Nak tau lagi? Meh klik :)

Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1433 H

www.tips-fb.com
Assalamu'alaikum w.b.t. & Salam Sejahtera!

Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua umat Islam seluruh alam semesta walau dimana jua berada. Sudah 5 bulan aku tidak berkhabar di dalam dunia blogging ini, sudah berubah wajah rupanya dashboard ni.

Pertama sekali, aku nak mohon keampunan kepada semua sekiranya aku ada tersalah bicara / perbuatan secara sengaja atau tidak yang telah menyinggung perasaan kalian. Sememangnya aku bukanlah baik sangat untuk tidak melakukan perkara tersebut, makanya harap korang dapat la memaafkan aku k? Terima kasih bebanyak kerana sudi memaafkan, semoga Allah merahmati korang lebih-lebih lagi kita berada di bulan Ramadhan sekarang.

Keduanya, semoga di bulan yang mulia ini kita mendapat rahmat daripada-Nya dengan segala amalan baik yang kita lakukan. Tapi jangan pula ditinggalkan apabila selesai Ramadhan kelak, insyaAllah (peringatan untuk diri aku sendiri jugak). Semoga bermulanya dari tahun ini aku dapat menjadi insan yang jaoh lebih baik dari semalam dan seterusnya, insyaAllah, I will try my best.

Ketiganya, aku rasa aku tak pernah lagi update pasal aku dah selamat menjadi seorang ibu kat sini, so aku nak umumkan yang aku sekarang dah bergelar seorang ibu kepada anak lelaki aku yang berusia 4 bulan 2 minggu pada hari ini, alhamdulillah. Nama anak aku Yuwais, lahir pada 7 Mac 2012, jam 2.13pm dengan beratnya 2.71kg di Hospital Umum Miri. Haha, dah 4 bulan setengah baru aku bagitau korang kan? Sian korang tak tau, hehe. Bagi yang dah tau tu, bagus la~ :P

Sejak bergelar seorang ibu baru aku tau bagaimana perasaan ibu aku selama ni, betapa besarnya pengorbanan ibu aku. Aku selalu buat ibu marah, tetapi ibu hanya bersabar dan tetap pelok dan sayang aku, aku je yang tak paham. Tapi sekarang aku dah paham bukan senang nak melahirkan dan membesarkan seorang anak, dan ibu aku telah berjaya membesarkan 6 orang anak, insyaAllah. Aku ingin sangat menjadi seorang ibu yang mithali untuk anakku serta isteri yang solehah untuk suamiku, begitu juga aku menginginkan anakku menjadi anak yang soleh, insyaAllah.

Yuwais 2 bulan :)

Haha, agak serious jugak percakapan seorang ibu nih, terasa lain pulak dah, macam bukan aku jak, hehehe. Korang tengok la gambar-gambar anak aku ni, ada macam muka aku tak?? Oh ya, akhirnya bertemu jua Yuwais dengan udaknya (klik kat link tu kalo nak tau) selepas 4 bulan lebih udak tengok gambar jak, kesian~ hehehe. Baiklah, aku nak mengundurkan diri dulu, selamat berpuasa semua!

Akhirnya Yuwais dapat jumpa ngan udak. "Bena ka sik tok, bukan mimpi ka?"

Sekian, wassalam.

P/s: Banyakkan membaca al-Quran, berzikir, berselawat dan membuat amal kebajikan. Jauhkan dari percakapan yang sia-sia dan perbuatan yang tidak membawa manfaat. Semoga Ramadhan ini membawa lebih keberkatan kepada kita, insyaAllah :)

Ibu Yuwais,
Nur Izzati :)

4 comments:

aisya said...

kecik2 muka laki kau.. dah makin besar nampak muka kau gik.. hehe.. uit, selamat berpuasa juak.. puasa x tek? hehe

eZad niMo said...

alhamdulillah posa, msh dpt btahan gk, hehe. nak, kedak muka aku kan? ya la transformasi namanya, hahaha.

prog muten said...

Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.
Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.
Harga serendah RM1.00/pcs.
Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri
Untuk keterangan lajut lawati blog shop kami:
http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

Aaron Grey said...

Hi, Nice post thanks for sharing. Would you please consider an intro to my website on your next post, I’ll return the favor. Please email me back. Thanks!

Aaron Grey
aarongrey112 at gmail.com

Insurance blog