Pages

Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

Saturday, December 25, 2010

The Return Of Kuning

20 speaker(s)
www.tips-fb.com
Kuning kami!!
Assalamualaikum w.b.t.

Kuning is back~! Dia dah balik umah, huhu. Setelah berapa bulan meninggalkan umah, akhirnya kuning kembali ke pangkuan kami, seronoknya. =)

Semalam (Jumaat), ayah dan dua orang abang aku bawak kuning balik umah lepas balik dari solat Jumaat. Mula-mula kuning macam takut je ngan ayah aku, pastu abang aku nak amik dia baru dia berani. Ayah aku cakap dia kurus sangat, dah la kotor n terbiar je. Abang aku lak cakap kuning nangis semalam, sayang-sayang abang n ayah aku. Airmata dia kuar, sedihnya. Tengok, binatang pun ada perasaan gak.


Korang nampak tak apa yang aku nampak??


Bila dah kat umah, dia makan banyak-banyak. Sian kuning, memang dia lapar sangat. Aku happy sebab dia masih tak lupa ngan kami. Dia boleh sayang-sayang kami. Bukan tu je, dia cium kami, huhuhu. Terharu aku. Oo, kebetulan si kuning ni kan jantan, si harimau hitam (singkatan hitam je la) tu plak betina. So, kitorang pun kawenkan dorang dua ni. Huhu, awal lagi hitam kawen dari aku.


Cinta pandang pertama, sweet~


Tadi pagi kuning ngan hitam dah mandi, aku pelok dorang dua tu puas-puas. Aku sayang-sayang dorang, main ngan dorang. Ada gak teman aku bermain kat umah ni, hehehe. Comel je tengok si hitam ngan si kuning baru jatuh cinta. Dorang asyik merenung antara satu sama lain. Rindu kat my fiancee~ huhuk.


Macam arnab je, hehe.


Dorang dua ni baru kenal, so kena makan masa sikit untuk berkawan. Sekarang ni pun hitam asyik lari dari kuning. Pastu kalo kuning dekat ngan dia, dia asyik marah. Pastu buat aksi macam ular nak lawan orang dengan bunyi, "khhhhhhrrrrsssss" (macam "grrr" tapi versi kucing). Ganas la hitam, macam ular je.


Macam dah letih je??


Aku tengok kan, si kuning ni dah macam singa, si hitam lak macam harimau. Patut la macam nak gado je. Tapi singa asyik nak dekat ngan harimau je, huhuk. Anak-anak dorang nanti mesti comel-comel belaka. Macam Simau (Singa + Harimau), hahaha~! =P

Selamat kembali kuning, pasni jangan lari dari umah g k? Semoga korang dua hitam cepat-cepat timang baby, aku nak anak kucing baru yang comel-comel, hehehe. Bestnya~ =)

Sekian, wasallam.


Letih dah, kami nak tido dulu~


Cinta Kucing,
Isz Izzati

Thursday, November 4, 2010

Jangan Takut Kahwin Awal

0 speaker(s)
www.tips-fb.com
Salam!

Entri kali nih aku amik dari akak Bunga. Copy and paste je ye, takde tambah-tambah, takde kurang-kurang (Maybe ada sikit lar :P). Aku amik entri nih sebab aku tertarik dengan citer die. Sangat-sangat menarik dan anda perlu baca. Hehehe. Oh ya, sumber plak dari I Luv Islam.Com. Hope korang enjoy lah ye baca entri menarik kali nih. :D

Nota : Bagaimana seorang pelajar tahun akhir universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi (tekanan) setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau.
*****
Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, "Nak bagi bini makan apa? Pasir?"
Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami 'declare', untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.
Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar 'cinta rebound', tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani hubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi.
Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.
Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.
Simple bukan? Kenapa perlu pening?
Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.
Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?
Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.
Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.
Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.
Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.
"Seganlah. Nanti orang kata apa."
"Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran."
Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.
Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.
Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!!
Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.
Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.
Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.
Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.
Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.
Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.
Nota : Perkongsian di atas merupakan satu contoh bahawa perkahwinan di usia muda merupakan satu pilihan atau option yang ada bagi masyarakat kita. Walaubagaimanapun, keputusan mendirikan rumah tangga perlu dibuat dengan hikmah bergantung kepada keadaan pasangan masing-masing kerana kehidupan selepas bernikah adalah cabaran sebenar dan pastinya kita inginkan rumah tangga yang berkekalan sehingga akhir hayat.
"Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN." (Surah Ar-Rum, 21)

Love,
Nimo