Pages

Tuesday, April 6, 2010

Puasa On9 :)

9 speaker(s)
www.tips-fb.com
Salam Kembali~

Buat semua warga blogger, diharap kalian semua sihat belaka. Kali ni aku taknak merepek, walaupun kepala dah agak berat sangat. Aku just nak inform hal aku deal ngan kawan merangkap bestfren merangkap classmate aku jugak, yaitu harisu-sama (rs). As usual, bila dah dekat nak final exam, kami dua akan deal untuk tidak on9 melainkan search info yang berkaitan dengan pelajaran je. Selesai search, kami kena tutup web tu.

So, baru tadi kami buat deal lagi sekali untuk mula berpuasa on9 pada detik 12 tengah malam ini sehinggalah hari ahad (18 april 2010) sehari sebelum presentation projek akhir tahun kami. Maknanya di sini, pada hari ahad itu kami dah boleh mula on9 lagi. Jika salah seorang dari kami melanggar deal ni tadi, kami kena blanja pihak lawan dan hadiah juga kena disediakan.

Hanya dengan cara ini, aku dapat menyiapkan segala kerja yang tertunggak tanpa perlu memikirkan hal lain yang hanya membuang masa dan tidak berfaedah sahaja. Lagipun, semua ini amat membantu bagi aku yang lemah, leka serta lalai ini. Diharap aku mendapat doa, restu dan berkat dari korang semua. Wish me all the best and good luck for my report, exam, project and presentation k? May Allah Bless U All!!! :)

Sincerely me,
Ezad Nimo

Thursday, April 1, 2010

Ketensian dan Kerepekan Yang Melampau

1 speaker(s)
www.tips-fb.com
Salam semua warga blogger~ :D

Nothing much to share, just nak gtaw yang sekarang ni diriku amat tensi (tension) yang teramat sangat. Ni semua gara-gara tabiat buat keja last minute yang tak berubah lagi sejak dahulu kala. Haih~ ape nak jadi, aku pon tak tahu. :( I'm so down right now!!! Warghh!!! Tensi tahap gaban!!! ~x(

Tinggal tak kurang dari sebulan je lagi nak abes, pastu merdeka la haku. Ngahahaha!!! Riangnya dalam hati, ngehehehe~ :P Tapi dalam masa tak kurang dari sebulan tu jugak la aku terasa like i'm in hell right now!! Oh man~ Can't wait to finish all this, i want to take a deep breath smoothly~ cool... Ehe.

Aku ni pon satu gak. Dah tao due date tak lame g, masih gak bersuka ria dan berlari-lari di opis nih dengan gembiranya tanpa memikirkan masalah yang sedang melanda diriku ini. Ah toh kui~ Aku sekarang diibaratkan seperti seorang kanak-kanak idak bersalah yang hanya mengimpikan saat-saat kebebasan dimana daku dapat bermain dengan gembiranya tanpa perlu melakukan kerja-kerja orang dewasa. Daddy, help me~!!!!

Hahahha, saya sekarang berada di tahap yang kurang memuaskan, harap maklum. So, kalau ada ayat-ayat yang agak tidak difahami dalam n3 kali ni, harap maaf. Diriku tidak dapat memberikan kepuasan dalam pembacaan kalian dalam n3 kali ni. Segalanya dipenuhi dengan ayat-ayat kerepek yang aku sendiri pon tidak paham sepatah apa yang aku taip. Cuma terasa seronok je ingin menaip sepuas-puasnya sekarang. (Aku sekarang tengah menaip laju-laju tanpa henti walaupun telah ketandusan idea). (Wah, bestnya menaip~).

Ok la. Kembali normal. Malas nak merepek g. Time to study, exam is just around the corner. Due date for report utk exam pon x lama g. Sebelum aku parai, elok aku blah dulu. Btw, len kali aku nak post n3 pasal dinner pregraduate kitorang yang baru je berlangsung 3 april 2010 aritu kat Majestic Riverside Hotel kat Kuching.

