Nak tau lagi? Meh klik :)

Saturday, October 26, 2013

Gigi Oh Gigi!

8 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh~!

Salam Sejahtera~!


Selamat berhujung minggu rakan-rakan sekalian~! Harap korang cukup rehat hari ni, esok dan hari-hari seterusnya, hehe.


Mood aku hari ni tak berapa nak elok sangat sebab gusi tengah kembang, gigi hujung ni tumbuh tak habis, terbantut untuk berbulan-bulan lamanya. Baru setengah je tumbuh, setengah lagi masih tak nampak, sebab tu gusi kembang. Sakit lerrr, nak telan air liur pun sakit, berdenyut-denyut rasanya. Patut la baby baru tumbuh gigi meleleh-leleh je air liur, macam tok rasanya paduhal~ huhuhuhu...

Kes aku macam yang Partial Eruption kot sebab nampak sebelah je, sebelah lg masih dalam gusi menyebabkan gusi aku kembang.
Tadi aku makan mi goreng pun takde rasa sangat sebab terpaksa main telan, tak dapat nak kunyah sangat (walaupun sakit, sebungkus mi goreng special abis aku bedal, hahaha). Sekarang ni pun aku rasa macam nak demam jek. Syukur la keja tak banyak sangat hari ni dan aku dapat balik awal, dapat rehat puas-puas. Tapi esok pagi kena awal la bersiap sebab nak g register untuk amik lesen driving, hohoho.


Ngantok nya la mata aku ni, rasa nak tido kejap. Anak aku (Yuwais) pun dah tido, so rasanya tak salah kalo aku merehatkan mata kejap kan. Dengan harapan bila dah bangun nanti pulih segala kesakitan d gusiku ini, huhuhu~



Okey lah, aku nak rehat kejap. Selamat berehat semua!

Wassalam!

P/S: Jangan lupa tengok bola malam ni, Sarawak vs Pahang okeh~!!!

Cepat sembuh,
Ezad_Nimo

Monday, October 14, 2013

Salam Aidil Adha 1434 Hijrah

12 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamualaikum w.b.t.~!

Salam Sejahtera semua!


Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua umat seisi alam. Semoga kita mendapat rahmat dan hidayah dari Allah yang Maha Esa, dan semoga mendapat berkat dan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Bagi mereka yang mengerjakan haji pada musim ini, semoga dipermudahkan segala urusan mereka di tanah suci & semoga mendapat haji yang mabrur, amin! Bagi kita yang belum berkesempatan untuk mengerjakannya, semoga mendapat peluang di musim yang akan datang, amin~!

Okai, aku harap korang dapat menjalankan ibadah qurban kali ni dengan penuh keikhlasan dan penuh makna. Baiklah, ni just update ringkas bersempena dengan Aidil Adha, lain kali aku update lagi kalo berkesempatan.

Wassalam~!

P/s: Ingat! Jika melakukan sesuatu amal kenalah ikhlas! Jangan harapkan apa-apa balasan tau! Niat pun kenalah betul k, jangan menyimpang!

BerQurban,
Nur Izzati

Tuesday, October 8, 2013

Oh My Day~

3 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamualaikum w.b.t.~!!!

Salam sejahtera semua!!!

Aku datang lagi, tak sampai sebulan pun aku dah update entry baru, yeay~! Hahaha, mode kanak-kanak riang ria ribenna hari ini. Hari ini hari apa? Hari ini hari selasa. Hari ini berapa haribulan? Hari ini 8 haribulan. Makanya hari ini ialah hari............?

Haha, kesiannya tengok intro aku kat atas ni, tah apa-apa ntah. Hari ini aku cuma nak kongsi sikit je la ngan korang pasal tarikh 8 Oktober. Kalo korang nak tauk, tanggal 8 Oktober telah lahirnya seorang tokoh yang amat dikagumi ke dunia yang sementara ini. Haaa, siapakah tokoh yang dimaksudkan itu??

Cuba korang cek kat google sekarang (aku pun nak cek google jap). Alamakkk, tak boleh pakai la google ni, dorang terlupa ada sorang tokoh ni, dia seorang wanita yang belum lagi mencecah usia 30 tahun. Hahaha, dah la, malas aku nak buat karangan merapu meraban reban ayam aku ni.

Long story short, hari ni hari jadi aku, hari jadi sorang rakan sepejabat aku, hari jadi anak buah aku, hari jadi senior aku, dan hari jadi korang yang jatuh pada 8 Oktober, yeayy~!!!

Nak dijadikan cerita, malam tadi abang aku, Encik Mael kol aku dalam pukul 11 lebih, dekat pukul 12 jugak lah. Masa tu aku dah nyenyak tido sebab semalam ujan, jadi cuaca agak sejok dan aku pun keletihan jugak. Ditambah lagi dengan anak aku kat sebelah ni yang uwekkk uwekkk sikit kalo dia belum lena tido.

