Pages

Showing posts with label result. Show all posts
Showing posts with label result. Show all posts

Saturday, July 11, 2015

Permulaan Yang Baru

3 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamu'alaikum w.b.t.!

Salam Sejahtera!

Apa khabar kalian semua? Puasa tak arini? Alhamdulillah, kita sekarang masih berada di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Rasanya masih sempat lagi kalo saya nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat sekalian alam. Harapan agar kita dapat memperbaiki diri dengan sebaiknya pada Ramadhan kali ini dan jadikan ianya sebagai permulaan untuk kita sentiasa maju ke hadapan dalam memperbaiki iman kita ke arah yang lebih baik dan mantop!

Sedar tak sedar, minggu depan kita dah nak masuk ke dalam bulan Syawal. Terlalu pantas masa berlalu, tak sempat kita nak mengejarnya. Diharap agar kalian lebih bijak dalam mengatur perbelanjaan kali ini memandangkan tak lame lagi nak raya, mesti banyak benda kalian nak beli untuk persiapan raya kan?? Dengan set pakaiannya.. dengan kasutnya.. dengan begnya.. dengan kuih muihnya.. dengan set perabotnya.. dengan langsirnya.. dengan itu, dengan ini.. amboi, banyaknye la barang kalian, duit raya jangan lupa simpan untuk saya ye, hehehe. Tapi kena ingat! Jangan lepas raya nanti ikat perut sebab dah banyak kuarkan duit, haaa. In syaa Allah, tahun ni sambut secara bersederhana sahaja, duit raya pun takdek, jangan mintak nanti ye, hahaha!

Berkenaan dengan diri nih, Alhamdulillah, sekarang dah masuk semester yang baru. Tinggal lagi 2 tahun nak abiskan perjalanan kat tempat orang. Harapan agar semester ni jaoh lebih baik dari semester lepas. Kalo sem lepas saya dah jatuh menjunam dengan teruknya, biarlah sem nih saya bangkit semula dengan gahnya hingga tamat latihan kat sini! Jangan bagi saya kuih bangkit, yang tu saya taknak, hahaha. Berbalik dengan diri saya tadi, sem ni sangat mencabar bagi saya, semoga saya kuat dan terus naik ke atas. Tapi kalo dah naik sampai ke atas sana, biarlah saya naik dengan iman yang penuh di dada.

Permulaan yang baru bagi saya nih, biarlah saya simpan isinya untuk diri sendiri. Tak perlu ase saya nak terangkan semua kat sini. Doakan semoga semuanya baik-baik sahaja. Saya seorang yang kuat! Saya boleh harunginya! Saya seorang yang berjiwa kental! Okay, cukup dah merapu meraban nih. Selamat tinggal semua! Puasa, jangan tak puasa. Puasa, jangan puasa yang sia-sia (harap faham). Kalo ada puasa yang tertinggal, gantilah dengan segera nanti ye. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin in advance buat semua ye! Harap dimaafkan semua kesalahan saya, dihalalkan semua hutang dan apa jua yang telah saya amik, pakai, pinjam atau apa-apa je lah! 0-0 

Seriously, no duit raya this year kay, saya mintak maaf siap-siap, huhuhu. Kalo nak kuih raya, jemput datang ke rumah ye, hehehe.

Sekian, wassalam.

Maaf zahir & batin,
Ezadnimo =)


Thursday, April 9, 2015

Warkah Tak Bertajuk

2 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamu'alaikum w.b.t.

Salam sejahtera, salam perpaduan dan salam sihat semuanya!!

Apa khabar wahai dikau sekalian alam?? Hehehe... Lama dah tak menaip, agak kebosanan malam ni, so saya decide nak memblogging jer laa.. Agak lama tak bukak blog ni, rindu ler pulak...

Emmm, sekarang kita dah masuk ke bulan April, ada lebih kurang dua (2) bulan je lagi nak masuk bulan Ramadhan. Pejam celik, pejam celik, pejam tak celik celik, dah empat (4) bulan kita dalam tahun 2015 yang penuh dengan dugaan dan cabaran ni.

Saya kat sini dah abes exam midsem dan exam amali, sekarang tengah menunggu keputusan je lagi. Semoga result terbaik lah yer, huhuhu. Final exam pun tak lama je lagi, bulan depan kot, 18 Mei start. Persediaan tak buat lagi ni, tak boleh nak fokus, fikiran lari entah ke mana. Sesiapa yang nampak semangat saya, sila kembalikan kepada saya dengan kadar yang segera, terima kasih, huhuhu...