Okidesu! Ja mata~

Ezad_Nimo

Saturday, March 6, 2010

FYP - our progress :)

6 speaker(s)
www.tips-fb.com
Salam semuanya! :)

Hello, i'm back! Hehehe :D Ermm, ari ni aku nak crita pasal projek kitorang aritu. Kat entry yang sebelum ni aku kan penah cerita pasal Final Year Project (FYP) kami kan? So, sekarang aku nak cerita sikit pasal kegiatan kitorang aritu. Hehehe.

8-11 Februari 2010 (Isnin - Khamis) aritu kitorang wat ceramah pendidikan kesihatan kat sekolah rendah kat area Krokong, Bau. Jadi, dua buah sekolah rendah kat kawasan tu dah terpilih sebagai sekolah yang akan dikaji untuk menjayakan projek kami ni tadi. Sekolah tu ialah, SK Pedaun Bawah (Control School) dan SK St. Patrick (Case-breakdown School). Tajuk ceramah kitorang ialah Dengue Fever (DF) dan Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD). Target kitorang ialah budak-budak darjah 4-6 yang majoritinya berumur diantara 10-12 tahun.

Pada 8-9 Februari 2010 (Isnin-Selasa), kami telah menjalankan ceramah kesihatan mengenai HFMD kat SK Pedaun Bawah (Kak Anis) dan SK St. Patrick (aku ler~). Pastu pada 10-11 Februari 2010 (Rabu-Khamis) plak kitorang dah menjalankan ceramah kesihatan mengenai DF kat SK Pedaun Bawah (Ain) dan SK St. Patrick (Shey) yang mana kitorang mendapat sponsor Shieldtox daripada syarikat Reckitt Benckiser yang akan diedarkan kepada ibubapa pelajar tahun 4-6 yang turut serta dalam menjalankan gotong-royong kat kawasan sekolah tersebut. Kitorang wat gotong-royong membersihkan kawasan sekolah bersama dengan PIBG pada hari ceramah DF (Kempen anti-denggi) tersebut kerana kawasan sekolah ini merupakan kawasan "hot-spot" denggi di Daerah Bau.

Hari pertama: 8 Februari 2010 (Isnin) - HFMD at SK Pedaun Bawah by Kak Anis

Itu dia Kak Anis kita yang memulakan ceramah untuk projek ini :D

Time nih kitorang just bagi borang kaji selidik kat pelajar je pasal HFMD. Lepas dorang dah selesai jawab suma soalan barulah kitorang stat wat ceramah. Tetamu yang turut hadir pada hari ni ialah lecturer kitorang, iaitu En. Khamri bin Hj. Katang dan dua orang rakan kitorang yang praktikal kat PKB Kota Samarahan, iaitu Kinot dah Sha. Thanks for coming. Dari PKD Bau plak, cip kitorang yang join, iaitu En. Gendang Pol. Terima kasih kerana sudi luangkan masa ngan projek kitorang nih. :)

Hari kedua: 9 Februari 2010 (Selasa) - HFMD at SK St. Patrick by aku sendiri :D

Adik-adik ngah mendengar aku bagi ceramah dengan tekun sekali :)

Yang ni plak kitorang bagi borang kaji selidik pasal HFMD kat pelajar sebelum (pre-test) dan selepas (post-test) ceramah. Yang hadir pada kali ni tak ramai, just En. John Kennedy dari PKD Bau je. Yang lain takde, huhuhu~ :P Tapi tetap thanks gak kat dorang yang telah menjayakan program nih. Hehehe. :D

Hari ketiga: 10 Februari 2010 (Rabu) - DF at SK Pedaun Bawah by Ain :D

Ain ngah bagi ceramah kat adik-adik :)

Adik-adik Shieltox! Hahaha :P

"Saya Anti Denggi!!!" :D


Abg Zaidi dgn mukanya yang sangat happy.
Adik2 yang comel :D

Gotong royong berjalan ngan lancar!

