Nak tau lagi? Meh klik :)

Wednesday, December 29, 2010

3 Idiots SUPERB!!!

www.tips-fb.com
3 Idiots

Assalamualaikum w.b.t.

Holaho!! Wassup all?? Don't worry, all is well. Hahaha, "all is well". Tu la yang Rancho cakap kat member dia. Rancho tu sapa?? Hahaha, meh sini aku cerita sikit. =D


All is well!


Aku baru je lepas menonton cerita 3 Idiots kat astro fiesta channel 110 tadi. Actually aku ada movie ni kat dalam lappy aku, tapi aritu tengok kejap je, pastu takde mood sangat. Ni dah tengok kat astro, baru layan giler. Hahaha.


hohoh~


Frankly speaking, 3 idiots SUPERB!!! Memang best cerita ni, aku tak tipu korang. Cerita dia banyak bagi inspirasi kat orang. Ada gak bab yang memang sedih giler laa. Dorang nyer persahabatan nih memang awesome! Aku suka sangat cerita ni, memang layannn!!


Best la skuter tok


Kalo korang tak tengok g, tengok la kat astro fiesta channel 110. Kalo takde, g la beli dvd kat kedai. Kalo taknak, download la senang. Kalo tak dapat, mintak kat kawan. Kalo tak boleh jugak, baca sikit-sikit kat sini. Aku tengah paksa korang nih, hahaha!!


Raju, Rancho & Farhan


Dorang ni 3 sahabat (nama pun 3 idiots); Farhan, Raju ngan Rancho ni tadi. Kalo korang tengok dari awal, korang akan tau Farhan nih sederhana orangnya (taraf hidup). Raju lak hidup susah, ayah dia sakit. Rancho ni je yang datang dari family yang memang kaya giler. Tu tengok dari awal, last dia macamana?? Haa, tu yang korang kena tengok sendiri. Kalo aku cerita kat sini, mesti tak syok sebab korang dah tau dah. Huhuhu.


Berjaya sudah


Nama cerita ni 3 idiots, tapi yang sebenarnya 2 je yang idiots. Rancho ni budak yang pintar, selalu dapat nombor 1, dia pelajar cemerlang. Tapi dia tak sombong, dia sahabat yang baik, dia banyak bagi inspirasi kat kawan-kawan dia, dia banyak tolong kawan dia, dia sayang kawan dia. Yang Raju ngan Farhan lak selalu dapat nombor last dalam kelas, hahaha. Dorang ni buka idiots, tapi ada masalah.


Engineering is not my choice =P


Rancho dia memang minat sangat belajar, tu yang pintar. Raju lak dia penakut, sebab tu dia jadi camtu. As for Farhan, engineer is not his choice. Ayah dia yang suruh dia jadi engineer. Oo, lupa lak nak intro pasal engineer. Dorang 3 ni study kat ICE, Imperial College of Engineering. Rancho memang minat nak jadi engineer, Raju pun sama. Tapi Farhan dia sebenarnya nak jadi Photographer, ayah dia yang nak sangat dia jadi engineer.


Speech yang sangat mantap!


Kat kelas dorang ni ada sorang budak pandai yang tak senonoh. Nama dia Chandur, dorang panggil dia Silencer, hahaha. Dia ni suka kentut, tu yang aku cakap dia tak senonoh. Dia ni macam loser je aku tengok, nerd plak tu (hahaha, jahat lak aku! =P). Kalo korang tengok cerita ni baru korang paham. Chandur ni pelik sikit. Watak dia dalam cerita ni kira saingan yang tak sengit tapi "idiot" buat Rancho, hahaha!


ViruS


Orang kuat ICE ni lak nama dia Professor Viru Sahastrabudhhe, tapi Rancho and the gang panggil dia Virus. Dia ni seorang yang sangat berkuasa, sebab ICE tu dia yang punya. Dia ada anak pompuan cun, nama dia Pia. Pia ni sorang doktor, dia la kekasih Rancho. Hohoho. Seronok plak aku cerita kat sini. Eh, eh! Lupa nak bagitau. Aku suka lagu Zoobi Doobi dalam cerita ni, sedap!


Pia~


Dah, dah! Taknak cerita panjang-panjang g. Elok korang tengok sendiri. Tak best kalo aku cerita, tak syok! Kalo korang tengok, korang tau la. Aku sampai nangis lak tengok, sedih oo. Huhuhu T_T. Cerita ni memang menyentuh perasaan. Mesej yang cuba disampaikan memang sampai kat kita (aku la, korang aku tak tau =P).


Rancho dengan ViruS

Okay la readers! Korang layan je la k? Jangan lupa klik Mr. Nuffnang aku (lama dah tak mention pasal ni, hehehe). Aku nak tengok cerita Brother Bear kat Disney Channel dulu, hohoho. Layannnnn~ Ehh, tengok setengah je. Sekarang ngah tengok final bola sepak, Malaysia vs Indonesia. Go Malaysia!!!

Thanks, wasallam!


Ragging freshy woii!!



Zoobi Doobi: Zoobi doobi zoobi doobi pum paara~ zoobi doobi param pum~


All is well,
Ezad Nimo

10 comments:

kukukata.blogspot.com said...

ada star....amir khan n karena kapoor...lama x layan hindustan

Cikin said...

haa ~ memang suka gila cita ni . <3

blogz n0ra =) said...

da tgok 3 kali citer ni!mmg superb! =)..tadi pom layan kat astro gak..
law ader adek kapoor 2,name ape?shahid kapoor eh? bes jugak!hehe

eZad niMo said...

kukukata:

tapi memang best walaupun dorang xde. watak farhan ngan raju tu pun best gak, hehehe

eZad niMo said...

cikin:

best2~!! layan je kan?? hehehe

eZad niMo said...

blogz nora:

haha, itulaa. sy pun ada movie tu dlm lappy ni. bla2 blh tgk g. mmg layan, best! hehehe :P
oo, yg shahid kapoor tu bkn adek karena kapoor :P

HAZWAN17 said...

hahaha,,,,cite ni style

eZad niMo said...

haha. bhahiya, all is well~ =D

Miecyber said...

Tengok gambor pun kelakor...:D

Happy New Year 2011

eZad niMo said...

mmg kelakar, tapi sedih gak. sedih sgt, huhu. skrg pun tgh tgk g kat channel 110 ni.