Ooo, nak dijadikan cerita... Haritu saya buat pemeriksaan kesihatan kat kolej ni. Umur saya yang sebenar ialah 26 tahun, pastu based on pemeriksaan tu, body age saya 19 tahun, hohoho... Mungkin sebab saya aktif sangat kat kolej ni kot, tu yang nampak muda sikit, hehehehe... Maaf ler, syok sendiri kejap. =P

Lagi nak cerita, dua (2) hari lepas saya tengok cerita Warkah Terakhir Rosli Dhoby. Waima dah tengok banyak kali cerita tu, tetap jugak air mata ni menitis, sebak dan sayu apabila melihat perjuangannya. Emmm, satu pengorbanan yang kecik, perubahan yang besar. Macam saya ni, ape je laa pengorbanan yang saya dah buat. Agaknya apa yang saya sedang lakukan sekarang ialah pengorbanan bagi diri saya untuk membaiki diri dan keluarga kerana terpaksa berjauhan dengan mereka untuk satu tempoh yang agak lama. Paling memeritkan apabila terpaksa berjauhan dengan anakanda yang tercinta, iaitu Yuwais. Sesungguhnya mama amat merindui dirimu setiap masa dan ketika. Bersabarlah wahai hati, inilah perjuangan dan pengorbanan hidupku.

Maaf ler, teremosi seketika. Baiklah, sebelum semuanya menjadi di luar kawalan, elok ler rasanya saya mengundurkan diri sekarang. In shaa Allah, jika diperkenankan oleh-Nya, dapat ler kita bersua lagi di laman ini di masa yang akan datang. Sebelum itu, elok rasanya sekiranya saya menyusun sepuluh (10) jari menadah tangan memohon kemaafan kepada semua yang mengenali atau tidak diri ini sekiranya saya ada membuat salah dan silap. Maaf, maaf dan maaf saya pohonkan.

Sekian, wassalam.

Maafkan saya,
Nur Izzati binti Mohamed Omar
~ peace no war~

Sunday, June 13, 2010

Unsangkarable!! + FIFA!!

3 speaker(s)
www.tips-fb.com

Salam :)

Yo! Kabare? aha, yibba yibba angre angre~~ (nyanyi happy :P). Result untuk exam dah pon keluar, maknanya result akhir aku dah pon diketahui. Alangkah gumbiranya di hati setelah mengetahui aku mendapat keputusan yang agak memberangsangkan pada saat terakhir. At last, setelah 6 sem kat UiTM barulah aku mendapat result yang diimpi-impikan selama nih. Syukur alhamdulillah, walaupun tak seberapa tapi aku agak berpuas hati dan berasa lega sekarang.

Time nak check result tu memanglah sakit yang teramat sangat hati nih sebab server UiTM sangat lembab. Nak masuk student portal pon kena refresh beribu juta kali sebab jem sangat, tu pon x dapat jugak. Sampaikan aku tak tido selagi tak dapat tengok result tuh. Keesokan hari baru boleh masuk, tu pon nak kena tunggu lame jugak, haish~ Bila dah dapat tengok result tu, aku tak tahu camner perasaan daku yang sangat pelik itu. Hahahaha, memang lawak. Kalau korang tengok aku time tu mesti korang pelik. Mane tak nye, aku dah tergelak (tapi macam nak nangis je rase) macam orang tak betol dah. Takleh tahan gelak, rasa macam lawak je bila tengok result tu. Hahaha, unsangkarable betol lah!

Ahh!!! Sekarang pon aku rasa macam nak gelak puas-puas, tahan, tahan!! Memang tak logik, tapi itulah hakikatnya kawan-kawan. Aku dapat pointer yang baik untuk aku, pastu cgpa aku pon naik ke tahap yang aku impikan selama nih. Alhamdulillah, murah rezeki. Disaat akhir, aku capai ke tahap yang aku impikan. Merasa jugak tempat yang aku selalu inginkan. Agak seronok sampai perasaan bercampur-campur. Tapi papepon, itulah dia penutupan yang baik bagi aku.