Cip PKD Bau, Mr. Gendang Pol, Pegawai Unit Promosi Kesihatan PKB Kchg, Mdm Pises, Guru besar SK Pedaun Bawah, En. Lee & Orang2 kuat Reckitt Benkiser.

Sesi mengedarkan Shieldtox kepada ibubapa, dah macam orang menang peradan plak.
"Saya telah menang, terima kasih Shieldtox!"
Hahahha~ :P
Kali ni same gak macam yang hari pertama, just kitorang bagi borang kaji selidik mengenai DF kat pelajar. Jemputan khas yang join kitorang pada ari ni ialah cip kitorang dari PKD Bau, iaitu En. Gendang Pol. Ni merupakan ari terakhir kitorang wat projek ni kat SK Pedaun Bawah. Sepatutnya ada gotong-royong dengan PIBG pagi ni, tapi cuaca tak mengizinkan. Hujan la plak, tak dapat nak buat gotong-royong. So, kitorang just bagi ceramah je pastu barulah edarkan Shieldtox kat ibubapa pelajar darjah 4-6 yang ditaja oleh Reckitt Benkiser. Sebuah family just dapat setin je Shieldtox ye, harap maklum. ehehe. :P Time ni gak ada dua orang tetamu khas dari PKB Kuching dari unit Promosi Kesihatan, iaitu Madam Pises dan En. Zaidi Sarbini. Terima kasih banyak-banyak atas sokongan mereka. =)

Hari terakhir: 11 Februari 2010 (Khamis) - DF at SK St. Patrick by Shey :P


Sher ngah bagi ceramah HFMD kat adik2.

Adik2 ngah kusyuk dengar ceramah nih.

Yang ni baru la semangat namanya. Steady lar~
"Saya Anti Denggi!!"

En. Andy, Guru besar sekolah ni, ngah edar shieldtox kat ibu bapa pelajar.
Kali ni memang mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan daripada pihak PIBG bagi menjayakan gotong-royong kitorang kat kawasan sekolah. Tetamu yang hadir hanya Mdm. Pises dengan En. Zaidi je bagi mewakili pihak Reckitt Benckiser untuk mengagihkan Shieldtox kat para ibubapa.

Sepanjang empat (4) hari projek kami ni dijalankan, saya dan rakan-rakan amat berterima kaseh kat lecturer, pegawai dan staf yang terlibat, pihak sekolah, para pelajar serta kawan-kawan yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan projek kami. Segala bantuan, tunjuk ajar serta kerjasama kalian amatlah kami hargai dengan ribuan terima kaseh dan tanpa dapat mengatakan pape lagi. Terharu sangat nih, uhuhuhu. Thanks you very much! :)

Sincerely,
Ezad Nimo :)

Saturday, January 23, 2010

Perkembangan terbaru :)

8 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamualaikum & Salam sejahtera wat suma~!

Yeah, korang tengok arr. Camni la aku kalo dah dapat online. Belum sampai sehari g aku nyer citer yang terakhir tadi, aku dah publish baru g. Tengok, tengok!! Haa, ni menandakan yang aku memang rajin nak update blog. It's just that, keadaan yang tak mengizinkan. Takpe, jangan bersedih.

Terasa seronok plak nak sentiasa bercerita kat blog ni ek? Hehe, suke! Suke! :P Emmm... Rasanya kali nih aku nak citer sikit pasal perkembangan terbaru pembelajaran aku yang sekarang dah masuk semester akhir kat UiTM Sarawak nih.

