Pages

Showing posts with label yang terindah. Show all posts
Showing posts with label yang terindah. Show all posts

Friday, July 17, 2015

Salam Aidilfitri

1 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamu'alaikum w.b.t.!!!

Salam Sejahtera!!!

Apa khabar semua?? Alhamdulillah, semoga sihat selalu. Sekarang kita dah masuk ke bulan Syawal, kerana bulan Ramadhan telah meninggalkan kita. Harapan agar kita dapat bertemu kembali dengan bulan Ramadhan yang mulia itu. Semoga diterima segala amalan yang telah kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan yang lalu.

Nah, owner blog nak posing jugak!

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN" kepada semua yang mengenali diri ini. Saya juga ingin memohon ampun dan maaf atas segalanya serta halalkanlah semuanya, KOSONG-KOSONG!! =D


Jom tengok video ni kejap, Ucapan Raya khas dari kami, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2015 Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah (KSKB SAS), Ulu Kinta kepada anda semua khususnya kepada warga KSKB SAS, keluarga, rakan-rakan dan sesiapa jua yang mengenali kami, dengan pesanan, berhati-hati ketika memandu dan walau di mana jua anda berada, semoga selamat kembali ke kolej ye kawan-kawan! KLIK VIDEO KAT SINI atau tengok je yang kat bawah nih.. huhuhu~


Majlis Iftar Perdana.. YDP baru abis syif, pakai uniform lagi tu, kesian~

Iftar MPP

Keluarga Tok Abah!!!

Semoga kalian semua bergembira di samping keluarga yang tersayang. Kepada sesiapa yang sedang berkhidmat di hari raya ini, semoga anda tabah mengharunginya! 

Sekian, wassalam.


Maaf dipinta,
Nur Izzati Binti Mohamed Omar
Serta Keluarga =)

Sunday, February 26, 2012

Menghitung Minggu

6 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamualaikum w.b.t.

Salam sejahtera buat semua warga pembaca! Dah lama tak sapu billik ni, berdebu dah. Sawang dan labah-labah pun banyak dalam bilik ni, hohoho. Ni nak kemas sikit-sikit ja la, sian nengok terbiar macam tu ja.

Nak bagitau, aku sekarang dah hamil 9 bulan (36 minggu), tak lama lagi nak melahirkan. Huhu, tak sabar nak tunggu kedatangan orang baru. Minggu lepas dah scan, tapi doktor masih tak dapat detect jantina anak ni. Bagusnya anak aku, memang pemalu macam ayah dan ibu dia gak, hehehe. Tapi bagus la macam tu, baru surprise bila dia lahir nanti.

Asyraf pegang perut usunya, mok main ngan adiknya dalam perut ya, hehe~

Doktor bagitau berat baby ni lebih kurang dalam 2.5kg camtu, okay la tu kan? Berat aku pun dah naik sampai 13kg dah ni, hohoho~ Geram ja rasa bila baby gerak gerak dalam perut, rasa macam nak tangkap ja kaki / tangan dia ni. Dapat rasa lutut / siku dia yang kecik tu, huhuhu.

Okay la, dah tak tau nak taip apa lagi, nak rehat jap. Doakan semoga semuanya selamat, baby lahir dengan selamat dan sihat, ibu baby selamat dan sihat ja, amin~

Wassalam!

P/s: Anak buah aku (Mohamed Asyraf) baru tumbuh gigi pertama kat bahagian bawah, geramnyaa~

Orang bujang hensem baru tumbuh gigi satu dah pande bergaya, hahaha!

Menghitung hari,
Ezad Nimo