Nak tau lagi? Meh klik :)

Tuesday, July 24, 2012

Another History Channel

26 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamu'alaikum w.b.t.~!

Salam ari puasa! Salam, salam jabat tangan, salam mesra alam, salam senyum selalu. Okay, jom sambung kisah Sejarah semalam. Hari ni nak story pasal kelas sejarah lagi, sambungan semalam la hoh~


Kisah dia macam ni. Macam semalam jugak, cikgu syok mengajar, kami buat macam biasa jak, bukan bising-bising atau diam-diam macam semalam, kali ni nampak neutral sikit. Budak kelas aku yang sorang tu, Shahnizam Doming nama di beri (sorry, aku terpaksa dedah nama ko rah sitok shah), ada seutas jam tangan di tangan kiri (aku tau sebab cuma ada 2 orang jak budak kelas aku yang guna jam sebelah kanan, malas nak mention nama diorang, hahaha). Shah ni ada rancangan dia sendiri, kitorang cuba ikut jak. Dia dah set jam pukul berapa loceng berbunyi sebab dah buat kajian awal-awal lagi, hahaha. Dah la memang tepat jam yang dia set, hebat kamu!

Jadi seperti biasa cikgu masuk kelas, ajar, soal jawab, ntah apa-apa lagi, tiada masalah sangat, kelas berjalan dengan lancar (walaupun aku selalu buat kacau dalam kelas ni, haha). Kemudian, terjadi la satu kejadian yang telah terjadi masa kat kelas ni (saja nak belit-belit lidah korang). Masa cikgu ni tengah bercakap, Shah tetiba sebut, "10, 9, 8.." pastu kitorang sama-sama countdown ngan dia, "7, 6, 5.." Cikgu pun jadi serba tak kena, terkejut kami tiba-tiba countdown.


Kalo korang dengar orang countdown tiba-tiba, apa korang buat? Aku geli hati tengok cikgu kitorang ni, dia tetiba cakap, "Kenapa ni? Apa dah jadi?" lepas tu terus tutup dua-dua telinga dan berlari dekat ngan pintu kelas (kalo tak silap aku). Kitorang teruskan, "4, 3, 2, 1" lepas tu... "Kringgggggg", loceng pun berbunyi. Hahaha, sakit ati cikgu tadi. Mesti dia ingat kitorang nak buat surprise kat dia, nak tikam tepung ka, telo ka atau mungkinkah ada bom dalam kelas?? Ya la, kalo dah muka panik sampai macam tu sekali, mana tak lawaknya, ahahha!

Tapi kan, aku memang suka tengok reaksi cikgu ni bila kami countdown, sangat memberi respon yang baik kat plan kitorang, hahaha. Terima kasih cikgu sebab ajar kami sejarah, rindu la dengan kelas dulu. Ada lagi cerita, tapi buat entri baru jak la, baru la banyak post aku, tak la padat sangat entri ni nanti.

Okay, selamat berpuasa dan selamat beramal!

Wassalam.

P/s: Aku konpius sebab ada macam-macam hal yang kami buat kat cikgu ni, jadi macam dah tercampur dengan kejadian yang lain je.

Budak sejarah,
Izzati

Monday, July 23, 2012

Diam, Jangan Bising!

5 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamu'alaikum w.b.t.~!

Salam sejahtera semua~!! Dah 3 ari kita berpuasa, tak terasa sangat walaupun cuaca panas kat sini. Cuma terasa nak tido jak, huhuhu.


Aku ada sikit cerita nak kongsi ngan korang. Ini cerita zaman persekolahan aku masa form 5 dulu, hahaha (belum cerita dah gelak, mesti tak best nanti, hehehe). Kisahnya berlaku waktu kelas sejarah yang sangat digemari oleh kami sekelas. Boleh dikatakan macam-macam peristiwa berlaku waktu kelas sejarah ni, kelas lain ada jugak, tapi yang ni lain sikit.

Kitorang student macam biasa la, memang suka buat bising dalam kelas kan. Jadi masa cikgu ni tengah mengajar kat depan, kami buat bising la. Tu yang dia marah (siap bawak rotan yang kecik tu, bukan macam budak sekarang, tak boleh kasar sikit) suruh kami diam, jadi kami pun secara otomatiknya mendiamkan diri tanpa ada berkata walau sepatah pun. (Time ni korang boleh imagine macam anime, ada burung gagak lalu, budak-budak dalam kelas diam je, dapat dengar bunyi gagak td je).



Cikgu ni pun seronok la mengajar dengan suasana yang sunyi sepi. Bila dia tanya, sorang pun tak jawab. Pastu dia tak peduli lagi, sambung mengajar. Dah tu dia tanya lagi, pun kami tak jawab. Cikgu kami pun dengan muka pelik dan kehairanan tanya, "kenapa kamu semua diam saja?". Tapi persoalan tu tetap tak berjawab. Dia dah jadi tak tentu, apa yang di ajar tadi hilang entah ke mana, yang menjadi persoalan sekarang kenapa kami semua menyepi. Yang aku pelik jugak, kenapa kami semua boleh jak sepakat mendiamkan diri, sorang tengok sorang, macam tengah transfer data melalui bluetooth / infrared jak.


Cikgu tadi dah jadik makin heran, dia tanya lagi budak baik dalam kelas kami, "kenapa kamu semua diam? Cakap la sesuatu." Budak tadi diam jak. Diam pun tanya lagi ketua kelas yang baik, "Vera, kenapa diam saja? Apahal kamu semua??" Budak tadi cuma mampu geleng-geleng kepala sambil menahan muka merah nak ketawa. Cikgu tanya lagi, "Kelas, kenapa kamu semua diam saja?? Cakap la sesuatu, ada apa ini??" kami cuma jawab, "........." Hahaha, memang bengang la kalo korang kat tempat cikgu tadi.


Kalo tak silap aku, kami semua serentak bising-bising bila dah dekat nak bunyi loceng. Kami cuma cakap, "Itu la cikgu, kami bising cikgu suruh diam. Bila kami diam cikgu suruh bising lagi." Hahaha, agak kejam dan kureng jugak la perbuatan kami ni kan?? (Adik-adik, jangan tiru aksi ini). Bila dah semua bising, loceng pun berbunyi, jadi kelas pun tamat. Cikgu bengang, kami happy sebab tak payah jawab soalan, hahahaha.


Buat kawan-kawan kelas 5 Sains 1 SMKL '06, harap-harap korang ingat gik la cerita tok ooo. Sorry kalo ada jalan cerita yang sik betul, sebab ada yang dah lupak, saja polah nya jadi menarik (janji hakikatnya perkara tok memang betol, haha). Oh ya, sorry aa sik selawak yang aku katakan awal-awal tadi, hehehe. :P

Ada lagi cerita dalam kelas sejarah, tapi lain kali jak la story mory, kita simpan dulu~

Jangan marah, kita berbincang.

Sekian, Wassalam.

Budak baik,
Ezad Nimo

Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1433 H

2 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamu'alaikum w.b.t. & Salam Sejahtera!

Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua umat Islam seluruh alam semesta walau dimana jua berada. Sudah 5 bulan aku tidak berkhabar di dalam dunia blogging ini, sudah berubah wajah rupanya dashboard ni.

Pertama sekali, aku nak mohon keampunan kepada semua sekiranya aku ada tersalah bicara / perbuatan secara sengaja atau tidak yang telah menyinggung perasaan kalian. Sememangnya aku bukanlah baik sangat untuk tidak melakukan perkara tersebut, makanya harap korang dapat la memaafkan aku k? Terima kasih bebanyak kerana sudi memaafkan, semoga Allah merahmati korang lebih-lebih lagi kita berada di bulan Ramadhan sekarang.

Keduanya, semoga di bulan yang mulia ini kita mendapat rahmat daripada-Nya dengan segala amalan baik yang kita lakukan. Tapi jangan pula ditinggalkan apabila selesai Ramadhan kelak, insyaAllah (peringatan untuk diri aku sendiri jugak). Semoga bermulanya dari tahun ini aku dapat menjadi insan yang jaoh lebih baik dari semalam dan seterusnya, insyaAllah, I will try my best.

Ketiganya, aku rasa aku tak pernah lagi update pasal aku dah selamat menjadi seorang ibu kat sini, so aku nak umumkan yang aku sekarang dah bergelar seorang ibu kepada anak lelaki aku yang berusia 4 bulan 2 minggu pada hari ini, alhamdulillah. Nama anak aku Yuwais, lahir pada 7 Mac 2012, jam 2.13pm dengan beratnya 2.71kg di Hospital Umum Miri. Haha, dah 4 bulan setengah baru aku bagitau korang kan? Sian korang tak tau, hehe. Bagi yang dah tau tu, bagus la~ :P

Sejak bergelar seorang ibu baru aku tau bagaimana perasaan ibu aku selama ni, betapa besarnya pengorbanan ibu aku. Aku selalu buat ibu marah, tetapi ibu hanya bersabar dan tetap pelok dan sayang aku, aku je yang tak paham. Tapi sekarang aku dah paham bukan senang nak melahirkan dan membesarkan seorang anak, dan ibu aku telah berjaya membesarkan 6 orang anak, insyaAllah. Aku ingin sangat menjadi seorang ibu yang mithali untuk anakku serta isteri yang solehah untuk suamiku, begitu juga aku menginginkan anakku menjadi anak yang soleh, insyaAllah.