Seperti yang korang sumer dah sedia maklum (kalo tak maklum g, meh cni aku maklumkan. Hahaha...), aku amik kos Diploma Kesihatan Persekitaran / Environmental Health (HS113) kat UiTM Sarawak (Kota Samarahan). Kos nih masih baru lagi kat UiTM Sarawak nih dan kami merupakan 2nd batch kat cni. Senior kitorang dah grade dah. Sekarang ni kebanyakan dorang ngah sambung degree, majoriti d UiTM Puncak Alam dan ada yang d UPM & tempat lain g. Ada jugak yang dapat kerja sebagai Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP / AEHO) kat council. Tahniah wat suma senior ekk. Hope korang baek-baek je kayh! Rindu korang sebenarnya, hehehe...

Haa...yang tu tadi intro je. Sekarang nak habaq pasal kami nyer batch sekarang yang merupakan super senior kat cni sekarang. Ohoho, cambez jak bunyinya. Super Senior. Lalala~ :P Hahaha!! Ok, ok, berbalik pada topik kita tadi. Aku sekarang ngah praktikal kat Pejabat Kesihatan Daerah Bau (PKD Bau) bersama dengan 3 orang g classmates aku. Aritu aku ada citer pasal dorang, yang budak kecik sorang tu kurung aku dalam toilet, hahaha! Dorang la teman serumah aku selama 10 bulan (2 semester) kami berpraktikal nih. Pahit, manis, masam, tawar & masin, suma kami rasa bersama, hahaha! Dah la kitorang takder cuti sem, direct je 10 bulan tu. Cuti pon ikut orang yang dah keja, public holiday ja kot~ Tapi takper la, seronok la jugak kat tempat aku tu, hehehe... G pon time nih la kita dapat amik lots of experience aite??? Haa~

Sekarang nih kitorang sumer ngah busy ngan projek akhir tahun (FYP), yang sememangnya patut diambil serius oleh kami! Sangatlah serius! :-| Hahaha... Tapi memang betol la, mende nih penting untuk menentukan grade kami nanti. Waa, neves arr. Selain tu, kami akan ada exam jugak, macam setiap sem gak. Tapi exam kali ni berkaitan dengan makanan. Kami kena wat food premise inspection (Report), food sampling (Hands-on) & exam bertulis sket. Fuh! Agak menebeskan la jugak, takut tak tercapai akalmu je, lalala~

Untuk FYP, sekarang nih ngah dalam proses persediaan je. Kitorang dah dapat persetujuan dari kedua belah pihak, just menunggu something je lagi. Sori lar, aku taknak la mention pasal topik kitorang n detail pasal FYP aku nih. Biarlah aku abeskan je dulu. InsyaAllah, lepas kitorang nyer presentation aher bulan 4 nanti selesai, aku kasi taw kat korang ekk?? Tu pon kalo aku tak lupe n kalo takde ape masalah lah, tak janji pon. Hehehe... Aku just nak minta berkat n doa dari korang sumer je. Hope projek kitorang berjalan dengan lancar n dapat findings yang agak memuaskan, insyaAllah~~ Aminnn! Uhuhuhu~ Lupe lak... Hope jugak kitorang nyer result sem 6 nih memuaskan lah ye, it is my last chance before i can grade my diploma level. Uhuhuhu. T_T

Ermmm.... Selain tu, aku pon tak taw g nak taip ape sekarang nih. Blur kejap, ahaks! Ayoyo... Haihh... Macam nak mengeluh panjang je, tapi tak elok la pulak, uhuhuk~ Aku rasa macam risau la pulak. Ntah la, tak tao ape yang aku ngah fikirkan sekarang nih. Fikiran dah mula melayang ntah ke mana, tumpuan dah jaoh lari dari pemikiran. Kenapa agaknya aku jadi camni tetiber??? Wahhh..... Kepak eh, bak kata orang sarawak lah kan. Bukan kepak ayam tao, tapi kepak nih bermaksud penat, letih n yang sewaktu dengannya. Ahaha. Jangan tah kamu orang cakap suka ati ja kalo nda tao, nda bulih ba atu. Hehehe :P (Memang betol dah menyimpang arr aku sekarang. Tolong!! Tolong!! Hahaha...).

