Nak tau lagi? Meh klik :)

Saturday, January 23, 2010

Hari yang penuh penantian :-|

www.tips-fb.com
Assalamualaikum w.b.t. & Salam sekalian alam~!

Hai! Lame dah aku tak update blog nih kan? Huhuhu, agak malas la jugak sekarang. Ni semua gara-gara tak dapat nak online sangat arr. Takpe la, posa blog wat satu jangka masa yang tak dapat dijangka. Ahaha... :P

Hahaha! Wah, giler ah! Takder idea langsung ar nak taip ape. Dari tadi kaku je, tak tertaip sepatah perkataan pon. Huhuhu T_T agak sedih ar jugak. Idea beku sudah, tak dapat nak dikeluarkan. Think!!! (Hehehe, monolog dalaman kejap :P)

Setelah berbincang dengan seorang rakan, baru ar dapat idea dah sekarang. (Kasihan sungguh diriku ini,hahaha). Erm, citer yang aku nak kongsi ngan korang kali ni takde ape la sangat. Hehehe...citer biasa-biasa je pon, takde yang menarik sangat.

Kisah ni masih fresh lagi, baru je semalam berlaku ke atas diriku yang sangat lah kasihan ini. (Oo tedah kamek koh~ hahaha). Semalam (Jumaat - 22/01/2010), aku memang dah plan nak balik kat UiTM, luangkan weekend ngan kengkawan kat sane. Pagi sampai petang tu kitorang agak busy ar jugak kat tempat praktikal (Bau), sebab banyak perkara nak disettlekan secepat mungkin. Tapi ade je masalah. So, dalam pukul 4 petang camtu, aku ngan gong (Member sama praktikal yang aku tumpang untuk balik ke UiTM) dah gerak nak ke Kuching. Lebih kurang jam 4.20 petang camtu kami sampai ar kat office kat Kuching tadi. Lepas selesai je tugas yang perlu dilakukan kat sane, kami pon berangkat la menuju ke UiTM.

Sepanjang perjalanan kitorang tadi, macam-macam yang berlaku. (Takde ape pon sebenarnye, saja je nak wat suspen, wawawa...). Ermm... Nak dijadikan citer ar kan, sepanjang perjalanan kitorang tadi tu, kitorang just melayan lagu yang dimainkan kat dalam keta. Ade ar jugak borak-borak sikit, mesej-mesej ngan kawan-kawan, tergelak-gelak je dalam keta, memekak-mekak lagi, macam-macam arr. Ala, normal ar tu, korang pon mesti ade wat camtu gak kan?? Hehehe... Biasa je la, takde apa yang menarik nak diciterkan kat situ. Tak lame pastu dah nampak dah UiTM di depan mata, hohoho~ (Bez eh! Bez eh!!). Time tu agak tersenyum lebar ar jugak, sebab excited nak jumpa ngan kengkawan kat UiTM nih. Fuh!

Sesampai je kat depan blok Kolej Gading (Asrama bini-bini; dalam erti kata lainnya ialah perempuan, hehehe...), aku pon terlupe la nak tanye c bell (Member merangkap rumet lame aku, huhuhu...) ni tadi, dia stay kat bilik mane. (Haiya, layap na jak eh). Pastu aku cube la call dia. Bape kali ntah cube, takde gak kawan ni jawab, aiyo~ Terpaksa la call member yang lain. Call g atiq (Rumet bell sekarang), pon takde jawapan gak. Atiq ada angkat, tapi aku dengar dorang ngah berborak ape ntah. Huh! Memang sah dak sorang tu terjawab panggilan aku, tapi tak sedar plak, aiseh~ Last-last aku call Shera (Orang yang bertanggungjawab membawa budak-budak kecik tadi), baru i can go through them. Cis! Memang saje nak soh aku call dorang suma agaknye, ape daa~

Pastu aku tanye laa,"Uit shera, korang kat cney ya??". Shera pon jawab,"kamek orang kat BDC tok, atiq ngan bell pun ada skali ngan aku ctok". Aiyo ama, keluar rupanye dak-dak bertuah nih. Uhuhu. Lepas tanye bilik dorang katne, aku pon keluar la g amik barang-barang dalam keta gong. Sebenarnya gong pon dah bengang kit time tu, wawawa!! Ye lar, dari awal tadi aku tak tanye plak dak-dak kecik ni tadi katne, last minute baru tanye. Hehehe.. (Gong ya eksen jak bengang, gik asa, wawawa..boh manas oO~). (Ngegeh gong, sempat gik nyakat orang time mok blah ya, huh~!).

