Nak tau lagi? Meh klik :)

Monday, July 23, 2012

Diam, Jangan Bising!

www.tips-fb.com
Assalamu'alaikum w.b.t.~!

Salam sejahtera semua~!! Dah 3 ari kita berpuasa, tak terasa sangat walaupun cuaca panas kat sini. Cuma terasa nak tido jak, huhuhu.


Aku ada sikit cerita nak kongsi ngan korang. Ini cerita zaman persekolahan aku masa form 5 dulu, hahaha (belum cerita dah gelak, mesti tak best nanti, hehehe). Kisahnya berlaku waktu kelas sejarah yang sangat digemari oleh kami sekelas. Boleh dikatakan macam-macam peristiwa berlaku waktu kelas sejarah ni, kelas lain ada jugak, tapi yang ni lain sikit.

Kitorang student macam biasa la, memang suka buat bising dalam kelas kan. Jadi masa cikgu ni tengah mengajar kat depan, kami buat bising la. Tu yang dia marah (siap bawak rotan yang kecik tu, bukan macam budak sekarang, tak boleh kasar sikit) suruh kami diam, jadi kami pun secara otomatiknya mendiamkan diri tanpa ada berkata walau sepatah pun. (Time ni korang boleh imagine macam anime, ada burung gagak lalu, budak-budak dalam kelas diam je, dapat dengar bunyi gagak td je).



Cikgu ni pun seronok la mengajar dengan suasana yang sunyi sepi. Bila dia tanya, sorang pun tak jawab. Pastu dia tak peduli lagi, sambung mengajar. Dah tu dia tanya lagi, pun kami tak jawab. Cikgu kami pun dengan muka pelik dan kehairanan tanya, "kenapa kamu semua diam saja?". Tapi persoalan tu tetap tak berjawab. Dia dah jadi tak tentu, apa yang di ajar tadi hilang entah ke mana, yang menjadi persoalan sekarang kenapa kami semua menyepi. Yang aku pelik jugak, kenapa kami semua boleh jak sepakat mendiamkan diri, sorang tengok sorang, macam tengah transfer data melalui bluetooth / infrared jak.


Cikgu tadi dah jadik makin heran, dia tanya lagi budak baik dalam kelas kami, "kenapa kamu semua diam? Cakap la sesuatu." Budak tadi diam jak. Diam pun tanya lagi ketua kelas yang baik, "Vera, kenapa diam saja? Apahal kamu semua??" Budak tadi cuma mampu geleng-geleng kepala sambil menahan muka merah nak ketawa. Cikgu tanya lagi, "Kelas, kenapa kamu semua diam saja?? Cakap la sesuatu, ada apa ini??" kami cuma jawab, "........." Hahaha, memang bengang la kalo korang kat tempat cikgu tadi.


Kalo tak silap aku, kami semua serentak bising-bising bila dah dekat nak bunyi loceng. Kami cuma cakap, "Itu la cikgu, kami bising cikgu suruh diam. Bila kami diam cikgu suruh bising lagi." Hahaha, agak kejam dan kureng jugak la perbuatan kami ni kan?? (Adik-adik, jangan tiru aksi ini). Bila dah semua bising, loceng pun berbunyi, jadi kelas pun tamat. Cikgu bengang, kami happy sebab tak payah jawab soalan, hahahaha.


Buat kawan-kawan kelas 5 Sains 1 SMKL '06, harap-harap korang ingat gik la cerita tok ooo. Sorry kalo ada jalan cerita yang sik betul, sebab ada yang dah lupak, saja polah nya jadi menarik (janji hakikatnya perkara tok memang betol, haha). Oh ya, sorry aa sik selawak yang aku katakan awal-awal tadi, hehehe. :P

Ada lagi cerita dalam kelas sejarah, tapi lain kali jak la story mory, kita simpan dulu~

Jangan marah, kita berbincang.

Sekian, Wassalam.

Budak baik,
Ezad Nimo

6 comments:

aisya said...

countdown bah.. haha

Fatin Farhana Binti Ramli said...

RINDU ZAMAN SEKOLAH ..

eZad niMo said...

sah:

nok countdown ya cta lain. klak2 aku post n3 pasal ya, hehehe. ya shah la pun keja :P

eZad niMo said...

fatin:

zaman terbest ialah zaman sekolah, hehe.

prog muten said...

Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.
Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.
Harga serendah RM1.00/pcs.
Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri
Untuk keterangan lajut lawati blog shop kami:
http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

outbound malang said...

kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
semoga menjadi semangat .. :)
Bukanlah suatu kesalahan ketika kamu mencoba dan kemudian gagal. Satu-satunya kesalahan adalah ketika kamu tidak berani mencoba
ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ..