Nak tau lagi? Meh klik :)

Wednesday, December 29, 2010

3 Idiots SUPERB!!!

10 speaker(s)
www.tips-fb.com
3 Idiots

Assalamualaikum w.b.t.

Holaho!! Wassup all?? Don't worry, all is well. Hahaha, "all is well". Tu la yang Rancho cakap kat member dia. Rancho tu sapa?? Hahaha, meh sini aku cerita sikit. =D


All is well!


Aku baru je lepas menonton cerita 3 Idiots kat astro fiesta channel 110 tadi. Actually aku ada movie ni kat dalam lappy aku, tapi aritu tengok kejap je, pastu takde mood sangat. Ni dah tengok kat astro, baru layan giler. Hahaha.


hohoh~


Frankly speaking, 3 idiots SUPERB!!! Memang best cerita ni, aku tak tipu korang. Cerita dia banyak bagi inspirasi kat orang. Ada gak bab yang memang sedih giler laa. Dorang nyer persahabatan nih memang awesome! Aku suka sangat cerita ni, memang layannn!!


Best la skuter tok


Kalo korang tak tengok g, tengok la kat astro fiesta channel 110. Kalo takde, g la beli dvd kat kedai. Kalo taknak, download la senang. Kalo tak dapat, mintak kat kawan. Kalo tak boleh jugak, baca sikit-sikit kat sini. Aku tengah paksa korang nih, hahaha!!


Raju, Rancho & Farhan


Dorang ni 3 sahabat (nama pun 3 idiots); Farhan, Raju ngan Rancho ni tadi. Kalo korang tengok dari awal, korang akan tau Farhan nih sederhana orangnya (taraf hidup). Raju lak hidup susah, ayah dia sakit. Rancho ni je yang datang dari family yang memang kaya giler. Tu tengok dari awal, last dia macamana?? Haa, tu yang korang kena tengok sendiri. Kalo aku cerita kat sini, mesti tak syok sebab korang dah tau dah. Huhuhu.


Berjaya sudah


Nama cerita ni 3 idiots, tapi yang sebenarnya 2 je yang idiots. Rancho ni budak yang pintar, selalu dapat nombor 1, dia pelajar cemerlang. Tapi dia tak sombong, dia sahabat yang baik, dia banyak bagi inspirasi kat kawan-kawan dia, dia banyak tolong kawan dia, dia sayang kawan dia. Yang Raju ngan Farhan lak selalu dapat nombor last dalam kelas, hahaha. Dorang ni buka idiots, tapi ada masalah.


Engineering is not my choice =P


Rancho dia memang minat sangat belajar, tu yang pintar. Raju lak dia penakut, sebab tu dia jadi camtu. As for Farhan, engineer is not his choice. Ayah dia yang suruh dia jadi engineer. Oo, lupa lak nak intro pasal engineer. Dorang 3 ni study kat ICE, Imperial College of Engineering. Rancho memang minat nak jadi engineer, Raju pun sama. Tapi Farhan dia sebenarnya nak jadi Photographer, ayah dia yang nak sangat dia jadi engineer.


Speech yang sangat mantap!


Kat kelas dorang ni ada sorang budak pandai yang tak senonoh. Nama dia Chandur, dorang panggil dia Silencer, hahaha. Dia ni suka kentut, tu yang aku cakap dia tak senonoh. Dia ni macam loser je aku tengok, nerd plak tu (hahaha, jahat lak aku! =P). Kalo korang tengok cerita ni baru korang paham. Chandur ni pelik sikit. Watak dia dalam cerita ni kira saingan yang tak sengit tapi "idiot" buat Rancho, hahaha!


ViruS


Orang kuat ICE ni lak nama dia Professor Viru Sahastrabudhhe, tapi Rancho and the gang panggil dia Virus. Dia ni seorang yang sangat berkuasa, sebab ICE tu dia yang punya. Dia ada anak pompuan cun, nama dia Pia. Pia ni sorang doktor, dia la kekasih Rancho. Hohoho. Seronok plak aku cerita kat sini. Eh, eh! Lupa nak bagitau. Aku suka lagu Zoobi Doobi dalam cerita ni, sedap!


Pia~


Dah, dah! Taknak cerita panjang-panjang g. Elok korang tengok sendiri. Tak best kalo aku cerita, tak syok! Kalo korang tengok, korang tau la. Aku sampai nangis lak tengok, sedih oo. Huhuhu T_T. Cerita ni memang menyentuh perasaan. Mesej yang cuba disampaikan memang sampai kat kita (aku la, korang aku tak tau =P).


Rancho dengan ViruS

Okay la readers! Korang layan je la k? Jangan lupa klik Mr. Nuffnang aku (lama dah tak mention pasal ni, hehehe). Aku nak tengok cerita Brother Bear kat Disney Channel dulu, hohoho. Layannnnn~ Ehh, tengok setengah je. Sekarang ngah tengok final bola sepak, Malaysia vs Indonesia. Go Malaysia!!!

Thanks, wasallam!


Ragging freshy woii!!



Zoobi Doobi: Zoobi doobi zoobi doobi pum paara~ zoobi doobi param pum~


All is well,
Ezad Nimo

Tuesday, December 28, 2010

Follower ke-1020

10 speaker(s)
www.tips-fb.com
Dah capai 1k, wow~!

Assalamualaikum w.b.t.

Lama aku tak update blog. Dah nak bersara tak lama lagi, hoho. Ntah la, tapi dalam tahun depan akan kurang mengupdate blog dah, huhuhuhu.

Followers aku dah mencecah 1k, tapi aku dah tak aktif g. Kesian kat korang yang follow aku, tapi aku nak ucapkan bebanyak terima kasih sebab sudi follow blog aku yang tak mantap macam otai-otai lain. Blog aku nih simple je, pastu isi pun takde yang menarik. Tapi korang tetap nak follow. Bagi yang ikhlas n rajin mengikuti perkembangan aku, memang terima kasih banyak-banyak! Terharu aku, huhuhu.

Hari tu aku langsung tak buat entri pasal follower yang 1k ni kan? Teruknya la aku ni, uhuhu. Ni untuk tak menghampakan korang (macam la aku ni hebat sangat =P), aku buat entri ni. Tu pun kebetulan tepat follower yang ke 1020. Anda memang bertuah! Tapi maaf la ye, saya takde adiah nak kasi kat korang. Huhuhu. Aku hanya mampu nak promote blog anda dalam entri ni je.


Klik image ni kalo nak g kat blog dia.


Oo, follower yang ke-1020 yang bertuah tadi jatuh kepada saudari Imakasihdani. Tahniah!! Jom la usha usha blog dia, pastu follow la terus ye? Followers dia pun tak cecah 100 lagi, jom la kita support! Ramai-ramai kita dok pakat follow dia, kan best camtu =D.

Buat anda yang lain, teruskanlah follow saya k? InsyaAllah, saya akan update selagi mampu. Kalo dah tak dapat nanti, saya akan bagitau k? Thanks! =)


TestTest: Best jugak kan kalo dah sampai 1k followers, huhuhu. =P



1K,
Nimo

Saturday, December 25, 2010

The Return Of Kuning

20 speaker(s)
www.tips-fb.com
Kuning kami!!
Assalamualaikum w.b.t.

Kuning is back~! Dia dah balik umah, huhu. Setelah berapa bulan meninggalkan umah, akhirnya kuning kembali ke pangkuan kami, seronoknya. =)

Semalam (Jumaat), ayah dan dua orang abang aku bawak kuning balik umah lepas balik dari solat Jumaat. Mula-mula kuning macam takut je ngan ayah aku, pastu abang aku nak amik dia baru dia berani. Ayah aku cakap dia kurus sangat, dah la kotor n terbiar je. Abang aku lak cakap kuning nangis semalam, sayang-sayang abang n ayah aku. Airmata dia kuar, sedihnya. Tengok, binatang pun ada perasaan gak.


Korang nampak tak apa yang aku nampak??


Bila dah kat umah, dia makan banyak-banyak. Sian kuning, memang dia lapar sangat. Aku happy sebab dia masih tak lupa ngan kami. Dia boleh sayang-sayang kami. Bukan tu je, dia cium kami, huhuhu. Terharu aku. Oo, kebetulan si kuning ni kan jantan, si harimau hitam (singkatan hitam je la) tu plak betina. So, kitorang pun kawenkan dorang dua ni. Huhu, awal lagi hitam kawen dari aku.


Cinta pandang pertama, sweet~


Tadi pagi kuning ngan hitam dah mandi, aku pelok dorang dua tu puas-puas. Aku sayang-sayang dorang, main ngan dorang. Ada gak teman aku bermain kat umah ni, hehehe. Comel je tengok si hitam ngan si kuning baru jatuh cinta. Dorang asyik merenung antara satu sama lain. Rindu kat my fiancee~ huhuk.


Macam arnab je, hehe.


Dorang dua ni baru kenal, so kena makan masa sikit untuk berkawan. Sekarang ni pun hitam asyik lari dari kuning. Pastu kalo kuning dekat ngan dia, dia asyik marah. Pastu buat aksi macam ular nak lawan orang dengan bunyi, "khhhhhhrrrrsssss" (macam "grrr" tapi versi kucing). Ganas la hitam, macam ular je.


Macam dah letih je??


Aku tengok kan, si kuning ni dah macam singa, si hitam lak macam harimau. Patut la macam nak gado je. Tapi singa asyik nak dekat ngan harimau je, huhuk. Anak-anak dorang nanti mesti comel-comel belaka. Macam Simau (Singa + Harimau), hahaha~! =P

Selamat kembali kuning, pasni jangan lari dari umah g k? Semoga korang dua hitam cepat-cepat timang baby, aku nak anak kucing baru yang comel-comel, hehehe. Bestnya~ =)

Sekian, wasallam.


Letih dah, kami nak tido dulu~


Cinta Kucing,
Isz Izzati

Kehidupan Ini Semuanya Meletihkan

4 speaker(s)
www.tips-fb.com

Assalamualaikum w.b.t.

Jangan bersedih dengan kekeruhan hidup, sebab memang demikianlah kehidupan itu diciptakan.

Pada dasarnya kehidupan ini memang meletihkan dan menyusahkan. Kegembiraan yang ada padanya merupakan hal yang bersifat sementara; begitu pula dengan kegembiraannya merupakan sesuatu yang jarang terjadi. Anda merasakan manisnya hidup di dunia ini, namun Allah tidak redha untuk menjadikannya sebagai tempat tinggal bagi wali-waliNya.

Seandainya dunia ini bukan tempat ujian, pastilah di dalamnya tidak ada sakit dan kesusahan hidup. Dan, para nabi serta orang-orang terpilih tidak akan tertekan dalam kehidupan yang sengsara. Nabi Adam 'Alaihissalam terus didera ujian selama hidupnya hingga meninggal dunia. Nabi Nuh 'Alaihissalam didustakan dan diejek oleh kaumnya. Nabi Ibrahim 'Alaihissalam diuji dengan api dan dengan perintah menyembelih anaknya. Nabi Ya'qub 'Alaihissalam menangis hingga matanya buta. Nabi Musa 'Alaihissalam harus menghadapi kekejaman Fir'aun dan menerima ujian berat dari kaumnya sendiri. Nabi Isa bin Maryam 'Alaihissalam hidup dalam kesusahan dan kemiskinan. Dan Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam harus bersabar dengan kemiskinan yang dia alami. Bapa saudaranya, Hamzah, terbunuh padahal dia adalah salah sebuah keluarga dekatnya yang paling ia cintai. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam juga diusir oleh kaumnya. Dan masih banyak lagi cerita menyedihkan yang dialami oleh nabi-nabi yang lain, yang tidak mungkin disebutkan satu persatu di sini. Dan kalau pun dunia ini diciptakan untuk kelazatan, maka orang mu'min tidak berhak mendapatkan kelazatan itu. Sebab Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:

Dunia adalah penjara orang mu'min dan syurga bagi orang kafir.

Di dunia inilah orang-orang soleh dipenjarakan, para ulama mendapat ujian dan cubaan, para wali-wali disengsarakan dan minuman-minuman para shadiqin dikeruhkan.


