Pages

Showing posts with label merdeka. Show all posts
Showing posts with label merdeka. Show all posts

Monday, October 14, 2013

Salam Aidil Adha 1434 Hijrah

9 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamualaikum w.b.t.~!

Salam Sejahtera semua!


Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua umat seisi alam. Semoga kita mendapat rahmat dan hidayah dari Allah yang Maha Esa, dan semoga mendapat berkat dan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Bagi mereka yang mengerjakan haji pada musim ini, semoga dipermudahkan segala urusan mereka di tanah suci & semoga mendapat haji yang mabrur, amin! Bagi kita yang belum berkesempatan untuk mengerjakannya, semoga mendapat peluang di musim yang akan datang, amin~!

Okai, aku harap korang dapat menjalankan ibadah qurban kali ni dengan penuh keikhlasan dan penuh makna. Baiklah, ni just update ringkas bersempena dengan Aidil Adha, lain kali aku update lagi kalo berkesempatan.

Wassalam~!

P/s: Ingat! Jika melakukan sesuatu amal kenalah ikhlas! Jangan harapkan apa-apa balasan tau! Niat pun kenalah betul k, jangan menyimpang!

BerQurban,
Nur Izzati

Sunday, June 13, 2010

Unsangkarable!! + FIFA!!

3 speaker(s)
www.tips-fb.com

Salam :)

Yo! Kabare? aha, yibba yibba angre angre~~ (nyanyi happy :P). Result untuk exam dah pon keluar, maknanya result akhir aku dah pon diketahui. Alangkah gumbiranya di hati setelah mengetahui aku mendapat keputusan yang agak memberangsangkan pada saat terakhir. At last, setelah 6 sem kat UiTM barulah aku mendapat result yang diimpi-impikan selama nih. Syukur alhamdulillah, walaupun tak seberapa tapi aku agak berpuas hati dan berasa lega sekarang.

Time nak check result tu memanglah sakit yang teramat sangat hati nih sebab server UiTM sangat lembab. Nak masuk student portal pon kena refresh beribu juta kali sebab jem sangat, tu pon x dapat jugak. Sampaikan aku tak tido selagi tak dapat tengok result tuh. Keesokan hari baru boleh masuk, tu pon nak kena tunggu lame jugak, haish~ Bila dah dapat tengok result tu, aku tak tahu camner perasaan daku yang sangat pelik itu. Hahahaha, memang lawak. Kalau korang tengok aku time tu mesti korang pelik. Mane tak nye, aku dah tergelak (tapi macam nak nangis je rase) macam orang tak betol dah. Takleh tahan gelak, rasa macam lawak je bila tengok result tu. Hahaha, unsangkarable betol lah!

Ahh!!! Sekarang pon aku rasa macam nak gelak puas-puas, tahan, tahan!! Memang tak logik, tapi itulah hakikatnya kawan-kawan. Aku dapat pointer yang baik untuk aku, pastu cgpa aku pon naik ke tahap yang aku impikan selama nih. Alhamdulillah, murah rezeki. Disaat akhir, aku capai ke tahap yang aku impikan. Merasa jugak tempat yang aku selalu inginkan. Agak seronok sampai perasaan bercampur-campur. Tapi papepon, itulah dia penutupan yang baik bagi aku.

Terima kaseh kat team Bau (k. anis, shey, ain) yang dah sama-sama menjayakan projek final kami, dah berjuang bersama-sama selama 2 semester berpraktikal di PKD Bau, yang dah bersusah senang dan melalui macam-macam bersama-sama. Mintak maaf kalo dah banyak wat salah n silap, thanks dah jaga aku selama nih. Sayang korang 3!!! TAHNIAH buat korang 3!!! :D

Thanks gak kat coursemate lain, team Lundu (ben, chan, ferik, jaf) yang slalu g umah kitorang d Bau (opss :P), team Kuching (nana, neti, azie, mas), team Serian (rs, dd, marcos, bob) & team Samarahan (sha, kinot, aron). Kita dah 3 tahun berjuang bersama. 2 tahun g kuliah sama-sama, setahun praktikal tempat lain-lain. TAHNIAH buat korang semua!!! TAHNIAH nana dapat ANC (Anugerah Naib Canselor *betol ka eja? :P).

Thanks n TAHNIAH gak kat kengkawan UiTM (ex-roomates, jiran-jiran, kengkawan len, FARIDA GOK *kawan sekolah) yang dah berjaya n ada yang dah grad. Yes, jom enjoy!! Wahahaha!!!

Owh, tak lupe jugak kat lecturers, supervisor, preceptor, staff PKD Bau, PKB Kuching, MDB (Majlis Daerah Bau), Jabatan-jabatan lain di Bau, Penduduk di Bau, terutama Kpg. Masjid (tempat umah sewa kami), Sk St. Patrick n SK Pedaun Bawah (yang telah bekerjasama bagi menjayakan projek final kami), kengkawan PKA KKAK (yang telah banyak membantu terutama KAMARUL MGONG yang selalu membantu di saat memerlukan) staff UiTM Sarawak n warganya, Kengkawan tak kira dimana berada & family yang tercinta atas sokongan, dorongan, panduan, tunjuk ajar, semangat, didikan, kasih sayang, penghargaan, perhatian, kata-kata yang memberangsangkan, serta macam-macam lagi. Jasa dan bimbingan kalian semua amatlah dihargai. ARIGATOU GOZAIMASHITA!!!

Waaa~ memang panjang la ucapan penghargaan aku nih. Aku harap dapat berjumpa dengan korang semua lagi, best sangat dapat kenal korang. Kengkawan UiTM, jumpe g time konvo nanti. Buat yang nak keja tu, arap korang dapat (aku jugak). Yang nak sambung degree pon arap korang dapat teruskan hajat korang. Yang nak g PLKN tuh (Harisu-sama), botakkan lah kepala anda dan hitamkan lagi lah kulit anda. Wahahaha!!!

Ooo, tak sabar nak dapat hadiah kemenangan dari Harisu-sama (ada 2 hadiah tuuu) sebab dah kalah dalam deal kami kali ni. Huhuhu, pasni tak tao bile lagi dapat wat camni. :( Thanks pakcik busuk! :P

P/s: Sekarang aku tengah tunggu match FIFA (England vs USA). Dah nak start. Sorry, aku pilih England, hahaha! (btw, tadi Argentina aku menang lawan Nigeria dengan gol 1-0).

P/s: Wah!!! Gerard (Captain) dah menjaringkan gol pertama untuk England pada minit 3 lebih. Wahahhaa!!! Go England!!! (I'm lovin it!)

Go! Go! Go! XD

Aisaka Taiga,
Ezad Nimo

Monday, May 10, 2010

~ Tamat Sudah ~

2 speaker(s)
www.tips-fb.com

Salam sekalian hidupan~!!

Hai! Lame tak berkhabar kat sini, rindunya~ Hohoho, aku sangat hepi + sedih gak nih. Untuk pengetahuan kalian, aku sekarang dah tamat pengajian peringkat diploma kat UiTM tu. So, aku hanya menanti sesuatu yang aku pun tak pasti. Haih, tak tahu nak buat ape time cuti ni. Yang pasti, aku dah free sekarang n hepi sangat. Nak berehat sepuas-puasnya. Ooo~yeayy!!!

Dah seminggu aku balik rumahku syurgaku, tapi baru sekarang nak post n3 kat sini kan? Haha, sorry, agak malas la kebelakangan nih :P. Ermm, aktiviti yang pasti sepanjang cuti nih ialah tunggu kawan bawak g jenjalan. Pastu weekend lak busy ngan softball (I'm crazy about this game, I do!), so takleh nak ganggu weekend aku kecuali training cancel laa, hehehe. Selebihnya, banyak diluangkan d dalam rumah bersama internet-internet yang boleh menghubungkan diriku dengan yang lain, ahaks~!

Phew~ agak buhsan jugaklah cuti panjang nih tanpa plan yang menarik. Tak tahu nak buat ape, hanya menanti, menanti n menanti. What I'm waiting for? Haih, what to do~ Inilah kehidupanku tanpa pengajian. Rindu plak dengan kawan-kawan sekelas, seUiTM, serumah, sepejabat, seperjuangan, sepengajian, seperjalanan, segilaan, selepakan, sewayangan, secintaan, sekasihan, sesayangan, semuanya~~~ T_T (Sorry, touching sikit).

Teringin rasa hati nak kembali ke sana, tapi apakan daya, masaku dah berlalu. Sekarang masa untuk junior-juniorku saja lagi. Pergilah korang meneruskan perjuangan kami. Uwaa, aku sayang PKD Bau!!! Otin okuk jobong d mu'u!!! T_T Huhuhu, agak sebak disini. selama 10 bulan praktikal, akhirnya berpisah juga. Terlalu banyak kenangan pahit, manis, tawa, duka dan macam-macam lagi yang kami lalui bersama. Seronok oo kalo dapat p sana lagi :D.

Taknak sedih-sedih lagi. Now, nak kongsi pasal aktiviti kat umah plak. Memandangkan aktiviti wajib every weekend is Softball, so nak citer pasal mende tu plak. Tak ingat dah bape lame aku tak main softball, mungkin dalam 10 bulan praktikal tu la kot? Haa, ari sabtu aritu baru 1st time aku beraksi kembali setelah lama ditinggalkan. Adohh~ sakit woo~ Tak sangka plak aku akan dilatih dalam position yang tak pernah aku sandang, iaitu Catcher. Ya Allah, Tuhan je yang tau ape yang aku rasa. Giler sakit oo kedua otot paha aku mencangkung lame-lame pastu angkat g cepat-cepat nak tangkap bola. Perghhh~~~ posisi yang agak mencabar bagiku, tapi agak menarik dan seronok setelah dicuba.

Uishh, kalo korang tengok aku men time tu, memang korang tergelak dah. Mane tak nye, catcher kan kene pakai full safety. So, aku terasa macam transformer la plak dengan safety aku tu. Dah la badan aku kecik, mask tu plak longgar sebab muka aku kecik, lagi la lawak. Aku jalan pon dah macam penguin kot? Wakakaka!!! Agak sengal di situ, sabo je laa (syok sendiri dah :P). Time training 1st time tu memang sakit. Maybe sebab aku tak warming up dengan betul, tu la pasal. Ish, abis je training, cepat-cepat aku bukak semua safety tu. Haa, time tu baru aku terasa macam nak pitam, dah tak larat giler. Teramatlah letih dan kehilangan banyak energy. Atau dalam bahasa sarawak kami panggil "kepak". Hahaha! Atuhkui~

Dah tak tahan nak pitam, aku g kat pili air, pastu cuci tangan (macam takde makna je, huhu). Then, tak tahan berdiri lama-lama, aku terus duduk n luruskan kedua belah kaki, giler ahh!! Baru aku terasa sakit sangat. Time dorang dah stat game, aku g beli air mineral (Haus oo, lupe lak nak bawak air mineral, duhh~). Agak lega la jugak lepas meneguk H2O tadi, haa~ Nasib la coach aku soh aku g jaga outfield, dia yang jadi catcher, kesian kat aku kan. Thanks John!!

Tapi, 3rd inning tu we changed. Dia soh aku jadi catcher, for me to learn during game ba, he said. Ok, aku setuju, sebab nak merasa jugak macamana keadaan time game. Perghh, agak mencabar. Tapi rasanya training lagi memenatkan + menyakitkan. Btw, I really love all this~! My motto is, No Pain, No Gain. So, tak hairan la I suke. Hahaha. Erm, akibatnya. Sampai today aku masih menanggung kesakitan otot-otot paha serta tanganku. Waseh, baru terasa seronok dapat melepaskan kerinduan di dalam game ini. I'm loving it~ :D

Can't wait for this weekend. This time kena warming up betul-betul dulu, baru tak sakit lagi. Thus, dah lame tak main, tu la pasal. Hehe. I'm very happy now, walaupun sedih meninggalkan Kuching. Yeayy~ This week ada orang nak sponsor makan. Best! Best! I like! Hahaha.

Ermm, dah tak tau nak kongsi pe lagi. Oo, ade-ade! Kat umah dah ada kucing peliharaan. Wee~ the name is Kuning, sebab dia berwarna kuning. Jantina plak is jantan, haha. Kuning yang sangat nakal dan lincah. Dah macam budak kecik plak, geram betul. Tapi minatang ni laa yang menghibur hati kami di rumah. Thanks to my dad yang bawak dia balik umah :D.

Tu je la untuk post kali ni k. Hope to see u guys soon.

Ja~

Truth,
NimoNimo

Thursday, April 1, 2010

Ketensian dan Kerepekan Yang Melampau

1 speaker(s)
www.tips-fb.com
Salam semua warga blogger~ :D

Nothing much to share, just nak gtaw yang sekarang ni diriku amat tensi (tension) yang teramat sangat. Ni semua gara-gara tabiat buat keja last minute yang tak berubah lagi sejak dahulu kala. Haih~ ape nak jadi, aku pon tak tahu. :( I'm so down right now!!! Warghh!!! Tensi tahap gaban!!! ~x(

Tinggal tak kurang dari sebulan je lagi nak abes, pastu merdeka la haku. Ngahahaha!!! Riangnya dalam hati, ngehehehe~ :P Tapi dalam masa tak kurang dari sebulan tu jugak la aku terasa like i'm in hell right now!! Oh man~ Can't wait to finish all this, i want to take a deep breath smoothly~ cool... Ehe.

Aku ni pon satu gak. Dah tao due date tak lame g, masih gak bersuka ria dan berlari-lari di opis nih dengan gembiranya tanpa memikirkan masalah yang sedang melanda diriku ini. Ah toh kui~ Aku sekarang diibaratkan seperti seorang kanak-kanak idak bersalah yang hanya mengimpikan saat-saat kebebasan dimana daku dapat bermain dengan gembiranya tanpa perlu melakukan kerja-kerja orang dewasa. Daddy, help me~!!!!

Hahahha, saya sekarang berada di tahap yang kurang memuaskan, harap maklum. So, kalau ada ayat-ayat yang agak tidak difahami dalam n3 kali ni, harap maaf. Diriku tidak dapat memberikan kepuasan dalam pembacaan kalian dalam n3 kali ni. Segalanya dipenuhi dengan ayat-ayat kerepek yang aku sendiri pon tidak paham sepatah apa yang aku taip. Cuma terasa seronok je ingin menaip sepuas-puasnya sekarang. (Aku sekarang tengah menaip laju-laju tanpa henti walaupun telah ketandusan idea). (Wah, bestnya menaip~).

Ok la. Kembali normal. Malas nak merepek g. Time to study, exam is just around the corner. Due date for report utk exam pon x lama g. Sebelum aku parai, elok aku blah dulu. Btw, len kali aku nak post n3 pasal dinner pregraduate kitorang yang baru je berlangsung 3 april 2010 aritu kat Majestic Riverside Hotel kat Kuching.

Okidesu! Ja mata~

Ezad_Nimo

Monday, August 31, 2009

Salam Kemerdekaan & Salam Ramadhan

8 speaker(s)
www.tips-fb.com
Salam Kemerdekaan!

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Khas buat semua rakyat Malaysia. Dalam kesempatan ni, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-52 tahun.

Sudah 52 tahun negara kita merdeka, dan aku sekarang baru je 20 tahun (macam takde kaitan je??). Aku berharap agar negara kita akan kekal aman makmur, damai sejahtera dan terus harmoni sentiasa. Usahlah kita nak berperang sesama sendiri, takde faedah pon. Menyeksa diri je ade lar. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. So, jagalah nama baik kita, jangan dicemarkan dengan perbuatan-perbuatan terkutuk yang hanya akan mendatangkan bala kepada diri sendiri.

Renung-renungkan dan selamat beramal...


Salam Ramadhan!


Assalamualaikum w.b.t.

Sempena bulan yang mulia nih, aku nak mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua umat islam di seluruh dunia (terlambat sikit nak ucap).


Diharap Ramadhan kali ini akan lebih bermakna buat kita sekalian. Kepada sesaper yang boleh berpuasa, janganlah ditinggalkan. Kepada yang tertinggal, janganlah lupe nak ganti balik ye? Huhuhu. Kalo tak sempat ganti pose yang lalu, janganlah lupe bayar plak, ye dok? Hehehe. Terawih tu plak, kita sama-sama la kerjakan sementara masih mampu ni ye (peringatan buat aku sendiri gak, uhuhuhu...). Lagi, tunaikanlah ibadah puasa nih dengan penuh keikhlasan dan dengan elok-elok k. Semoga kita mendapat keberkatan dan pahala yang lebih, amin.


Tak lame g nak raya, tak sabar plak nak balik umah. Rindu ngan my family, my mom, my dad, abang-abangku yang tersayang and my one and only kakak. Raya sama-sama tahun tok, kakak ku ya jak sekda. Oh my sis, balik la umah raya tok, i miss u, huhuhu. Kepada si dia plak, miss u too, hehehe.


Btw, puasa jangan tak puasa taw! T korang takleh raya, hahaha. :P

Salam,

nimo