Ish, dah lar. Taknak la aku citer panjang-panjang g, kang makin menyimpang la plak. Tak dapat dah nak meneruskan perjuangan kat cni, aku terpaksa berhenti dan melarikan diri buat seketika waktu yang agak panjang. Ntah bila lagi aku kan kembali ke cni untuk menyambung sisa-sisa hidupku yang akan ku tinggalkan sebentar lagi. Aku harap kalian semua menanti akan kepulangan ku semula dengan penoh kesabaran, kerana aku pon tak tahu bila aku akan kembali lagi. Jangan lah dipaksa kalo dah tak dapat, takut nanti akan musnah berkecai jadinya. Wahahaha!!! Giler ahh! Ntah dari mane larr ayat pelik tadi tu tetiba muncul. Haiya~

Okeh, okeh! Sekalian alam, aku nak chow dulu. Korang jangan nakal-nakal tao! Kalo jatuh dalam longkang, angkat sendiri. Kalo tak dapat, dok je kat ctu senyap-senyap. T kalo ade orang lalu, kalo dia nak tolong, dia tolong larr. Tapi kena la ekhlas! Jangan nak selalu arapkan orang je. Sekali sekala takper arr jugak. Adik-adik, ingat pesan akak tadi tao! Wahahaha!! Dah, dah! Taknak citer banyak g, haih, haih!! (Aku memang camni realitinya, sorang budak yang banyak cakap, tapi tengok keadaan arr).

Yosh! Arigatou neh~! Hope to c u all again :)

Salam.

Yang merepek,
Nimo :)

Hari yang penuh penantian :-|

1 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamualaikum w.b.t. & Salam sekalian alam~!

Hai! Lame dah aku tak update blog nih kan? Huhuhu, agak malas la jugak sekarang. Ni semua gara-gara tak dapat nak online sangat arr. Takpe la, posa blog wat satu jangka masa yang tak dapat dijangka. Ahaha... :P

Hahaha! Wah, giler ah! Takder idea langsung ar nak taip ape. Dari tadi kaku je, tak tertaip sepatah perkataan pon. Huhuhu T_T agak sedih ar jugak. Idea beku sudah, tak dapat nak dikeluarkan. Think!!! (Hehehe, monolog dalaman kejap :P)

Setelah berbincang dengan seorang rakan, baru ar dapat idea dah sekarang. (Kasihan sungguh diriku ini,hahaha). Erm, citer yang aku nak kongsi ngan korang kali ni takde ape la sangat. Hehehe...citer biasa-biasa je pon, takde yang menarik sangat.

Kisah ni masih fresh lagi, baru je semalam berlaku ke atas diriku yang sangat lah kasihan ini. (Oo tedah kamek koh~ hahaha). Semalam (Jumaat - 22/01/2010), aku memang dah plan nak balik kat UiTM, luangkan weekend ngan kengkawan kat sane. Pagi sampai petang tu kitorang agak busy ar jugak kat tempat praktikal (Bau), sebab banyak perkara nak disettlekan secepat mungkin. Tapi ade je masalah. So, dalam pukul 4 petang camtu, aku ngan gong (Member sama praktikal yang aku tumpang untuk balik ke UiTM) dah gerak nak ke Kuching. Lebih kurang jam 4.20 petang camtu kami sampai ar kat office kat Kuching tadi. Lepas selesai je tugas yang perlu dilakukan kat sane, kami pon berangkat la menuju ke UiTM.

