Salam Maal Hijrah 1433 H kepada semua umat Islam seantero dunia~!
Dah agak terlalu lama la jugak aku tak update blog ni, penuh dengan habuk dan sawang serta followers yang tidak diundang (spam) pulak tu, huhuhu.
Aku pun dah jarang-jarang sekali nak online sekarang, masa online pun terhad, sebab tu aku abaikan dulu blog ni. Sian kau kan blog? Hehe.
Jadi, aku cuma nak kongsi sikit cerita jak la untuk entri kali ni. Semalam aku g tengok wayang dengan suami aku, kami tengok cerita Happy Feet 2 3D. Hahaha, aku tak pernah lagi tengok cerita Happy Feet sebelum ni, jadi suka-suka nak tengok 3D, tu yang layan jak semalam. Lagipun cerita tu jak yang ada semalam dalam waktu terdekat. Memang best jugak la cerita tu, 3D dia pun best gak, hehehe.
| Happy Feet 2 3D! |
Aku suka tengok penguin kecik yang nama dia Erik tu, comel sangat, rasa macam nak bawak balik jak, hahaha! Pastu udang kecik tu memang nampak real, rasa macam nak tangkap jak, hehehehe. Time dorang menari-nari tu, aku rasa macam nak ikut jak, comel laa.
Baiklah, taknak cerita panjang pasal movie tu, korang tengok la sendiri kalo berminat, hehehe. Oh ya, kandungan aku sekarang dah nak masuk 6 bulan minggu depan, perut aku pun dah makin membesar. Baby dalam perut ni aktif sangat, kuat ja dia gerak-gerak dalam perut aku. Best nya rasa nak jadi ibu ni, hehehe.
Ada g, lupa nak kasi update. Aku dah dapat anak buah baru, anak abang aku ngan kakak ipar aku Cik Puan Azima. Nama dia Mohamed Asyraf, dia lahir 30 September 2011, (Jumaat) ari tu. Dah nak masuk 2 bulan dah, besar anak buah aku, hehehehe. Asyraf yang comel, rindu nak main ngan dia, haha.
![]() |
| Comel kan anak buah baru aku, Mohamed Asyraf! <3 |
Okay la, tu jak yang aku nak kongsi. Lain kali kalo aku ada kerajinan nak update lagi, aku post la entri baru. Harap korang bersabar menanti ya~ Thanks sebab masih sudi berkunjung kat sini, jangan lupa klik iklan Nuffnang aku tu, lama dah iklan tak jalan, income pun tak masuk lagi, huhuhu.
Wassalam!
Happy Feet,
Isz Izzati
:)

Don't be shy~ I'm not gonna eat you~ hahaha! Unless, you didn't say anything to me. Ehehehe~







