Nak tau lagi? Meh klik :)

Thursday, September 2, 2010

Raya Dah Dekat!!!

www.tips-fb.com
Salam~

Salam Ramadhan!
(walaupun seminggu je lagi tinggal, tapi sempat gak nak ucap :P)

Alahai~ lamanya tak bukak blog nih, rindu sangat. Dah agak lama jugak tak post entry kat sini, sedih~ nih sumer gara-gara virus pe ntah yang menghalang diriku untuk membuka blogku ini. Syukur Alhamdulillah, sekarang dah boleh bukak dah. Harap-harap virus "misteri" tu tak datang mengganggu lagi lah ye, huhuhu. (Agaknya dorang dah kena kurung sempena bulan Ramadhan ni kot? Erk~).

Puasa tinggal seminggu je lagi, pastu dah raya dah. Raya tahun nih agaknya sama macam tahun lepas la kot? Tahun nih kitorang tak buat rumah terbuka, ayah cakap nak g jalan-jalan raya nih. Maybe macam tahun lepas gak, beraya kat lawas, sabah, Brunei & tak tahu jugak. InsyaAllah, kalo ikut plan memang macam tu lah hendaknya. Tengok keadaan dulu, harap-harap segalanya berjalan dengan lancar. Aminn! :)

Kehadapan sesiapa sahaja yang berada di mana-mana sahaja. Beta ingin meminta ampun dan maaf seandainya beta pernah melakukan salah dan silap kat kalian semua, sengaja mahupun tidak sengaja. Apa-apa yang beta pernah lakukan sehingga menyinggung perasaan kalian semua, janganlah disimpan dalam hati k? Mintak maaf yang teramat sangat. Beta sedar beta siapa. Beta bukanlah keturunan diraja. Beta hanyalah insan biasa yang tidak sempurna dan sering melakukan kesilapan tanpa disedari mahupun dalam keadaan sedar. Sesungguhnya, beta masih belajar erti kehidupan mahupun kematian. Diharap kalian halalkan juga makan minum mahupun apa sahaja harta benda kalian yang pernah beta termakan/makan, terambil, terbagi atau apa sahaja secara sengaja mahupun tanpa disedari. Beta berharap agar kalian sedia memaafkan beta serta menghalalkan apa sahaja yang beta pernah ambil dari kalian atau yang telah kalian berikan pada beta. Terima kasih kepada kalian kerana telah bersama-sama dengan beta selama beta mengenali kalian dan selama kalian mengenali beta. Beta berusaha untuk memaafkan serta menerima apa sahaja kekurangan serta kelebihan kalian. Beta hanyalah insan yang lemah serta hina, harap kalian tidak menyimpan dendam terhadap beta. Bersama-sama lah kita bermuafakat kerana ia boleh membawa berkat. :) (Sorry, ana merapu sedikit. Diharap kalian faham apa yang ana ingin sampaikan :D)

Hmm~ nak citer apa lagi ekk? Inilah jadinya setelah sekian lama tidak mencurahkan idea penceritaan di dalam blog ini. Dah jadi tunggang-langgang penceritaanku ini. Yeayy!! Good News!! Abangku yang tersayang dah selamat sampai ke rumah. Abang, selamat pulang!!! :D Hehehehe. (Alamakk, tergendala pulak aku nyer citer nih. Hahaha, meh kita sambung g!)

Erm, agak sunyi hidupku kebelakangan nih. Aku pon dah tak tahu nak citer pe g kat sini. Kalo macam tu, len kali la aku borak-borak g kat sini. Orite, selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir & batin! :)

Wasalam.

Yang menaip,
Ezad_Nimo :)

No comments: