Nak tau lagi? Meh klik :)

Thursday, September 9, 2010

Hari Terakhir Ramadhan

www.tips-fb.com
Salam~

Kawan-kawan, hari nih last day kita bersama dengan Ramadhan kerana esok Syawal nak datang. Esok dah Syawal, tapi kenapa aku macam tak excited ja nak beraya tahun ni ek? Agaknya sebab umur aku dah meningkat kot? Ontahlah labu. Dah malas sangat je nih. Aku terasa macam nak ilek kat umah je, layan citer kat tv. Dah la banyak citer yang menarik raya nih. Huhuhu, malasnya beta nak g merantau raya nih :(( Terasa ingin beraya dengan kekanda nun jauh di sana ja, tapi apakan daya diri ini. InsyaAllah tahun depan ja la (ehehehe. :P).

Tapi memang betul lah apa yang telah aku katakan tadi, aku tak bersemangat langsung nak beraya kali nih. Takde feel! Tak excited langsung! Takde suasana raya jugak! Aku letih, tak tahu kenapa. Aku malas, itulah hakikatnya. Aku bosan, kucinglah penemanku (harimau & dubuk - pengganti c kuning). Aku mengantok, tapi malas nak tido. Dewasa ini, aku dah malas nak online jugak. Aku tak tahu apa keinginanku. Aku blurrr~ (+.+).

Sekarang nih aku tengah menggigil kesejukan, tahan ja la. Aku sangat merindui kekasihku nun jauh di sana. (Peliknya, nape ayat aku untuk entry kali nih lembik je ekk? :-/). Ermmm. Maybe sebab aku dah lama sangat menganggur nih, tu yang jadi lemah sangat kot? Apa-apa je la. Beta dah malas nak layan sangat, just suka ja nak taip suma nih. Terasa macam bez ja :P. Ngantok! Ngantok! Dah la ezad, p la tido g. Orang lain ngah tido nyenyak tu, ko je berjaga dari tadi.


Lenguh dah, nak tido japg. Oo, sebelum terlupa. Beta nak mohon kemaafan lagi sekali sempena raya aidilfitri yang bakal menjelang esok hari, maaf zahir & batin. Sapa-sapa yang tak puas ati kat beta, maaf lah ye? Jangan simpan dendam k? Huhu, taknak la taip panjang lebar g, sebab kat entry before nih pon beta dah taip mende yang sama. Diharap kalian bergembira di hari raya ini! :)

Sebelum ana mengundur diri, ana ingin berpesan kepada anda semua. "Berhati-hatilah di jalan raya. Pandu cermat, jiwa selamat. Ingatlah orang yang tersayang & yang menyayangimu. Berdoalah agar semuanya selamat. Amin!" Hehehe, ntah pape ntah. (Iklan jap tadi :P).

Thanks for your visit to my blog. Thanks for reading. Thanks for your comment. Thanks for following me. Thanks for everything! :)

Wasalam.

pesanan dari,
ezad_nimo

4 comments:

Unknown said...

selamat ari raya ezad..

eZad niMo said...

slmt ari raya apik. duit raya? :) hehehe :P

ILA HonEyBuNNy said...

selamat hari raya..maaf zahir dan batin~~

eZad niMo said...

HonEyBuNNy:

selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir & batin. :D