Nak tau lagi? Meh klik :)

Monday, October 7, 2013

Aku Bukan Penganggur

www.tips-fb.com
Assalamualaikum w.b.t.!!!

Salam Sejahtera!!!

Salam Oktober semuanya~!!!! Apa khabar wahai blogersreaders sekalian?? Lama dah aku tak tanya korang soalan yang sebegini kan?? Hehehe~

Okeh, sempena bermulanya Oktober yang sangat dinanti-nantikan nih, aku berazam untuk menjadi seorang yang rajin, berdedikasi, jujur, amanah, bertanggungjawab dan sewaktu dengannya. Ya la, sekarang aku dah cukup sebulan bergelar seorang ibu muda yang bekerjaya, hehehe (seronok rasanya bila dah dapat bekerja).

Berbalik kepada topik asal, aku nak cer-cer sikit kat korang pasal kejadian yang berlaku malam semalam semasa aku tengah tido. Cerita dia takde la panjang sangat, pendek je. Ni pun mak aku yang baru stoly molly kat aku tadi sebelum dia tido, hahaha.

Kisah ni bermula semasa aku tengah nyenyak tido selepas mendodoi anakku semalam. Malam tu anak aku nangis nak menyusu, jadi aku tak dengar sangat sebab dah keletihan seharian bekerja. Mak aku pun tolong la gerakkan aku, dan dengan slumber aku menjawab, "Orang nak ngira barang lok tok". Dalam nada yang agak marah mak aku berkata, "Barang apa gik nak di kira kau?? Malam dah ari tok, di rumah dah kau ya, bukan di opis gik. Anak kau nangis nak nyusu tok." Lalu dalam nada berbisik aku berkata, "Orang nak ngira barang pun sik boleh". Pastu aku pun bangun dan tak sedar langsung yang aku ada berkata-kata seperti yang di atas. Kalo aku dah letih sangat aku memang mudah nak ngigau sikit, hehe.

Hakikatnya, aku langsung tak sedar akan semua kejadian ni. So, mak bapak aku cakap nanti dorang rekod video aku supaya aku percaya dengan adanya bukti! (Dorang gurau je pun, takde la sampai nak amik video kan, hehehe). Oh ya! Lagi satu sebelum aku terlupa, jangan lupa klik-klik iklan kat page aku nih kalo korang ternampak k?? Trimas!!!

Okay lah, sampai sini je cerita kita untuk bulan ni. InsyaAllah bulan depan kita jumpa lagi, hahahaha!!

P/s: Kalau korang nak tau, dah seminggu aku buat draft ni, tapi baru hari ni aku sempat nak siapkan and publish post nih. Sebab tu aku rasa macam tergantung je cerita aku, mungkin sebab idea aritu dah lari kot? Kesian, kesian, kesian~

Sincerely,
Nimo :)

2 comments:

aisya said...

hahahahahaha! Kesian yuwais..

eZad niMo said...

nah, laju juak komen, haha. lelah glak mak yuwais ba, x sedar diri dah, hahaha