Sejinjang,
Penjaga gunong negri Sarawak,
Manisnya sik ada dapat di lawan,
Anak dak dewa turun kayangan.

[ASHRAF HARDY]
Lagenda sejarah silam Putri Santubong dan Sejinjang
Melambangkan keayuan negeri bumi kenyalang
Cuba merantau suasana hijau jadi sebutan ramai diiringi dengan pelbagai kaum
Takkan terkapai-kapai, jauh lagi perjalanan, luasnya isi pemandangan
Menyenangkan pemikiran ketepikan semua beban, dapat kulihat kan senyuman,
Takkan kulupa pengalaman ku, di kampung halaman, simpan penuh dengan harapan,
Pilih satu cita rasa, Tandak yang berbeza, mari sini ku tunjukkan caranya bagaimana,
Hayunkan tanganmu, kiri ke kanan biarkan musik bergema satu persatu,
Kita kan pergi dari Miri, ke Kuching, turun lagi ke Sibu, sebelum ke Limbang
Kita singgah bahgian Bintulu, suasana istimewa di awani langit biru
Rasa terpesona bergemuruh rasa hatiku.

[OGIE]
Bermulanya versi kedua tentang "ethnic city"
Big Daddy diberi peluang untuk mulakan misi,
Agama, budaya, serta pelbagai tradisi yang unik sekali
Bumi kenyalang nama diberi,
Melihat keindahannya, keunikannya, serta kemodenannya,
Semua terpegun ternganga, hidup aman sentosa tak usah kau curiga,
Takkan puas rasanya jika semalam sahaja,
Terlemparlah gelaran, Bandar raya taman, dengan warna warninya,
Minda dapat di tenangkan, hati mula berkocakan alam semula jadi,
Suasana harmoni, pemimpin berdikari
Inilah tempat lahirku, tempat menimba ilmu,
Tanah tumpah darahku, Tak perlu kau ragu-ragu,
Sarawak kebanggaanku tiada lain di Malaysia,
Hanya engkau, engkau, engkau yang satu!

[..Reff]
Putri Santubong, Putri Sejinjang,
Penjaga gunong negri Sarawak,
Manisnya sik ada dapat di lawan,
Anak dak dewa turun kayangan.

Putri Santubong, Putri Sejinjang,
Penjaga gunong negri Sarawak,
Manisnya sik ada dapat di lawan,
Anak dak dewa turun kayangan.

History Walk

Miak Miri,
Ezad Nimo