Pages

Saturday, September 18, 2010

Beautiful Blogger Award

6 speaker(s)
www.tips-fb.com
Salam!

Sebenarnya dah agak lama award nih, 22 March 2010 yang lalu. Mak aihh, dah 6 bulan kot?? Huhuhu. Maaf ye light of happiness, saya lambat sangat nak amik. n_n"

Okai, macam biasa la kalo dah dapat award tuh kena la bagi kat membe len plak. Pastu kena lagi jawab soalan-soalan yang diajukan. So, kat bawah nih perkara-perkara yang beta perlu lakukan.

1. Thank and link the person that gave you the award.

~ Terima kasih yang teramat kat saudari light of happiness sebab sudi bagi award nih kat ana. Walaupun dah 6 bulan tak dituntut, tapi masih excited lagi nih. Hahaha. Thanks a lot! :D

2. Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered and think fantastic.


3. Contact said blogs and let them know they've won the award.

~ Tahniah, anda sekalian telah memenangi award yang tak seberapa dari beta nih. Hahaha.

4. State 7 things about yourself.

~ Kecik dan pendek. Sebab tu aku nih macam budak kecik, kott? Hehehe :P

~ Suara kecik dan halus. Sampaikan ada membe aku panggil aku Doraemon. Sabo je laa. Tak sama pon dengan sora doraemon, huhuh!

~ Banyak cakap, suka loyar buruk! Huhauhauhua!!! Mesti korang letih kalo dah dengar aku cakap :P. Tapi bukan jenis cakap yang suka buat ketupat arr. Jangan salah paham, kuikuikui~

~ Suaraku sumbang kalo menyanyi, syukur~ :)

~ Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Hahaha, betul ke?? Hehehe. Hidungku dah senget, patah akibat tertikam ngan bola softball. My mistake, tak alert time nak sambut bola tuh. Leh g nak termenung kejap & pikir sesuatu yang lain. Haha, lawak sungguh! XP

~ I'm engaged! Hahaha, best kan?? Alhamdulillah, syukur. :)

~ Aku nih pemalas gak orangnya. Hohoho. :P

Sekian :)

Award by,
Nimo

Friday, September 10, 2010

Salam Aidilfitri, Kemaafan dipohon

2 speaker(s)
www.tips-fb.com
Salam!

Kawan-kawan sekalian!! Selamat hari raya!! Ok, tu je. Daa~ Hahaha, takde la :P. (Blurrr, tak tahu nak taip apa g :-|). Beta kat Miri ingin melaporkan cuaca di sini hujan sepanjang hari, sejak beberapa hari yang lalu. Sekarang pon masih hujan jugak. Entah kenapa dalam cuaca yang agak selesa dan nyaman untuk tido nih, mata aku taknak lelap. Protes ka apa nih? Geram sungguh diriku ini, uhuhu~ Telah ku katakan pada mataku, tolonglah pejam. Namun ia enggan mendengarku, kerana mata tidak mempunyai telinga. Fungsinya hanya melihat, bukan mendengar. Huahuahua!!! XD

Sekarang pon dah pening kepala beta. Cubalah tido wahai mata. Nih dah jam 2.30 pagi, ujan lebat. Nak tunggu apa lagi wahai mata? (Alamak, macam lari dari topik je? Maaf~). Berbalik kepada tajuk asal, iaitu Raya!!! Beta ingin meminta maaf kepada kalian atas segalanya yang telah beta lakukan. Minta maaf gak kat membe-membe sebab beta tak dapat nak beraya sama-sama ngan korang lagi sekali tahun nih. (Masuk nih 2 tahun dah tak beraya ngan kawan-kawan).

Aku harap korang tak marah la ek? Hehehe. Lagi 1 benda yang memang dari dulu-dulu lagi aku nak sangat. Mana duit raya aku??? Hahahhaa. Opss~ aku belum tua lagi aa, masih boleh menerima duit raya dari kalian woo~ ahahaha. Aku nak duit raya banyak, banyak, banyak dari korang sumer. Dapat aku buat macam dalam gambar kat bawah nih, hhehehe~ terima kasih semuanya!! XD


Tengok la, harimau pon dah dapat duit raya. Mana aku tak jeles, huwaaa!! :(( (harimau nih kucing baru dalam family kami, sebagai pengganti kuning *yang dah beristeri dan sekarang tinggal dengan keluarga mertuanya*. Kakak harimau namanya dubuk). Harimau & Dubuk la yang selalu menghiburkan hati ini kat umah setelah ketiadaan Kuning. Tengoklah c Harimau yang nakal, lincah & ganas tu kaco akaknya, c Dubuk yang ngah rehat. Comelnya lah adik-adikku yang kecil-kecil nih. Aku sayang sangat kat depa, kiut!! Sayang lebih kat kekandaku lar~ hohoho.

Baiklah kengkawan sekalian. Beta harap korang bergembira bersama keluarga dan rakan-rakan di hari raya ini. Tapi dalam kita beraya, jangan lupa adat-adat beraya (Wah!! Dah macam iklan imam muda la pulak :P). Bak kata sahabatku, sambutlah syawal nih dengan sederhana ya kawan-kawan :D.

Wasalam.

"Selamat Menyambut Hari Lebaran Minal Aidilwalfaizin"

Ampun maaf dipinta,
Nur Izzati @ Ezad_Nimo

Thursday, September 9, 2010

Hari Terakhir Ramadhan

4 speaker(s)
www.tips-fb.com
Salam~

Kawan-kawan, hari nih last day kita bersama dengan Ramadhan kerana esok Syawal nak datang. Esok dah Syawal, tapi kenapa aku macam tak excited ja nak beraya tahun ni ek? Agaknya sebab umur aku dah meningkat kot? Ontahlah labu. Dah malas sangat je nih. Aku terasa macam nak ilek kat umah je, layan citer kat tv. Dah la banyak citer yang menarik raya nih. Huhuhu, malasnya beta nak g merantau raya nih :(( Terasa ingin beraya dengan kekanda nun jauh di sana ja, tapi apakan daya diri ini. InsyaAllah tahun depan ja la (ehehehe. :P).

Tapi memang betul lah apa yang telah aku katakan tadi, aku tak bersemangat langsung nak beraya kali nih. Takde feel! Tak excited langsung! Takde suasana raya jugak! Aku letih, tak tahu kenapa. Aku malas, itulah hakikatnya. Aku bosan, kucinglah penemanku (harimau & dubuk - pengganti c kuning). Aku mengantok, tapi malas nak tido. Dewasa ini, aku dah malas nak online jugak. Aku tak tahu apa keinginanku. Aku blurrr~ (+.+).

Sekarang nih aku tengah menggigil kesejukan, tahan ja la. Aku sangat merindui kekasihku nun jauh di sana. (Peliknya, nape ayat aku untuk entry kali nih lembik je ekk? :-/). Ermmm. Maybe sebab aku dah lama sangat menganggur nih, tu yang jadi lemah sangat kot? Apa-apa je la. Beta dah malas nak layan sangat, just suka ja nak taip suma nih. Terasa macam bez ja :P. Ngantok! Ngantok! Dah la ezad, p la tido g. Orang lain ngah tido nyenyak tu, ko je berjaga dari tadi.


Lenguh dah, nak tido japg. Oo, sebelum terlupa. Beta nak mohon kemaafan lagi sekali sempena raya aidilfitri yang bakal menjelang esok hari, maaf zahir & batin. Sapa-sapa yang tak puas ati kat beta, maaf lah ye? Jangan simpan dendam k? Huhu, taknak la taip panjang lebar g, sebab kat entry before nih pon beta dah taip mende yang sama. Diharap kalian bergembira di hari raya ini! :)

Sebelum ana mengundur diri, ana ingin berpesan kepada anda semua. "Berhati-hatilah di jalan raya. Pandu cermat, jiwa selamat. Ingatlah orang yang tersayang & yang menyayangimu. Berdoalah agar semuanya selamat. Amin!" Hehehe, ntah pape ntah. (Iklan jap tadi :P).

Thanks for your visit to my blog. Thanks for reading. Thanks for your comment. Thanks for following me. Thanks for everything! :)

Wasalam.

pesanan dari,
ezad_nimo

Thursday, September 2, 2010

Raya Dah Dekat!!!

0 speaker(s)
www.tips-fb.com
Salam~

Salam Ramadhan!
(walaupun seminggu je lagi tinggal, tapi sempat gak nak ucap :P)

Alahai~ lamanya tak bukak blog nih, rindu sangat. Dah agak lama jugak tak post entry kat sini, sedih~ nih sumer gara-gara virus pe ntah yang menghalang diriku untuk membuka blogku ini. Syukur Alhamdulillah, sekarang dah boleh bukak dah. Harap-harap virus "misteri" tu tak datang mengganggu lagi lah ye, huhuhu. (Agaknya dorang dah kena kurung sempena bulan Ramadhan ni kot? Erk~).