Terima kaseh kat team Bau (k. anis, shey, ain) yang dah sama-sama menjayakan projek final kami, dah berjuang bersama-sama selama 2 semester berpraktikal di PKD Bau, yang dah bersusah senang dan melalui macam-macam bersama-sama. Mintak maaf kalo dah banyak wat salah n silap, thanks dah jaga aku selama nih. Sayang korang 3!!! TAHNIAH buat korang 3!!! :D

Thanks gak kat coursemate lain, team Lundu (ben, chan, ferik, jaf) yang slalu g umah kitorang d Bau (opss :P), team Kuching (nana, neti, azie, mas), team Serian (rs, dd, marcos, bob) & team Samarahan (sha, kinot, aron). Kita dah 3 tahun berjuang bersama. 2 tahun g kuliah sama-sama, setahun praktikal tempat lain-lain. TAHNIAH buat korang semua!!! TAHNIAH nana dapat ANC (Anugerah Naib Canselor *betol ka eja? :P).

Thanks n TAHNIAH gak kat kengkawan UiTM (ex-roomates, jiran-jiran, kengkawan len, FARIDA GOK *kawan sekolah) yang dah berjaya n ada yang dah grad. Yes, jom enjoy!! Wahahaha!!!

Owh, tak lupe jugak kat lecturers, supervisor, preceptor, staff PKD Bau, PKB Kuching, MDB (Majlis Daerah Bau), Jabatan-jabatan lain di Bau, Penduduk di Bau, terutama Kpg. Masjid (tempat umah sewa kami), Sk St. Patrick n SK Pedaun Bawah (yang telah bekerjasama bagi menjayakan projek final kami), kengkawan PKA KKAK (yang telah banyak membantu terutama KAMARUL MGONG yang selalu membantu di saat memerlukan) staff UiTM Sarawak n warganya, Kengkawan tak kira dimana berada & family yang tercinta atas sokongan, dorongan, panduan, tunjuk ajar, semangat, didikan, kasih sayang, penghargaan, perhatian, kata-kata yang memberangsangkan, serta macam-macam lagi. Jasa dan bimbingan kalian semua amatlah dihargai. ARIGATOU GOZAIMASHITA!!!

Waaa~ memang panjang la ucapan penghargaan aku nih. Aku harap dapat berjumpa dengan korang semua lagi, best sangat dapat kenal korang. Kengkawan UiTM, jumpe g time konvo nanti. Buat yang nak keja tu, arap korang dapat (aku jugak). Yang nak sambung degree pon arap korang dapat teruskan hajat korang. Yang nak g PLKN tuh (Harisu-sama), botakkan lah kepala anda dan hitamkan lagi lah kulit anda. Wahahaha!!!

Ooo, tak sabar nak dapat hadiah kemenangan dari Harisu-sama (ada 2 hadiah tuuu) sebab dah kalah dalam deal kami kali ni. Huhuhu, pasni tak tao bile lagi dapat wat camni. :( Thanks pakcik busuk! :P

P/s: Sekarang aku tengah tunggu match FIFA (England vs USA). Dah nak start. Sorry, aku pilih England, hahaha! (btw, tadi Argentina aku menang lawan Nigeria dengan gol 1-0).

P/s: Wah!!! Gerard (Captain) dah menjaringkan gol pertama untuk England pada minit 3 lebih. Wahahhaa!!! Go England!!! (I'm lovin it!)

Go! Go! Go! XD

Aisaka Taiga,
Ezad Nimo

Saturday, June 13, 2009

Congrats~

2 speaker(s)
www.tips-fb.com

Assalamualaikum w.b.t.
dan Salam sejahtera...


Kat sini aku nak mengucapkan syukur dan
setinggi-tinggi penghargaan
wat sumer,
Family aku, sanak saudara, rakan dan taulan
serta para pendidik,
Yg tlh byk mendidik, membantu serta memberi sokongan
dan dorongan kepada aku,
Selama aku hidup di muka bumi ini...

Aku terasa amat bersyukur kerana mempunyai
dan mengenali org2 seperti korang sumer...
Tanpa korang, dan semestinya usaha aku sendiri,
Aku tak mungkin dapat result seperti yg aku inginkan skrg...
Akhirnya merasa jugak aku result sebegini,
Walaupun tak sehebat rakan-rakan yg lain...
Namun aku tetap bersyukur dan gembira...
Sedey2~ huhuhu....

Wat org yg tersayang,
Time kaseh byk2...
Hehehe...
(Yg ni xleh nak citer pjg2)

Wat kwn2 aku sumer...
Tak kira la walau sape pon korang...
Aku nak ucapkan tahniah yang teramat sgt utk result kali ni...

