Nak tau lagi? Meh klik :)

Sunday, December 19, 2010

Hujung Minggu Yang Mancal!

www.tips-fb.com
Si harimau hitam yang ganas lagi buas dan comel sangat. ~.^
Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar semua? Lama aku tak post entry macam ni, huhu. Oh ya, selamat berhujung minggu semua. Selamat bercuti dan beristirehat, hehe.

Aku sekarang dah tak aktif sangat macam dulu lagi. Nak update blog pun jarang sekali. Idea ada, banyak je. Tapi tak tau naper tak terupdate. Malas nak update kot? Sekarang pun aku rasa macam malas nak online sangat. Dah tak seronok sangat nak online, tu la pasal. Hehe.

Berkenaan ngan hujung minggu yang mancal seperti yang ternyata kat title post ni, aku just nak crita apa yang aku buat tadi. Haha. Oo, mancal tu bahasa iban, maksudnya nakal. Lebih kurang camtu la, hehehe (tolong betolkan kalo aku tersilap). Tadi aku main-main ngan harimau hitam (kucing aku) yang buas dan ganas tu. Dia mancal and comel sangat, geram aku.

Tengok la harimau hitam yang ganas ni, nak gigit orang je keja. =P

Si hitam tu dah la ganas sangat. Dia suka tangkap kaki orang, pastu gigit-gigit. Kalo kita main sembunyi-sembunyi, t dia melompat kat kita macam nak lawan. Ekor dia jadi kembang macam ekor tupai. Dia pun hendap-hendap kita, pastu kejar kita. Lompat-lompat nak tangkap kita. Macam la orang nak lawan ngan dia. Geram aku, comel sangat.

Tadi aku main ngan si hitam. Aku sembunyi la di sebalik dinding bilik abang aku, si hitam dalam bilik, aku kat luar. Aku lari sana sini panggil-panggil nama dia. Dia tengok aku, pastu terhendap-hendap dah. Dia kejar aku, aku pun lari la. Terus eksiden terlanggar tangga lipat yang ayah aku guna untuk keja. Tu la, pandang kiri kanan dulu, haha. Tu masih ok g, takde apa pun.

Kali kedua, aku buat benda yang sama gak. Aku tunggu dia tangkap aku. Haha, tergelak dulu, sorry. Err, si hitam dah tengok semacam kat aku. Pastu dia melompat kat aku, aku pun lari kiri kanan dengan laju. Last-last aku melompat sekali, hahaha! Sengal je, pesal la aku melompat tadi =P. Time melompat tu aku eksiden g. 

Lutut kanan aku terlanggar bucu dinding bilik abang aku. Terjatuh barang abang aku yang kat dinding tu. Adoii~~ sakit oo. Aku stop, tahan dulu. Abang aku dah tergelak, dia cakap padan muka. Ayah aku pun tergelak gak, dia ada kat situ. Haha. Si hitam pun ngengada kat aku. Dia duduk atas kerusi tengok aku terduduk kat lantai. Dia cakap "meowww" kat aku, maksudnya "padan muka". Haha, kurang asam si hitam.

Dah kutip balik barang-barang yang jatuh tadi, aku g bilik mak aku. Si hitam ada kat situ, tengah melompat-melompat, mencakar-mencakar, sembunyi-sembunyi tak tentu pasal. Lincah giler, buas dan ganas plak tu. Huhuhu, memang dasar harimau. Aku lalu je pun dia tangkap dan gigit kaki aku.

Tadi aku cek lutut aku. Haha, padan muka aku. Biru oh lutut aku. Tapi sikit je la. Lebam macam kena gigit nyamuk je, hahaha. Tunggu dia, pasni aku nak main ngan dia g. Malas aku nak online. Korang layan je la apa yang patut kat sini ye?

Thanks for reading!

Meooowwww~ kata si hitam.

Si hitam tido ngan abang aku. Hahaha, comel je kumpulan hitam ni =P

Nota si hitam: Kuku dia ni tajam oo, panjang plak tu. Gigi pun tajam, best je. Hehehe. =P


Mancal,
Nimo

18 comments:

Jฮฑnnฮฑhใƒ„ said...

waah, cantik harimau tue. kami di sini pun ade bela harimau jugak, 7 ekor. puteri putera tujuh.... dtglah tgok blog... ehehehe

eZad niMo said...

hehe, tenkiu. harimau ni puteri. hehehe. ok, nak tgk kwn harimau dia kat sana, hehehe :P

ctpayong said...

salam..
eh..harimau kita pun kaler sama cam harimau awak..

eZad niMo said...

wslm.
hehe, harimau kta sama spesis. blh la kawan tu. haha. comel2 je, hehehe.

Muhammad Ridhwan said...

Yah, ktk ng mancall...hahaha. :P

Bila ktk mention pusak ktk, teringat kmk pusak yg terperangkap dlm rumah kmk marek.

eZad niMo said...

hahaha, mancal la kmk? :P

aie, pusak cne ya? gne la ngan nasib pusak ya? ktk anta nya ke luar ka? ish3~ haha

LadyBird said...

comelnye kucing tu.. manja lagi.. siap leh tdo atas katil..

eZad niMo said...

haha, dia mmg mcm tu. sukati je nak tdo kat mana. dia manja, hehehe.

Muhammad Ridhwan said...

Nang mancall. Sik dapat dinafikan gik...hahaha. XD

Kmk pegi damai puri riya, ada hari keluarga, sik la sedar pusak ya terperangkap dlm rumah. Tedah jwak la, bukak2 pintu alu cepat nya klua. So far, kmk lom nemu apa2 waste product...hehe.

eZad niMo said...

opp2~ kmk bdk baik aa, hehehe :P

o tedah pusak ya. xdala nya meninggalkan waste product dlm umah ya, haha. pusak kmk tok pande ke jamban, mereti nya. hehe.

aisya said...

aku dah dtg! hehe
weh, kenak pusak kau ya juling?

eZad niMo said...

haha, prasan juak kau oo? aok, nang nya juling. tapi kiut. sora nya serak2 basah. ekor nya lurus, tp kat ujong skali bengkok, p xnmpk bengkok, dpt rasa jak. tgn aku lukak2 dah knk nya tok. huhuhu.

aisya said...

haha.. ada gik sora serak2 basah bah...

eZad niMo said...

ada, sora nya kedak ya. sexy da jak. kedak ella kali nya tok. dh la mala jak usha2 pusak jantan si putih kat debah umah ya, hahaha!

aisya said...

pusak kau pmpuan? puteh aku di rumah nun jantan.. haha..

eZad niMo said...

nyalah, puteh kau xmok kawan ngan hitam mekorg tok. ada ku padah ngan mak kau aria, blh d kawen cdak 2 tok, hahaha.

Toyin O. said...

Nice pictures.

eZad niMo said...

thanks. :)