Bila abang aku kol tu, handphone aku berbunyi dengan kuat dan agak mengejutkan (sebab hampir semua orang dah tido dan suasana tengah sunyi sepi), aku pun cepat-cepat angkat kol abang dan dengan serta merta tanpa berfikir panjang aku terus jawab, "Kenak abang kol malam-malam gitok? Pukul berapa dah jam tok?" Masa tu aku agak mamai sikit dan macam orang mengigau jugak, ditambah lagi anak aku tetiba nangis dengar bunyi ringtone handphone aku yang agak nyaring. Lepas tu abang terus letak panggilan. Yang sempat aku dengar masa tu abang macam tengah nyanyi dan berhenti sekerat sebab aku dah bising.

Sejak dari tu, aku jadi kebingongan dan rasa serba salah sebab aku macam tetiba marah abang tak tentu pasal. Aku pun berfikir sejenak, "Alamak, apa aku dah buat ngan abang tok. Mesti abang tengah kecik ati sebab aku cakap kasar tadi". Sampai la aku tetido, dan bila bangun lagi ni, aku masih memikirkan kejadian malam tadi. Kesian abang =(

Memandangkan sekarang masih awal, tunggu jam pukul 5 pagi nanti aku nak kol abang balik, mesti abang dah tido time ni. Sebenarnya kan, aku lupa yang ari ni birthday aku, jadi abang selalunya akan jadi orang pertama yang kol dan nyanyi birthday untuk aku, jahatnya aku~ =((

Okaylah, aku nak sambung berehat kejap (mata dah merajuk taknak tido balik, haishhh~). Doakan semoga abang aku tak kecik ati k? Aaminnn~ =)

Sekian, terima kasih.

Wassalam!

P/s: Jangan lupa klik nuffnang / iklan kat page aku sebagai adiah birthday k?? Trimas!!! =D

Aku yang bersalah,
Ezad Nimo =(

Monday, October 7, 2013

Aku Bukan Penganggur

2 speaker(s)
www.tips-fb.com
Assalamualaikum w.b.t.!!!

Salam Sejahtera!!!

Salam Oktober semuanya~!!!! Apa khabar wahai blogersreaders sekalian?? Lama dah aku tak tanya korang soalan yang sebegini kan?? Hehehe~

Okeh, sempena bermulanya Oktober yang sangat dinanti-nantikan nih, aku berazam untuk menjadi seorang yang rajin, berdedikasi, jujur, amanah, bertanggungjawab dan sewaktu dengannya. Ya la, sekarang aku dah cukup sebulan bergelar seorang ibu muda yang bekerjaya, hehehe (seronok rasanya bila dah dapat bekerja).

Berbalik kepada topik asal, aku nak cer-cer sikit kat korang pasal kejadian yang berlaku malam semalam semasa aku tengah tido. Cerita dia takde la panjang sangat, pendek je. Ni pun mak aku yang baru stoly molly kat aku tadi sebelum dia tido, hahaha.

Kisah ni bermula semasa aku tengah nyenyak tido selepas mendodoi anakku semalam. Malam tu anak aku nangis nak menyusu, jadi aku tak dengar sangat sebab dah keletihan seharian bekerja. Mak aku pun tolong la gerakkan aku, dan dengan slumber aku menjawab, "Orang nak ngira barang lok tok". Dalam nada yang agak marah mak aku berkata, "Barang apa gik nak di kira kau?? Malam dah ari tok, di rumah dah kau ya, bukan di opis gik. Anak kau nangis nak nyusu tok." Lalu dalam nada berbisik aku berkata, "Orang nak ngira barang pun sik boleh". Pastu aku pun bangun dan tak sedar langsung yang aku ada berkata-kata seperti yang di atas. Kalo aku dah letih sangat aku memang mudah nak ngigau sikit, hehe.

Hakikatnya, aku langsung tak sedar akan semua kejadian ni. So, mak bapak aku cakap nanti dorang rekod video aku supaya aku percaya dengan adanya bukti! (Dorang gurau je pun, takde la sampai nak amik video kan, hehehe). Oh ya! Lagi satu sebelum aku terlupa, jangan lupa klik-klik iklan kat page aku nih kalo korang ternampak k?? Trimas!!!

Okay lah, sampai sini je cerita kita untuk bulan ni. InsyaAllah bulan depan kita jumpa lagi, hahahaha!!

P/s: Kalau korang nak tau, dah seminggu aku buat draft ni, tapi baru hari ni aku sempat nak siapkan and publish post nih. Sebab tu aku rasa macam tergantung je cerita aku, mungkin sebab idea aritu dah lari kot? Kesian, kesian, kesian~

Sincerely,
Nimo :)