Sepanjang perjalanan kitorang tadi, macam-macam yang berlaku. (Takde ape pon sebenarnye, saja je nak wat suspen, wawawa...). Ermm... Nak dijadikan citer ar kan, sepanjang perjalanan kitorang tadi tu, kitorang just melayan lagu yang dimainkan kat dalam keta. Ade ar jugak borak-borak sikit, mesej-mesej ngan kawan-kawan, tergelak-gelak je dalam keta, memekak-mekak lagi, macam-macam arr. Ala, normal ar tu, korang pon mesti ade wat camtu gak kan?? Hehehe... Biasa je la, takde apa yang menarik nak diciterkan kat situ. Tak lame pastu dah nampak dah UiTM di depan mata, hohoho~ (Bez eh! Bez eh!!). Time tu agak tersenyum lebar ar jugak, sebab excited nak jumpa ngan kengkawan kat UiTM nih. Fuh!

Sesampai je kat depan blok Kolej Gading (Asrama bini-bini; dalam erti kata lainnya ialah perempuan, hehehe...), aku pon terlupe la nak tanye c bell (Member merangkap rumet lame aku, huhuhu...) ni tadi, dia stay kat bilik mane. (Haiya, layap na jak eh). Pastu aku cube la call dia. Bape kali ntah cube, takde gak kawan ni jawab, aiyo~ Terpaksa la call member yang lain. Call g atiq (Rumet bell sekarang), pon takde jawapan gak. Atiq ada angkat, tapi aku dengar dorang ngah berborak ape ntah. Huh! Memang sah dak sorang tu terjawab panggilan aku, tapi tak sedar plak, aiseh~ Last-last aku call Shera (Orang yang bertanggungjawab membawa budak-budak kecik tadi), baru i can go through them. Cis! Memang saje nak soh aku call dorang suma agaknye, ape daa~

Pastu aku tanye laa,"Uit shera, korang kat cney ya??". Shera pon jawab,"kamek orang kat BDC tok, atiq ngan bell pun ada skali ngan aku ctok". Aiyo ama, keluar rupanye dak-dak bertuah nih. Uhuhu. Lepas tanye bilik dorang katne, aku pon keluar la g amik barang-barang dalam keta gong. Sebenarnya gong pon dah bengang kit time tu, wawawa!! Ye lar, dari awal tadi aku tak tanye plak dak-dak kecik ni tadi katne, last minute baru tanye. Hehehe.. (Gong ya eksen jak bengang, gik asa, wawawa..boh manas oO~). (Ngegeh gong, sempat gik nyakat orang time mok blah ya, huh~!).

Emm, seperti biasa, aku bawak arr barang-barang aku menuju ke destinasi yang sepatutnya. Pastu letak je kat luar bilik, then aku pon g duduk kat depan pejabat kolej sambil menunggu kawan-kawanku yang disayangi. Dalam kegembiraan menanti itu, aku pon call la kawan aku yang lain, saje borak-borak. Ye lar, dah terlalu seronok sangat menunggu. Uhuhuhu~ Setelah berjam-jam menanti, aku pon terserempak ar ngan sorang member kat depan blok tu. Aku borak ar kejap ngan dia. Dia ajak la aku g lepak-lepak kat bilik, tapi aku malas nak naik ke bilik dak tu, tinggi sangat lorh. Time tu aku sebenarnya ngah menahan kengantukan yang teramat sangat. Dah ar ngantok, letih giler lagi tu. Haih~~ Poor me hoh~~

Setelah terseksa menanti, aku pon buat ar keputusan (Agak lame ar jugak nak wat keputusan ni sebenarnya). Aku g jugak kat bilik member sorang tu tadi, simpan jap harta karun aku kat sane sementara menunggu geng yang lain tu balik. (Terasa macam isteri menunggu suami balik la plak, hahah!!). Ermm, dah agak bosan jiwa ini menanti, aku pon ajak la sorang kawan pergi keluar. Alaa, saja nak amik angin kat luar. (G round-round eh kata orang sarawak tek). Nasib ar member nih sudi nak keluar ngan aku, huhuhu. Memang bait nyer kawan, tak rugi kawan ngan pakcik nih. Wahahaha!!! (Jangan marah :P).