Yuwais 2 bulan :)

Haha, agak serious jugak percakapan seorang ibu nih, terasa lain pulak dah, macam bukan aku jak, hehehe. Korang tengok la gambar-gambar anak aku ni, ada macam muka aku tak?? Oh ya, akhirnya bertemu jua Yuwais dengan udaknya (klik kat link tu kalo nak tau) selepas 4 bulan lebih udak tengok gambar jak, kesian~ hehehe. Baiklah, aku nak mengundurkan diri dulu, selamat berpuasa semua!

Akhirnya Yuwais dapat jumpa ngan udak. "Bena ka sik tok, bukan mimpi ka?"

Sekian, wassalam.

P/s: Banyakkan membaca al-Quran, berzikir, berselawat dan membuat amal kebajikan. Jauhkan dari percakapan yang sia-sia dan perbuatan yang tidak membawa manfaat. Semoga Ramadhan ini membawa lebih keberkatan kepada kita, insyaAllah :)

Ibu Yuwais,
Nur Izzati :)

Sunday, February 26, 2012

Menghitung Minggu

6 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamualaikum w.b.t.

Salam sejahtera buat semua warga pembaca! Dah lama tak sapu billik ni, berdebu dah. Sawang dan labah-labah pun banyak dalam bilik ni, hohoho. Ni nak kemas sikit-sikit ja la, sian nengok terbiar macam tu ja.

Nak bagitau, aku sekarang dah hamil 9 bulan (36 minggu), tak lama lagi nak melahirkan. Huhu, tak sabar nak tunggu kedatangan orang baru. Minggu lepas dah scan, tapi doktor masih tak dapat detect jantina anak ni. Bagusnya anak aku, memang pemalu macam ayah dan ibu dia gak, hehehe. Tapi bagus la macam tu, baru surprise bila dia lahir nanti.

Asyraf pegang perut usunya, mok main ngan adiknya dalam perut ya, hehe~

Doktor bagitau berat baby ni lebih kurang dalam 2.5kg camtu, okay la tu kan? Berat aku pun dah naik sampai 13kg dah ni, hohoho~ Geram ja rasa bila baby gerak gerak dalam perut, rasa macam nak tangkap ja kaki / tangan dia ni. Dapat rasa lutut / siku dia yang kecik tu, huhuhu.

Okay la, dah tak tau nak taip apa lagi, nak rehat jap. Doakan semoga semuanya selamat, baby lahir dengan selamat dan sihat, ibu baby selamat dan sihat ja, amin~

Wassalam!

P/s: Anak buah aku (Mohamed Asyraf) baru tumbuh gigi pertama kat bahagian bawah, geramnyaa~

Orang bujang hensem baru tumbuh gigi satu dah pande bergaya, hahaha!

Menghitung hari,
Ezad Nimo

Monday, January 2, 2012

Ichi Ritoru No Namida

8 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamualaikum w.b.t.!!

Salam sejahtera semua, diharap kalian sihat-sihat belaka. Dah lama aku tak update, idea banyak tapi line internet yang tak berapa nak elok. Lagipun agak kesuntukan masa nak post entri baru ni.

Tadi aku bukak Facebook abang aku, pastu terjumpa la cerita 1 Litre Of Tears. Lama dah tak tengok cerita tu, memang sedih. Kalo korang belum pernah tengok lagi, boleh la tengok sekarang. Itu pun kalo berminat la.

1 Litre of Tears (Ichi Litre No Namida)

Cerita ni memang sedih, ia di amik dari kisah benar pasal sorang budak pompuan (Ikeuchi Aya) ni yang ada penyakit yang tak dapat disembuhkan. Dia start kena penyakit ni masa umo 15 tahun, pastu dia teruskan hidup sampai umo 25 tahun. Kira 10 tahun la dia dapat bertahan, tu pun memang sedih kalo tengok kisah dia.

Ni la wajah sebenar dia, Aya Kito

Dalam tempoh dia sakit tu, mak dia ngan sorang doktor yang rawat dia ni soh dia tulis diari. Jadi semua kisah hidup dia ada tercatat dalam diari tu. Kalo korang tengok cerita ni memang banyak la diari dia. Dia ni memang kuat la walaupun tengah sakit teruk, boyfriend dia pun tinggalkan dia bila tau dia sakit. Apa punya jantan la itu orang.

Baiklah, rasanya tu ja untuk kali ni. Nanti la update lagi, satu cukup~ :)

Zutto Ikite!
Nur Izzati