Emm, seperti biasa, aku bawak arr barang-barang aku menuju ke destinasi yang sepatutnya. Pastu letak je kat luar bilik, then aku pon g duduk kat depan pejabat kolej sambil menunggu kawan-kawanku yang disayangi. Dalam kegembiraan menanti itu, aku pon call la kawan aku yang lain, saje borak-borak. Ye lar, dah terlalu seronok sangat menunggu. Uhuhuhu~ Setelah berjam-jam menanti, aku pon terserempak ar ngan sorang member kat depan blok tu. Aku borak ar kejap ngan dia. Dia ajak la aku g lepak-lepak kat bilik, tapi aku malas nak naik ke bilik dak tu, tinggi sangat lorh. Time tu aku sebenarnya ngah menahan kengantukan yang teramat sangat. Dah ar ngantok, letih giler lagi tu. Haih~~ Poor me hoh~~

Setelah terseksa menanti, aku pon buat ar keputusan (Agak lame ar jugak nak wat keputusan ni sebenarnya). Aku g jugak kat bilik member sorang tu tadi, simpan jap harta karun aku kat sane sementara menunggu geng yang lain tu balik. (Terasa macam isteri menunggu suami balik la plak, hahah!!). Ermm, dah agak bosan jiwa ini menanti, aku pon ajak la sorang kawan pergi keluar. Alaa, saja nak amik angin kat luar. (G round-round eh kata orang sarawak tek). Nasib ar member nih sudi nak keluar ngan aku, huhuhu. Memang bait nyer kawan, tak rugi kawan ngan pakcik nih. Wahahaha!!! (Jangan marah :P).

Time tu masih awal g, lebih kurang dalam pukul 7 lebih kalo tak silap aku. Aku ingatkan dia nak bawak aku g jalan-jalan kat kawasan Kota Samarahan je, rupanya g Kuching kitorang berdua nih. (Rajin da jak mbak g jalan jaoh-jaoh, huhuhu...). Tapi memang time tu aku memerlukan suatu perjalanan yang agak panjang dan jaoh sebab bosan giler ar menunggu kat kolej tu, hadoiii~! Kitorang pon borak la macam-macam, sambil explore bandar Kuching nih. Bez jugak time tu, sebab aku bukan senang nak dapat peluang g jalan-jalan waktu malam kat bandar nih. Dia bawak plak aku g tempat yang aku tak pernah pegi, lagi la aku seronok. Terasa macam pergi melancong la plak, ahahaha~ Bez! Bez!! Hilang gak kebosanan dan kesedihan akibat ditinggalkan kawan-kawan tadi, huhuhu. Arigatou neh~! (^_^)V

Seronok la g jalan-jalan malam tu, terasa macam tak nak balik UiTM je, wakaka!! Pastu member pon mesej, gtaw dorang balik t kol 9.30 malam. So, kawan aku tadi pon g la anta aku balek... Dalam kol 9.45 malam baru sampai kat pintu gate UiTM. Agak sengal la jugak disitu. Ye lar, pak guard tu tak lepaskan keta member aku masuk plak. So, terpaksa la aku bersenam di malam ari (Takpe la, dalam keta tadi pon dah beku kesejokan. Jadi kena la bersenam kit untuk panaskan badan, hahaha!). Eee, geram!! Tengok keta orang lain dapat je lepas, peduli ar ada stiker UiTM ke tak, tapi lepas gak. Hish! Saje nak susahkan aku malam tu, waa~!!!

Urmm... Dah sampai tu, bateri handset lg mampus. Cobaan~ Nasib ada bilik member lain, leh la tompang kasih kat ctu. Lorh, memang lame ar budak-budak ni kuar. Takde jugak balik-balik lagi, apuu deh~!!! Agak-agak dalam jam 11 malam camtu baru aku dapat masuk bilik dorang bell ni tadi, wahhh!!! Cepat-cepat aku g mandi. Dah ar lewat, sorang-sorang lagi tu. Eee, seram-seram!!! Hahaha...

Kemudiannya, kawan-kawan ni tadi pon bagitau la kat aku. Tadi dorang kuar g wat asaimen, ETR ape ntah, aku tak penah blajo mende tu, bukan bidang aku, wawawa! Patut ar lame, dahtu sempat g shopping jap. Mak aieh, sonok nampak ea? Uhuh~ Yang paling bez, bell gtaw arr, die terlupe yang aku nak datang UiTM ari Jumaat tu. Fuh...bez je. Hahah~

Takpe la, aku paham keadaan dorang. G pon thanks la kat dorang. Kalo dorang tak wat camtu, takde la aku dapat jalan-jalan ngan member sorang tadi, eheheh~ Seronok jugak dapat g jenjalan, wahahhaa!! Tapi yang geramnya, member yang bawak g jenjalan tu gtaw kat aku,"Cdak kawan-kawan kitak sik sudi mok nerimak kedatangan kitak, sebab ya cdak g kuar tinggalkan kitak." (Ngegeh kitak ya, huhuhu~).

Ermm... Okai la pembaca sekalian, ni je yang mampu aku citerkan kat korang kali ni. Sori la kalo tak seronok sangat, takde idea la. Daku kebuntuan idea sudah, tak dapat nak kasi korang baca citer yang mantap punya. Hohoho. Takpe la, arap korang enjoy la ye. Kalo senang-senang lagi, t aku update g. InsyaALLAH. :)

Selamat Tahun Baru 2010!!!! Ahahaha, dah ketinggalan. Tapi takpe, masih sempat g nak wish kat korang. Love u all!!! <3

Salam.

Ikhlas,
Ezad Nimo