Time tu masih awal g, lebih kurang dalam pukul 7 lebih kalo tak silap aku. Aku ingatkan dia nak bawak aku g jalan-jalan kat kawasan Kota Samarahan je, rupanya g Kuching kitorang berdua nih. (Rajin da jak mbak g jalan jaoh-jaoh, huhuhu...). Tapi memang time tu aku memerlukan suatu perjalanan yang agak panjang dan jaoh sebab bosan giler ar menunggu kat kolej tu, hadoiii~! Kitorang pon borak la macam-macam, sambil explore bandar Kuching nih. Bez jugak time tu, sebab aku bukan senang nak dapat peluang g jalan-jalan waktu malam kat bandar nih. Dia bawak plak aku g tempat yang aku tak pernah pegi, lagi la aku seronok. Terasa macam pergi melancong la plak, ahahaha~ Bez! Bez!! Hilang gak kebosanan dan kesedihan akibat ditinggalkan kawan-kawan tadi, huhuhu. Arigatou neh~! (^_^)V

Seronok la g jalan-jalan malam tu, terasa macam tak nak balik UiTM je, wakaka!! Pastu member pon mesej, gtaw dorang balik t kol 9.30 malam. So, kawan aku tadi pon g la anta aku balek... Dalam kol 9.45 malam baru sampai kat pintu gate UiTM. Agak sengal la jugak disitu. Ye lar, pak guard tu tak lepaskan keta member aku masuk plak. So, terpaksa la aku bersenam di malam ari (Takpe la, dalam keta tadi pon dah beku kesejokan. Jadi kena la bersenam kit untuk panaskan badan, hahaha!). Eee, geram!! Tengok keta orang lain dapat je lepas, peduli ar ada stiker UiTM ke tak, tapi lepas gak. Hish! Saje nak susahkan aku malam tu, waa~!!!

Urmm... Dah sampai tu, bateri handset lg mampus. Cobaan~ Nasib ada bilik member lain, leh la tompang kasih kat ctu. Lorh, memang lame ar budak-budak ni kuar. Takde jugak balik-balik lagi, apuu deh~!!! Agak-agak dalam jam 11 malam camtu baru aku dapat masuk bilik dorang bell ni tadi, wahhh!!! Cepat-cepat aku g mandi. Dah ar lewat, sorang-sorang lagi tu. Eee, seram-seram!!! Hahaha...

Kemudiannya, kawan-kawan ni tadi pon bagitau la kat aku. Tadi dorang kuar g wat asaimen, ETR ape ntah, aku tak penah blajo mende tu, bukan bidang aku, wawawa! Patut ar lame, dahtu sempat g shopping jap. Mak aieh, sonok nampak ea? Uhuh~ Yang paling bez, bell gtaw arr, die terlupe yang aku nak datang UiTM ari Jumaat tu. Fuh...bez je. Hahah~

Takpe la, aku paham keadaan dorang. G pon thanks la kat dorang. Kalo dorang tak wat camtu, takde la aku dapat jalan-jalan ngan member sorang tadi, eheheh~ Seronok jugak dapat g jenjalan, wahahhaa!! Tapi yang geramnya, member yang bawak g jenjalan tu gtaw kat aku,"Cdak kawan-kawan kitak sik sudi mok nerimak kedatangan kitak, sebab ya cdak g kuar tinggalkan kitak." (Ngegeh kitak ya, huhuhu~).

Ermm... Okai la pembaca sekalian, ni je yang mampu aku citerkan kat korang kali ni. Sori la kalo tak seronok sangat, takde idea la. Daku kebuntuan idea sudah, tak dapat nak kasi korang baca citer yang mantap punya. Hohoho. Takpe la, arap korang enjoy la ye. Kalo senang-senang lagi, t aku update g. InsyaALLAH. :)

Selamat Tahun Baru 2010!!!! Ahahaha, dah ketinggalan. Tapi takpe, masih sempat g nak wish kat korang. Love u all!!! <3

Salam.

Ikhlas,
Ezad Nimo