Nak tau lagi? Meh klik :)

Saturday, July 23, 2016

Status Terkini?

www.tips-fb.com
Assalamu'alaikum w.b.t.

Salam sejahtera semuanya~!

Rasanya berabad dah aku tinggalkan blog aku begitu saja. So, ni nak update sikit je laa, tak banyak mane pon.

Alhamdulillah, masih bernafas dengan sihat kat muka bumi nih. Masih aktif macam dulu, cuma dah kurang sikit laa.

Sekarang aku sibuk ngan dunia farmasi, praktikal masuk semester yang kedua. In shaa Allah semester depan merupakan semester akhir aku. Doakan yang terbaik buat aku ye, semoga lancar je perjalanan aku untuk menghabiskan pengajian ni dengan cemerlang.

Banyak benda dah berubah sekarang, terlalu banyak. Susah nak diluahkan satu persatu, tapi bak kata sahabat, "sampai bila kau nak rahsiakan?" Hahaha.. Kann, sampai bila? Ntah, aku pun tak tau. Mesti korang blur kan, tak tau mende yang aku merepek ni. Hahaha, kesian~

Jujur aku rindu nak blogging lagi macam dulu-dulu, tapi zaman dah berubah. Sekarang semua benda pun tak selamat. Kau salah taip sikit pun terus kena kecam ngan rakyat jelata. Bak kata sir kat tempat aku praktikal, "bila kita supply ubat kepada patients, kita kena pastikan there is zero error.."

Begitulah jugak diibaratnya dengan dunia siber sekarang ni, "ZERO ERROR". Kalo dulu, kita belajar dari kesilapan. Kita buat silap, kita belajar. Tapi sekarang, kita mengelak untuk melakukan kesilapan, sebab kalo buat silap walau sikit pun, kita bukan setakat belajar, tapi dapat bonus malu sebab kena kecam. So, sekarang istilah lain. Semua nak selamat, taknak dapat malu, tak berani nak buat silap. Bukan nak kata kau kena buat silap, tak. Maksud aku, kau kena berani dan kebal kalo nak hidup dalam zaman kecam mengecam sekarang nih. Sebab banyak mata sedang memerhati untuk mencari kesilapan kau.

Makanya, jangan takut kalo nak belajar dan maju ke hadapan. Hahaha, tapi jangan kau main redah je, naya nanti. Harap korang faham laa dengan apa yang aku cuba nak sampaikan. Maklumlaa, dah lama tak berceloteh, agak terabur je ayat. Hahahaha.

Oo, banyak kenangan dalam blog aku ni yang dah takleh pakai. Kat facebook aku dah delete semua. Kat sini terasa nak delete bagi mengelakkan salah faham, tapi macam kesian pulak. Hahaha. Takpe laa, biar aku simpan je dulu buat kenangan. Sampai masa nanti aku buang la mana yang patut.

Perkara ni masih bermain-main kat kepala aku. Korang rasa patut ke aku bagitau je kat orang tentang diri aku? Hahaha, apa-apa je laa. Macam la orang peduli, kah!

Terasa seronok pulak dapat kembali bermonolog dalam blog ni. It's been a while. Hope aku kembali lagi dalam masa yang terdekat memandangkan aku sekarang dah free.

Oh ya, raya kan sebulan. So, dalam kesempatan ni aku memohon maaf kepada semua atas segala salah dan silap aku dalam sedar atau tak. Halalkan segalanya yang pernah korang bagi dan yang aku ambik atau terambik ye. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, ikhlas dari aku dan Yuwais (minime).

Okay, semoga korang terhibur ngan entri terbaru aku ni, sebab sis mudah terhibur, hehehe.

Terima kasih!

Sekian, wassalam.

Mama Yuwais,

Nimo Taiga ๐Ÿฏ

*walkaway*