Puasa tinggal seminggu je lagi, pastu dah raya dah. Raya tahun nih agaknya sama macam tahun lepas la kot? Tahun nih kitorang tak buat rumah terbuka, ayah cakap nak g jalan-jalan raya nih. Maybe macam tahun lepas gak, beraya kat lawas, sabah, Brunei & tak tahu jugak. InsyaAllah, kalo ikut plan memang macam tu lah hendaknya. Tengok keadaan dulu, harap-harap segalanya berjalan dengan lancar. Aminn! :)

Kehadapan sesiapa sahaja yang berada di mana-mana sahaja. Beta ingin meminta ampun dan maaf seandainya beta pernah melakukan salah dan silap kat kalian semua, sengaja mahupun tidak sengaja. Apa-apa yang beta pernah lakukan sehingga menyinggung perasaan kalian semua, janganlah disimpan dalam hati k? Mintak maaf yang teramat sangat. Beta sedar beta siapa. Beta bukanlah keturunan diraja. Beta hanyalah insan biasa yang tidak sempurna dan sering melakukan kesilapan tanpa disedari mahupun dalam keadaan sedar. Sesungguhnya, beta masih belajar erti kehidupan mahupun kematian. Diharap kalian halalkan juga makan minum mahupun apa sahaja harta benda kalian yang pernah beta termakan/makan, terambil, terbagi atau apa sahaja secara sengaja mahupun tanpa disedari. Beta berharap agar kalian sedia memaafkan beta serta menghalalkan apa sahaja yang beta pernah ambil dari kalian atau yang telah kalian berikan pada beta. Terima kasih kepada kalian kerana telah bersama-sama dengan beta selama beta mengenali kalian dan selama kalian mengenali beta. Beta berusaha untuk memaafkan serta menerima apa sahaja kekurangan serta kelebihan kalian. Beta hanyalah insan yang lemah serta hina, harap kalian tidak menyimpan dendam terhadap beta. Bersama-sama lah kita bermuafakat kerana ia boleh membawa berkat. :) (Sorry, ana merapu sedikit. Diharap kalian faham apa yang ana ingin sampaikan :D)

Hmm~ nak citer apa lagi ekk? Inilah jadinya setelah sekian lama tidak mencurahkan idea penceritaan di dalam blog ini. Dah jadi tunggang-langgang penceritaanku ini. Yeayy!! Good News!! Abangku yang tersayang dah selamat sampai ke rumah. Abang, selamat pulang!!! :D Hehehehe. (Alamakk, tergendala pulak aku nyer citer nih. Hahaha, meh kita sambung g!)

Erm, agak sunyi hidupku kebelakangan nih. Aku pon dah tak tahu nak citer pe g kat sini. Kalo macam tu, len kali la aku borak-borak g kat sini. Orite, selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir & batin! :)

Wasalam.

Yang menaip,
Ezad_Nimo :)

Sunday, June 13, 2010

Unsangkarable!! + FIFA!!

3 speaker(s)
www.tips-fb.com

Salam :)

Yo! Kabare? aha, yibba yibba angre angre~~ (nyanyi happy :P). Result untuk exam dah pon keluar, maknanya result akhir aku dah pon diketahui. Alangkah gumbiranya di hati setelah mengetahui aku mendapat keputusan yang agak memberangsangkan pada saat terakhir. At last, setelah 6 sem kat UiTM barulah aku mendapat result yang diimpi-impikan selama nih. Syukur alhamdulillah, walaupun tak seberapa tapi aku agak berpuas hati dan berasa lega sekarang.

Time nak check result tu memanglah sakit yang teramat sangat hati nih sebab server UiTM sangat lembab. Nak masuk student portal pon kena refresh beribu juta kali sebab jem sangat, tu pon x dapat jugak. Sampaikan aku tak tido selagi tak dapat tengok result tuh. Keesokan hari baru boleh masuk, tu pon nak kena tunggu lame jugak, haish~ Bila dah dapat tengok result tu, aku tak tahu camner perasaan daku yang sangat pelik itu. Hahahaha, memang lawak. Kalau korang tengok aku time tu mesti korang pelik. Mane tak nye, aku dah tergelak (tapi macam nak nangis je rase) macam orang tak betol dah. Takleh tahan gelak, rasa macam lawak je bila tengok result tu. Hahaha, unsangkarable betol lah!