Kepada sesaper yg dpt result mmg gempak gler,
Tahniah!!!
Korang sememangnya segempak result korang tu...
huhuhu~

Kepada yg dpt ape yg korang nak,
Walaupun x segempak maner,
Tahniah!!!
Korang pon gempak gak...
Sbb dpt capai hajat korang...
(Mcm aku gak le..hehehe)

Kepada korang2 yg xdpt2 lg capai ape yg korang nak,
Cube lagi, jgn sedey2...
Pasni korang pasti dpt punyer...
Btw, tahniah gak...
huhuhu...

Jgn putus asa ye..huhuhu~


Walau apapun result korang...
Jangan putus asa...
Kita msh ada masa lg...
Wat yg terbaik lg dari yg ni...
Anda mampu mengubahnya...
Hahaha....

Skali lagi aku nak ucapkan,
TAHNIAH!!!!
CONGRATS MINA-SAN~!!!!

Hohoho...

Wat sesaper yg berkaitan,
Jumpe g ngan korang sem baru ni nanti...
Hehehe...

P/s: Yg dpt pointer tggi tu jgn lupe la nak sponsor org kat sini...hehehehe~(,~~)(^^,)~

Congrats!
ejad_nimo

Thursday, June 11, 2009

Kepala pusing

5 speaker(s)
www.tips-fb.com

Salam~

Emm...pening dah kepala aku mnanti result nih...
X gak keluar2...menyusahkan betol laa....
Kate 11hb, tp xder pon?? hmmm...

Aku dah sakit kepala nih...
Mane x nyer...tdo pon x lena...
Makan kenyang, mandi basah....
Dah mcm org bcinta la plak...
Tp ni bkn "bercinta", ni "benci kita"...
Ahaha...ntah pape ntah...

K la, aku nak sambung tdo...
Ni kalo aku bgn n check result msh x kuar g...
Siap laa.....akan ku @JSHD$^ pihak yg terlibat...
Hohohoho~

Nak titow~
Oyasumi nasai~(+_+)v~

.: daku yg kengantukan :.
~ejad_nimo~

Tuesday, June 9, 2009

Result

4 speaker(s)
www.tips-fb.com
Waa.....!!!
Huhuhu...aku ngah neves...tp aku xder la neves...
Ape yg neves nye nih, aku pon xtaw gak...
Konpius2~(+_+)~
Hahaha...

Member2 aku ramai yg gtaw result kuar khamis ni...
Wah, aku dah xtaw nak buat ape...
Tiap ari aku g cek kat student portal...
Tp msh gak die umumkan psl asasi2 ape ntah...
Bengang tol...

Kalo blh, aku nak taw result aku skrg ni jgak...
Pastu pe2hal, xnak cter kat org...
(Tp nnti kompom aku cter gak tnpa d minta)
Hahahha....

Erm...dlm otak aku skrg dah t'pk dah...
Kenapa sem ni terasa cepat sgt ek??
Aku nak cti lame lg..xpuas ni...
Mane x nyer, byk lg xtvt yg aku plan x langsaikan lg....
Hajat aku nak main softball time cti ni pon x t'capai lg...(TT_)~
Huhuhu...
Pastu nti, mcmana agaknya result aku...
Aku takut pointer mnurun @ xsampai ape yg aku nak...
Aku jd mkin bingung...

Bile dh pk psl result, dtg plak hal praktikal mganggu pmikiran aku...
Minatang sekor ni lg wat aku bingung...
Mcmana agaknya nti....?
Risau plak...
Rumah sewa xsure lg...
Transport t mcmana plak...
Bile nak stat pektikel pun xtaw lg...
Isu psl mcm2 lg laa...
Xnak cter kat korg...
Biar korg t'tanya2...
Hahaha~!!!

Bile dah t'pk sumer tu...
Ntah mcmana otak aku leh mlencong g pk mende len...
Jaoh la plak arah tuju dier....
Sampai ke masa dpn dah...
Uhuhu~
Bagus la pmikiran aku nih...
Mkin maju ke hadapan dah...
Wahahha~!!!
Tgk2, aku dah start merepek dah...
Kuikuikui~

Pe2hal pon....
Aku nak wish GOOD LUCK kat korg sumer utk result kali ni...
Hope korg dpt capai pointer yg korg nak....
Aku pon same gak....
Yosh~!!!

~ijat~
~v(^_^)v~