Nak tau lagi? Meh klik :)

Monday, May 10, 2010

~ Tamat Sudah ~

www.tips-fb.com

Salam sekalian hidupan~!!

Hai! Lame tak berkhabar kat sini, rindunya~ Hohoho, aku sangat hepi + sedih gak nih. Untuk pengetahuan kalian, aku sekarang dah tamat pengajian peringkat diploma kat UiTM tu. So, aku hanya menanti sesuatu yang aku pun tak pasti. Haih, tak tahu nak buat ape time cuti ni. Yang pasti, aku dah free sekarang n hepi sangat. Nak berehat sepuas-puasnya. Ooo~yeayy!!!

Dah seminggu aku balik rumahku syurgaku, tapi baru sekarang nak post n3 kat sini kan? Haha, sorry, agak malas la kebelakangan nih :P. Ermm, aktiviti yang pasti sepanjang cuti nih ialah tunggu kawan bawak g jenjalan. Pastu weekend lak busy ngan softball (I'm crazy about this game, I do!), so takleh nak ganggu weekend aku kecuali training cancel laa, hehehe. Selebihnya, banyak diluangkan d dalam rumah bersama internet-internet yang boleh menghubungkan diriku dengan yang lain, ahaks~!

Phew~ agak buhsan jugaklah cuti panjang nih tanpa plan yang menarik. Tak tahu nak buat ape, hanya menanti, menanti n menanti. What I'm waiting for? Haih, what to do~ Inilah kehidupanku tanpa pengajian. Rindu plak dengan kawan-kawan sekelas, seUiTM, serumah, sepejabat, seperjuangan, sepengajian, seperjalanan, segilaan, selepakan, sewayangan, secintaan, sekasihan, sesayangan, semuanya~~~ T_T (Sorry, touching sikit).

Teringin rasa hati nak kembali ke sana, tapi apakan daya, masaku dah berlalu. Sekarang masa untuk junior-juniorku saja lagi. Pergilah korang meneruskan perjuangan kami. Uwaa, aku sayang PKD Bau!!! Otin okuk jobong d mu'u!!! T_T Huhuhu, agak sebak disini. selama 10 bulan praktikal, akhirnya berpisah juga. Terlalu banyak kenangan pahit, manis, tawa, duka dan macam-macam lagi yang kami lalui bersama. Seronok oo kalo dapat p sana lagi :D.

Taknak sedih-sedih lagi. Now, nak kongsi pasal aktiviti kat umah plak. Memandangkan aktiviti wajib every weekend is Softball, so nak citer pasal mende tu plak. Tak ingat dah bape lame aku tak main softball, mungkin dalam 10 bulan praktikal tu la kot? Haa, ari sabtu aritu baru 1st time aku beraksi kembali setelah lama ditinggalkan. Adohh~ sakit woo~ Tak sangka plak aku akan dilatih dalam position yang tak pernah aku sandang, iaitu Catcher. Ya Allah, Tuhan je yang tau ape yang aku rasa. Giler sakit oo kedua otot paha aku mencangkung lame-lame pastu angkat g cepat-cepat nak tangkap bola. Perghhh~~~ posisi yang agak mencabar bagiku, tapi agak menarik dan seronok setelah dicuba.

Uishh, kalo korang tengok aku men time tu, memang korang tergelak dah. Mane tak nye, catcher kan kene pakai full safety. So, aku terasa macam transformer la plak dengan safety aku tu. Dah la badan aku kecik, mask tu plak longgar sebab muka aku kecik, lagi la lawak. Aku jalan pon dah macam penguin kot? Wakakaka!!! Agak sengal di situ, sabo je laa (syok sendiri dah :P). Time training 1st time tu memang sakit. Maybe sebab aku tak warming up dengan betul, tu la pasal. Ish, abis je training, cepat-cepat aku bukak semua safety tu. Haa, time tu baru aku terasa macam nak pitam, dah tak larat giler. Teramatlah letih dan kehilangan banyak energy. Atau dalam bahasa sarawak kami panggil "kepak". Hahaha! Atuhkui~

Dah tak tahan nak pitam, aku g kat pili air, pastu cuci tangan (macam takde makna je, huhu). Then, tak tahan berdiri lama-lama, aku terus duduk n luruskan kedua belah kaki, giler ahh!! Baru aku terasa sakit sangat. Time dorang dah stat game, aku g beli air mineral (Haus oo, lupe lak nak bawak air mineral, duhh~). Agak lega la jugak lepas meneguk H2O tadi, haa~ Nasib la coach aku soh aku g jaga outfield, dia yang jadi catcher, kesian kat aku kan. Thanks John!!

Tapi, 3rd inning tu we changed. Dia soh aku jadi catcher, for me to learn during game ba, he said. Ok, aku setuju, sebab nak merasa jugak macamana keadaan time game. Perghh, agak mencabar. Tapi rasanya training lagi memenatkan + menyakitkan. Btw, I really love all this~! My motto is, No Pain, No Gain. So, tak hairan la I suke. Hahaha. Erm, akibatnya. Sampai today aku masih menanggung kesakitan otot-otot paha serta tanganku. Waseh, baru terasa seronok dapat melepaskan kerinduan di dalam game ini. I'm loving it~ :D

Can't wait for this weekend. This time kena warming up betul-betul dulu, baru tak sakit lagi. Thus, dah lame tak main, tu la pasal. Hehe. I'm very happy now, walaupun sedih meninggalkan Kuching. Yeayy~ This week ada orang nak sponsor makan. Best! Best! I like! Hahaha.

Ermm, dah tak tau nak kongsi pe lagi. Oo, ade-ade! Kat umah dah ada kucing peliharaan. Wee~ the name is Kuning, sebab dia berwarna kuning. Jantina plak is jantan, haha. Kuning yang sangat nakal dan lincah. Dah macam budak kecik plak, geram betul. Tapi minatang ni laa yang menghibur hati kami di rumah. Thanks to my dad yang bawak dia balik umah :D.

Tu je la untuk post kali ni k. Hope to see u guys soon.

Ja~

Truth,
NimoNimo

2 comments:

Ain Atika Zailani said...

wah..tahniah.. awak dah abis study..bila pulak saya nk habis ni? =(..

eZad niMo said...

ain: nanti awak pun abis la jugak tu. sabar lah ye. nikmati masa study nih sepuas2ynya. nanti kalo dh abis, mesti rindu nak study lg. hehehe~ :D