Pages

Showing posts with label boring. Show all posts
Showing posts with label boring. Show all posts

Saturday, August 2, 2025

I'M BACK!

2 speaker(s)
www.tips-fb.com

 Assalamu'alaikum


Salam Sejahtera~


    Sudah 16 tahun blog aku ni wujud, terasa sayang pula nak delete. Terlalu banyak kenangan dalam ni yang aku simpan rapi untuk pembacaan aku dan sesiapa sahaja yang sudi membacanya.


Setelah diteliti, post terakhir aku dalam ni pun dah mencecah usia 9 tahun. Aduhai, hampir 10 tahun (1 dekad) aku tidak menulis di dalam ini. Mungkin kerana zaman sekarang orang sudah tidak memandang blog seperti ini sebagai satu platform bacaan yang menarik. Dalam komen pun bukan orang yang sebenar, ntah ler labu. Kebanyakan blog sekarang pun kalau dibuka penuh dengan iklan hampir satu skrin sampaikan nak membaca isi kandungan pun jadi terganggu.


Anggap saja la ini sebagai satu platform untuk aku menaip dan terus menaip selagi aku terdaya. Agak-agak kawan-kawan aku masih melawat tak aku di sini? Jika ya, komen la sikit. Taknak la spam ke apa yang komen kat sini. Aku nak block pun tak reti, nak setting pun kena belajar semula ni.


Seronok rasa dapat menaip random macam ni, semoga aku lebih bersemangat untuk terus random lagi di kemudian hari, hahaha. Tapi tu la, aku nak letak chat box kat tepi ni pun tak reti dah. Entah macamana aku boleh pandai buat semua ni dulu ye. Kalau ada yang sudi membantu, nanti komen la kat sini, ajarkan aku cara nak pasang semula chatbox aku ni. Senang sikit nak menyembang. Kot la ada yang sudi melawat aku kan.


Aku sekarang pun agak sibuk menguruskan keluarga, kerja dan sibuk jugak dengan game kadang-kadang. Yela, main game kekadang best jugak, nak-nak lagi bila power dah tinggi, sayang rasa nak quit. Hahahaha. Korang ada yang main game tak? Ce komen game apa yang korang main sekarang, kot la sama ngan aku, hehehe.


Okay la, cukup la setakat ni untuk intro aku kali ni. Semoga aku muncul kembali dalam masa yang terdekat, bukan 1 dekad macam sebelum ni. LOL.


Ceria-ceria selalu~


Always,

Nimo =)

Thursday, April 9, 2015

Warkah Tak Bertajuk

2 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamu'alaikum w.b.t.

Salam sejahtera, salam perpaduan dan salam sihat semuanya!!

Apa khabar wahai dikau sekalian alam?? Hehehe... Lama dah tak menaip, agak kebosanan malam ni, so saya decide nak memblogging jer laa.. Agak lama tak bukak blog ni, rindu ler pulak...

Emmm, sekarang kita dah masuk ke bulan April, ada lebih kurang dua (2) bulan je lagi nak masuk bulan Ramadhan. Pejam celik, pejam celik, pejam tak celik celik, dah empat (4) bulan kita dalam tahun 2015 yang penuh dengan dugaan dan cabaran ni.

Saya kat sini dah abes exam midsem dan exam amali, sekarang tengah menunggu keputusan je lagi. Semoga result terbaik lah yer, huhuhu. Final exam pun tak lama je lagi, bulan depan kot, 18 Mei start. Persediaan tak buat lagi ni, tak boleh nak fokus, fikiran lari entah ke mana. Sesiapa yang nampak semangat saya, sila kembalikan kepada saya dengan kadar yang segera, terima kasih, huhuhu...

Ooo, nak dijadikan cerita... Haritu saya buat pemeriksaan kesihatan kat kolej ni. Umur saya yang sebenar ialah 26 tahun, pastu based on pemeriksaan tu, body age saya 19 tahun, hohoho... Mungkin sebab saya aktif sangat kat kolej ni kot, tu yang nampak muda sikit, hehehehe... Maaf ler, syok sendiri kejap. =P

Lagi nak cerita, dua (2) hari lepas saya tengok cerita Warkah Terakhir Rosli Dhoby. Waima dah tengok banyak kali cerita tu, tetap jugak air mata ni menitis, sebak dan sayu apabila melihat perjuangannya. Emmm, satu pengorbanan yang kecik, perubahan yang besar. Macam saya ni, ape je laa pengorbanan yang saya dah buat. Agaknya apa yang saya sedang lakukan sekarang ialah pengorbanan bagi diri saya untuk membaiki diri dan keluarga kerana terpaksa berjauhan dengan mereka untuk satu tempoh yang agak lama. Paling memeritkan apabila terpaksa berjauhan dengan anakanda yang tercinta, iaitu Yuwais. Sesungguhnya mama amat merindui dirimu setiap masa dan ketika. Bersabarlah wahai hati, inilah perjuangan dan pengorbanan hidupku.

Maaf ler, teremosi seketika. Baiklah, sebelum semuanya menjadi di luar kawalan, elok ler rasanya saya mengundurkan diri sekarang. In shaa Allah, jika diperkenankan oleh-Nya, dapat ler kita bersua lagi di laman ini di masa yang akan datang. Sebelum itu, elok rasanya sekiranya saya menyusun sepuluh (10) jari menadah tangan memohon kemaafan kepada semua yang mengenali atau tidak diri ini sekiranya saya ada membuat salah dan silap. Maaf, maaf dan maaf saya pohonkan.

Sekian, wassalam.

Maafkan saya,
Nur Izzati binti Mohamed Omar
~ peace no war~

Saturday, November 27, 2010

Nadai Pengawak~ (+_+)

37 speaker(s)
www.tips-fb.com
Salam!

Aku masa kecik-kecik lok

Haloo. Huhu, sehat? Selamat bercuti, bekerja, belajar dan bermacam-macam lagi di hujung minggu. Jangan macam-macam jak udah la oo? Huhu. (Adoh, terkuar bahasa dikpun dah tok. Haha, layan jak la).

Entri kali ni pendek je, sebab aku takde idea. Terasa malas nak online hari ni. Esok-esok je la k? Korang suma datang la sini, baca entri-entri yang ada dalam blog aku ni. Ini bukan paksaan, ini bagitau saja. Huhu.

Dapat nombor 3, ok la daripada sekda. Muka dah sunburn ehh

Oo, aku baru perasan. Aku nyer entri sekarang ni dah tak macam dulu sangat. Tak tau la nak kongsi pe ngan korang. Korang nak aku buat entri macamana ekk? Kalo ada cadangan, sila salurkan ke komen aku k? Kalo korang bosan, maaf la ye. Aku kebuntuan yang amat sangat dah sekarang, huhu. *Dalam mode layan lagu westlife - more than words kat blog chokeLy*.


"It's more than words it's more than what you say, it's the thing you do, oo yeah"


Hurmmm, aku dalam keadaan kebuntuan yang amat sangat. Dah la mak, ayah, abang n pakcik aku g Brunei arini tadi. Mak ajak, tapi aku malas la nak g sana. Saya malas mau jalan, tapi saya bosan duduk rumah saja, apa mau bikin lorr?? Online pun bosan sudah maa, mau tengok cerita saja ni. Malas betul sudah saya, uhuh!


"What would you do, if my heart was torn in two?"


Minggu depan dah nak konvo. Rabu ni nanti nak g Kuching dah. Maknanya lama la aku tak update blog nanti. Sunyi la blog aku nanti, takde orang nak datang berkunjung. Aku pun tak dapat nak online. Tak tahu g bila balik umah. Entah-entah dah tak balik lagi agaknya, sape tau? Huhu.


"What would you say, if I took those words away?"


Bila dah balik nanti mesti blog aku banyak sawang, berdebu, dah macam tempat puaka dah. Orang pun tak berani nak datang berkunjung. Toksah cakap berkunjung, pandang pun tak ndak. Uhuhu, ape nak jadi. Sudah nasib badan, takdak pa yang mampu untuk ku lakukan lagi. Lalalala~

1st time aku konvo, huhu

Tak sangka kan? Walaupun aku takde idea, tapi panjang gak isi kandungan entri ni. Memang boleh tahan. Panjang, padat, penuh dengan kemerepekan yang selalu aku taip. Huhu. Apuu, sigik nadai pengawak ku sarituk waii~ ngai ku translate tok, awak ke ktk ndak nemu nama te jaku aku. Orang kitai jak nemu, haha. Parai, parai~ Ah toh kuii~!!! (+_+)

Yabihh, mena boring da jak ujong minggu tok ehh. Nakpa la aku rasa malas gilak tok oo? Adoii, nak dara panama ka kedak tok? Hurmm. Dah la sik lamak gik nak g Kuching nun, p barang-barang belom juak d peking. Sekda prepare pa gilak tok, pemalas na aku tok ehh. Lamak gilak dah sik exercise kali, ya aku jadi si lemah tok. Teyyy~ si kui jam nehh! Doik kuk puan tih.

Bah, bah. Torang layan jak la pa nok ada rah sitok. Sekda idea gik ku tok. Idea merepek banyak la. P klak torang juak sik suka, ya ku malas. Tok paham ka sik paham ka, tandah torang jak la sia. Kepak nyawa ku!

K, chalo!

Huhuk, rindu mirul :(


Aku lah tok,
eZad niMo

Thursday, November 11, 2010

Hari Ini Yang Malas

8 speaker(s)
www.tips-fb.com
Salam!


Haloha~! Korang watpe sekarang? Mesti korang tengah baca entri aku ni sekarang kan? Tak kisah la baca sikit ke, banyak ke, yang penting korang memang ada baca. Kalo tak, takde la korang baca semua yang aku taip ni. Hahaha. Arigatou!! (Maaf kalo saya ada mengong sikit kali ni, hohoho).


Dari title entry ni je pun korang mungkin dapat tau dah apa isi yang tersirat dan tersurat dalam warkahku ini. Hehehe. Maaf la, arini aku terlalu malas sangat. Nak buat blogwalking pun malas. Takde semangat lak aku arini, hehehe. Dah la terasa bosan yang amat sangat, uhuhu. Nak buat entry ni pun malas gak sebenarnya, tapi macam terpaksa. Oh, kemanakah menghilangnya semangatku yang memuncak semalam??


Ni pun aku baru abis layan anime The Law of Ueki dari episode 30 sampai final, 51 (sambungan minggu lepas kot? Tak ingat bila last tengok, haha). Nampak sangat la aku tengah bosan tahap malas (takde idea =P). Nak online pun takde semangat, huhuhu. Bantulah aku, aku rindu dia~! (mode sedih dan tak bermaya dah masuk).


Takyah la korang baca entry ni. Tapi kalo korang dah terbaca, maafkan aku sebab buat korang baca sampai abis.


K, wasalam.


Malas, sedih, bosan,
Nimo

*Short Update*

4 speaker(s)
www.tips-fb.com


I'm not in a good mood right now. I'm so tired and bored.
Maybe it's because I haven't sleep yet since last night. Pttfff~ 
Really need enough sleep thou. My lappy also feels the same as me.
So, I'm gonna take a break for a while.
Don't miss me! Anyway, thanks! If you do miss me. Heh. See u guys soon.
Bah, chalo. Angol dah palak ku merepak rah ctok.
Ja mata~!



Unpredictable,
Nimo