Ahh!!! Sekarang pon aku rasa macam nak gelak puas-puas, tahan, tahan!! Memang tak logik, tapi itulah hakikatnya kawan-kawan. Aku dapat pointer yang baik untuk aku, pastu cgpa aku pon naik ke tahap yang aku impikan selama nih. Alhamdulillah, murah rezeki. Disaat akhir, aku capai ke tahap yang aku impikan. Merasa jugak tempat yang aku selalu inginkan. Agak seronok sampai perasaan bercampur-campur. Tapi papepon, itulah dia penutupan yang baik bagi aku.

Terima kaseh kat team Bau (k. anis, shey, ain) yang dah sama-sama menjayakan projek final kami, dah berjuang bersama-sama selama 2 semester berpraktikal di PKD Bau, yang dah bersusah senang dan melalui macam-macam bersama-sama. Mintak maaf kalo dah banyak wat salah n silap, thanks dah jaga aku selama nih. Sayang korang 3!!! TAHNIAH buat korang 3!!! :D

Thanks gak kat coursemate lain, team Lundu (ben, chan, ferik, jaf) yang slalu g umah kitorang d Bau (opss :P), team Kuching (nana, neti, azie, mas), team Serian (rs, dd, marcos, bob) & team Samarahan (sha, kinot, aron). Kita dah 3 tahun berjuang bersama. 2 tahun g kuliah sama-sama, setahun praktikal tempat lain-lain. TAHNIAH buat korang semua!!! TAHNIAH nana dapat ANC (Anugerah Naib Canselor *betol ka eja? :P).

Thanks n TAHNIAH gak kat kengkawan UiTM (ex-roomates, jiran-jiran, kengkawan len, FARIDA GOK *kawan sekolah) yang dah berjaya n ada yang dah grad. Yes, jom enjoy!! Wahahaha!!!

Owh, tak lupe jugak kat lecturers, supervisor, preceptor, staff PKD Bau, PKB Kuching, MDB (Majlis Daerah Bau), Jabatan-jabatan lain di Bau, Penduduk di Bau, terutama Kpg. Masjid (tempat umah sewa kami), Sk St. Patrick n SK Pedaun Bawah (yang telah bekerjasama bagi menjayakan projek final kami), kengkawan PKA KKAK (yang telah banyak membantu terutama KAMARUL MGONG yang selalu membantu di saat memerlukan) staff UiTM Sarawak n warganya, Kengkawan tak kira dimana berada & family yang tercinta atas sokongan, dorongan, panduan, tunjuk ajar, semangat, didikan, kasih sayang, penghargaan, perhatian, kata-kata yang memberangsangkan, serta macam-macam lagi. Jasa dan bimbingan kalian semua amatlah dihargai. ARIGATOU GOZAIMASHITA!!!

Waaa~ memang panjang la ucapan penghargaan aku nih. Aku harap dapat berjumpa dengan korang semua lagi, best sangat dapat kenal korang. Kengkawan UiTM, jumpe g time konvo nanti. Buat yang nak keja tu, arap korang dapat (aku jugak). Yang nak sambung degree pon arap korang dapat teruskan hajat korang. Yang nak g PLKN tuh (Harisu-sama), botakkan lah kepala anda dan hitamkan lagi lah kulit anda. Wahahaha!!!

Ooo, tak sabar nak dapat hadiah kemenangan dari Harisu-sama (ada 2 hadiah tuuu) sebab dah kalah dalam deal kami kali ni. Huhuhu, pasni tak tao bile lagi dapat wat camni. :( Thanks pakcik busuk! :P

P/s: Sekarang aku tengah tunggu match FIFA (England vs USA). Dah nak start. Sorry, aku pilih England, hahaha! (btw, tadi Argentina aku menang lawan Nigeria dengan gol 1-0).

P/s: Wah!!! Gerard (Captain) dah menjaringkan gol pertama untuk England pada minit 3 lebih. Wahahhaa!!! Go England!!! (I'm lovin it!)

Go! Go! Go! XD

Aisaka Taiga,
Ezad Nimo