Petikan dari La Tahzan | Jangan Bersedih | Don't Be Sad (Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan), Buku Tiga (3).






Nimo

Wednesday, December 22, 2010

Agi Idup Agi Ngelaban!!!

2 speaker(s)
www.tips-fb.com
Astana

Gunung Santubong





M.I.X. - Puteri Santubong

[MC WAYNE]
Kami kembali, gegarkan Malaysia kedua kali
Adunan semula disiapkan dalam sehari apa ditunggu lagi
Ku perkenalkan diri kami M.I.X., menjunjung kasih menyembah bumi
Bermacam kaum etnik membuat aku semakin tertarik pelgabai harta pusaka
Puak kumbu pun jadi etnik
Gabungan musik hip hop dan etnik, pertama kali dicuba apakah komen pengkritik
Sarawak terbahgi kepada 9 bahgian, Kuching pergi ke Limbang
Tebedu dekat sempadan, bahasa berlainan
Sungai rajang terpanjang, semangat bujang senang
Bila lagi nak menang? Jangan lupa ha singgah ke Satok,
Beli ikan terubuk, Laksa Sarawak, ABC dan rasalah Mee Kolok,
Dah makan? (Aok)
Dah kenyang? (Aok)
Mun maok, kita jumpa lagi esok.

[..Reff]
Putri Santubong, Putri Sejinjang,
Penjaga gunong negri Sarawak,
Manisnya sik ada dapat di lawan,
Anak dak dewa turun kayangan.

[NOH PROFILE]
Ku jelma keluar dari kabus bersikutkan, deretan,
Cerita dan ritma sakti buatkan bergoyang, di khalayak ramai, di tepi pantai,
Ku bersantai dipetang semalam dibuai mimpi yang indah tidurku lena,
Walaupun tidak se'happening' seberang sana, namun ada saja gemilang yang dirasa,
Indah bukan segalanya
Koordinasi ku tetap, mantap, di bawah bayu pun ada aku,
Iringan sape klasik diatas irama moden cantik, kacak lawa jangan salah faham,
Ada bezanya bahasa, berbagai-bagai bangsa,
Selain India dan Cina,
Ada Iban, Kelabit, Kayan,
'Simple' Wisma San Yan, Piasau hingga ke Tudan
Flow demi flow macam awan berkumpul menjadi taufan
Jangan beri alasan, kan selalu ku pesan ingat,
Agi' idup agi' ngelaban.

[..Reff]
Putri Santubong, Putri Sejinjang,
Penjaga gunong negri Sarawak,
Manisnya sik ada dapat di lawan,
Anak dak dewa turun kayangan.

[ASHRAF HARDY]
Lagenda sejarah silam Putri Santubong dan Sejinjang
Melambangkan keayuan negeri bumi kenyalang
Cuba merantau suasana hijau jadi sebutan ramai diiringi dengan pelbagai kaum
Takkan terkapai-kapai, jauh lagi perjalanan, luasnya isi pemandangan
Menyenangkan pemikiran ketepikan semua beban, dapat kulihat kan senyuman,
Takkan kulupa pengalaman ku, di kampung halaman, simpan penuh dengan harapan,
Pilih satu cita rasa, Tandak yang berbeza, mari sini ku tunjukkan caranya bagaimana,
Hayunkan tanganmu, kiri ke kanan biarkan musik bergema satu persatu,
Kita kan pergi dari Miri, ke Kuching, turun lagi ke Sibu, sebelum ke Limbang
Kita singgah bahgian Bintulu, suasana istimewa di awani langit biru
Rasa terpesona bergemuruh rasa hatiku.

[OGIE]
Bermulanya versi kedua tentang "ethnic city"
Big Daddy diberi peluang untuk mulakan misi,
Agama, budaya, serta pelbagai tradisi yang unik sekali
Bumi kenyalang nama diberi,
Melihat keindahannya, keunikannya, serta kemodenannya,
Semua terpegun ternganga, hidup aman sentosa tak usah kau curiga,
Takkan puas rasanya jika semalam sahaja,
Terlemparlah gelaran, Bandar raya taman, dengan warna warninya,
Minda dapat di tenangkan, hati mula berkocakan alam semula jadi,
Suasana harmoni, pemimpin berdikari
Inilah tempat lahirku, tempat menimba ilmu,
Tanah tumpah darahku, Tak perlu kau ragu-ragu,
Sarawak kebanggaanku tiada lain di Malaysia,
Hanya engkau, engkau, engkau yang satu!

[..Reff]
Putri Santubong, Putri Sejinjang,
Penjaga gunong negri Sarawak,
Manisnya sik ada dapat di lawan,
Anak dak dewa turun kayangan.

Putri Santubong, Putri Sejinjang,
Penjaga gunong negri Sarawak,
Manisnya sik ada dapat di lawan,
Anak dak dewa turun kayangan.

History Walk

Miak Miri,
Ezad Nimo

Sunday, December 19, 2010

Hujung Minggu Yang Mancal!

18 speaker(s)
www.tips-fb.com
Si harimau hitam yang ganas lagi buas dan comel sangat. ~.^
Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar semua? Lama aku tak post entry macam ni, huhu. Oh ya, selamat berhujung minggu semua. Selamat bercuti dan beristirehat, hehe.

Aku sekarang dah tak aktif sangat macam dulu lagi. Nak update blog pun jarang sekali. Idea ada, banyak je. Tapi tak tau naper tak terupdate. Malas nak update kot? Sekarang pun aku rasa macam malas nak online sangat. Dah tak seronok sangat nak online, tu la pasal. Hehe.

Berkenaan ngan hujung minggu yang mancal seperti yang ternyata kat title post ni, aku just nak crita apa yang aku buat tadi. Haha. Oo, mancal tu bahasa iban, maksudnya nakal. Lebih kurang camtu la, hehehe (tolong betolkan kalo aku tersilap). Tadi aku main-main ngan harimau hitam (kucing aku) yang buas dan ganas tu. Dia mancal and comel sangat, geram aku.

Tengok la harimau hitam yang ganas ni, nak gigit orang je keja. =P

Si hitam tu dah la ganas sangat. Dia suka tangkap kaki orang, pastu gigit-gigit. Kalo kita main sembunyi-sembunyi, t dia melompat kat kita macam nak lawan. Ekor dia jadi kembang macam ekor tupai. Dia pun hendap-hendap kita, pastu kejar kita. Lompat-lompat nak tangkap kita. Macam la orang nak lawan ngan dia. Geram aku, comel sangat.

Tadi aku main ngan si hitam. Aku sembunyi la di sebalik dinding bilik abang aku, si hitam dalam bilik, aku kat luar. Aku lari sana sini panggil-panggil nama dia. Dia tengok aku, pastu terhendap-hendap dah. Dia kejar aku, aku pun lari la. Terus eksiden terlanggar tangga lipat yang ayah aku guna untuk keja. Tu la, pandang kiri kanan dulu, haha. Tu masih ok g, takde apa pun.

Kali kedua, aku buat benda yang sama gak. Aku tunggu dia tangkap aku. Haha, tergelak dulu, sorry. Err, si hitam dah tengok semacam kat aku. Pastu dia melompat kat aku, aku pun lari kiri kanan dengan laju. Last-last aku melompat sekali, hahaha! Sengal je, pesal la aku melompat tadi =P. Time melompat tu aku eksiden g. 

Lutut kanan aku terlanggar bucu dinding bilik abang aku. Terjatuh barang abang aku yang kat dinding tu. Adoii~~ sakit oo. Aku stop, tahan dulu. Abang aku dah tergelak, dia cakap padan muka. Ayah aku pun tergelak gak, dia ada kat situ. Haha. Si hitam pun ngengada kat aku. Dia duduk atas kerusi tengok aku terduduk kat lantai. Dia cakap "meowww" kat aku, maksudnya "padan muka". Haha, kurang asam si hitam.

Dah kutip balik barang-barang yang jatuh tadi, aku g bilik mak aku. Si hitam ada kat situ, tengah melompat-melompat, mencakar-mencakar, sembunyi-sembunyi tak tentu pasal. Lincah giler, buas dan ganas plak tu. Huhuhu, memang dasar harimau. Aku lalu je pun dia tangkap dan gigit kaki aku.

Tadi aku cek lutut aku. Haha, padan muka aku. Biru oh lutut aku. Tapi sikit je la. Lebam macam kena gigit nyamuk je, hahaha. Tunggu dia, pasni aku nak main ngan dia g. Malas aku nak online. Korang layan je la apa yang patut kat sini ye?

Thanks for reading!

Meooowwww~ kata si hitam.

Si hitam tido ngan abang aku. Hahaha, comel je kumpulan hitam ni =P

Nota si hitam: Kuku dia ni tajam oo, panjang plak tu. Gigi pun tajam, best je. Hehehe. =P


Mancal,
Nimo

Friday, December 17, 2010

Tag RS

0 speaker(s)
www.tips-fb.com

Assalamualaikum w.b.t.

Sedih sangat sebab earning nuff aku untuk minggu ni dapat 25sen je. Disebabkan rasa sedih dan kecewa yang teramat sangat ni, aku nak buat tag yang ada. ='(

Yang aku nak buat sekarang ni tag dari Harisu-sama a.k.a. RS yang bermuka ketat dan ngegeh.




1. Apa benda paling penting dalam hidup anda?
Kebahagiaan, kasih sayang, kemudahan dan yang sewaktu dengannya. Aku bukan seorang yang materialistik, tapi wang memang penting. Jadi, aku akan berusaha untuk mendapat kesenangan hidup yang dicari. Keluarga, pasangan hidup, sahabat handai, sanak sedara, rakan dan taulan, semuanya penting. (Aku dah tersasar dari soalan, tak tahu jawapan apa yang aku nak letak sebenarnya).

2. Benda terakhir yang dibeli menggunakan wang sendiri?
Baru aku teringat, aku ada beli black currant jam bubble gum SHOOT semalam. Nak makan la, taknak bagi kat korang. Huhuhu.

3. Lokasi perkahwinan yang anda inginkan dan tema perkahwinan?
Kat rumah je, nak yang simple-simple. Taknak membazir. Takyah tema-tema, buat biasa je. Janji kami selamat diijabkabulkan. Semoga kekal hingga ke akhhir hayat, aminn~! =)

4. Adakah anda sedang bercinta sekarang?
Yup. We're looking forward to go to the next stage. =)

5. Berapa lama lagi anda akan mencintai kekasih anda?
InsyaAllah, hingga ke alam sana. =)

6. Novel/buku/majalah yang terakhir anda beli?
La Tahzan. Jangan Bersedih | Don't Be Sad. Setelah kesulitan pasti ada kemudahan.

7. Antara mak dan ayah, dengan siapa anda lebih rapat?
Mak. Tapi sekarang makin rapat dengan keduanya sekali. Syukur alhamdulillah~! =)

8. Namakan orang yang anda betul-betul ingin jumpa dalam hidup.
Sapa? Entah la, aku pun tak tau gak. Yang aku tau, aku nak jumpe orang yang aku sayang je. Huhu.

9. Adakah anda basuh baju sendiri?
Time kat asrama and rumah sewa dulu memang yup! Basuh tangan lagi, manual ye. Kat umah yang kecik2 je, hehe. =P

10. Tempat yang betul-betul anda ingin pergi?
Mekah kot? Jepun? Luar negara? Dalam negara? Kenapa aku tak tahu semua jawapan untuk soalan yang "betul-betul" ni ek?? Heran aku, huhu.

11. Peluk atau cium?
Peluk.

12. Tiga (3) benda tentang orang yang tag anda.
~ Pakcik ngegeh yang bermuka ketat, sumerrr dia nak.
~ My BFF merangkap classmate time diploma kat UiTM Sarawak dulu.
~ Muda setahun dari aku (takde la setahun, 5 bulan je, cuma beza tahun lahir tu), tapi dia nampak jauh tua dari aku.
~ Nak lebih g? Aku boleh bagi lebih, tapi soalan tanya 3, so 3 je la.

13. Benda yang paling anda sayang dalam hidup?
Maruah dan harga diri. (Yang ni dikira jugak kan? Ok, next~).

14. Lima (5) lagu yang anda suka dan selalu dengar?
~ Radiohead - Creep
~ Travie McCoy - Billionaire
~ Owl City - Fireflies
~ Plain White T's - Let me take you there
~ Maher Zain - For the rest of my life
~ BPR - Dari sinar mata
~ Jonas Brothers - Love bug
(Aku listkan secara rawak je).

15. Lima (5) blogger yang diSUNATkan untuk menjawab tag ini. (Bak kata rs, diSUNATkan).
~ Ehh, takyah la. Malas aku nak seksa orang untuk jawab tag nih. Kalo korang nak jugak, jawab je la.

Ok, dah settle jawab tag nih!


Ryokai,
Nimo

Award From Aisah!

0 speaker(s)
www.tips-fb.com
BEAUTIFUL BLOG AWARD


Berikan satu nickname untuk pemberi award dan tag:

Ucapan untuk pemberi award:
Makseh sebab rajin time aku tengah malas, haha. Rajin-rajin la selalu ah? Aku tunggu jak, huhu.

List six (6) of your favorite artist / band / group:
Incubus
BPR
Evanescene
Ikuta Toma
Kamen Rider Kiva (Kurenai Wataru & Otoya)
*Hah! Cukup la 6. Aku tak tahu lagi dah, huhu.

Give this award to 10 bloggers that have cute blogs:
Amik je la kalo korang rasa blog korang cute.


Tenkiu,
Nimo

Monday, December 13, 2010

Jemputan ke Taklimat Program Latihan Pemerkasaan Keupayaan Siswazah (LPKS)

6 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamualaikum w.b.t.

Halo sekalian alam! Aku baru je dapat email dari Secretariat CBG pasal Perjumpaan Ketua Sekretariat Bersama Pemohon Program LPKS di Miri.

Sebelum ni aku da apply mende ni kat e-recruitment 22 September 2010 yang lalu, 3 bulan dah. Ni dorang jemput aku untuk menghadiri perjumpaan bersama ngan Ketua Sekretariat Program LPKS, bagi tujuan membincangkan hal berkaitan penempatan pemohon-pemohon.

Perjumpaan tu ari rabu ni (15 December 2010), jam 9 pagi kat Mega Hotel, Miri. Kena pakai formal lagi. Guna baju kurung la nanti, hoho. Aku sebenarnya tak tahu pasal pa sebenarnya program ni, apply je la. Sekarang ni pon aku bukan ada buat apa, so pegi je la. Lagipun mak aku soh g jugak tadi. Aku ada banyak masa free, so luangkan kat sini je la. Mane la tau program ni sangat berguna dan membantu bagi aku nanti, hehe.

Tu je la aku nak share ngan korang.

K, salam!

Sekretariat,
Program Latihan Pemerkasaan Keupayaan Siswazah,
Tingkat 11, Wisma Bapa Malaysia,
93502 Kuching Sarawak.
Tel: 082-445211 / 311541 / 446212
Faks: 082-311140 / 449490

LPKS,
Nimo =)

Happy Birthday Sayangku, Amirul!

4 speaker(s)
www.tips-fb.com

Assalamualaikum w.b.t.


Hai, lama tak online. Aku baru balik dari Kuching semalam, so baru nak online blog arini. Dah puas rehat semalam, hehe.


Hari ni 13 December 2010 birthday anak buah kesayangan aku, Mohd Amirul yang ke 7 tahun. Besar dah anak buah usu. Usu doakan semoga mirul membesar jadi insan yang baik, mulia, rajin, berjaya, ringan tulang, dan yang sewaktu dengannya. Usu sayang mirul, nenek, atok ngan yang lain-lain suma sayang mirul. Mirul jaga diri bait-bait k. Klak dah besar mirul boleh ngabas mekorang kat ctok. Love u sayangku! Mmmuuahhh!!! =)


















raya 2007 =)
raya 2006
raya 2009
raya 2008
2006
mirul kiut gilakk!!!


Love,
Usu Mirul =)